Thursday, March 25, 2010

Sahabat.




 Seorang sahabat adalah karya teragung ciptaan alam semula jadi. Satu-satunya cara untuk mempunyai seorang sahabat adalah dengan menjadi seorang sahabat. Kehidupan tanpa sahabat sama seperti kematian tanpa saksi. Malah seorang sahabat adalah hadiah yang anda berikan kepada diri anda sendiri. Sebaliknya,  persahabatan adalah satu minda dalam dua jasad. Ia umpama satu jiwa yang lahir di dalam dua jasad yang berbeza.

" Tiada terdapat ikatan persahabatan yang lebih utuh berbanding dengan permusuhan sesama sendiri "

Tuesday, March 23, 2010

Membangun Kepercayaan diri.




" Kalau mereka boleh berjaya, saya pun boleh berjaya ". Inilah kata-kata yang sering dilafazkan oleh orang yang cemerlang dalam hidupnya. Apabila menghadapi masalah atau jalan buntu, mereka tidak mudah berputus asa kerana berkeyakinan bahawa kalau orang lain boleh buat sesuatu atau berjaya mengapa mereka tidak boleh. Rujukan mereka ialah orang yang cemerlang yang telah membuktikan kehebatan diri. Tetapi bagi orang yang lemah pula ada tiga kemungkinan: Pertama, mereka tidak ada rujukan mana-mana orang yang cemerlang. Keduanya, kalau ada pun rujukan orang yang cemerlang, mereka merasakan mereka tidak mampu atau layak untuk berjaya seperti itu. Atau ketiganya, rujukan mereka ialah rakan mereka yang lemah.

Bagi merasionalkan kelemahan atau kemalasan mereka, orang ini akan berkata " kalau si dia tu sudah berusaha pun masih gagal, buat apa kita berusaha bersungguh-sungguh".  Bagi sebahagian kita yang punya masalah rendahnya kepercayaan diri atau merasa telah kehilangan kepercayaan diri, mungkin boleh menjadikan langkah-langkah berikut ini sebagai proses latihan.

Cara terbaik untuk mengubah sistem keyakinan adalah mengubah definisi diri. Bagaimana menciptakan definisi diri positif. Di antara cara yang boleh kita lakukan adalah :
*   Membuat kesimpulan yang positif tentang diri sendiri / membuat pendapat yang positif tentang diri sendiri. Positif di sini ertinya yang boleh mendorong atau yang boleh membangun, bukan yang merosakkan atau yang menghancurkan.

*   Belajar melihat bahagian-bahagian positif / kelebihan / kekuatan yang kita miliki.

*   Membuka dialog dengan diri sendiri tentang hal-hal positif yang boleh kita lakukan, mulai yang paling kecil dan yang boleh kita lakukan hari ini.

Selaian itu, yang perlu dilakukan adalah menghentikan persepsi diri negatif yang muncul, misalnya saya tidak punya kelebihan apa-apa, hidup saya tidak berharga, saya hanya beban kepada masyarakat, dan seterusnya.  Setelah kita menghentikan, tugas kita adalah menggantikannya dengan yang positif, kontruktif dan motivatif. Ini hanya syarat awal dan tidak cukup untuk membangun kepercayaan diri.

Selanjutnya adalah merumuskan program / agenda perbaikan diri. Ini boleh berbentuk seperti memiliki target baru yang hendak kita wujudkan atau merumus langkah-langkah positif yang hendak kita lakukan.Semakin banyak hal-hal positif (target, tujuan atau keinginan) yang sanggup kita wujudkan, semakin kuatlah keinginan kita. Kita perlu ingat bahawa pada akhirnya kita hanya akan menjadi lebih baik dengan cara melakukan sesuatu yang baik buat kita. Titik. Tidak ada yang boleh menggantikan prinsip ini.

Kalau dibaca dari praktis hidup secara keseluruhan, memang tidak ada orang yang selalu yakin atas kemampuannya dalam menghadapi masalah atau dalam mewujudkan keinginan. Oleh itu, kita perlu memliki dasar keputusan yang positif. Di samping itu, yakin dan percaya bahawa langkah yang diambil dilandasi oleh prinsip-prinsip yang benar.

Yang penting lagi adalah menemukan orang lain yang boleh kita contohi dari segi kepercayaan dirinya. Ini memang menuntut kita untuk sering membuka mata melihat orang lain  yang lebih bagus dari kita lalu menjadikannya sebagai teladan atau idola.  Demikian pentingnya peranan orang lain ini, ada yang mengatakan bahawa kita boleh memperbaiki diri dari dua hal: pertama, pengalaman peribadi (life experiencing) dan kedua, mencontohi dan mempelajari orang lain (duplicating).

Monday, March 15, 2010

Cinta kerana NaFsU.



Rentetan fenomena 'buang bayi' yang semakin berleluasa kini;

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. Hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber, iaitu dari nafsu dan dari Allah s.w.t. Cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati adalah cinta yang benar, suci dan murni. Cinta ini bukan diukur ikut pandangan mata manusia tapi ikut pandangan Allah s.w.t.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, riak, gila pujian, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak terkikis, maka ketika itu nafsulah yang akan menguasai dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. Termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada wanita yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan wanita itu sudah tidak terlindung lagi untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada wanita itu. Begitu juga wanita jatuh cinta sebab lelaki itu kaya, handsome, bergaya, mempunyai jawatan tinggi dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.
Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari telefon. sms, keluar makan-makan, berdua-duaan di tempat sunyi lagi gelap dan sering di dalam keadaan rindu-merindui di antara satu sama lain. Ketika itu tidak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai saja. Sehari tidak berjumpa atau tidak telefon @ sms, rasa macam berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi tidak takut pada Allah yang Maha Melihat. Lantaran itu sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Yang wanita pula sanggup serah maruah diri kononnya untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada wanita sebagai bukti cintanya itu. Akhirnya bila yang wanita telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cinta. Habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang. Tidak ada duit abang melayang. Kalau pada isteri pula, isteri seorang yang paling disayangi dan apabila hidup sudah bermadu, kasih pada suami akan hilang.

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara.. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, jika kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya hanya untuk seketika waktu saja. Sakitnya yang paling lama. Cinta nafsu kalaupun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami hanya akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda , seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Begitu juga dengan siisteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, kahwin baru atau masuk penjara serta merta hilang cinta dan selera pada suami. Berbakul-bakullah perasaan benci pada suami yang pada suatu masa dulunya amat dipuji tinggi melangit.

Begitu mudah cinta bertukar cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit-mengungkit, suami pula tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur penceraian. Ketika itu tidak ada lagi pujuk rayu, cumbuan mesra sebagaimana waktu mula cinta tengah membara. Itulah gara-gara cinta nafsu yang amat menyesatkan manusia di muka bumi ini.

" Jika kau berikan  hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya. Tetapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkanNya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak akan membiarkan orang yang dicintaiNya menderita di akhirat."

Friday, March 12, 2010

Menjadi pekerja cemerlang.


Semua majikan mengimpikan pekerja mereka bekerja dengan tekun, melunaskan setiap tugas dengan segera dan menjadi pekerja contoh kepada semua orang. Mahu jadi pekerja cemerlang, ikuti tip ini:-

Setiap pagi bangun tidur dengan pemikiran positif dan ambil masa untuk 'groom' diri anda. Untuk cemerlang, anda perlu memiliki mental yang positif dan keupayaan untuk berkongsi sikap yang baik dengan semua orang. Sampai awal di pejabat dan pastikan apa yang mahu anda lakukan hari itu telah tersedia. Apabila semua telah ada anda boleh melaksanakan tugas dengan jayanya. 

Mempunyai hubungan baik dengan rakan sekerja dan pelanggan. Apabila anda berada di atmosfera yang harmoni secara langsung akan merangsang tenaga positif untuk bekerja dengan selesa. Sentiasa menolong rakan sekerja anda jika mempunyai peluang. Tugas anda adalah untuk menggalakkan rakan sepasukan bekerja demi kepentingan syarikat.

Dekati ketua jika anda merasa motivasi diri menurun. Berbual-bual dengan ketua akan membuatkan anda mendapat tenaga yang baru agar lebih cemerlang. Kekal komited dengan tugas-rugas anda. Secara tidak langsung sikap anda akan kekal menjadi rutin harian.

"Tabiat mengharapkan sesuatu yang hebat daripada diri kita sendiri akan menghasilkan sesuatu yang terbaik".

Selamat Bercuti.


Selamat bercuti kepada semua warga pendidikan dan pelajar-pelajar sekolah. Moga bahagia bersama keluarga. Cuti-cuti juga, tapi jangan lupa NKRA. Kita dituntut untuk bekerja dan berfikir secara 'extra ordinary'. Malah yang sering ditanya ialah di mana standard kita?. Justeru itu, kita perlu ilmu, kemahiran dan sahsiah yang cemerlang.


Fikir-fikirkan..............

Friday, March 5, 2010

Tawakallah...


Kita berfikir, kerana kita mempunyai kuasa, kita mempunyai kebijaksanaan. Jangan berputus asa dan jangan berserah.  Namun berserahlah setelah kita berusaha bersungguh-sungguh, tapi bukan hanya berserah tanpa melakukan apa-apa. 

BERUSAHA, BERDOA KEMUDIAN BERTAWAKAL.

Thursday, March 4, 2010

Jangan kedekut dengan pujian.

 

Ramai wanita mengeluh yang pasangan mereka begitu sukar memberikan pujian, tidak pasti mengapa perkara ini terjadi. Sepatutnya kita tidak perlu takut memberikan pujian kerana pujian merupakan satu cara mengungkapkan cinta. Rasanya tiada siapa yang tidak suka pada pujian, sebaliknya akan merasa berbesar hati untuk menerima pujian tersebut terutama jika ia datang daripada orang tersayang. Apatah lagi pujian boleh dijadikan dorongan dan semangat, selain penyejuk jiwa di saat kesedihan. Malah pujian juga boleh menjadi bukti kesetiaan dan keikhlasan anda terhadap dirinya...