Majlis Penghargaan Pejabat Pelajaran Daerah Dalat telah berlangsung pada 7 November 2009 di Dewan Perpaduan Daerah Dalat. Majlis diadakan sebagai tanda penghargaan atas sumbangan yang telah diberikan oleh warga pendidik di daerah Dalat sepanjang tahun 2009. Semoga daerah Dalat akan dapat meningkatkan lagi prestasi UPSR, PMR , SPM dan STPM pada tahun-tahun yang akan datang. Insya Allah. Amin
Syaidina Ali r.a berkata : "Jika engkau perlukan nikmat dunia, cukuplah Islam itu sebagai nikmat untukmu. Jika engkau ingin menjadi asyik,maka cukuplah ketaatan itu sebagai keasyikanmu. Dan jika engkau mahukan pengajaran, maka cukuplah maut itu sebagai pengajaran."
Monday, November 9, 2009
Friday, November 6, 2009
Umur.
Pada setiap doa kita pasti memohon dipanjangkan usia dan dimurahkan
rezeki. Walaupun kita tahu semua itu dah ditentukan oleh Allah s.w.t. namun kita juga perlu berusaha agar kita sentiasa sihat.. Ingin panjang umur…? Ini rahsianya!
☼ Tidur yang cukup kira-kira 7 – 8 jam sehari
☼ Pengambilan antioksida yang mencukupi
☼ Senaman yang teratur
☼ Berat badan yang ideal
☼ Tidak merokok
☼ Pengurusan stress yang baik
☼ Bermeditasi secara rutin
☼ Luangkan waktu untuk bersantai
☼ Tertawa
☼ Punya binatang peliharaan
Senyumlah......
Wajah kita emosi kita. Begitu pendapat pakar-pakar kesihatan. Memang benar apa yang dikata kerana apa yang kita rasakan pasti akan tergambar pada wajah kita. Oleh itu, jika kita marah ataupun suka, kita tidak perlu untuk menceritakannya kepada sesiapa kerana ia akan jelas terpancar di wajah. Paling penting untuk anda tahu emosi yang bermain di wajah dapat mempengaruhi kerut dan kedut yang bertahta di wajah. Jika anda sering bimbang, marah dan runsing, kulit anda akan mudah menjadi berkedut terutama di sekitar mata, sudut bibir dan juga di dahi. Bagaimanapun jika anda sering tersenyum, ia akan menjadi terapi untuk awet muda. Jadi.......senyumlah selalu!
Thursday, November 5, 2009
Lensa MPSH SMKD pada 5 November 2009.
Pentas....
Wajah-wajah pelajar SMKD
Wajah-wajah pendidik SMKD....
Tetamu yang hadir........
Ketibaan Yang Berhormat VIP........
Ucapan Perasmian dan persembahan dari Teater Kris SMKD....
Penyampaian Anugerah Modal Insan......
Antara Tetamu yang hadir...hampir penuh Dewan Utama.....
Persembahan penutupan......
Semoga SMKD mencapai kecemerlangan dalam semua bidang Kurikulum, Kokurikulum dan Sahsiah serta mencapai Visi & Misi
Wednesday, November 4, 2009
Cemburu.....
Siapa yang
tak pernah merasa cemburu? Ada ke? Cemburu sering dikaitkan dengan wanita. Percaya
atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik
egonya. Jangan terlalu melayan perasaan cemburu yang melampau akan mengganggu
emosi, sekaligus membuatkan seseorang gagal untuk mengawal kemarahan. Jangan
terkejut sekirannya perasaan cemburu itu menyebabkan kesihatan seseorang
terganggu akibat terlalu memikirkan sesuatu yang sebenarnya tidak pernah
terjadi. Ayuh kita lihat sejauh mana tahap cemburu pasangan anda mengikut
bintang kelahiran mereka.
Lelaki
Capricorn mempunyai sifat pendiam kerana dia merasa rendah diri dengan
kehidupannya. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan menunjukkan perasaan
tersebut kepada kekasih sebaliknya akan meluahkannya dengan cara lain seperti
bersukan atau melakukan aktiviti bersama rakan-rakan.
Lelaki
Aquarius biasanya menggunakan kata-kata sindiran untuk menunjukkan rasa
cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topic perbualannya hanya
tertumpu pada ‘seseorang’ sahaja, maka ternyatalah dia sedang cemburu.
Lelaki yang
lemah lembut dan baik hati lagi kuat cemburunya. Awas! Indeks cemburunya amat
memeranjatkan. Kalau kekasihnya berlaku curang terhadapnya, lelaki berbintang
Pisces ini akan menjadi seperti wanita yang menangis teresak-esak. Airmatanya
sahaja sudah cukup untuk tenggelamkan anda.
Lelaki Aries
mempunyai sifat dictator secara semulajadi. Selain suka memerintah, dia juga
suka mengawal orang lain tidak kira dalam apa jua perkara. Apabila berhadapan
dengan ‘musuh’, dia akan mengambil tindakan dengan pantas supaya ‘pihak lawan’
berundur daripada terus memikat kekasihnya.
Lelaki
Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Namun, jangan sesekali anda
berfikiran bahawa dia tidak tahu cemburu. Lelaki Taurus sangat pantang
sekiranya dia mendapat tahu kekasihnya keluar makan malam bersama lelaki lain.
Bersedialah dengan penjelasan yang sesuai untuk mengel;ak daripada
ditinggalkan.
Lelaki
Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan sahaja. Dia juga
seorang yang suka bermain-main serta mudah bertukar pasangan. Oleh itu, dia
paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak mungkin melepaskan
peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih.
Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki zodiac
lain.
Lelaki
Cancer memiliki sifat yang bertentangan dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan
berjauhan denga kekasih malah gemar berkepit dengan kekasih kerana sentiasa dibelenggu dengan
perasaan tidak selamat (jangan ingat hanya perempuan sahaja yang mempunyai
perasaan tidak selamat). Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkannya, cemburu
pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Lelaki Leo
seorang yang ego tetapi sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara
yang remeh-temeh. Dia tidak akan membenarkan air mukanya jatuh kerana cemburu.
Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia
tetap akan mengekalkan perasaan tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Cemburu
lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang
dan juga pemikiran yang luas. Cemburu seolah-olah menjadi perkara biasa dalam
kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap
akan bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Lelaki Libra
mementingkan imejnya yang bertatatertib. Menyedari perasaan cemburu akan menjejaskan
imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebolehnya dia tidak
mahu menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu kerana takut akan
menjejaskan hubungan mereka.
Semakin
mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah gambaran lelaki
Scorpio. Dia sangat menghormati kekasih serta rasa cintanya terhadap pasangan
tiada tandingan. Tetapi, cemburunya juga tidak kurang hebat. Jika kekasihnya
menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia kan menunjukkan rasa cemburunya.
Lelaki
Sagitarius juga boleh cemburu. Namun, cemburunya hanya sepintas lalu. Datang
dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti
perkara sebenar. Apabila mengetahui hal sebenar, cemburunya mula reda. Pun
begitu, wanita yang berpasangan dengan Sagitarius jangan cepat berasa selesa.
Apabila lelaki ini ada matlamat baru, dia akan meninggalkan kekasih yang sering
membuatnya cemburu.
Kepada yang baru nak cari 'Kekasih', info di atas boleh jadi panduan.
Monday, November 2, 2009
Khasiat Jagung.
Jagung adalah salah satu tanaman yang popular di negara kita. Pelbagai jenis masakan boleh menggunakannya seperti direbus, dibakar, atau dijadikan pengat jagung dan sebagainya. Selain enak, jagung juga berkhasiat. Misalnya jagung muda memiliki khasiat luar biasa. Selain buah jagung muda tersebut, bulu jagung memiliki khasiat juga untuk kesihatan. Air rebusan batang dan bulu jagung muda dapat melarutkan batu ginjal. Selain itu, ia juga berguna mengubati penyakit batu hempedu, dan tekanan darah tinggi.
Sumber Majalah..
Subscribe to:
Posts (Atom)






















