Pengkongsian Maklumat :
Ramai manusia tidak menyedari
bahawa otak mempunyai kekuatan yang amat menakjubkan. Ia umpama raksasa gagah
yang sedang tidur. Pelbagai eksperimen yang dilakukan oleh saintis membuktikan
potensi otak jauh lebih hebat dari apa yang kita sangkakan. Menurut ahli
neurologi, kita menggunakan hanya satu peratus dari keseluruhan keupayaan otak
yang sebenar. Malah penyelidikan mereka yang mutakhir menunjukkan kita
menggunakan kurang dari satu peratus dari kemampuan otak yang sebenar.
Ini bermakna kita telah mensia-siakan 99% potensi otak yang maha hebat ini.
Alangkah ruginya harta yang sangat berharga ini kita biarkan berdebu, tidak
digunakan, tidak dipedulikan dan tidak dikembangkan. Otak orang dewasa
mengandungi 10,000,000,000 (sepuluh bilion) neuron atau sel saraf. Seekor lebah
yang memiliki 900 neuron mampu membuat pelbagai kerja yang mengkagumkan.Ia
mampu membina indung lilin, memproses madu yang dikenali sebagai 'raja ubat',
membawa masuk udara segar ke dalam sarang, mengawal suhu dan cahaya,
menghasilkan cecair pencuci untuk kerja-kerja pembersihan sarang, menganalisa
cahaya, berkomunikasi, menjaga kebajikan dan disiplin rakan-rakan.
Manusia yang memiliki sepuluh bilion neuron tentu mempunyai kemampuan jutaan
kali ganda dari kemampuan lebah. Cuba bayangkan orang yang mempunyai RM 900
tentu boleh membeli bermacam-macam benda. Dia boleh membeli air tin, nasi
lemak, kasut, pakaian, buku, basikal 'racing' dan lain-lain lagi. Bagaimana
pula dengan orang yang memiliki RM 10,000,000,000 (sepuluh bilion=sepuluh ribu
juta ringgit)? Sudah tentu ia mempunyai kemampuan dan 'kuasa beli' yang jauh
lebih hebat. Dia boleh membeli apa sahaja dengan sekehendak hatinya. Dia boleh
membeli pizza, ayam goreng di KFC, sekandang lembu, motosikal, kereta, bas, lori
treler malah jet pun boleh beli.
Begitulah potensi dan kemampuan otak manusia. Masalahnya sekarang, kita tidak
menyedari bahawa kita adalah 'terlalu kaya' dan memiliki kemampuan yang sungguh
hebat. Kita ibarat si miskin yang tidak menyedari bahawa di bawah rumah kita
tersimpan harta karun warisan keturunan kita yang tidak ternilai harganya.
Sekiranya potensi otak ini betul-betul diperkembangkan dan dimanfaatkan, kita
akan menjadi seorang Super Pintar dan mampu mengingati apa sahaja maklumat
dengan tidak lupa selama-lamanya. Berapa ramai cendiakiawan Islam memanfaatkan
keupayaan otak mereka untuk menghafal 6,666 ayat Al-Qur'an, menghafal 100,000
hadis dan menghafal puluhan kitab tebal yang mengandungi ribuan mukasurat.
Mereka berupaya mengingati kitab-kitab tersebut lengkap dengan bab, muka surat,
perenggan, ayat, baris, koma dan noktahnya sekali. Selain dari mempunyai daya
hafazan yang mantap, mereka memiliki kepintaran yang luar biasa seperti yang
berlaku kepada Imam Ghazali, Imam Syarie, Ibnu Farabi, Ibnu Sina dan lain-lain.
SISTEM INGATAN MANUSIA
Maklumat yang diterima akan disimpan di dalam ingatan. Terdapat dua jenis
sistem ingatan :
(i) INGATAN JANGKA PENDEK
Maklumat yang diterima, disimpan di dalam ingatan jangka pendek dalam tempoh
yang singkat, iaitu di antara 30 saat hingga 24 jam. Proses kehilangan maklumat
dari gudang ini amat pantas kerana muatannya terhad. Ianya mudah hilang dari
ingatan seperti nombor telefon, senarai harga dan nombor pendaftaran kenderaan.
Sesetengah maklumat dari sistem ingatan jangka pendek akan berpindah memasuki
sistem ingatan jangka panjang jika ianya diberi penumpuan dan diulang-ulang.
Maklumat yang tidak berpindah ke sistem ingatan jangka panjang, kebanyakkannya
akan lupus begitu saja.
(ii) INGATAN JANGKA PANJANG
Ingatan ini bermaksud ingatan terhadap sesuatu maklumat dalam tempoh yang lama.
Sebenarnya setiap maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang tetap
kekal sehingga ke akhir hayat seseorang. Yang menyebabkan kita tidak dapat
mengingati kembali ialah kerana kelemahan untuk 'memanggil kembali' (recall)
maklumat tersebut dari gudang ingatan jangka panjang.
Maklumat dari ingatan jangka panjang tidak akan luput. Ianya masih wujud dalam
ingatan, cuma mengambil masa untuk d**eluarkan kerana sudah lama tidak digunakan.
Anda mungkin pernah terserempak dengan kawan lama tetapi tidak dapat mengingati
namanya. Puas anda cuba mengingati namanya semasa berbual tetapi gagal. Setelah
pulang, tiba-tiba baru anda teringat namanya. Begitu juga kadang-kadang kita
terlupa dengan sesuatu yang sudah diingati seperti nama jalan, bangunan atau
tajuk buku. Selepas beberapa ketika kita mampu mengingatinya semula.
Ini menunjukkan maklumat itu masih ada, tetap tersimpan. Kita masih 'ingat'
maklumat tersebut, bukan lupa. Cuma itu adalah kelemahan kita untuk memanggil
kembali maklumat itu. Itulah yang dimaksudkan dengan perkataan 'LUPA' dalam
kehidupan seharian. Penyelidikan pakar psikologi dan neurologi menegaskan
kenyataan "Setiap maklumat yang tersimpan di dalam ingatan jangka panjang
tidak akan hilang dan msunah selama-lamanya sehingga ke akhir hayat
seseorang." Ini bukanlah cakap-cakap kosong tanpa bukti ilmiah dari para
pengkaji otak. Pelbagai eksperimen saintis otak dan amalan ahli hypnotisme
membuktikan penyataan tersebut. Dr. Wilder Penfield, seorang saintis otak dari
Universiti McGill, Montreal, telah melakukan pembedahan ke atas otak
pesakitnya. Beliau telah mengalirkan arus elektrik dengan kadar yang sangat
halus pada otak subjeknya iaitu pada bahagian yang d**enali sebagai neucortex.
Terbukti subjeknya didapati mampu mengingati peristiwa-peristiwa puluhan tahun
lampau dengan terperinci. Misalnya warna baju, nombor-nombor telefon, perbualan
pada hari-hari yang tertentu pada puluhan tahun yang lalu.
Begitu juga yang berlaku kepada para subjek ahli-ahli hypnotisme. Hypnotisme
adalah ilmu membangkitkan minda bawah sedar seseorang dengan menidurkannya
terlebih dahulu. Subjek-subejk ahli hypnotisme juga mampu mengingati kembali
peristiwa lampau dan mampu menceritakan apa yang dilakukan oleh mereka pada
hari-hari tertentu pada 10,20 malah 50 tahun yang lampau! Kedua-dua jenis
eksperimen ini membuktikan maklumat tersebut tetap kekal di dalam ingatan dan
tidak akan luput selama-lamanya.Orang genius dan yang mempunyai ingatan luar biasa
ialah orang yang berkebolehan 'memanggil kembali' maklumat yang tersimpan di
dalam sistem ingatan jangka panjang. Itu sahaja kebolehan mereka. Benarlah
pendapat Professor Diraja Ungku Aziz bahawa manusia mempunyai kemampuan untuk
menyimpan ilmu pengetahuan yang tidak terhingga banyaknya jika mengetahui
tekniknya.Jika anda ingin menjadi gemius, anda haruslah menguatkan potensi otak
dengan meransang, melatih, menyubur, menyihat dan mencergaskan otak melalui
kaedah-kaedah moden dan tradisional. Kajian menunjukkan keupayaan otak boleh
ditingkatkan perkembangannya melalui berbagai-bagai rangsangan, saranan,
pemakanan, senaman, latihan, amalan dan pantang hidup. Kajian ulama-ulama Islam
menambah bahawa amalan-amalan kerohanian termasuk doa, ibadah dan taqwa juga
boleh menyubur dan mengaktifkan sel-sel otak.
OTAK YANG CERDAS TERLETAK PADA BADAN YANG SIHAT
Untuk mendapatkan otak yang sihat atau cerdas, kita perlu memiliki tubuh badan
yang sihat terlebih dahulu. Oleh itu, anda perlulah melakukan senaman, mengamalkan
amalan pemakanan yang berkhasiat, berzat, seimbang dan berjadual, amalan hidup
yang betul dan menyihatkan, berpuasa, berjiwa tenang, membersihkan perut, dan
lain - lain lagi rahsia yang dipaparkan di sini. Kesihatan mental bergantung
kepada kesihatan tubuh badan.