Friday, April 16, 2010

Terima kasih Wahai Teman.



Jutaan terima kasih kepada semua 'teman-teman' @ 'kekawan" yang mengenali diri saya atas perkongsian suka duka, kata-kata nasihat yang berguna untuk saya untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah yang sementara ini. Kepada sahabat maya, terima kasih atas komen dan kunjungan anda ke blog saya.

" Tegur aku jika aku mulai sombong,
Tegur aku jika aku mulai angkuh,
Tegur aku jika aku mulai salah,
Kerana aku masih perlu sahabat seperti kamu.
Hari ini, esok dan selamanya.......

"Selamat Hari Persahabatan Sedunia"

MOGA ALLAH MEMBALAS SEGALA KEBAIKAN ANDA SEMUA.

Wednesday, April 14, 2010

Bertenang.



Pening....... Macam-macam masalah yang timbul. Ingat kerja, ingat tanggungjawab pada keluarga dan masyarakat. Terfikir...adakah aku mampu untuk menunaikan semua tanggungjawab. Ia pasti akan mengundang 'stres'. Kita bukan 'superman' dapat menyelesaikan semua masalah. Jadi, belajarlah untuk bertenang. Berikut beberapa tips yang boleh kita cuba;

*   Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan. Lakukan sebanyak 3 x. Ini benar-benar dapat membantu anda tenang bukan sahaja minda tetapi juga membuat badan lebih rehat.

*   Mengelamunlah mengenai seseorang atau apa sahaja yang boleh membuat anda rasa tenang dan gembira.

*   Banyakkan senyum dan ketawa. Tertawa dapat mengurangkan ketegangan dan meningkatkan rasa tenang.

*   Dengarkan irama indah dan lembut. Lagu-lagu ciptaan Mozzart dikatakan dapat mendamaikan jiwa yang sedang bergolak.

*   Nikmati keindahan alam ciptaan Allah dan bersyukur dengan apa yang anda ada.

*   Baca al-Quran. Pasti jiwa anda akan tenang.

Monday, April 12, 2010

Lensa : Program Rakan Muda di kampung Igan.


Saya berkesempatan untuk bersama menjayakan Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT yang telah diadakan di Kampung Igan. Program Anak Angkat yang dirancang adalah untuk mendedahkan Mahasiswa tentang hubungan sosial di luar kampus. Program telah berlangsung selama 3 hari ( 9 - 11 April ).



Persembahan oleh Kanak-kanak Sedidik Mutiara Kampung Igan......Twist...


Pertandingan Karaokepun ada,...khusyuk betul.......

Saturday, April 10, 2010

Jangan pentingkan diri.



Manusia yang paling baik di atas dunia ini ialah mereka yang suka membuat kebajikan dan memberi manfaat pada orang lain dengan penuh keikhlasan.  Mereka sering mendoakan jiran tetangga, saudara mara dan sesama manusia untuk kebaikan seperti mana mereka menginginkan kebaikan untuk diri sendiri.

Apakah anda termasuk golongan yang tidak pernah memikirkan kebajikan orang lain lantaran terlalu sibuk dengan urusan diri sendiri? Atau kita tidak lagi memiliki rasa kasih sayang kepada manuisa lain kerana terlalu asyik memikirkan diri sendiri?.

Percayalah, Allah akan mengubah kehidupan kita menjadi lebih baik andainya kita tidak terlalu memikirkan kebajikan diri sendiri serta selalu mendoakan kesejahteraan orang lain.  

Fikir-fikirkanlah!............

Friday, April 9, 2010

Jangan berputus asa.

 
 

Ia penting sekiranya anda tetap tidak berputus asa.
Orang lain boleh menghalang anda melakukan sesuatu untuk sementara waktu, tapi diri anda sendiri yang mampu melakukannya untuk selama-lamanya.

Thursday, April 8, 2010

Berfikiran Negatif.


 


4 perkara membuat anda berfikiran negatif :

1.   Elak bercakap pasal hal orang lain. Jangan bercakap pasal hal orang lain, perilaku, peel mereka, percakapan atau kekurangan diri mereka. Elakkan seboleh mungkin tabiat ini, walaupun nampak remeh. Jangan biasakan diri bercakap pasal hal orang lain terutama keburukan atau kekurangan fizikal mereka. Perbuatan begitu melatih minda melihat ke arah yang negatif saja. Kesan dalam jangka masa panjang, anda akan sangsi dengan kebolehan diri sendiri dalam memulakan sesuatu.

2.   Menyimpan dendam lama-lama. Ia ibarat minyak yang dituang ke dalam tangki setiap hari, hanya menunggu masa untuk dinyalakan untuk jadi membara dengan sebatang mancis api. Dendam kesumat membuat anda jadi orang berfikiran negatif. Kesannya, anda jadi orang pesimis.


3.   Jadi terlalu sensitif. Maknanya, terlalu cepat naik berang. Jika anda ada sikap panas baran, ketahuilah sikap cepat marah atau melenting ini sebenarnya menyusahkan diri anda sendiri. Jangan amalkan sikap pemanas, pemarah atau suka cari gaduh.

4.   Menyimpan sakit hati, geram atau marah  dalam diam. Perasaan sebegitu perlu dilepaskan.  Jika tidak, minda anda berisi dengan rasa sakit hati, geram dan marah hingga membuat anda susah nak berubah menjadi orang berfikiran negatif. Hidup anda akan sentiasa bermasalah selagi anda masih tak berubah!...


FIKIR-FIKIRKAN............

Tuesday, April 6, 2010

Mengubah cara berfikir.


Kata seorang pujangga: 

"Orang yang berminda kecil membicarakan mengenai orang lain, orang yang berminda sederhana membicarakan mengenai peristiwa dan kejadian, dan orang yang berminda besar membicarakan mengenai idea dan keilmuan".


Orang yang berminda kecil sebenarnya kurang menggunakan minda. Dia lebih kerap melakukan perkara rutin dan menerima apa sahaja apa yang dikatakan orang lain. Mereka tidak mahu berfikir lebih daripada itu dengan alasan tidak mahu 'penat' berfikir. Biarlah orang lain fikirkan. Sikap berminda kecil menjadi punca kepada kegagalan. Mereka tidak menggunakan potensi diri yang ada pada setiap orang. Mereka tidak memahami 'modal diri' yang dimiliki untuk meraih keuntungan hidup.

Sesungguhnya, harga kehidupan tidak akan berubah lebih baik jika tidak mahu menggunakan minda. Keinginan melakukan sesuatu lebih baik tercetus sekiranya minda digunakan. Kelebihan manusia berbanding haiwan ialah kerana manusia mempunyai minda. Manusia yang tidak menggunakan minda mempersia-siakan anugerah paling besar itu. Mereka tidak layak untuk menikmati kejayaan dan kebahagiaan hidup sebenar.

Minda yang jumud dan beku mengurangkan fungsi minda. Hal ini samalah seperti kita menentukan had sempadan penggunaan minda. Sedangkan minda sebenarnya mampu berfikir berbentuk rawak yang tidak ada satu garisan khusus.

Kemampuan minda seseorang berbeza antara satu sama lain. Inilah memberi kelebihan apabila dilakukan percambahan minda melibatkan banyak individu. Gagasan minda yang digabungkan membawa kepada satu kekuatan minda yang baik. Belajarlah berfikir secara minda terbuka. Minda yang terbuka dapat membezakan antara betul dan salah, mencipta kemajuan dan bergerak ke arah lebih baik. Dengan cara itu juga mampu membudayakan pemikiran yang kritis.

Umumnya semua orang mahu menikmati kehidupan yang baik, meneroka bakat dan potensi diri. Tetapi, disebabkan mengamalkan cara berfikir yang negatif, menyebabkan banyak sempadan diri wujud. Kita sendiri mengatakan ini tidak boleh dan itu tidak mungkin.

Sesungguhnya, permulaan kejayaan ialah apabila kita berfikir tentang kejayaan. Permulaan untuk berubah ialah berubahnya cara berfikir. Sebab itu pentingnya mengamalkan pemikiran berasaskan intelektual.

Kejayaan seseorang itu sebenarnya dicipta bergantung bagaimanan cara kita berfikir dan melakukan apa yang terbaik.  Minda (akal) perlu dibuka untuk perkara baru dan bersedia melakukan perkara luar biasa untuk kejayaan luar biasa. Kita adalah apa yang kita fikirkan tentang diri kita.