tag:blogger.com,1999:blog-56037258204153707552024-03-13T19:39:44.495+08:00Yenkah?......Syaidina Ali r.a berkata :
"Jika engkau perlukan nikmat dunia, cukuplah Islam itu sebagai nikmat untukmu. Jika engkau ingin menjadi asyik,maka cukuplah ketaatan itu sebagai keasyikanmu. Dan jika engkau mahukan pengajaran, maka cukuplah maut itu sebagai pengajaran."Mak Udakhttp://www.blogger.com/profile/14390712787602847539noreply@blogger.comBlogger399125tag:blogger.com,1999:blog-5603725820415370755.post-7749385644800662882013-10-07T09:57:00.000+08:002013-10-07T09:57:04.163+08:00Mulakan Hari Dengan Aura Positif.
1. Mulakan dengan doa :
Memulakan hari dengan doa. Doa untuk bangun awal dan capai matlamat untuk hari esok dengan cara yang terbaik. Tetapkan masa tidur, tidur awal dan bangun awal. Ini membuatkan anda tidak tergesa-gesa dalam menempuh hari yang sibuk.
2. Berfikiran positif :
Walaupun berada dalam lingkungan negatif, cuba membiasakan diri dengan menuturkan ayat-ayat positif. Persekitaran negatif, biasanya membuatkan anda lumpuh semangat, mendengar gosip yang tidak berasas, dimarahi, berdepan dengan orang-orang berfikiran negatif. Dalam keadaan ini cuba bawa bertenang.
3. Work smart :
Perlu merancang pekerjaan, namun adakalanya juga banyak situasi yang akan menyebabkan rancangan anda gagal. Cuba membiasakan diri bersedia dengan perancangan A, B dan C. Jika anda bijak mengurus masalah, anda adalah pengurus yang baik. Situasi yang bermasalah kadangkala memberi satu pengalaman baru, jika masalah itu berjaya diselesaikan. Anggap masalah adalah perkara rutin yang perlu diselesaikan. Jika hasilnya adalah baik, anda boleh memberi ganjaran kepada diri sendiri. Tidak perlu menunggu orang lain meraikannya. Jika sebaliknya, berlapang dada dalam memperbaiki kelemahan.
4. Hormat pemimpin :
Tidak perlu membuta tuli untuk mengambil hati ketua jabatan, atau siapa sahaja yang berada di atas. Elak sikap talam dua muka, walaupun anda bukan seorang yang gemar menunjuk-nunjuk dengan kebolehan anda. Pemimpin yang profesional boleh menilai dengan adil dan saksama kakitangan yang benar-benar boleh membuat kerja atau tugasan yang diberikan. Jangan mudah berkata tidak boleh sekiranya apa yang disuruh bukan kemahiran anda. Jika diberi sesuatu tugasan penting, letakkan syak wasangka baik, anda mungkin boleh pelbagaikan kemahiran yang ada. Sebaliknya mohon bantuan daripada mereka yang lebih arif. Sekiranya hasil yang dibuat kurang memuaskan, usah gusar masih ada peluang dan ruang untuk memperbaikinya.
5. Berkongsi ilmu :
Sebaik-baik ilmu adalah diamalkan, disebar dan dikongsi manfaatnya. Bukan hanya untuk memandaikan diri sendiri, tetapi boleh berkongsi kepada mereka yang gemar menuntut ilmu. Jika anda dijadikan pakar rujuk dalam sesuatu bidang, tidak salah jika berkongsi kemahiran. Satu pasukan yang hebat adalah apabila setiap ahli mengambil bahagian dan menggunakan kemahiran yang ada semaksima yang mungkin.
6. Berlapang dada menerima kritikan:
Bukan mudah untuk menerima kritikan. Jika anda dikritik jangan cepat panas punggung. Sebaiknya, bawa bertenang dan berfikir secara rasional. Walaupun kadangkala rasa kecewa akan menyelinap, tetapkan gambaran positif. bahawa tugasan yang dibuat tidak memenuhi kehendak ketua.
*** Ingat : Kita manusia biasa punya kelemahan dan kekuatan. Sebelum kita mengkritik orang lain, tengok kelemahan diri sendiri.
Mak Udakhttp://www.blogger.com/profile/14390712787602847539noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5603725820415370755.post-86980027629856316372013-10-02T12:50:00.002+08:002013-10-02T12:50:39.989+08:00EGO...............
Nice.......
Mak Udakhttp://www.blogger.com/profile/14390712787602847539noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5603725820415370755.post-58053111037307744432013-10-02T09:34:00.001+08:002013-10-02T09:34:26.571+08:00LCE..................SRP.................PMR..............PMR.....PMR.....PMR. Pagi tadi berpeluang menghantar anak ke sekolah. Sepanjang perjalanan sempat berkongsi tip dengan anak bagaimana menghadapi peperiksaan. Moga perkongsian ini dapat
dijadikan panduan bagi anak-anak yang sedang menduduki Peperiksaan PMR di luar sana.
Menjelang Peperiksaan :
1. Yakin dan teruskan berusaha
2. Tidur dan riadah yang mencukupi
3. Elak rakan negatif
4. Elakkan pembaziran waktu
5. Kurang TV
6. Sembahyang Hajat
7. Mohon restu guru
8. Berdoa
Pagi Sebelum Peperiksaan :
1. Bangun awal
2. Pakaian Kemas
3. Sarapan
4. Semak Peralatan
5. Mohon restu ibu bapa
6. Masuk dengan Tenang
7. Tenangkan fikiran
8. Elakkan Perbincangan
9. Baca Selawat
Dalam Kelas Dan Semasa Peperiksaan :
1. Tenangkan diri
2. Susun Alat Tulis
3. Sedia mendengar arahan
4. Baca arahan soalan dengan tepat
5. Garis/tanda bahagian penting
6. Bahagi Masa
7. Buat rangka
8. Tulisan
9. Tinggalkan soalan sukar & tanda
10. Kembali setelah siap yang mudah
11. Semak jawapan
12. Dan terus semak yang lain
Moga beroleh kejayaan yang cemerlang kepada anak-anak semua.
Mak Udakhttp://www.blogger.com/profile/14390712787602847539noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5603725820415370755.post-53101293942630896952012-05-22T10:40:00.000+08:002012-05-22T10:40:28.499+08:00Bangkitlah! Positifkan diri...............
Setiap individu baik remaja, dewasa atau orang tua, sudah semestinya pernah menghadapi masalah dalam hidup. Kata orang hidup tanpa masalah bukan hidup namanya. Berlegar daripada masalah paling kecil, semuanya tetap dinamakan masalah. Cuma masalah yang dihadapi oleh seseorang itu berbeza. Bagaimana cara untuk mengatasinya juga adalah juga satu masalah. Namun hakikatnya setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Biasanya sebelum masalah itu selesai kita akan berasa sangat tertekan, hampir putus asa kerana tidak tahan menghadapinya. Ingat!...masalah kecil, apabila tidak ditangani dengan baik boleh membawa kepada mudarat yang amat besar.
Setiap hari kita tidak akan terlepas dilanda dengan masalah, sekiranya bukan kita yang bermasalah, orang lain pula yang mendatangkan masalah. Oleh itu, kita perlu bersedia menghadapi permasalahan tersebut dan cuba mencari kaedah untuk mengatasinya. Jika anda berseorangan dalam menghadapi masalah, mari kita renung sejenak apa sebenarnya maksud setiap masalah itu, kaedah untuk mengatasinya serta panduan menghadapi masalah dengan tenang.
Masalah sebenarnya ialah ujian Allah kepada kita untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Sebab sebagai manusia kita sering terlupa serta lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah apabila hidup kita sentiasa dilimpahi kesenangan dan kemewahan. Dengan adanya ujian ini, kita akan kembali mengingati apakah hidup kita selama ini mengikuti peraturan atau landasan yang ditetapkan oleh Allah ataupun jauh menyimpang.
Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian daripada Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada ujian. Ujian atau dugaan yang datang adalah daripada Allah, sama ada ujian itu sebagai 'kafarah' dosa yang kitak lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hamba-Nya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah :286 yang bermaksud: " Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya".
Oleh itu, sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka" (At-Taubah : 111)
5 Cara Terbaik Atasi Masalah ....:
1. Sandarkan harapan pada Allah.
* setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa
setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan.
2. Minta pertolongan daripada Allah
3. Jangan sedih dan kecewa
* yakinlah dengan janji Allah dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya
tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya.
4. Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai
* walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan
beban yang anda tanggung.
5. Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain
* mungkin masalah orang lebih besar daripada kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih
tenang ketika menyelesaikan masalah. Sesungguhnya ujian yang datang itu tandanya Allah sayangkan
kita. Jadi ambilah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa
jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap
dugaan datang daripada Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.
Mak Udakhttp://www.blogger.com/profile/14390712787602847539noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5603725820415370755.post-80462403155720602972012-04-24T19:56:00.001+08:002012-04-24T19:56:57.901+08:005 Minit Saja.Tidak perlu waktu yang lama wahai para suami, hanya 5 minit saja yang perlu kita luangkan untuk isteri. Sekali pun usia isteri sudah tidak muda lagi, dia tetap ingin becerita tentang rindunya pada anak-anak yang jarang pulang ke rumah, tentang rindunya pada cucu-cucu yang semakin nakal dan lincah.
Tentang pokok-pokoknya yang merajuk tidak mahu berbunga, tentang lututnya yang mula lenguh-lenguh. Semua itu hanya memerlukan 5 minit tapi kesannya 24 jam untuk hari berikutnya. Begitulah seharusnya kita menjaga keharmonian suami iateri, lebih-lebih lagi dalam usia MIDI.
Niatkan di hati kita untuk mendengar ceritanya ketika bersama, lebih baik lagi di rumah. Jika kurang begitu penting, hindarilah singgah membuang waktu yang sesungguhnya milik keluarga. Apalagi berbual-bual kosong di warung, makan dan minum dengan rakan pejabat atau teman yang hanya akan menyebabkan perasaan iateri kita terluka. Ingatlah, isteri telah berusaha semaksimum mungkin untuk menyenangkan hati kita, memudahkan urusan kita, menjaga anak-anak kita namun ketika kita sampai di rumah semuanya seoalah-olah kita tidak perlu melayannya.
Apalagi ketika pulang, suami sudah dalam keadaan kenyang dan isteri terkulat-kulat makan seorang. Sedangkan sejak siang dia sudah melewatkan masa untuk menikmati makan bersama suami. Tidak ada salahnya bertanya hal-hal remeh padanya, "Ada berita baik apakah hari ini?" dan dengarkan apa yang ingin dia keluhkan. Yakinlah, sebulan saja kita amalkan isteri kita akan kembali bangkit semangatnya. Ghairah hidupnya kembali subur seperti ketika baru-baru bernikah dulu.
Tentunya, apabila hati isteri segar dan berbunga, dia akan bersedia menyambut kita dengan senyuman manisnya. Sudah pasti, yang beruntung bukan orang lain tapi diri kita juga.Mak Udakhttp://www.blogger.com/profile/14390712787602847539noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5603725820415370755.post-84628923111431489662012-02-27T10:38:00.001+08:002012-02-27T10:38:46.638+08:00Fenomena Jodoh Liat.Isu wanira hidup membujang walau usia sudah mencecah hampir setengah abad vukan lagi perkara asing dalam masyarakat kita. Ramai wanita membujang pada usia lewat dan kebanyakan mereka berkerjaya dan berjaya dalam hidup masing-masing. Punca senario ini berlaku masih lagi dalam kajian namun beberapa pendapat menyatakan puncanya disebabkan taraf pendidikan, pekerjaan dan status wanita yang lebih tinggi berbanding lelaki.
Selain itu ada juga wanita yang masih belum berkahwin disebabkan jehendak sendiri yang lebih selesa hidup membujang. Jika hal ini berlaku sesungguhnya ia amat bertentangan dengan sunnah Rasulullah yang menggalakkan umatnya berkahwin. Ini disebabkan berkahwin adalah sunnah Rasulullah dan fitrah seorang manusia. Mereka yang enggan berkahwin bermakna telah mensia-siakan hidup di dunia yang memberi peluang manusia merasai segala rezeki dan rahmat yang dikurniakan Allah.
Fenomena ini sedikit sebanyak memberi impak kepada wanita kerana jumlah wanita tidak berkahwin akan bertambah dan sekali gus akan menyebabkan gelaran 'Anak Dara Tua' atau andartu semakin bertambah. Apabila perkara-perkara seperti ini berlaku, sudah semestinya rasa kecewa akan mudah membelenggu wanita dan merasakan diri mereka tidak sempurna apatah lagi apabila berhadapan dengan rakan-rakan atau saudara mara yang seusia tetapi telah bergelar isteri dan ibu.
Sikap sesetengah orang dan masyarakat yang melabelkan wanita lanjut usia, tetapi masih bujang dengan ungkapan andartu dan andalusia ( anak dara lanjut usia ), selain cemuhan lain, turut membebankan minda dan jiwa mereka. Mengaitkan golongan ini dengan maksiat secara membuta tuli juga adalah tindakan yang tidak rasional. Namun, masih ramai yang prihatin dengan nasib golongan ini. Soal jodoh adalah kehendak dan ketentauan dari Yang Maha Esa, manusia hanya mampu merancang, tetapi segalanya terpulang kepada Yang Maha Pencipta.
Terdapat banyak faktor yang mengaitkan isu wanita yang mengaitkan isu wanita yang memilih untuk tidak berkahwin ini, antaranya termasuklah faktor status pendidikan, peluang pekerjaan kepada wanita yang terbuka luas, memikul tanggungjawab keluarga untuk menyara ahli keluarga dan memilih untuk mendapatkan calon suami yang memenuhi kategori atau standars yang telah mereka tetapkan.Malah terdapat juga kes di mana si isteri memperoleh pendapatan yang lebih daripada suami mengndang konflik apabila si suyami mula merasa rendah diri dengan kelebihan yang dimiliki oleh si isteri. Rasulullah menggalakkan umatnya berkahwin untuk menikmati nikmat hidup zahir dan batin. Islam melarang umatnya hidup membujang dengan tujuan sengaja mengelakkan diri daripada menikmati kehidupan berkeluarga. Mereka seolah-olah ridak mahu mempunyai keturunan dan menolak apa yang sudah dihalalkan oleh Allah kepadanya.
Perkahwinan ialah sesuatu ikatan suci dalam Islam dan dimeteraikan oleh akad nikah oleh pengantin lelaki. Justeru perkahwinan terikat dengan hubungan suami isteri dan masing-masing ada tanggungjawabnya. Sikap ramai lelaki yang curang dan suka berfoya-foya, kegagalan bercinta, kurang yakin dengan lelaki yang dikatakan kurang berkualiti dan tidak dilamar turut menyebabkan wanita ini lambat atau tidak berkahwin.
Dalam hal ini renungi firman Allah maksudnya:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isterimu daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang"- (Surah ar-Rum, ayat 21 ).
Ayat Al-Quran dan hadis di atas dalil yang menunjukkan kepentingan dan hikmah di sebalik perkahwinan. Bagaimanapun, sebagai insan kita juga tidak dapat menafikan ketentuan Allah terhadap kehidupan setiap manusia.
Manusia sama sekali tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku dalam hidupnya walaupun sesaat. Semuanya dalam pengetahuan dan urusan Allah. Manusia disuruh berusaha dan ketentuan adalah di atas kehendak Allah. Kita diperintahkan Allah untuk berusaha sedaya-upaya dan barulah bertawakkal kepadaNya.
Nasihat buat wanita :
1. Sentiasa ingat soal jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan dari Allah. Oleh yang demikian , sentiasa berserah dan redha dengan ketentuan tersebut dan melihat perkara jodoh sebagai sesuatu uang positif.
2. Usaha juga adalah sebagai satu langkah untuk mencari jodoh. Usah hanya menunggu jodoh datang di depan mata. Sebaliknya, cubalah mencari kesesuaian agar pintu jodoh lebih mudah terbuka.
3. Bersabar dengan ketetapan Ilahi dengan mengkaji segala kebaikan di sebaliknya.
4. Membanyakkan zikir dan menambahkan ibadat. Zikir dan ibadat dapat mengukuhkan iman.
5. Memahami ciri jodoh seperti yang digariskan agama. Tidak terlalu memilih dan meletakkan kriteria yang terlalu ideal untuk calon suami.
Mak Udakhttp://www.blogger.com/profile/14390712787602847539noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5603725820415370755.post-73018865621480238392012-02-24T14:08:00.001+08:002012-02-24T14:08:32.917+08:00Pelupa VS Sayur-sayuran.Adakah anda berasa dengan penambahan usia menjadikan anda semakin pelupa? Namun penyelidik mendapati bahawa sifat pelupa bukan sahaja berkait rapat dengan proses penuaan, tetapi juga disebabkan oleh pemakanan.
Banyak kajian yang dijalankan selama 25 tahun melibatkan lebih 1,300 wanita menunjukkan, makanan mempunyai kesan negatif dan positif terhadap otak manusia. Sayur-syuran misalnya terbukti mampu mengurangkan masalah pelupa akibat daripada kesan penuaan. Ini kerana sayur-sayuran, terutama yang berdaun hijau dapat meningkatkan keupayaan otak.
Lantaran itu anda disarankan agar mengambil 1 1/2 cawan sayur ketika makan tengahari, 1 1/2 cawan untuk makan malam dan 2 cawan buah-buahan setiap hari.Mak Udakhttp://www.blogger.com/profile/14390712787602847539noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5603725820415370755.post-26034777081111672292012-02-23T08:45:00.001+08:002012-02-23T08:45:16.134+08:00Harga Sebuah Ilmu.Diriwayatkan, ketika dalam suatu perjalanan, rombongan Imam Al-Ghazali telah ditahan oleh sekumpulan perompak. Semua barangan dan harta dirampas termasuklah beg Imam Ghazali yang berisi pelbagai jenis kitab.
Dengan penuh rendah hati Imam Ghazali bermohon agar begnya yang berisi kitab-kitab tadi dikembalikan. Dengan hairan ketua perompak itu bertanya kepada Imam Ghazali apakah isi dalam kitab-kitab tersebut.
"Ilmu," jawab Imam tersohor itu.
Ketua perompak itu bertanya lagi,"Apakah hilang ilmu andainya kitab-kitab itu hilang?"
Beliau menjawab."Ya. Sebab itu aku amat menyayangi kitab-kitabku ini."
Ketua perompak itu berkata,"Apalah sangat harga ilmu yang berada dalam kitab?"
Kata-kata tersebut bukan sahaja mengejutkan Imam Ghazali, tetapi juga telah menyedarkannya tentang suatu perkara penting yang selama ini diabaikan. sejak itu Imam Ghazali menghafal seluruh ilmu di dalam kitab-kitab miliknya.
Pengajaran yang boleh kita ambil ialah ilmu bukan hanya untuk dicari apabila perlu sahaja. Sepatutnya ia diamalkan agar ia menjadi sebahagian daripada diri kita yang amat berharga.Mak Udakhttp://www.blogger.com/profile/14390712787602847539noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5603725820415370755.post-92059301458692432152012-02-23T07:53:00.001+08:002012-02-23T07:53:07.757+08:00Tidak Perlu Malu Akui Kekurangan DiriBismillahirrahmanirrahim.............
Memasuki bulam Mac ini bermakna hampir suku tahun kita berada dalam tahun 2012. Betapa masa bergerak begitu cepat hingga tidak terasa bagai baru semalam kita meraikan tahun baru-Masihi dan Hijrah. Namun, kita tidak pula dapat merangkulnya kembali kerana yang berlalu akan terus berlalu dan kita perlu melangkah ke hadapan.
Barangkali, kita senang terbawa-bawa oleh emosi dan dijentik nostalgia lalu. Manisnya kenangan masa silam tetap kekal dalam memori, jelas terbayang di mata. Sayang sekali, kita hanya mampu mengenangnya namun tidak pula dapat diulang kembali. Begitu juga, pasti ada kekesalan atau kesilapan yang ingin kita tebus dek kealpaan masa lalu. Sementara sisa umur masih terbaki, kita diberi kesempatan untuk memperbaiki atau menampung kekurangan yang melingkari diri.
Misalnya ada yang sanggup belajar semula kerana dahulu sewaktu masih muda tidak berkesempatan lantaran kekangan waktu dan kesibukan. Bukan sahaja kembali mendalami ilmu dunia tetapi juga ilmu sebagai bekalan untuk dibawa apabila menuju ke dunia yang kekal abadi nanti.
Peluang dan ruang untuk belajar sentiasa terbuka dalam zaman teknologi maklumat hari ini. Mencari pengetahuan tidak sesukar dahulu kerana akses terhadap ilmu begitu mudah, cepat, dan dapat dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Mencari guru yang bertauliah juga bukan masalah besar. Pokok pangkalnya kemahuan diri sendiri.
Semoga kita menjadi insan yang sentiasa dahaga akan ilmu dan berlumba-lumba untuk meningkatkan pengetahuan serta maklumat. Faktor usaia dan kemampuan fizikal bukan alasan. Tidak perlu berasa malu walaupun terpaksa duduk sekelas belajar dengan golongan yang lebih muda.
Mudah-mudahan sedikit ilmu yang dapat dimanfaatkan akan menjadi aset berharga yang akan kita tinggalkan setelah kita tiada nanti.
Salam manis......Mak Udakhttp://www.blogger.com/profile/14390712787602847539noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5603725820415370755.post-85306178459106639232011-08-21T06:37:00.000+08:002011-08-21T06:37:30.034+08:00Belajar Jadi Pasangan Yang terbaik..Tiada manusia yang dilahirkan sempurna di dunia ini. Pasti ada salah dan silap di mana-mana. Dan ini tentunya memberi kesan dalam sesebuah perhubungan. Pun begitu tidak salah jika kita belajar memperbaiki diri dab belajar menjadi yang terbaik buat pasangan. Semoga usaha menjadi yang terbaik ini sekali gus dapat memperbaiki perhubungan mahupun rumahtangga anda.
Belajarlah jadi pasangan yang terbaik untuk pasangan anda:
1. Realistik terhadap pasangan : Janganlah mencuba untuk mengubah pasangan menjadi seseorang yang anda inginkan. Hadapi kenyataan dan terimalah dirinya seadanya. Jangan berharap pasangan menjadi wanita terbaik, tercantik mahupun suami yang paling romantis. Cintai pasangan kerana dirinya. Ada sesuatu yang dimiliki oleh pasangan anda yang tidak dimiliki oleh siapa pun di dunia ini..
2. Terbuka tentang perasaan : Ketika berhadapan dengan masalah, suami biasanya lebih gemar untuk berdiam diri dan menyelesaikannya sendirian. Namun berbeza dengan wanita yang lebih terbuka tentang hati dan perasaan mereka. Oleh itu bagi isteri cubalah mempelajari sikap suami dan tidak membuat jangkaan sendiri mengenai perasaan pasangan mereka. Bagi suami pula belajarlah untuk mengekspresikan perasaan dengan tepat supaya pasangan lebih mudah memahami ketika anda marah, terluka, tersinggung atapun bahagia. Pertanda awal sebuah perpisahan adalah bila pasangan itu berhenti berkomunikasi dari hati ke hati.
3. Gemar melakukan sesuatu yang menarik bersama : Carilah sesuatu yang boleh anda lakukan bersama-sama. Sebagai contoh melakukan olahraga kegemaran bersama pasangan ataupun melakukan hobi yang anda berdua sama-sama senang. Nikmati waktu ketika bersama pasangan. Anda boleh juga sekadar menonton VCD di rumah atau mungkin jalan berpegangan tangan di kompleks membeli belah seperti masih waktu bercinta. Berhati-hatilah jika anda lebih suka menghabiskan lebih banyak wqktu dengan teman daripada pasangan sendiri. Itu tanda yang kurang baik dalam perhubungan.
4. Tidak terlalu perfeksionis : Belajarlah untuk menerima apa yang dilakukan oleh pasangan anda walaupun ia tidak seperti yang anda inginkan. Contohnya bila suami membantu melakukan kerja rumah, walaupun caranya menyidai kain, menyapu lantai datau memasak tidak sempurna tapi tetaplah berterima kasih. dalam perhubungan ada beberapa perkara yang mana kita harus mampu memberi dan menerima.
5. Tunjukkan cinta : Bagi suami, cubalah membawa pulang kuih kesukaan isteri anda. Boleh juga coklat atau apa pun yang dia sukai. Bagi isteri pula manjakan pasangan suami anda denagn memasakkan makanan kegemarannya atau membelikan sesuatu yang dinginkan tetapi belum sempat dibeli. Jadikan perkara sebegini bahasa cinta anda. Ada lima bahasa cinta yang mana salah satunya boleh jadi selalu dilakukan oleh anda atau pasangan iaitu sentuhan fizikal, kata-kata semangat, waktu berkualiti, layanan dan hadiah. Tunjukkan rasa prihatin terhadap orang yang anda cintai dan sayang akan memberi kesan yang sangat membahagiakan.
6. Saling menghormati : Jangan mempersendakan tentang rambut atau kulit pasangan di depan orang lain atau anak-anak. Meskipun maksudnya hanya untuk bergurau tetapi fikiran di bawah sedarnya mungkin menangkap maksud yang berbeza. Boleh jadi perkara ini akan menggugat keyakinan dirinya. Mencintai adalah menghargai perasaan satu sama lain dan peka terhadap perasaan pasangan kita.
7. Kuburkan masa lalu : Meskipun masa silam pasangan atau dir anda sendiri cukup sukar namun cubalah sedaya upaya tidak mengungkitnya apatah lagi jika ia sesuatu yang negatif. Tiada seorang pun yang mahu diingatkan tentang sesuatu yang membuatkan diri merasa malu. Apa yang telah terjadi biarkan saja ia berlalu.
8. Hilangkan rasa cemburu : Setiap perhubungan pasti tak dapat lari dari perasaan cemburu, namun jangan sesekali membiarkan perasaan cemburu itu melarat dan memudaratkan perhubungan. Rasa cemburu seperti ini ibarat racun yang secara perlahan menyebar ke seluruh sendi-sendi perhubungan anda. Percayalah kepada pasangan anda. Mencintai adalah tentang memiliki rasa percaya dan yakin pada pasangan.
9. Jaga komitmen : Jangan membuat janji yang dirasakan tidak mampu untuk dipenuhi. Sekiranya tidak dapat dicapai maka ini akan mengurangkan rasa hormat oleh pasangan. Selain itu, jagalah kepercayaan dan saling menghormati antara satu sama lain adalah petua perhubungan yang sihat. Jika pasangan mula merasakan bahawa ia tidak penting maka bersiap sedialah untuk kehilangan hatinya.
10. Jujur : Jujur bukan saja dari aspek tingkah laku tapi yang lebih penting kejujuran untuk mengungkapkan perasaaan terdalam kita. Jika anda berasa marah katakan bahawa anda sedang marah. Jika anda berasa terluka, berterus-teranglah. Luahkan dengan rasa tenang tanpa perlu menengking atau menjerit-jerit hingga melukakan hati pasangan. Jika anda tidak mampu jujur pada pasangan pada siapa lagi anda harus jujur?...Mak Udakhttp://www.blogger.com/profile/14390712787602847539noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5603725820415370755.post-44271278390539922922011-05-23T16:03:00.000+08:002011-05-23T16:03:41.691+08:00Wanita : Raihlah Ilmu.
Wanita.....
Perhiasan indah dunia dengan harta solehah
Iman perisai kebal yang tidak mudah digegar
Kemanisan dan kelembutan bukan kelemahan yang melata
Wanita.....
Jadikan akal mu bukan hanya untuk berhias
Menakluk Sang Adam
Jadikan kelebihan ini agar dunia boleh kau takluki
Dengan ian dan semangat yang kau tanamkan
dalam jiwa anak-anak mu
Agar menjadi pahlawan peneraju dunia
Bukan dengan pedang atau ledakan peluru
Namun dengan ilmu yang tajam
Harta yang mantap dan iman yang teguh tanpa
berbelah bahagi kepada Pencipta
Wanita.......
Jangan serahkan cinta sayang mu membabi buta
Ketahuilah yang tiada bezanya kita dan kaum
Adam gagah perkasa
Nyata mereka pemimpin yang diutus Maha Esa
Namun kita masih sama di sisi Khaliq Maha Pencipta
Raihlah ilmu agar kita wanita tidak cuma
menyerah berserah pada takdir tanpa melawan.
Mak Udakhttp://www.blogger.com/profile/14390712787602847539noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5603725820415370755.post-2904900338904752052011-05-14T15:09:00.000+08:002011-05-14T15:09:24.471+08:00Orang yang menyintaimu.
1. Orang yang menyintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli!. baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik, walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti "Selamat Pagi", "Selamat Hari Minggu", "Selamat Tidur".
'Take Care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMSnya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6. Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu, matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya, kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
10. Kalau kali terakhir kalian bertemu, kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung dan saat harinya tiba dia mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sabgat istimewa.
13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari0harinya hanya dengan kamu.
15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu, dan jauh di hatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh di mata, jauh di hati?.
16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirin SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18. Orang yang mencintai kamu kamu kadang-kadang merindukan dan melakukan hal-hal yang menbuat kamu pening kepala. namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan itu.
20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab ada alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.Mak Udakhttp://www.blogger.com/profile/14390712787602847539noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5603725820415370755.post-1799415821892386902011-04-17T21:08:00.001+08:002011-04-17T21:11:45.488+08:00Kenali Pesta Kaul Mukah.
Pesta Kaul Mukah merupakan pesta keramaian yang diraikan oleh Masyarakat Melanau pada setiap tahun. Pesta tradisi ini menghimpunkan pelbagai upacar dan adat resam yang menarik dan mempunyai keunikan tersendiri.
Dahulu, Kaul dilihat sebagai perayaan keagamaan oleh Masyarakat Melanau 'Pagan' untuk memohon restu daripada penunggu laut, darat, ladang dan hutan agar penunggu tersebut tidak mengganggu ketika mereka mencari rezeki.
Disebabkan kaum Melanau sinonim dengan aktiviti nelayan. Kaul diadakan bagi menandakan musim tengkujuh telah berlalu. Perubahan agama dan anutan di kalangan Masyarakat Melanau turut mengubah aplikasi dan kepercayaan Kaul. Kehadiran Islam dan Kristian membawa dimensi baru kepada kaul yang lebih sesuai dilihat sebagai Pesta Sosio-Budaya. Namun, di dalamnya masih terpelihara dan terselit keunikan warisan Budaya Melanau di Negeri Sarawak iaitu masyarakat yang masih mengekalkan upacara tradisi yang disesuaikan mengikut masa.
Pesta Kaul menjadi medan perkelahan komuniti terbesar masyarakat Melanau. Pesta ini bakal menyajikan satu manifestasi khazanah budaya kaum Melanau dari aspek pakaian, kraftangan, makanan, permainan, tarian dan adat resam.
kini sambutannya disertai oleh semua lapisan masyarakat dari pelbagai kaum dan agama terutamanya untuk melihat dan menyertai pelbagai permainan tradisi seperti 'Tibow' (buaian gergasi), pameran dan jualan makanan eksotik tempatan seperti 'Tebaloi', 'Si'et' dan 'Umai', persembahan kebudayaan, pameran kraftangan dan yang lebih menarik adalah proses penyatuan keakraban yang menemukan pelbagai bangsa, agama dan pertuturan dalam upacara perkelahan komuniti.
Aktiviti Pesta Kaul Mukah 2011:
Majlis Perasmian akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut;
Tarikh : 30 April 2011
Masa : 8:30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Pantai Kala Dana Mukah
Tetamu : YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.
Aktiviti Menarik sempena Pesta kaul 2011 ;
1. Pertandingan Masakan
2. ertandingan Memancing di Tebingan Sungai
3. Sukan Rakyat
4. Pertandingan lagu klasik
5. Pertandingan Petanque
6. Mukah Beach Triathlon
7. Pertandingan Bola sepak Pantai
8. Pertandingan fesyen kanak-kanak
9. Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak)
10. Gerai Momuniti
11. Gerai Pameran Dan Jualan
12. Karnival Fotografi kaul
13. Bermukun
14. Mr & Mrs Jerd (Badang)
15. Pertandingan dan Pameran Kraftangan
16. Pertandingan Menggubah Serahang
17. Pentas Seni Warisan Budaya
18. Pentas Hiburan
19. Pertandingan Teluwaih dan Jemelai Jinih
20. Perarakan Serahang
21. Perarakan Seni Warisan 1 Malaysia
22. Pertandingan dan Pameran Layang-layang
23. Pertandingan menulis esei
24. Karnival Permotoran
25. Kaul Music Fest (Battle of The Band)
26. Galeri Kaul
27. Senam Seni 1 Malaysia
28. Keman Beradet
dan baynyak lagi........................Mak Udakhttp://www.blogger.com/profile/14390712787602847539noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5603725820415370755.post-37728664561866378992011-04-16T18:02:00.000+08:002011-04-16T18:02:13.722+08:00Cantik di hati .1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab datang bekerja, hasilnya macam kita tak datang kerja.
2. Ada kala kita rasa kita amat sibuk, rupanya kita hanya kelam kabut.
3. Ada kala kita rasa kita prihatin, tapi rupanya kita jaga tepi kain orang.
4. Ada kala kita rasa berfikiran terbuka dan berterus terang tapi rypanya kita kurang pengajaran.
5. Ada kala kita rasa kita berpemikiran kritis, rupanya kita hanya lebih kepada kritik yang mencipta krisis.
6. Ada kala kita rasa kita ingin menjadi lebih mesra tapi rupanya kita dilihat lebih mengada-ngada.
7. Ada kala kita suka bertanya 'kenapa aku ini macam tak ada kerja' adalah lebih baik kita tanya 'apa lagi kerja yang aku boleh buat'.Mak Udakhttp://www.blogger.com/profile/14390712787602847539noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5603725820415370755.post-76478364694935400732011-04-11T21:27:00.000+08:002011-04-11T21:27:33.240+08:00Warna-warna yang menceriakan hati.Warna bukan sekadar cantik tetapi dapat meninggalkan kesan positif pada orang-orang yang berada di sekitarnya. Oleh itu apabila anda terfikir warna apakah ingin anda pakai hari ini, lihatlah kesannya pada orang lain.
Warna Merah : meninggalkan kesan dinamik, sensual dan mewah. Ia memberi tenaga, kehangatan, aktif, optimis dan bersemangat. Ia juga dikatakan dapat meninggalkan aliran darah dalam tubuh.
Warna Merah Muda : membuat anda terasa bertenaga minda, ceria dan romantik.
Warna Merah Jambu  : simbol kasih sayang dan cinta kerana warna ini menimbulkan kesan lembut dan menenangkan.
Warna Kuning : memberikan suasana hangat, bercahaya dan cerah. Ia membangkitkan tenaga, emosi dan kekuatan.
Warna Jingga : memberikan kesan bertenaga, cergas, ramah dan kreatif. Ia mirip warna merah tetapi lebih feminin dan bersahabat. Ia menimbulkan perasaan positif, senang, gembira dan optimis, penuh bertenaga, mengurangkan depresi dan perasaan tertekan. Tetapi warna ini jika berlebihan akan merangsang sifat hiper aktif.
Warna Biru  : memberi kesan harmoni, kebenaran, tenang dan dingin, rasa lapang, tenteram, hening, damai, nyaman dan aman.
Warna Hijau : memberikan kesan alamiah dan segar. Ia menyeimbangkan emosi dan kejiwaan.
Warna Ungu : kerohanian dan mistik. Ia juga feminin, antik, hangat dan anggun.Mak Udakhttp://www.blogger.com/profile/14390712787602847539noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5603725820415370755.post-10167434495315553082011-04-02T08:09:00.003+08:002011-04-02T08:09:02.500+08:00Memaafkan :
Memaafkan itu indah
Memaafkan itu sedekah
Memaafkan itu mengundang Maghfirah-Nya
Memaafkan itu mengundang Rahmah-Nya
Memaafkan itu nikmat
Memaafkan itu lazat
Memaafkan itu melapangkan perasaan
Memaafkan itu melapangkan kesusahan
Memaafkan itu membuka pintu-pintu cinta
Memaafkan itu membuka pintu-pintu dunia
Memaafkan itu membuka pintu-pintu bahagia
Memaafkan itu membuka pintu-pintu surga
Memaafkan itu melepaskan masalah
Memaafkan itu melepaskan rasa susah
Memaafkan itu melepaskan rasa serba salah
Memaafkan itu melepaskan berbagai rasa resah
Memaafkan itu melancarkan pernafasan
Memaafkan itu melancarkan hubungan
Memaafkan itu menambah ketampanan
Memaafkan itu menambah kejelitaan
Memaafkan itu mengikhlaskan
Memaafkan itu menyihatkan
Memaafkan itu mendewasakan
Memaafkan itu mencerdaskan
Memaafkan itu membersihkan diri
Memaafkan itu mengundang rezeki
Memaafkan itu menenangkan hati
Memaafkan itu mengundang redha Ilahi
Dengan demikian,
jangan lagi kita mengatakan :
"Huh,seronok sangat kalau dia saya maafkan, seronok pada saya, seronok pada dia..."
La?
Astaghfirullaahal'azhiim...
Mak Udakhttp://www.blogger.com/profile/14390712787602847539noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5603725820415370755.post-72100558720682824252011-03-28T21:47:00.001+08:002011-03-28T21:49:10.530+08:00Bagaimana mengenali Lelaki Sejati.
Lelaki sejati menjadi dambaan wanita. Namun apakah sebenarnya erti lelaki sejati. Beberapa pandangan daripada kaum Adam sendiri tentang ciri lelaki dan cara untuk mengenali lelaki sejati. Semoga ia dapat menjadi panduan kaum wanita.
Pandangan 1 :
Lelaki sejati itu perlulah 'Straight', dan semuanya ada kaitan dengan wanita . Mereka juga perlu hormat dan jaga wanita. Diri mereka juga perlu lebih kepada 'Ladies Man'. Lelaki sejati juga boleh 'Survived'. Ini bermakna, jika dicampak ke mana sahaja pun, mereka boleh hidup. Selain itu, mereka juga perlu berkeyakinan tinggi dan tidak malu.
Lelaki sejati boleh dilihat dari segi dalamannya kerana untuk melihatnya dari segi fizikal agak sukar. Kita perlu mengenali seseorang itu dengan lebih mendalam kerana hanya dengan cara itulah kita dapat mengatakan lelaki sejati atau tidak. Jika kita menganggap lelaki itu sejati apabila melihat secara luarannya sahaja, memang tidak boleh kerana apa yang di luar mencerminkan apa di dalam.
Pandangan 2 :
Lelaki sejati bukan setakat dilihat dari segi tubuh badan yang besar atau sasa tapi dari pelbagai aspek. Kita boleh melihat kasih sayangnya terhadap orang sekeliling. Lelaki sejati juga bukan dilihat dari suaranya yang lantang tetapi kelembutan mengatakan sesuatu yang benar. Ia bukan dilihat dari segi jumlah sahabat atau pergaulan tetapi cara dia mempengaruhi orang untuk tertarik pada dirinya.
Jika dilihat dari segi perhubungan, wanita akan melihat lelaki sejati dari segi bagaimana lelaki itu memahami perasaan wanita itu. Untuk menjadi lelaki sejati, seseorang lelaki itu perlu bertanggungjawab dalam setiap aspek kehidupan. Mereka juga perlu gentlemen dan yang penting sekali, lelaki sejati itu perlu memiliki satu perwatakan yang boleh membuatkan orang menghormatinya.
Pandangan 3 :
Menilai lelaki sejati maka kita perlu lihat dari segi zahir, iaitu penampilannya mestilah berupa seorang lelaki. lelaki sejati juga perlu mesti memiliki perwatakan dan 'body gesture' seorang lelaki, bukannya lembut. Dari segi dalaman pula, kita perlu lihat dari segi dia berfikir atau kognitif sebagai seorang lelaki.
Ini bermaksud, jika dia buat keputusan mesti menyebelahi seorang lelaki, dan setiap keputusan terus terang dan berani. Lelaki sejati perlu memiliki kecenderungan terhadap jantina yang sama, itu bukanlah lelaki yang sejati. Lelaki yang memiliki minat dan hobi ke arah feminisme, bukanlah lelaki yang sejati. 'Trademark' lelaki sejati ini adalah mereka sukakan aktivit-aktiviti lasak.
Sifat memimpin perlu ada dalam diri lelaki sejati kerana apabila dia sudah berkahwin, sudah pasti dia perlu memimpin keluarganya. Lelaki itu akan jadi dayus atau tidak bertanggunjawab jika tidak ada sifat memimpin.Mak Udakhttp://www.blogger.com/profile/14390712787602847539noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5603725820415370755.post-66744654368447067732011-03-27T21:29:00.000+08:002011-03-27T21:29:23.896+08:00Bersahabat tanpa jatuh Cinta.
Ada kalangan kita yang mempunyai sahabat baik dari kalangan lawan jenis. Tidak tahu kenapa tapi masing-masing merasakan selesa untuk berkawan. Akan tetapi persahabatan begini selalunya mengundang pandangan serong terutama jika masing-masing sudah berumahtangga.
Lelaki dan wanita yang rapat sering kali dikaitkan denagan perasaan cinta dan sememangnya tidak dinafikan ia berlaku. Ada persahabatan yang dibina ini hancur kerana cinta. Oleh itu, bagaimana mahu mengekalkan persahabatan yang akrab dengan rakan berlainan jantina tanpa ada melibakan perasaan cinta. Ini dia tipnya:
1. Bersahabat atas nama kepercayaan dan bukan hanya berpegang pada janji.
2. Menceritakan masalah yang universal bukan kehidupan rumahtangga dan masalah dengan pasangan yang boleh menjurus kepada simpati.
3. Persahabatan haruslah di depan umum yang tidak terlalu menunjukkan kedekatan.
4. Elakkan pertemuan yang kerap, seeloknya usahakan melalui alat komunikasi.
5. Berkata jujur dan tidak mengada-ngada.
bahawa otak mempunyai kekuatan yang amat menakjubkan. Ia umpama raksasa gagah
yang sedang tidur. Pelbagai eksperimen yang dilakukan oleh saintis membuktikan
potensi otak jauh lebih hebat dari apa yang kita sangkakan. Menurut ahli
neurologi, kita menggunakan hanya satu peratus dari keseluruhan keupayaan otak
yang sebenar. Malah penyelidikan mereka yang mutakhir menunjukkan kita
menggunakan kurang dari satu peratus dari kemampuan otak yang sebenar.
Ini bermakna kita telah mensia-siakan 99% potensi otak yang maha hebat ini.
Alangkah ruginya harta yang sangat berharga ini kita biarkan berdebu, tidak
digunakan, tidak dipedulikan dan tidak dikembangkan. Otak orang dewasa
mengandungi 10,000,000,000 (sepuluh bilion) neuron atau sel saraf. Seekor lebah
yang memiliki 900 neuron mampu membuat pelbagai kerja yang mengkagumkan.Ia
mampu membina indung lilin, memproses madu yang dikenali sebagai 'raja ubat',
membawa masuk udara segar ke dalam sarang, mengawal suhu dan cahaya,
menghasilkan cecair pencuci untuk kerja-kerja pembersihan sarang, menganalisa
cahaya, berkomunikasi, menjaga kebajikan dan disiplin rakan-rakan.
Manusia yang memiliki sepuluh bilion neuron tentu mempunyai kemampuan jutaan
kali ganda dari kemampuan lebah. Cuba bayangkan orang yang mempunyai RM 900
tentu boleh membeli bermacam-macam benda. Dia boleh membeli air tin, nasi
lemak, kasut, pakaian, buku, basikal 'racing' dan lain-lain lagi. Bagaimana
pula dengan orang yang memiliki RM 10,000,000,000 (sepuluh bilion=sepuluh ribu
juta ringgit)? Sudah tentu ia mempunyai kemampuan dan 'kuasa beli' yang jauh
lebih hebat. Dia boleh membeli apa sahaja dengan sekehendak hatinya. Dia boleh
membeli pizza, ayam goreng di KFC, sekandang lembu, motosikal, kereta, bas, lori
treler malah jet pun boleh beli.
Begitulah potensi dan kemampuan otak manusia. Masalahnya sekarang, kita tidak
menyedari bahawa kita adalah 'terlalu kaya' dan memiliki kemampuan yang sungguh
hebat. Kita ibarat si miskin yang tidak menyedari bahawa di bawah rumah kita
tersimpan harta karun warisan keturunan kita yang tidak ternilai harganya.
Sekiranya potensi otak ini betul-betul diperkembangkan dan dimanfaatkan, kita
akan menjadi seorang Super Pintar dan mampu mengingati apa sahaja maklumat
dengan tidak lupa selama-lamanya. Berapa ramai cendiakiawan Islam memanfaatkan
keupayaan otak mereka untuk menghafal 6,666 ayat Al-Qur'an, menghafal 100,000
hadis dan menghafal puluhan kitab tebal yang mengandungi ribuan mukasurat.
Mereka berupaya mengingati kitab-kitab tersebut lengkap dengan bab, muka surat,
perenggan, ayat, baris, koma dan noktahnya sekali. Selain dari mempunyai daya
hafazan yang mantap, mereka memiliki kepintaran yang luar biasa seperti yang
berlaku kepada Imam Ghazali, Imam Syarie, Ibnu Farabi, Ibnu Sina dan lain-lain.
SISTEM INGATAN MANUSIA
Maklumat yang diterima akan disimpan di dalam ingatan. Terdapat dua jenis
sistem ingatan :
(i) INGATAN JANGKA PENDEK
Maklumat yang diterima, disimpan di dalam ingatan jangka pendek dalam tempoh
yang singkat, iaitu di antara 30 saat hingga 24 jam. Proses kehilangan maklumat
dari gudang ini amat pantas kerana muatannya terhad. Ianya mudah hilang dari
ingatan seperti nombor telefon, senarai harga dan nombor pendaftaran kenderaan.
Sesetengah maklumat dari sistem ingatan jangka pendek akan berpindah memasuki
sistem ingatan jangka panjang jika ianya diberi penumpuan dan diulang-ulang.
Maklumat yang tidak berpindah ke sistem ingatan jangka panjang, kebanyakkannya
akan lupus begitu saja.
(ii) INGATAN JANGKA PANJANG
Ingatan ini bermaksud ingatan terhadap sesuatu maklumat dalam tempoh yang lama.
Sebenarnya setiap maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang tetap
kekal sehingga ke akhir hayat seseorang. Yang menyebabkan kita tidak dapat
mengingati kembali ialah kerana kelemahan untuk 'memanggil kembali' (recall)
maklumat tersebut dari gudang ingatan jangka panjang.
Maklumat dari ingatan jangka panjang tidak akan luput. Ianya masih wujud dalam
ingatan, cuma mengambil masa untuk d**eluarkan kerana sudah lama tidak digunakan.
Anda mungkin pernah terserempak dengan kawan lama tetapi tidak dapat mengingati
namanya. Puas anda cuba mengingati namanya semasa berbual tetapi gagal. Setelah
pulang, tiba-tiba baru anda teringat namanya. Begitu juga kadang-kadang kita
terlupa dengan sesuatu yang sudah diingati seperti nama jalan, bangunan atau
tajuk buku. Selepas beberapa ketika kita mampu mengingatinya semula.
Ini menunjukkan maklumat itu masih ada, tetap tersimpan. Kita masih 'ingat'
maklumat tersebut, bukan lupa. Cuma itu adalah kelemahan kita untuk memanggil
kembali maklumat itu. Itulah yang dimaksudkan dengan perkataan 'LUPA' dalam
kehidupan seharian. Penyelidikan pakar psikologi dan neurologi menegaskan
kenyataan "Setiap maklumat yang tersimpan di dalam ingatan jangka panjang
tidak akan hilang dan msunah selama-lamanya sehingga ke akhir hayat
seseorang." Ini bukanlah cakap-cakap kosong tanpa bukti ilmiah dari para
pengkaji otak. Pelbagai eksperimen saintis otak dan amalan ahli hypnotisme
membuktikan penyataan tersebut. Dr. Wilder Penfield, seorang saintis otak dari
Universiti McGill, Montreal, telah melakukan pembedahan ke atas otak
pesakitnya. Beliau telah mengalirkan arus elektrik dengan kadar yang sangat
halus pada otak subjeknya iaitu pada bahagian yang d**enali sebagai neucortex.
Terbukti subjeknya didapati mampu mengingati peristiwa-peristiwa puluhan tahun
lampau dengan terperinci. Misalnya warna baju, nombor-nombor telefon, perbualan
pada hari-hari yang tertentu pada puluhan tahun yang lalu.
Begitu juga yang berlaku kepada para subjek ahli-ahli hypnotisme. Hypnotisme
adalah ilmu membangkitkan minda bawah sedar seseorang dengan menidurkannya
terlebih dahulu. Subjek-subejk ahli hypnotisme juga mampu mengingati kembali
peristiwa lampau dan mampu menceritakan apa yang dilakukan oleh mereka pada
hari-hari tertentu pada 10,20 malah 50 tahun yang lampau! Kedua-dua jenis
eksperimen ini membuktikan maklumat tersebut tetap kekal di dalam ingatan dan
tidak akan luput selama-lamanya.Orang genius dan yang mempunyai ingatan luar biasa
ialah orang yang berkebolehan 'memanggil kembali' maklumat yang tersimpan di
dalam sistem ingatan jangka panjang. Itu sahaja kebolehan mereka. Benarlah
pendapat Professor Diraja Ungku Aziz bahawa manusia mempunyai kemampuan untuk
menyimpan ilmu pengetahuan yang tidak terhingga banyaknya jika mengetahui
tekniknya.Jika anda ingin menjadi gemius, anda haruslah menguatkan potensi otak
dengan meransang, melatih, menyubur, menyihat dan mencergaskan otak melalui
kaedah-kaedah moden dan tradisional. Kajian menunjukkan keupayaan otak boleh
ditingkatkan perkembangannya melalui berbagai-bagai rangsangan, saranan,
pemakanan, senaman, latihan, amalan dan pantang hidup. Kajian ulama-ulama Islam
menambah bahawa amalan-amalan kerohanian termasuk doa, ibadah dan taqwa juga
boleh menyubur dan mengaktifkan sel-sel otak.
OTAK YANG CERDAS TERLETAK PADA BADAN YANG SIHAT
Untuk mendapatkan otak yang sihat atau cerdas, kita perlu memiliki tubuh badan
yang sihat terlebih dahulu. Oleh itu, anda perlulah melakukan senaman, mengamalkan
amalan pemakanan yang berkhasiat, berzat, seimbang dan berjadual, amalan hidup
yang betul dan menyihatkan, berpuasa, berjiwa tenang, membersihkan perut, dan
lain - lain lagi rahsia yang dipaparkan di sini. Kesihatan mental bergantung
Mak Udakhttp://www.blogger.com/profile/14390712787602847539noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5603725820415370755.post-7563867809286560662011-03-19T21:16:00.000+08:002011-03-19T21:16:14.510+08:00Makna Air Mata...Seorang anak tidak mengerti mengapa ibunya menangis. Baginya air mata seorang ibu boleh ditafsirkan bermacam-macam. Ibu menangis kerana seidh. Pendek kata, tidak kira sama ada situasi itu gembira atau duka, ibu pasti menangis. Inilah yang sering menjadi persoalan kepada anak; mengapa ibu menangis?
Namun bagi ibu pula, jawapannya mudah. Ibu, menangis sebab ibu wanita. Jawapan yang mengundangkan tanda tanya, membuatkan anak tidak mengerti walaupun ibunya menjawab dengan senyuman malah memeluknya dengan erat sekali.
Soalan sama ditanyakan juga kepada ayah: mengapa ibu menangis? Jawapan ayah lebih memeningkan kepala anak. " Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan...." Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian, si anak menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Sesungguhnya Allah ada sebab mengapa wanita mudah sekali menangis. Saat Allah mencipta wanita, Dia membuatnya menjadi sangat penting. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu tidak cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.
Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat daripada rahimnya. Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri.... Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerahkan di saat semua orang berputus asa.
Wanita diberikan Allah dengan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih, sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah. Allah berikan wanita, perasaan peka daqn kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.
Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembut ibu memberi keselesaan dan ketenangan. Allah juga berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegetiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindung setiap hati dan jantung wanita?
Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya. sering kali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.
Dan akhirnya, Allah berikannya air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan bila-bila sahaja dia inginkan. Usah rasa bersalah jika perlu menangis. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sbenarnya air mata!..
Mak Udakhttp://www.blogger.com/profile/14390712787602847539noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5603725820415370755.post-46026710950186187742011-02-19T20:03:00.000+08:002011-02-19T20:03:32.188+08:00Lelaki perlu tahu mengenai wanita. Kita selalu mendengar dalam menjalain hubungan, perlu ada tolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain. Selalu saja dikatakan, wanita lebih banyak bertolak-ansur dan berubah demi memahami situasi atau kehendak lelaki. Namun, ada juga lelaki yang memahami perasaan dan kemahuan seorang wanita dan sunggup berubah demi wanita dicintai. Namun, tinjauan rambang yang dibuat menunjukkan ramai menyatakan wanita terlalu rumit untuk difahami.
Pandangan ini mungkin betul atau salah. Bagi sesetengah pihak pula, mungkin tidak semua wanita sukar difahami. Persoalannya, apakah cara lelaki untuk memahami wanita dan apakah sifat wanita yang lelaki perlu ketahui?. Saya ingin berkongsi perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita untuk jejaka lebih memahami si dia.
1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedangbersedih tetapi tidak menitiskan airmata itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.
2. Cerewet  : Bukan bermaksud "fussy" tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal...ini boleh memburukkan lagi keadaan.
3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran....bukan dendam.
4. Ikhlas  : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.
5. Perasaan  : Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan berasaskan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak ragu-ragu terhadapmu.
6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.
7. Manja  : Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.
8. Ego : Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!.
9. Cinta  : Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya kali pertama dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat. Namun selepas gagang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu !.
10. Seks : Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.Mak Udakhttp://www.blogger.com/profile/14390712787602847539noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5603725820415370755.post-75781614596136024792011-02-19T07:44:00.001+08:002011-02-19T07:44:51.743+08:00Mencari Cinta Sempurna.
Cinta perlu keserasian. Kesatuan yang kukuh ini melambangkan percantuman dua hati menjadi satu. Persoalannya, boleh atau tidak menjadikan cinta itu sesuatu yang sempurna? Hidup bercinta memerlukan pengorbanan sepanjang masa, kesetiaan dan paling penting ialah saling memahami antara satu sama lain. Tidak kira lelaki atau wanita jika tiada semua ini, biasanya cinta itu akan terhenti di tengah jalan. Bukan namanya cinta kalau tak ada semua faktor ini. Perlu ketahui apa perkara atau petua mengenal pasangan kita.
Nampak macam remeh, tapi jika diabaikan selalu, benda-benda inilah yang akan menymbangkan kepada satu faktor keruntuhan sesebuah cinta itu. Betul, bukan kepada yang belum berkahwin saja, yang sudah berumah tangga perlu lebih berhati-hati lagi. Masalah remaja terlalu cepat untuk mengikut rakan, lihat kawan sudah ada kekasih, mereka juga mahukan seseorang.
Berkasih, bercinta itu tak salah. Apa yang salah itu ialah lari dari matlamatnya. Apabila anda sudah mula rasa ingin masuk ke alam percintaan, maka pasang niat anda. Betulkan kembali tujuan asal anda bercinta. Andai matlamatnya ialah sekadar mahu bersuka-suka, atau untuk merasa dikasihi dan disayangi saja, niat itu menjadi salah, Perlu dibezakan antara keperluan dan keinginan.
Kejar perkara yang perlu terlebih dulu dan apa yang anda inginkan, akan tercapai kemudian. Ubah niat dan pasang niat yang benar-benar ikhlas dan jujur. Bercintalah semata-mata untuk memupuk lagi rasa tanggungjawab anda kepada pasangan, untuk Maha Pencipta dan juga untuk seluruh anggota masyarakat.Mak Udakhttp://www.blogger.com/profile/14390712787602847539noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5603725820415370755.post-91560567606687513682011-02-06T10:35:00.000+08:002011-02-06T10:35:30.365+08:00Teruskan bekerja.Teruskan bekerja, agar kedudukan kita mulia...!
Zaman memang sedang susah. Harga barangan keperluan terus melambung tinggi setiap hari. Sementara gaji tidak juga bertambah setiap bulan. Ribuan penuntut universiti bertambah setiap tahun, namun sebahagian besar syarikat 'kurang ramah' dengan penuntut yang baru lepas pengajian. Diperlukan pekerja berpengalaman atau sekurang-kurangnya pernah bekerja selama dua tahun.
Kita terasa dizalimi oleh situasi. Mana yang hidup susah terus menghadapi kegetiran sedangkan ada orang bermewah-mewah untuk perkara yang tiada bermanfaat. Ada orang sanggup berbelanja besar untuk majlis kahwin gilang gemilang, ada pula yang berhabis duit untuk berkempen bagi mencapai hasrat tidak kira dalam perniagaan atau politik. Lebih menyedihkan bila ada yang rela menaja puluhan ribu ringgit hanya untuk biaya pertunjukan bunga api.
Ini memang zamam susah. Namun semua kesusahan itu hendaklah terus menjadikan kita bersemangat berusaha dan tidak mudah menyerah. Kegigihan mencari nafkah hendaklah tetap terjaga, jangan sampai kendur. Ketidakadilan sosial atau politik, jangan menyebabkan kita buta dan gelap mata.
Kerana itu marilah kita terus bekerja selagi peluang pekerjaan itu ada dan kita masih kuat melakukannya. Kerana dalam agama, bekerja bukan semata-mata kepentingan memenuhi keperluan, lebih daripada itu, ia mengangkat darjat kita di mata manusia mahupun di sisi-Nya. Dalam Islam, orang yang bekerja adalah orang yang memiliki harga diri dan kemuliaan.
Dalam salah satu hadis, baginda Rasululllah s.a.w. menjelaskan, "Seorang yang membawa tambang lalu pergi memcari dan mengumpulkan kayu bakar lantas di bawanya ke pasar untuk dijual dan wangnya digunakan untuk mencukupi keperluan dan nafkah dirinya maka lebih baik daripada seorang yang meminta-minta kepada orang-orang yang terkadang diberi dan kadang ditolak."
Semua bentuk usaha yang dilakukan dengan membanting tulang dan pantang menyerah mendorong semangat berkontraksi dengan otot tubuh hingga kesihatan kita pun terjaga dan kekuatan semakin bertambah. Secara fizikal, orang yang kuat bekerja menjadi peribadi yang berkuasa, jiwa penuh rasa percaya diri dan sifat mandiri. Orang bekerja tidak bergantung dengan orang lain.
Mari kita asah iman agar lebih dinamis dan produktif. Sempurnakan kecintaan kita kepada Allah dengan semangat kuat untuk menjemput fadilah atau rezeki-Nya yang dihamparkan begitu luas di penjuru bumi. Singsingkan lengan baju, setelah kita bertakarrub kepada-Nya. Beginilah yang dikatakan iman yang potensi, aktif lagi produktif.
Marilah kita terus bekerja, bekerja dan bekerja. Tidak kira apa bentuk pekerjaannya, selagi dalam batas syariat atau tidak diharamkan-Nya, lakukanlah dengan kesungguhan. Jika itu kita lakukan, Insya Allah hidup kita menjadi lebih mulia dan dihormati.
Mak Udakhttp://www.blogger.com/profile/14390712787602847539noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5603725820415370755.post-62964626468138547612011-02-04T23:42:00.001+08:002011-02-04T23:43:48.973+08:00Pekerja yang disayangi dan disenangi.
Cemburu melihat teman sekerja anda diiktiraf sebagai pekerja cemerlang? Sebenarnya tidak sukar untuk menjadi pekerja berdedikasi, seterusnya disayangi majikan. namun ia harus diiringi usaha keras anda. Antara yang paling utama ialah membina hubungan baik di antara majikan-rakan sepejabat. Tip di bawah boleh jadi panduan jika anda ingin disenangi oelh mereka di pejabat anda. Mana tahu ia sebenarnya satu cara mudah yang dapat membantu melonjakkan kerjaya anda.
1. Elak bersikap sombong : Orang boleh melihat sikap negatif itu melalui pertuturan, pandangan mata dan juga bahasa tubuh anda. Jadilah seseorang yang merendah diri. Seperti resmi padi, makin berisi, makin tunduk kerana anda sebenarnya tidak akan rugi apa-apa sebaliknya lebih dihormati.
2. Senyum : Senyuman itu satu sedekah. Oleh itu, selalulah lemparkan senyuman, manis anda kepada mereka di sekeliling anda. Cara itu, orang akan menganggap anda sebagai seorang yang mesra dan mudah didekati.
3. Ikhlas : Dalam pergaulan tunjukkan keikhlasan. Jangan biarkan mereka berprasangka bahawa anda berbaik-baik dengan mereka apabila diperlukan sahaja atau atas tujuan tertentu sahaja. Sebaiknya, sentiasa kekalkan hubungan baik bersama rakan sekerja.
4. Bersikap terbuka : Anda pasti disenangi jika mengamalkan sikap ini. Walaupun mempunyai pendapat dan pendirian sendiri, tidak salah jika anda mendengar pendapat orang lain. Pasti ada sesuatu yang boleh dipelajari daripada perbincangan itu.
5. Sorok hal peribadi : Jangan meminta pertolongan teman sepejabat untuk hal-hal peribadi terutamanya jika anda tidak begitu rapat dengannya. Namun kebanyakkannya tidak begitu gemar terlibat dalam hal sebegini kerana melambangkan anda seorang yang tidak profesional.
6. Pendengar yang prihatin : Apabila berbual dengan teman-teman sepejabat, jangan pula anda memotong percakapan mereka. Pastikan semua mendapat ruang yang seimbang untuk melontarkan pendapat.
7. Jaga pertuturan : Anda harus bijak menjaga perhubungan dan komunikasi dengan mereka yang banyak memberikan informasi bagi melicinkan kerja anda. Jangan terlepas cakap atau emosi kerana anda pasti akan memerlukan kerjasama mereka pada masa akan datang.
8. Berikan penghargaan : Tidak salahnya jika anda memberikan sedikit penghargaan kepada mereka yang banyak membantu terutamanya yang melibatkan projek besar. Ia tidak semestinya mahal, tapi memadailah dengan ucapan terima kasih yang ikhlas.
9. Jangan meminggir diri : Anda mungkin seorang yang tidak gemar bersosial, setidaknya senyum atau bertegur sapa walau sekadar berkata 'hai'. Selain itu, ada baiknya jika anda tidak menolak kesemua undangan yang datang. Sesekali penuhi undangan bagi mengeratkan lagi silaturrahim.
10. Berkeyakinan : Tanamkan sifat percaya pada diri sendiri ketika bergaul. Kebanyakan yang suka berkawan dan disenangi mempunyai elemen ini dalam diri mereka. Tidak mustahil anda akan dikelilingi teman yang rapat di pejabat.Mak Udakhttp://www.blogger.com/profile/14390712787602847539noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5603725820415370755.post-69078957382616190472011-02-03T20:20:00.000+08:002011-02-03T20:20:28.549+08:00Tip Sukses Bisnes.
1. Berani memulakan:
Jangan takut untuk memulakan langkah dalam perniagaan. Jika anda sudah berani berniaga secara kecil-kecilan, mengapa tidak anda berniaga secara serius. Orang yang berjaya selalunya seorang yang berani.
2. Berani keluarkan modal :
Semua tahu perniagaan adalah satu kerjaya yang mampu memberikan kemewahan, kekayaan harta yang berganda. Tetapi ramaikah yang berjaya dalam bidang perniagaan?.kejayaan tidak terjadi apabila mereka takut untuk mengeluarkan modal. Oleh itu, jangan takut untuk mengeluarkan modal yang besar untuk perniagaan kerana jika anda bersungguh-sungguh selain mempunyai ilmu dalam perniagaan serta strategi yang betul, anda pasti akan berjaya.kesilapan jauh lebih baik dari mengulangi kesilapan yang sama berulang kali. Ini bererti, kerugian tersebut mampu mengajar kita untuk berfikir lebih positif dan berjaya.
3. Berani tanggung risiko :
Ada peniaga yang sangat takut rugi. Bagi mereka ia adalah musibah buat diri mereka. Sebenarnya kerugian bagus di peringkat awal perniagaan kerana dari kerugian, kita boleh berfikir secara lebih matang dan lebih berhati-hati terhadap apa yang dilakukan. Belajar dari kesilapan jauh lebih baik dari mengulangi kesilapan yang sama berulang kali. Ini bererti, kerugian tersebut mampu mengajar kita untuk berfikir lebih positif dan berjaya.
4. Rajin berusaha :
Tiada orang yang malas beroleh hasil. Oleh itu, untuk berjaya, anda perlu rajin berusaha. dalam perniagaan sudah tentu anda tidak mahu menanggung rugi selepas banyak melaburkan wang. Kalau tidak mahu rugi, ada perlu berusaha kuat untuk mendapat keuntungan dalam perniagaan yang diusahakan.
5. Ikut langkah orang yang berjaya:
Jadikan kejayaan orang lain sebagai kayu pengukur untuk anda berjaya. Secara tidak langsung ia menyuntik semangat kepada diri anda untuk berjaya. Paling penting, elakkan sikap 'hangat-hangat tahi ayam' kerana ia pasti akan membuatkan anda kecundang dalam dunia perniagaan.Mak Udakhttp://www.blogger.com/profile/14390712787602847539noreply@blogger.com0