Friday, May 29, 2009

Selamat bercuti, Selamat Gawai Dayak dan Selamat Pengantin Baru..

Selamat bercuti kepada semua guru di SMKD. Selamat menyambut Gawai Dayak kepasa semua guru yang berbangsa iban dan Dayak, dengan ucapan 'Gayu guru gerai nyamai, lantang senang'. Semoga selamat pergi dan kembali semula untuk bertugas pada 12 Jun nanti. Dan kepada guru yang akan melangsungkan perkahwinan, Selamat pengantin baru dan moga berbahagia sehingga akhir hayat.

.....Semoga SELAMAT semuanya dan jumpa lagi. Amin.

Istimewanya Wanita..

( Adzma : Permata hatiku.. yang tidak ternilai ,..terima kasih Tuhan)

Saat bergelar ibu 11 tahun lalu merupakan detik bahagia dan bermakna dalam hidup saya. Walau telah bertahun lamanya, namum, terasa bagai semalam dilalui. Sehingga kini, rasa syukur terhadap kurniaan Allah s.w.t tidak pernah surut. Walaupun di awal perkahwinan dulu, tiada tanda untuk saya hamil, saya sering menerima kata-kata sindiran yang menyakitkan oleh jiran sekeliling dan juga anak murid saya, “ Cikgu mandul”. Saya hanya mampu untuk memekakkan telinga. Namun saya pasrah dan redha dengan ketentuan Allah. Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan 3 putera dan seorang puteri, penyeri hidup saya dan suami. Dengan nama indah yang diberi, Muhd Adib Darwish, Muhd Adam Zarif, Muhd Adli Rusyaidi dan puteri bongsu saya Nur Adila Hanis (Semuanya ada maksud ‘Adab & berilmu’). Doa saya agar mereka menjadi orang yang berilmu dan mampu memimpin diri serta keluarga mereka kelak demi menegakkan ajaran Allah.

Kehamilan, perkataan yang cukup besar ertinya bagi seorang beergelar wanita. Itulah istimewanya wanita yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Walau lemah lembut sifatnya, walau diuji dengan pelbagai cabaran, tetapi semangatnya tetap kental, kekuatannya melebihi jangkaan dalam melalui pahit manis tempoh Sembilan bulan kehamilan.

Setiap wanita pastinya akan menempoh pelbagai pengalaman berbeza semasa hamil. Ada yang diuji seawal mengetahui diri mengandung. Saya juga tidak terkecuali, di awal kehamilan saya mengalami alahan atau ‘morning sickness” yang teruk selama enam bulan. Saya pasti akan muntah ( alah ) bila duduk berdekatan dengan suami, berus gigi, sabun, minyak wangi, mencium bau masakan ( time masak mesti akan mengunci diri dalam bilik, tak tahan). Sepanjang enam bulan saya hanya minum air suam dan roti “osborn’ saja. Air liur sentiasa keluar, sebab itu sentiasa duduk berdekatan dengan tingkap. Walaupun demikian, Allah Maha Adil, alhamdulillah saya mudah bersalin. Anak sulung saya, saya hanya merasa sakit 1 jam lebih, anak yang ke 2 di hantar ke hospital 20 minit selepas itu melahirkan anak. Manakala anak ke 3, 15 minit dan anak yang bongsu lebih kurang 30 minit saja merasa sakit.

Hanya kesabaran dan kecekalan jiwa yang mampu menguatkan semangat untuk melalui semua itu.Janganlah sekali-kali mengeluh kerana ia memberi kesan kepada bayi yang dikandung. Yakinlah bahawa anak itu rezeki daripada Allah sebagai pelengkap rumahtangga. Doa anak yang soleh, bekal kita saat menemui Tuhan di kemudian hari. Bagi anda yang dipermudahkan Allah s.w.t sehingga selamat melahirkan, berterima kasihlah pada Yang Maha Esa di setiap masa. Walau apa pun yang anda rasai semasa hamil, laluilah ia dengan hati yang bahagia, kesihatan yang diperlihara dan kehidupan yang ceria. Semoga kandungan akan terasa selamat dan dilahirkan cukup sifat dan sempurna.

#...Untuk yang bakal bergelar ibu, syabas dan tahniah saya ucapakan. Sempurna sudah kehidupan anda sebagai seorang wanita.

INFO 2 : Hadith..

▓ Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda : “ Solat yang 5, begitu pula solat Jumaat ke Jumaat berikutnya, dapat menghapuskan dosa-dosa yang terjadi antara semuanya, selama tidak diperbuat dosa-dosa besar”. ( Sahih Muslim ).

▓ Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w. bersabda : “ Allah Ta’ala sangat gembira menerima taubat seseorang kamu, melebihi kegembiraan seseorang yang menemukan kembali barangnya yang hilang….” ( Sahih Muslim ).

▓ Diberitakan oleh Abdullah bin Umar r.a, bahawa Nabi s.a.w. bersabda : “ Apabila kamu hendak solat Jumaat, mandilah lebih dahulu “. ( Sahih Bukhari ).

▓ Abdullah bin Mas’ud r.a. mengkhabarkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda : “ Jangan berasa iri hati, kecuali kepada dua orang, iaitu orang yang diberi Allah harta, kemudian dipergunakannya untuk yang hak, dan orang yang diberi Allah hikmah (ilmu yang hak), kemudian dipergunakannya (untuk yang hak) serta diajarkannya”. ( Sahih Muslim ).

▓ Dari Abu Hurairah r.a. katanya nabi s.a.w. bersabda : “Menengoklah kepada orang yang lebih rendah darimu, dan jangan menengok orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu”. ( Sahih Muslim ).

RENUNGAN : Kerana Lidah......

Lisan atau lidah – anggota tubuh yang terpenting dan salah satu nikmat Allah yang wajib disyukuri. Dengan lidah manusia dapat bertutur dan berhubung sesama manusia, memberi arahan pada haiwan dan menzahirkan sesuatu dalam bentuk perkataan pada Yang Esa. Namun kadangkala manusia terlupa untuk bersyukur, malah dosa manusia banyak berpunca daripada keterlanjuran mulut yang tidak dikawal. Kata orang, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana.

Rasullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “ Aku memberi jaminan sebuah rumah dalam kebun syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan, meskipun dia benar. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang tidak berbohong walaupun sekadar bergurau. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tempat paling tinggi di dalam syurga bagi orang mempunyai budi pekerti baik”. ( Riwayat Abu Daud ).

Percakapan juga seperti perbuatan melambangkan tahap keimanan seseorang, kerana besarnya bencana berpunca daripada lidah. Rasullah s.a.w menganjurkan sesiapa yang tidak mampu mengawalnya daripada berkata-kata tidak baik, lebih baik dia mendiamkan diri. Baginda bersabda yang bermaksud : “ Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka bercakaplah perkara yang baik atau mendiamkan diri”. ( Riwayat Muslim & Bukhari ). Berdiam diri adalah cara paling mudah menyelamatkan diri daripada fitnah, mengumpat dan meluahkan perkataan yang tidak perlu seperti peringatan Rasullah yang diriwayatkan Ahmad, “ Sesiapa yang diam, dia akan selamat”.

#...Beruntunglah sesiapa yang mampu menjaga lidahnya sehingga menjadi lambang ketulusan budi dan disenangi orang lain, hidupnya dalam kesejahteraan dan kedamaian.

Thursday, May 28, 2009

Jangan bohong.....soal wang!..

Wang walaupun cuma sehelai kertas namun nilainya begitu dan cukup penting untuk meneruskan sebuah ikatan. Segala-galanya mampu dibeli termasuk dunia. Asal ada kertas ini semuanya amat bernilai.

Jika kita Tanya kepada mana-mana pasangan suami isteri, bolehkah terus hidup dengan cinta?. Ya, cinta memang penting tetapi ia tidak boleh membeli nasi, ayam ataupun pakaian. Cinta mampu menyemarakkan perasaan agar ia sentiasa mengebu-gebu tetapi kalau tiada wang, tiada apa yang dapat dilakukan. Sedangkan kita memerlukan semua itu untuk membayar bil-bil elektrik, air ataupun membayar sewa rumah.

Sebenarnya soal duit memang soal yang sensitif bagi sesetengah pasangan. Ada pasangan yang akan berkongsi pendapat masing-masing untuk membayar hutang piutang. Ada pila pasangan yang mementingkan diri sendiri sahaja. Duit kau, kau punya, duit aku, aku punya dan pelbagai ragam lagi. Percaya atau tidak ada pasangan yang sampai bercerai berai hanya kerana tidak ada wang.

Justeru itu, bagaimana anda memanipulasikan duit untuk kebahagiaan keluarga. Di antara caranya :

Ø Kikis sikap boros:

Buang sikap boros kerana ia akan hanya merugikan diri sendiri. Jangan bebelanja lebih daripada pendapatan yang diperolehi dan boros berbelanja dan ‘ berjiwa besar’ tatkala wang dalam genggaman.

Ø Jangan menyorok status wang anda :

Bersikap telus dengan pasangan. Beritahulah berapa wang yang anda sudah simpan. Katakan kepada pasangan, semua simpanan untuk masa depan keluarga juga. Pasti pasangan akan memahaminya.

Ø Buang semua kad-kad kredit :

Berhutang sebenarnya tidak salah kerana semua orang berhutang hatta orang kaya sekalipun . Sekalipun ia hanya sekeping kad tetapi ia boleh mengubah keseluruhan hidup anda. Bila anda sudah dibebani hutang kad kredit, rumahtangga yang bahagiapun boleh menemui kehancuran. Ini kerana mereka beranggapan wang yang ada boleh digunakan untuk saat-saat genting. Tetapi jangan sampai hutang keliling pinggang dan pinggag anda patah kerana tidak mampu menampungnya.

Ø Simpan untuk kecemasan :

Menyimpan untuk masa tua atau depan, Pastikan anda menyimpan sedikit untuk masa-masa kecemasan. Ini kerana kita tidak terduga bila masanya kecemasan akan berlaku. Jadi bila anda sudah punya wang, segalanya Nampak mudah dan urusan juga berjalan lancar.

♫ Dalam perhubungan kita, kita mesti bersikap jujur, kerana itu pateri yang paling kukuh dalam sesebuah perhubungan. Jika sebelum ini kita suka berbohong soal duit, berubahlah menjadi lebih jujur.

INFO : Mengapa perut berbunyi..?

Mengapa perut berbunyi masih perlu menjamah lagikah walaupun anda sudah makan?. Ini mungkin sesuatu yang sering berlaku bagi anda yang berdiet hebat. Apa yang perlu anda tahu, badan kita mempunyai jadual waktu makannya tersendiri. Bila tiba waktu makan, sistem pencemeran akan mula merembeskan jus pencernaan tidak kira anda sudah makan atau belum. Jika perut anda kosong ketika waktu makan, perut akan berbunyi. Sebaliknya jika terdapat makanan, makanan tersebut akan mengurangkan bunyi yang terhasil apabila jus pencernaan dirembeskan ke dalam perut. Jadi usahlah risau bila perut anda semakin rancak berbunyi.

...makan biarlah ikut peraturan pemakanan yang betul dan seimbang.

Wednesday, May 27, 2009

Fadilat Surah...

Fadilah surah-surah sangat banyak. Namun apa yang dipaparkan di sini merupakan antara yang teristimewa yang dicungkil dari hadis-hadis Nabi s.a.w. dan kitab-kitab muktabar. Perlu difahami segala khasiat yang diperturunkan ini tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Oleh itu carilah keredhaan Allah dengan melaksanakan segala perintahNya serta menjauhkan segala laranganNya di samping berikhtiar dengan sesungguh hati.

☼ Bismillah : بِسْمِ اللهِ الرَّحمنِ الرَّحِيمِِ

≈ Allah memerintahkan malaikat mencatat amal manusia yang membaca Bismillah…sebanyak 400 kebaikan.

≈ Membaca 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dari syaitan, kecurian, maut mendadak dan bala.

≈ Membaca ketika akan berjimak, akan melahirkan anak yang cerdas, terbuka hatinya, serta menjadi anak yang soleh dan baginya kebajikan sejumlah tarikan nafas anaknya itu.

≈ Membaca 41 kali ke telinga orang pengsan, akan segera siuman.

≈ Membaca 313 kali dan selawat atas Nabi s.a.w. 100 kali pada hari Ahad pada saat matahari terbit dengan menghadap kiblat, akan mendapat rezeki tidak terduga.

≈ Membaca 786 kali kemudian tiupkan pada air diminumkan kepada orang yang bebal selama 7 hari pada saat matahari terbit, akan lenyaplah kebebalannya,

≈ Membaca 50 kali di hadapan orang zalim, akan tunduk atau takutlah orang zalim itu.

≈ Membaca 786 kali di hadapan dagangan lalu dihembuskan selama 7 hari, Insya Allah maju dagangannya.

....kita hanya berusaha nanum Allah yang akan memakbulkannya.

Surat untuk kekasih ( Putus Cinta )

Tijah ingin memutuskan perhubungan dengan boyfriend orang putihnya…Dia tak sanggup bertemu muka, Lalu dia pun mengutus surat…surat tu macam ni bunyinya….hehehehe Hi,My motive write this letter is to give know you something. I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook. I know i clap one hand only. Correctly, i have see you .........

.....sambung sendiri penutup suratnya.

Tuesday, May 26, 2009

INFO 1 : Perumpamaan...

Urang dolok memang pandei berkias dalam percakapan. Bersopan dalam menegur dan menasihat urang lain supaya sik kecik ati.. Berhemah katakan…. Urang kinek tok dah sik berapa faham bahasa kiasan. Mun nak negur ‘ direct’ ajak, baruk daknya faham. Di antara perumpamaan yang diguna oleh urang dolok marek;

Bersua Baji dengan Matan : Bertemu lawan yang sepadan.

Memahat di dalam Baris. Berkata dalam Pusaka : Mengenakan sesuatu menurut aturan yang semestinya.

Bagai Dekan di bawah Pangkal buluh : Pandai menyembunyikan rahsia.

Bagai kambing harga dua kupang : Tingkah lakunya seperti anak-anak.

Bagai gadis menumbuk : Rajin dan bersungguh-sungguh.

Bagai gembala diberi keris : Pemberian yang tidak berfaedah.

Bagai geluk tinggal di air : Orang melarat hanya mengharap bantuan orang.

Ada bidik serampu pula : Tidak puas dengan apa yang dimiliki.

Ada batang mati, ada cendawan tumbuh : Di mana juga kita tinggal, aka nada rezeki kita.

Anjur surut bak bertanam : Tipu muslihat dalam melakukan pekerjaan.

INFO : Hadith....

# Syaidina Ali r.a berkata : " Jika engkau perlukan nikmat dunia, cukuplah Islam itu sebagai nikmat untukmu. Jika engkau ingin asyik, maka cukuplah ketaatan itu sebagai keasyikanmu. Dan jika engkau mahukan pengajaran, maka cukuplah maut itu sebagai pengajaran"

# Seorang Ulama' sufi berkata : " Hati manusia ibarat wadah. Berebutlah malaikat dan syaitan untuk mengisinya. Awas! Jangan biarkan syaitan menang kerana isinya adalah kekufuran"

# Syaidina Uthman r.a berkata : " .....Siapa yang meninggalkan perbuatan dosa, dia akan dicintai oleh para malaikat. Dan siapa yang membuang sifat tamaknya terhadap kaum Muslimin, maka dia akan dicintai oleh mereka"

.....Renungan bersama..

INFO : Air kosong untuk Diet.....

Tahukah anda bahawa air kosong membantu proses pembakaran lemak? Inilah hakikatnya pembakaran lemak hanya akan terjadi dengan kehadiran air. Beberapa penelitian membuktikan, kekurangan air membuat sistem metabolisme tak sempurna. Kelebihan lain air adalah seperti berikut :-

# membantu pengeluaran sisa makanan dengan baik.

# mengatur suhu tubuh dengan lebih baik.

# membantu menyelaraskan semua fungsi tubuh dalam badan.

# seperti setiap reaksi kimia lain yang berlaku dalam tubuh, air membuat perut terasa kenyang. Ini menjadikan air sebagai minuman diet yang terbaik kerana langsung tidak mengandungi kalori ataupun lemak.

Manusia itu kompleks....

Di dunia ini, pelbagai karenah dan gelagat manusia dapat kita perhatikan. Ada yang menggembirakan, mendukakan, menyakitkan, malah ada yang mencetuskan benci dan dendam. Ironinya, semakin manusia bertambah maju menjadikan mereka semakin ketinggalan dalam beberapa aspek. Sememangnya manusia itu kompleks

Walaupun ilmu pengetahuan telah semakin berkembang, namun dari sudut kemanusiaan itu sendiri telah mula terhakis. Manusia semakin materialistik dan individualistik sehingga ke suatu tahap menjadi semakin ekstrem. Lupa tujuan kenapa mereka dilahirkan. Hakikatnya, tidak semua yang bersifat ‘negatif’ itu membawa kesan yang tidak baik. Mungkin banyak rahsia yang kita tidak tahu. Sememangnya dalam hidup ini, penuh dengan perkara-perkara yang kita sendiri tidak boleh menjangka. Sewajarnya kita kena sentiasa bersedia sama ada dari segi minda mahupun dari segi persediaan fizikal. Apapun kehidupan ini perlu diteruskan juga.

Namun itulah hakikat kehidupan. Semua bersifat misteri, kadangkala perkara yang kita rangka dan usahakan, akhirnya menjadi perkara lain pula. Semuanya berlaku di luar jangkaan. Tidak semua yang kita impikan akan kita capai.

Itulah hakikat kehidupan. Betapa perit sekalipun kejadian yang menimpa kita, ingat masih ramai orang yang di luar sana lebih teruk dan jauh menderita dari kita. Kalau sekadar kehilangan pekerjaan, dunia masih belum kiamat lagi. Matahari masih lagi bersinar dan akan terus bersinar memancarkan cahayanya ke seluruh alam. Begitulah ibarat kehidupan manusia, mentari sebagai pemberi harapan yang akan terus menyinari dan melenyapkan segala bentuk kedukaan. Yang penting kita perlu tabah dan bersemangat, sentiasa sanggup dan bersedia mengharungi apa sahaja dugaan dalam kehidupan ini.

Namun hanya segelintir sahaja yang berjaya dan menerima keadaan yang sedia ada. Itulah insan luar biasa, yang merupakan orang biasa tetapi mempunyai sikap yang luar biasa. Manusia ini mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, malah tabah dan bersedia menghadapi apa sahaja rintangan hidup yang telah ditentukan Allah. Insan begini mempunyai keberanian dan jiwanya adalah kental.

….berusahalah mencari keredhaan Allah dalam semua perkara yang kita lakukan. Mudah-mudahan kita akan terus dirahmati Allah. Insya Allah.

Monday, May 25, 2009

Tanda-tanda awal...hubungan bakal putus..

“ Cinta tidak membuat dunia ini berputar, Cinta membuatkan kehidupan di dunia ini berharga” “ Cinta tidak akan menguasai anda, ia cuma memupuk anda” “ Apabila dilamun cinta, semua manusia mampu menjadi penyair”

Sememangnya ‘CINTA” sesuatu yang cukup mengasyikkan, malah bagi mereka yang sedang di alam percintaan, dunia dirasakan cukup indah serta mengasyikkan. Dunia ini bagaikan kita yang punya. Namun kita selalu disajikan dengan ungkapan ‘Cinta tak semestinya memiliki” atau “ Cinta tak semestinya berakhir hingga ke jinggang pelamin’. Ini disebabkan ramai yang bercinta namun putus di tengah jalan. Oleh itu, kita tidak boleh mengimpikan saat-saat indah sahaja. Sebaliknya memikirkan risiko andainya hubungan cinta dijalinkan putus di tengah jalan.

Apakah tanda-tanda awal bahawa sebuah perhubungan akan terputus. Mungkin si dia sebenarnya ingin memutuskan perhubungan tetapi belum sampai masanya hal itu diberitahu kepada anda. Semaklah tanda-tanda berikut:-

Bersikap tidak memperdulikan:- Semasa bercinta, kenangannya sangat manis dan sukar untuk dilupakan jika putus di tengah jalan. Jika si dia sudah bersikap tidak memperdulikan malah membiarkan apa saja perlakuan anda, itu tandanya dia sudah mula bosan dan tidak mahu ikut serta apa saja kehendak anda. Sms anda tidak akan dilayan atau tiada respon. Anda akan dibiarkan tanpa pamitan dan penjelasan.

Sebagai teman istimewa tentu sahaja kita akan berasa kecil hati jika si dia bersikap tidak peduli. Kalau dahulu anda merasakan diri anda dimanjakan dan disayangi tetapi kalau sikap itu semakin berkurangan, sedarlah ada sesuatu yang tidak kena pada perhubungan tersebut. Buatlah persediaan rapi agar anda tidak berasa tertekan kalau si dia melafazkan bahawa antara anda dan dirinya tidak sesuai bersama.

Tidak lagi bergaduh :- Kalau tidak bergaduh lagi bukan bercinta namanya. Cinta tidak selalunya indah tetapi akan disulami dengan pelbagai cerita dan peristiwa, malah berkongsi suka dan duka dalam melayari kehidupan. Bila merajuk ada yang akan memujuk. Tanda awal hubungan anda bakal putus ialah anda tidak akan bergaduh lagi dengan si dia. Si dia mungkin bersikap tidak memperdulikan dan hanya membiarkan anda merajuk tanpa dipujuk. Itu tandanya hubungan anda mungkin putus dalan masa terdekat.

Tidak lagi berkongsi segalanya :- Bercinta bermakna anda berkongsi segala-galanya. Susah dan senang malah segala-galanya. Namum apabila si dia sudah mula tidak lagi berkongsi malah banyak berahsia dari anda dan berdiam diri, itu tandanya hubungan anda bakal putus. Baginya berkongsi cerita dengan anda hanya menyusahkan malah merasakan anda membuatkan dia lebih tertekan. Kalau ini terjadi, ingatlah bahawa hubungan anda pasti putus.

Kawan-kawannya sudah mula menjauhkan diri dari anda :- Adat berkasih, mereka tidak akan teragak-agak memperkenalkan anda kepada kawan-kawannya. Kalau selama ini anda bebas untuk duduk berbual dengan kawan-kawannya tetapi kalau anda sudah mula nampak mereka menjauhkan diri, itu adalah tanda-tanda awal anda akan kehilangan kekasih.

Justeru itu bagi anda yang berkasih, hormat-menghormatilah pasangan. Belajarlah memahami bahawa tiada satu manusia yang bersikap sempurna dan jangan ikut perasaan.

……..Jika anda ingin memutuskan perhubungan, berterus-teranglah dan berbincang dengan cara yang baik, moga perpisahan tidak menyakiti hati orang yang pernah kita sayang. Masih sebagai “kawan’, tiada rasa dendam dan benci.

Gawat lagi!....

Tahun 2009 adalah tahun yang sukar bagi kebanyakan pekerja. Sebanyak 26,224 rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan sejak 19 Mac tahun ini. Itu yang dinyatakan oleh Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan. Mungkin lebih ramai lagi yang akan kehilangan pekerjaan dalam tempoh yang terdekat.

Krisis ekonomi yang melanda dunia membuatkan semua orang resah. Ada yang mengatakan ekonomi akan pulih tetapi kenyataannya semakin ramai yang sudah diberhentikan kerja. Malah kegawatan tahun ini dikatakan lebih teruk berbanding tahun 1997 lalu. Kegawatan yang berlaku ini membuat semua orang terasa kesannya. Ia memberikan kesan yang sangat teruk, bukan sahaja yang berkeluarga, bahkan yang bujang juga. Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa tahun 2009, kegawatan yang dirasakan begitu hebat sekali.

Membaca berita-berita di dada akhbar dan mendengar cerita teman-teman yang menerima tempias berkenaan, menjadikan kita tidak senang duduk memikirkan apa akan jadi sekiranya bahana kegawatan itu terkena diri sendiri. Pasti akan kalut dan stres rasanya apabila berada dalam situasi itu. Buntu, kelam kabut, mengeluh dan meratapi nasib. Tetapi janganlah keluh kesah sehingga mengganggu dan menggugat kehidupan anda dan keluarga. Bersedih dan stress bukan cara menghadapinya, tetapi berusahalah melaluinya dengan fikiran terbuka dan hati yang tenang dan ingat lah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya dan Allah sentiasa bersama kita. Dan ia bukan pengakhir kehidupan. Ia sebenarnya adalah ujian kekuatan minda dan jiwa. Setelah yakin bahawa ini adalah ujian Allah, berusahalah untuk mengubahnya dan jangan hilang harapan dan cuba keluar daripada kemelut berkenaan. Firman Allah dalam surah Al-Quraisy ayat 4: “ Tuhan yang memberi penghidupan, menyelamatkan mereka daripada kelaparan dan mengamankan mereka daripada ketakutan”.

...ada hikmah di sebaliknya, agar kita lebih mendekatkan diri kepadaNya, mungkin sebelum ini kita jauh daripadaNya.

Saturday, May 23, 2009

Makanan baik untuk MINDA...

Berikut adalah formula pemakanan para genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan:

1. MADU : Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai " Shifa " iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar " Raja Ubat ". Secara keseluruhannya, ia adalah makanan untuk kesihatan, mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mempunyai pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium,(kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

Cara Minum : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. Pantang : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat berbahaya!

2. KISMIS : Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir. Cara Makan : 1. Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang. 2. Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3. SUSU SEGAR :Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam belas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Cara Minum: Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam.

4. TELUR : Bermanfaat untuk menambahkan kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli-ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat, mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.

5. HALIA : Ia sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula. Cara Minum: Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6. LIMAU OREN : Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Rasullah S.A.W. Limau-limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7. BUAH DELIMA :Untuk penerang hati. Sabda Rasullah S.A.W :

" Barang siapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerankan hatinya selama 40 hari."

8. DAGING BURUNG MERPATI :Banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulu kala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak dan menjadi kaedah yang sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9. OTAK AYAM : Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10. DAGING AYAM : Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.

11. DAGING BIRI-BIRI : Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12. HATI : Terutamanya hati ayang dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13. KEKACANG : Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain.Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14. BUAH BADAM : Untuk meningkatkan kecerdasan.

15. ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS) :Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16. KEMENYAN PUTIH ( Kemenyan serani/luban/kundar ) : Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17. BUNGA KOBIS : Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18. BUNGA CENGKIH : Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.

19. LABU : Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Di sarankan jika membuat sup ( atau kuah ), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20. BUAH KEDEKAI ( MAJALAWI ) : Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21. MINYAK SAPI : Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22. SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR :Juga membantu meningkatkan akal dan memori.

SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA

Petua Menasihati Anak Degil...

Tip bukan sahaja untuk anak tetapi untuk kaum keluarga. CARANYA:
Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit, kemudian sentuh dengan lembut ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihat. Semasa ibu jari di atas ubun-ubun, bacalah selawat dan surah al-fatihah. Kemudian terus dengan berzikir dalam hati dan jangan putuskan zikir anda. Sambil itu bercakaplah dengan suara yang perlahan agar tidak sampai mengejutkannya ( beritahu apa yang anda ingin dia lakukan atau kata-kata nasihat ). Jangan putus zikir supaya zikir itu ‘masuk’ bersama nasihat anda.
Waktu paling sesuai ialah dua sepertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya ( subconscious mind ) adalah paling optimum ketika ini . Insya Allah usaha anda berkesan jika diamalkan. Selamat mencuba. Insya Allah.

Friday, May 22, 2009

Panduan dapatkan Anak Soleh dan Terang Hati..

CARANYA:
# Disiplinkan diri supaya menjadi contoh dalam melakukan ibadah kepada Allah.
# Di samping itu, ajak anak-anak mengaji al-Quran selepas solat ( terutama malam ).
# Seterusnya sentiasalah berbakti kepada orang tua ( kerana anak-anak akan mengikut ). Doakan mereka dan berdoa : “ Rabbana hablana min azwajina wa zurri yatina min qurrati a’yun, waj ‘alna lilmuttaqinna imaama”. Maksudnya :- ‘Tuhan kami, kurniakanlah kami pasangan dan zuriat yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang bertakwa”.
# Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 hingga 8 dan surah Al-Alaq ( Iqra’ ) dalam solat subuh.
# Selain itu, hafal serta amalkan ayat surah An-Nur, ayat 30 untuk terangkan hati.
......Insya Allah, jika ada kesungguhan akan dimakbulkan….

RENUNGAN : Membalas Kebaikan...

Seorang Badwi pernah datang berjumpa Rasullah S.A.W dan meminta sesuatu daripada Rasullah. Rasullah memberi sesuatu kepadanya sambil berkata : “ Aku berbuat baik kepadamu”, “ kamu tidak baik” balas Badwi tersebut. Sahabat yang berada di situ tersinggung mendengar jawapan daripada orang Badwi berkenaan. Lantas mereka memarahinya. Namun Rasullah memberi isyarat agar para sahabat bersabar, kemudian Rasullah pulang ke rumah mengambil sesuatu dan memberikan kepada Badwi itu. Kata Rasullah, “ Aku berbuat baik pada kamu”, “Semoga Allah membalas kebaikan tuan, keluarga dan sahabat”, balas si Badwi.

Rasullah memberitahu Badwi itu bahawa perkataannya sebelum itu telah menyinggung hati para sahabat. Sekiranya si Badwi mahu kemarahan sahabat reda, Rasullah mencadangkan agar si Badwi memberitahu sahabat perkataan yang baru disebutkan tadi kepada mereka. Si Badwi bersetuju untuk datang lagi esok. Keesokan hari, Badwi datang dan Rasullah menceritakan pada sahabat segala yang berlaku sebelumnya. Badwi mendengar lalu mengesahkan kejadian itu. Kemudian Rasullah bersabda kepada para sahabat : “ Perumpamaan aku dengan orang ini bagaikan seorang lelaki dan untanya yang terlepas lari. Orang mengejarnya tetapi gagal menangkapnya, bahkan sang unta semakin jauh. Pemiliknya lalu berkata, ‘biarkan saja unta itu, nanti aku uruskan’. Kerana aku lebih tahu watak unta itu daripada kamu’, lalu pemiliknya mendekati unta dan menangkapnya dengan mudah. Dia membawa unta itu pulang dan mengikat dengan baik. Rasullah menyambung, “ Kalau semalam si Badwi itu berkata kasar, kemudian kamu tidak sabar lalu membunuhnya, maka dia pasti masuk neraka. Namun kerana saya bina akhlaknya dengan baik maka dia selamat”.

....Peri pentingnya akhlak baik, tiada sesiapapun yang dapat menafikannya. Akhlak yang baik akan menyemai sifat-sifat mahmudah seperti sabar, bertanggungjawab amanah dan seumpamanya.

☼ ikut rasa binasa, ikut hati mati. Apa jua tindakan yang kita lakukan perlu dengan hikmah.

Thursday, May 21, 2009

Making it work..

How we see life and how we cope with life depends on attitude. Someone summed up this whole question of facing life with either a negative or a positive attitude this way:

If you think you are beaten, you are.
If you think you dare not, you won't.
If you like to win, but think you can't,
it's almost certain you won't.

If you think you'll lose, you're lost.
For out in the world we find,
Success begins with a person's will -
It's all in the state of mind.

If you think you're outclassed, you are.
You've got to think high to rise.
You've got to be sure of yourself before
You can ever win a prize.

Life's battles don't always go
To the stronger or faster man.
But sooner or later the person who wins
Is the one who thinks he can.

... When we are confronted by a problem, a choice, a crisis, we can respond negatively or positively. The choice is entirely up to you. Responding positively doesn't make a problem go away, it simply enables you to handle that problem from position of strength not weakness. It gives you the advantage, the positive edge.

... Don't be frightened of opposition, after all a kite only rises against the wind, not with it.

Ciri Lelaki......digemari wanita.....

Setiap wanita mengimpikan lelaki yang baik dan mampu memandu ‘kapal perkahwinan’ sehingga ke akhir garisan. Walaupun jodoh dan maut itu ketentuan Allah S.W.T, namun kita perlu berusaha mencari pasangan yang terbaik untuk diri kita.

Ingin tahu apa ciri yang perlu ada pada lelaki? Ciri-ciri berikut mungkin dapat menjadikan anda digemari wanita;

Yakin diri : Keyakinan merupakan kualiti diri lelaki yang sering menjadi buruan wanita. Sebagai lelaki sejati, jangan menyerah kalah sebelum membuatnya dengan baik.

Penghibur : Wanita suka lelaki yang kelakar, tetapi jangan sesekali anda tersengih-sengih tidak tentu pasal atau buat-buat ketawa. Wanita sukakan lelaki yang boleh jadi penghibur dan menceriakan hari-harinya.

Romantik : Wanita memang menginginkan lelaki yang romantik sebagai pasangannya. Romantik tidak semestinya gatal atau mahu berkepit 24 jam. Bagi wanita, lelaki romantik adalah lelaki yang pandai mengambil berat dan bijak menggunakan kata-kata, mengambil berat dan penyayang.

Berduit : Kasih sayang memang asas perhubungan, tetapi dalam mencari pasangan, duit dan kerjaya adalah antara perkara yang menjadi kayu pengukur sama ada lelaki itu diterima atau tidak. Ini bukan bermakna mata duitan atau materialistik, tetapi mereka perlukan kehidupan yang lebih terjamin.

Jack of all trade : ( Mengetahui semua perkara walaupun tidak secara terperinci ). Wanita suka jika pasangannya boleh diajak berbincang mengenai apa jua topik. Oleh itu tidak dinafikan, wanita sukakan lelaki yang bijak dan berpelajaran tinggi, kerana mampu mengemudi perhubungan dengan lancar dan boleh menjadi pakar rujuk sekaligus penyelamat mereka sekiranya berlaku sesuatu perkara.

Sensitif : Jadilah pendengar dan teman setia kepada pasangan anda. Sekiranya pasangan anda meminta pandangan, berikan pandangan yang tidak akan mengeciwakan hatinya. Jangan pula anda menjadi 'terlebih sensitif' kerana wanita memerlukan lelaki yang 'mantap' fizikal dan mental untuk dijadikan tempat berteduh.

Sukakan kanak-kanak :Wanita menganggap lelaki yang sukakan kanak-kanak mampu menjadi suami dan bapa yang penyayang.

Berdandan dan bergaya : Berdandan dan melawa tidak terhad kepada wanita sahaja kerana kebersihan dan kekemasan boleh memberi kesan dalam perhubungan. Pastikan mulut anda tidak berbau, misai dan janggut sentiasa kemas. Manakala kuku dipotong pendek, rapi dan bersih.

Berusaha menjadi sempurna : Realitinya tiada yang sempurna di dunia ini baik lelaki ataupun wanita. Namun berusaha untuk menjadi yang terbaik amat digalakkan, kerana semua manusia ada kelebihan masing-masing. Lakukan setiap perkara dengan sebaik mungkin. Tapi jangan berpura-pura nanti si dia terlepas dari 'genggaman'.

.....Pilihlah yang serasi dengan kita.

Wednesday, May 20, 2009

Sambutan Hari Guru SMKD 2009

....sesi bergambar....wajah-wajah bersemangat warga SMKD

.....terlalu lapar le 2, tak ingat kat orang sebelah dah...makan jangan tak makan.

.......sesi makan ni yang paling best...lagi pulak perut dah berkeroncong.

.....di antara persembahan oleh Kelab Kebudayaan & Group Teater Kris.

.....wajah-wajah 'Modal Insan' yang bakal memimpin masa depan

....inilah wira-wira SMKD....teruskan usaha-usaha murni cikgu...

....Sesi pemotongan kek. Kek sponsor...mesti sedap o....

....Pertandingan 'Tampung 1000' setiap kelas.

....Mesti ada yang mengembirakan apa yang diucapkan oleh Pengetua 2...

...Wajah-wajah ceria guru di SMKD...

....Riang VS Khusyuk....campur serius....

....bakal 'Model Lelaki' popular SMKD....he..he....

....Mak cakap CIKGU cam MEGI, makanan rutin time susah. Ayah cakap CIKGU cam D'SEEKERS, menakutkan. Atuk cakap CIKGU cam ASTRO, macam-macam ada, tapi saya cakap CIKGU cam L'OREAL, kerana dirimu begitu berharga. SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di SMKD 2009.

Sukaneka Hari Guru SMKD

(......3 dara pingitan....tunggu sape le 2?)

....sporting betul...sesekali macam ni boleh jugak hilangkan streskan..)

(....sikap kerjasama yang begitu padu ditunjukkan...barulah boleh menang )

( ...acara rebut kerusi.....guru stylo yang menang...memang stylo betul..)

(... apa yang ditengok 2 cikgu...., takkan rebut kerusi dan botol je cikgu.?..)

(....acara rebut botol air dan sampaikan maklumat...)

Sukaneka sempena Hari Guru SMKD telah diadakan pada petang 15 Mei 2009. Pelbagai aktivit yang telah diadakan. Sesekali bersukaneka seronokkan, sambil itu dapat juga mengeluarkan peluh, seterusnya dapat mengeratkan hubungan antara warga sekolah.

" SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA GURU DI SMK DALAT". Terima kasih atas kerjasama anda semua. All of you are the best.......teruskan usaha kita cikgu..

Sifat Cemerlang.....

Cirinya:
# Orang yang bersifat cemerlang semakin tercabar, semakin kuat ( berperibadi kuat ).
# Orang yang cemerlang melihat peluang dalam kegawatan.
# Orang yang cemerlang sentiasa bersungguh-sungguh.
# Orang yang cemerlang sentiasa mencari jalan memperbaiki diri.
# Seseorang yang cemerlang tidak menyalahkan keadaan.
# Orang yang cemerlang sentiasa mendengar dahulu pendapat orang lain.
# Orang yang cemerlang sentiasa berusaha untuk bangun apabila terjatuh.

.....Sekiranya kapal tidak menghampirimu, berenanglah ke arahnya...renung dan fikirlah.

Tuesday, May 19, 2009

Sindrom...

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata

"Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm... bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: ...pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...

Monday, May 18, 2009

Pengaruh Warna dalam kehidupan....

Warnai kehidupan anda…..! Ahli terapi warna percaya warna boleh memberi kesan kepada mood dan kesihatan. Dipercayai bahawa warna merangsang tindakbalas emosi dan fizikal. Apabila anda hendak memilih pakaian atau menghias rumah ingatkan catatan berikut;

# Merah : Meningkatkan kadar denyut nadi, menjadikan anda sentiasa berwaspada dan membaiki penilaian anda. Ia juga menaikkan daya hidup dan seksualiti.

# Jingga : Menaikkan perasaan puas hati dan gembira. Juga membantu mengatasi ketegangan.

# Kuning : Warna yang paling akrab dalam mewujudkan persekitaran yang bersemangat dan bergetar.

# Hijau : Rehat, segar dan tenang. Ia juga boleh mengimbangi kadar tenaga dan mengurangkan stress.

# Turquoise : Warna ini juga lembut dan menyegarkan, elok (firus) untuk menyemarakkan saraf dan demam. Ia juga meningkatkan system imunisasi.

# Biru : Damai, tenang dan memudahkan tidur. Warna ini dapat melawan ketegangan, asma, gementar dan menurunkan tekanan darah.

# Violet : Menenangkan tubuh dan minda, dalam masa yang sama ia boleh meningkatkan keyakinan dan memperbaiki perasaan rendah diri.

# Ungu : Warna yang menggoda dan agresif yang dapat meninggalkan tahap pengeluaran tenaga.

# Hitam : Memperhebatkan tindakbalas emosi dan membanru mewujudkan persekitaran yang berkuasa dan dramatik.

......kita juga boleh menilai seseorang daripada warna kegemarannya...

Saturday, May 16, 2009

Hari Guru : Pengorbanan guru perlu dihayati....

Tarikh keramat 16 Mei datang lagi. Tema Hari Guru tahun 2009 ini “ Guru Membina Negara Bangsa”. Hari guru adalah satu penghargaan buat semua insan bergelar pendidik. Hari guru adalah untuk maraikan pengorbanan dan penat lelah guru mendidik para pelajar. Titik peluh mereka menyampaikan ilmu kepada para pelajar seolah-olah bernilai. Sambutan hari bersejarah itu dilihat sebagai tanda sokongan dan penghargaan buat insan yang lebih mesra dengan panggilan ‘ cikgu ‘.

Setiap tahun hari istimewa ini dirayakan dalam suasana meriah tidak kira di peringkat sekolah, negeri atau kebangsaan. Namun sambutan di peringkat sekolah tidak cukup mengharukan kerana para pelajar tidak memperlihatkan kesungguhan menghargai guru, seolah-olah tidak ada apa-apa pengorbanan guru pada mereka. Yang dilihat para guru yang beria-ia membuat program, tetapi pelajar secara keseluruhannya tidak begitu menghayati sambutan itu seolah-olah tiada apa yang istimewanya hari itu. Bukan hadiah yang diinginkan tetapi sekadar penghargaan sudah memadai. Sambutan itu juga hanya dijayakan oleh masyarakat sekolah tetapi tidak masyarakat luar. Masyarakat luar seperti tidak Nampak kepentingan guru.

Bagaimanapun sebagai guru, saya yakin mereka ingin melihat anak didik Berjaya, boleh berdikari, jadi anak yang cemerlang dan paling utama tidak menyusahkan ibu bapa mereka. Bukan sahaja Berjaya dari segi ilmu tetapi kejayaan melahirkan pekerja yang lebih berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

*** SELAMAT HARI GURU CIKGU (khas untuk insan bergelar guru ). Terima kasih kepada semua ‘guru-guru’ saya yang telah mendidik dan banyak berkorban untuk saya sehingga saya berjaya hari ini…

Guru masa kini ramai yang berkorban dan akhirnya terkorban di medan tanpa pertempuran

Selamat Hari Guru

***di antara sms yang saya terima dari teman-teman....menarik dan cukup memberi pengertian.

1. Erti sebenar seorang cikgu:

C - cantik budinya

I - inovatif praktisnya

K -kreatif mindanya

G - garang semangatnya

U - unggul ilmunya

2. A good Teacher is like a computer, U 'enter' my life, I 'save' U in my heart, U 'format' my problem and thats why I never 'delete' U from my 'memory'!!.

3. One seed can start a garden, one smile can lift a spirit. One candle can light a room, one conversation can start a friendship. One step can begin a journey, one heart can love many. One person can make all the difference - that one is You!

4. GURU....dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawa ada mesranya, dalam diam ada bijaksana. Berbahagialah menjadi seorang guru.

5. Adakala.....kita dicaci, kita dimusuhi, kita diamarahi, kita tidak dihargai....tapi kita akan tetap tersenyum walaupun dalam pilu. kita tetap melangkah biarpun hampir rebah. Kita akan tetap tekun, ikhlas dan sabar meskipun terkadang hati tercalar dan maruah tercabar.....

Profesion guru lebih daripada sekadar mengajar dan mendidik, tetapi amanah menjadikan seseorang itu manusia sebenar di sisi Allah.

Kepada para guru, jadikanlah tugas mendidik sebagai tugas yang memerlukan ketabahan, kesabaran dan rasa tanggungjawab sepenuhnya. Guru umpama garam- suatu bahan yang amat diperlukan dalam kehidupan manusia tetapi harganya murah.Guru umpama lilin sebagai pembakar diri yang menggalas kerjaya mulia menyebarkan ilmu pengetahuan.

Justeru para guru perlu sentiasa bersedia menambahkan pengetahuan di dada. Guru perlu berilmu kerana tugas hakikinya menyampaikan ilmu kepada anak didik. Maka , jika guru itu kurang berilmu atau cetek pengetahuan, bagaimana pula hendak dicurahkan kepada anak didik?Semoga pengetahuan seluas sungai akan menjadi lautan yang tidak akan kering untuk disalurkan kepada ramai orang.

" SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA INSAN YANG BERGELAR "CIKGU".

GURU MEMBINA NEGARA BANGSA.

Friday, May 15, 2009

Tiada yang Mustahil......................

Tiada insan yang sempurna di dunia ini. Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari dari melakukan sebarang kesalahan dan dosa. Kita kena alami kelemahan kita. Malah kita sering membuat dosa sama ada terhadap Allah mahupun sesama manusia lain. Dalam hidup ini, semua manusia melakukan kesalahan ( kecuali para Nabi dan Rasul ) kerana mereka maksum.

Berdosa adalah perkara biasa, tetapi jika bergelumang dengan dosa, itu perkara luar biasa. Yang pasti, setiap manusia ada dosa, tetapi kita tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan dosa kerana atas dasar kefahaman manusia itu lemah. Dosa itu ibarat api yang sentiasa membakar, sama ada api itu besar atau kecil. Ia mampu member kesakitan dan kemusnahan kepada diri manusia. Begitu juga dengan dosa, sama ada ianya kecil mahupun besar tetap ianya dosa.Semakin banyak dosa kita, maka semakin gelap hati kita. Mudah-mudahan jangan sampai sehingga akhir hayat. Nauzubillah.

Jadi , jangan berputus asa dan banyakkan usaha sebagai ikhtiar dan berdoa agar Allah S.W.T memberikan kurnia nikmatNya, tetapi bukan nikmat yang akan menyesatkan dan melupakan kita terhadapNya. Mohonlah dariNya kekuatan agar disesuaikan iman dan kesabaran kita untuk menghadapi segala macam dugaan hidup.

Sesungguhnya tiada yang mustahil dalam hidup ini, semuanya boleh berlaku dengan izin Allah. Justeru itu, sebagai manusia yang beriman, kita perlu sentiasa positif dalam hidup. Setiap kekeciwaan dan kegagalan dalam hidup ini, semuanya adalah bersifat sementara.

## Percayalah, setiap dugaan hidup ini adalah berdasarkan kepada kemampuan dan bersesuaian dengan tahap keimanan seseorang. Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui. Bertahanlah dan sentiasa memohon keampunan dariNya. Mudah-mudahan kita akan menjadi insan yang lebih sabar dan lebih diredhai di kalangan hambaNya. Amin…..

Mengenal Maksiat-maksiat Hati...

Agama Islam merupakan agama yang syumul dan sempurna. Sebagai umat Islam, menunaikan segala perintah Allah S.W.T dan meninggalkan laranganNya adalah wajib. Amal ibadat terhadap Allah mestilah dengan hati yang tulus dan bersih. Untuk mendapat keredhaan Allah, setiap amalan perlu disertai dengan hati yang bersih dari segala bentuk maksiat. Hati merupakan penggerak kepada anggota badan.

Segala sifat-sifat baik dan sifat-sifat yang buruk datang dari hati. Rasullah S.A.W pernah bersabda dalam sepotong hadis : “ Ketahuilah, bahawasanya pada tubuh itu ada seketul daging, jika baik daging itu, baiklah seluruh tubuh itu.Jika buruk, buruklah pula seluruh tubuh. Ia tiada lain, ialah hati “ ( Riwayat Bukhari ).

Maksiat-maksiat batin atau maksiat yang dilakukan oleh hati kita banyak, antaranya ialah hasad dengki, bakhil, marah, sombong, takabbur, riya’, dan terlalu cinta kepada dunia. Kita mungkin tidak menyedari adanya penyakit-penyakit hati pada diri kita kerana ianya tidak dapat dilihat, tetapi kita tidak dapat berselindung daripada Allah S.W.T yang mengetahui segalanya. Walaupun penyakit ini sukar dan berat untuk kita ubati tetapi kita perlu dan wajib mengikisnya dari terus bersarang dalam hati kita.

Maksiat-maksiat hati seperti yang dinyatakan perlu dan wajib diperangi kerana ia akan menyebabkan penderitaan dijiwa, malah boleh menghapuskan pahala amal ibadat seseorang. Sebaliknya ditakuti bila nafsu dan syaitan akan menguasai hati dan akan tersalut pula di hati rasa keraguan dan syak ataupun lintasan was-was yang mengugat keimanan kita. Oleh itu, hiasi dan serikanlah hati kita dengan sifat-sifat terpuji supaya hidup kita beruntung dan berbahagia di dunia dan akhirat.

3 amalan menghapuskan dosa, sekaligus mengangkat darjat:

@ Menyempurnakan wuduk

@ Memperbanyakkan langkah ke masjid

@ Menunggu waktu solat

### selalulah mengingati “MATI, insya Allah akan mendekatkan diri kita kepada Allah.

Thursday, May 14, 2009

Bila layang-layang putus talinya......

SUPERWOWEN :- Hitunglah di sekeliling kita ada berapa ramai wanita yang terpaksa bertindak menjadi lebih bertanggungjawab, terpaksa memikul banyak tugas dalam satu masa dan terpaksa menjadi ‘ dialah wanita dan dialah lelaki ‘ dalam rumahtangga.

Kita berani kerat jarilah kalau lelaki kata wanita suka lepas tangan dan asyik pentingkan diri sendiri. Banyak bukti yang boleh kita lihat, wanita sedia menyingsing lengan menguruskan segala hal dalam kehidupan yang biasanya diuruskan hanya sekerat jalan oleh lelaki. Ini kerana wanita bukan setakat menjadi penonton tetapi mereka bertindak sebagai ‘manager who make things happened’ berbanding golongan lelaki yang selalunya bersikap sebagai ‘manager who look things happened’. Tidak perlu member alasan kenapa…………………….semua orang tahu. Bukankah seronok menjadi penonton sahaja?.

Memang hal ini menguntungkan lelaki tetapi payahnya wanita. Semua kerja mesti mereka lakukan dalam satu masa. Waktu itulah mesti fikirkan soal karier, di masa sama mesti menguruskan rumahtangga. Itu belum termasuk hal anak-anak, urusan dapur, bayar pinjaman kereta dan rumah. dan segala yang remeh temeh hinggakan ubat gigi dah habis pun, mesti wanita juga kena gantikan yang baru.

Lelaki – hanya bereskan hal kerjaya dan hal-hal luar rumah. Kata seorang kawan, agaknya kerana kurangnya tanggungjawab lelaki dalam rumah,itu yang membuatkan mereka jadi galak nak buat kerja-kerja lain di luar rumah. Kerja –kerja yang tak berfaedah termasuklah aktiviti-aktiviti yang akhirnya akan menyakitkan hati si isteri. Contohnya lelaki jadi rajin nak cari kawan-kawan baru, seronok pegi berhibur ke kelab-kelab dan mereka jadi rajin berjumpa kawan perempuan. Bila keadaan jadi lebih parah, mereka sanggup lebihkan hal di luar rumah berbanding hal dalam rumah sendiri.

Senario semasa telah memperjelaskan kekhuatiran ramai wanita. Semua yang terbetik dan ombak gelisah yang bersarang dalam dada sahih belaka. Layang-layang yang isteri hulurkan rupanya terus terawang-awang. Benangnya terputus, hanya boleh disambung kalau layang-layang sudah ke bawah………………

Superwomen – memang kejayaan tidak selalu berpihak pada wanita. Tetapi lelaki pun kena ingat, tidak selamanya boleh berlagak hebat. Mereka juga manusia yang tabienya sama seperti wanita.

….teringat lagu ‘ I’m not a superwomen’ .....thinks everything ok. Membina mahligai bahagia adalah tanggungjawab kedua-dua belah pihak iaitu suami dan isteri. Kedua-duanya mempunyai tanggungjawab masing-masing yang perlu dilunaskan. Jadi sikap kerjasama amat perlu. Renung dan fikirlah..

RENUNGAN : Kaya Harta, Kaya Jiwa...

Setiap kita mengimpikan kesenangan, hidup dalam limpahan harta dan kemewahan. Selalu juga kita menganggap bahawa kekayaan harta benda lebih bermakna daripada kekayaan hati dan jiwa. Disebabkan itu, selalu kita terlajak dalam perbuatan kerana lebih mengejar kekayaan dunia melebihi kekayaan akhirat.

Rasullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

" Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan ( yang sebenarnya ) ialah kaya jiwa". ( Riwayat Bukhari ).

Masih ingatkah kisah Qarun pada zaman Nabi Musa yang menjadi contoh manusia yang kufur dan angkuh dengan kekayaan yang dimilikinya? Dia bakhil, juga boros pada perkara-perkara yang tidak kena tempat ( perkara haram ), sedangkan Islam memerintahkan umatnya bersederhana dalam membelanjakan harta di samping mengeluarkan zakat yang difardukan.

Mendapatkan kekayaan tidak salah sama sekali. Sesungguhnya kekayaan harta dan usaha untuk mendapatkan harta tidak menjadi halangan di dalam Islam selagi seseorang itu berusaha dan bekerja dengan cara yang halal dan menunaikan tanggungjawab dengan sempurna.

### Namun mana yang lebih utama? Hidup mewah tetapi "kosong jiwa" atau hidup sederhana seadanya tetapi ' kaya jiwa'? Renunglah................yang mana kita?.

Tuesday, May 12, 2009

Menjana Potensi Otak Kanan dan Kiri...

Pelbagai faktor yang menyumbang ke arah kejayaan pelajar dalam peperiksaan. Di antara faktornya ialah strategi pembelajaran yang melibatkan penggunaan keseluruhan otak anugerah Allah. Penggabungan strategi pembelajaran dengan menggunakan otak kanan dan kiri ini dapat mencemerlangkan pelajar. Pelajar-pelajar yang bijak dan mampu menggunakan potensi otak kanan dan kiri berpeluang untuk meraih kecemerlangan yang lebih baik.

Para pengkaji telah mengemukakan pelbagai teknik dan pendekatan sistematik bagi membolehkan kedua-dua bahagian otak ini dimanfaatkan sepenuhnya secara bersama. Tiap belahan otak memiliki kemampuan yang kursus dan berbeza. Menggunakan kedua-dua belahan otak bererti menggunakan seluruh potensi yang ada. Pendidikan yang baik harus dapat mengoptimumkan penggunaan kedua-dua belahan otak.

Secara umumnya, cara kerja otak kiri melibatkan kegiatan analisis dan fakta. Otak kiri menekan logik, kemahiran bahasa, matematik dan sains. Otak kiri mementingkan rasional dan bekerja secara berurutan serta sangat mementingkan hal-hal konkrit dan bersifat realistik. Ia juga mampu menyimpan maklumat atau informasi dalam bentuk huruf.

Manakala otak kanan menekankan kreativiti kegiatan yang berhubung dengan kesenian, puisi dan lukisan, termasuk yang berkaitan aspek-aspek intuisi ( daya atau kebolehan memahami, mengetahui atau merasai sesuatu tanpa berfikir atau disebut gerak hati ). Ia berkemampuan menyimpan maklumat dalam bentuk gambar. Ia juga penting untuk penyembuhan, kreativiti, pemecahan masalah dan menikmati hubungan yang bermakna.

Untuk menjadi pintar, otak kanan harus diberikan 'pekerjaan' sebagaimana yang biasa diberikan kepada otak kiri. Dalam proses belajar, sebaik-baiknya otak harus diberikan pekerjaan secara bersama supaya tidak mengganggu antara satu sama lain. Gabungan ini dapat menjana keseluruhan potensi otak iaitu otak kiri yang dikaitkan dengan subjek-subjek sains dan matematik, dan otak kanan yang dilakukan dengan subjek-subjek sastera, kesenian dan lukisan.

Penggunaan otak kanan dan otak kiri secara bersama membantu mengaktifkan tenaga elektromagnetik secara secara serentak sehingga terhasil keseimbangan aliran tenaga elektromagnetik otak. Keseimbangan ini menyerlahkan lagi potensi IQ, EQ, dan SQ, akan menimbulkan kesedaran dalaman untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai target yang diimpikan. IQ pelajar ini adalah tinggi, EQ positif membina daya tahan dalam menempuh apa jua cabaran dan halangan dalam proses pembelajaran. Manakala SQ yang dijanakan secara istiqamah memperkukuhkan hala tuju dan matlamat yang mereka impikan. Ia lebih terserlah apabila semangat belajar lahir daripada kemahuan pelajar itu sendiri. Kesedaran dalaman diri pelajar-pelajar ini merupakan kunci kejayaan mereka.

Penggunaan istilah 'kanan' dan 'kiri' dalam aktiviti kehidupan mempunyai makna dan maksud yang tertentu. Dalam Islam mendahulukan yang kanan merupakan ajaran dasar dalam tingkah laku kehidupan seharian. Anjuran melakukan sesuatu dari sebelah kanan merupakan salah satu sunnah Rasullah S.A.W. Rasullah akan melakukan dan memulakan dari sebelah kanan daripada sekecil-kecilnya sehingga pekerjaan amal yang besar-besar seperti sembahyang.

Otak dan akal merupakan anugerah terbesar yang Allah S.W.T berikan dalam penciptaan manusia sebagai sebaik-baik kejadian. Oleh itu, gunakan struktur otak secara maksimum ke arah kualiti kehidupan yang lebih berharga. Semua mengharapkan kejayaan dan kecemerlangan demi masa depan. Hasrat ini boleh dicapai dengan belajar dan berfikir menggunakan kedua-dua bahagian otak iaitu otak kanan dan otak kiri secara menyeluruh.

...sumber Dr. Muhammad Jantan.

Majlis Sukaneka PPKKC Sedidik Kampung Igan

( gambar kenangan selepas Majlis Sukaneka selesai bersama YB En. Abu Seman Jahwie )

( tarian 'poco-poco beramai-ramai setelah selesai Majlis , seronok betul tapi tak tau step lagi )

(...YB memang seorang pakar yang dalam tarian 'Poco-poco, beliau begitu 'sporting' sekali, tahniah YB )

( YB memberi ucapan yang begitu bermakna sekali: Melentur buluh biar dari rebungnya.......)

( Bincang tentang apa tu?... YB memang seorang yang prihatin tentang masalah masyarakat )

( Sebahagian penonton yang hadir untuk menyaksikan sukaneka PPKKC )

( ketibaan YB....selamat datang YB......Anak-anak begitu mudah sekali menurut arahan)

( Persembahan Amal daripada Matahari Group Dancer terdiri daripada remaja-remaja Kampung Igan di bawah pimpinan Cik Ruziana Ashari )

( Antara aktivit-aktiviti yang diadakan sempena Majlis Sukaneka PPKKC Sedidik Kampung Igan )

Majlis Sukaneka PPKKC ( Pusat Perkembangan Kanak-kanak Cemerlang ) Sedidik telah di adakan pada 9 Mei 2009. Ini merupakan kali yang ke 4 saya dilantik sebagai juru acara ( sementara orang masih suka peekhidmatan kita). Seronok juga dapat balik kampung dan bertemu dengan sanak saudara. Pasti macam-macam cerita yang disogokkan ke telinga. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Abu Seman Bin Jahwie, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Jemoreng. Dalam ucapan perasmian, beliau menekankan tentang penguasaan terhadap bidang berasaskan Sains dan teknologi maklumat. Oleh itu ia perlu diberi perhatian serius oleh setiap golongan pelajar, sekiranya mereka tidak ingin ketinggalan dalam ledakan pembangunan semasa. Di samping itu, perlu seimbang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah.

#....Pembangunan Modal Insan bukan lagi satu kemewahan tapi satu keperluan kepada negara ....petikan ucapan Mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi .

.....oleh itu melentur buluh biar dari rebungnya...