Syaidina Ali r.a berkata :
"Jika engkau perlukan nikmat dunia, cukuplah Islam itu sebagai nikmat untukmu. Jika engkau ingin menjadi asyik,maka cukuplah ketaatan itu sebagai keasyikanmu. Dan jika engkau mahukan pengajaran, maka cukuplah maut itu sebagai pengajaran."
Semua
majikan mengimpikan pekerja mereka bekerja dengan tekun, melunaskan setiap
tugas dengan segera dan menjadi pekerja contoh kepada semua orang. Mahu jadi
pekerja cemerlang, ikut tip ini;
۞ Setiap pagi bangun tidur
dengan pemikiran positif dan ambil masa untuk groom diri anda. Bagi menjadi
cemerlang, anda perlu memiliki mental positif dan keupayaan untuk berkongsi
sikap baik dengan semua orang.
۞ Sampai awal di pejabat
dan pastikan apa yang mahu anda lakukan hari itu tersedia. Apabila semua telah
ada anda boleh melaksanakan tugas dengan jayanya.
۞ Mempunyai hubungan baik
dengan rakan sekerja dan pelanggan. Apabila anda berada di atmosfera yang
harmoni secara langsung akan merangsang tenaga positif untuk bekerja dengan
selesa.
۞ Sentiasa menolong rakan
sekerja anda jika anda mempunyai peluang. Tugas anda adalah untuk menggalakkan
rakan sepasukan bekerja demi kepentingan sayarikat @ organisasi.
۞ Dekati ketua anda jika
anda merasa motivasi diri menurun. Berbual-bual dengan ketua akan membuatkan
anda mendapat tenaga yang baru agar lebih cemerlang.
۞ Kekal komited dengan
tugas-tugas anda. Secara tidak langsung sikap anda akan kekal menjadi rutin
harian.
Ari tok 3 Julai 2010, genap umur kawan kamek tok 44 tahun. Selamat Ulang tahun kelahiran kamek ucapkan. Doa kamek moga kitak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, lebih bahagia dan lebih sukses pada masa depan. Tabahkan hati menempuhi cabaran dan dugaan dalam hidup. Tingkatkan usaha dan ilmu. Dah tambah angka
umur tue....tua dah...hahaha. Tapi kamek lebih tua......
"Manusia yang paling hebat ialah manusia yang memiliki kekebalan hati yang penuh keazaman"
Bergelar
seorang manusia, kita tidak dapat mengelakkan diri daripada dikritik, dicaci
dan dihina.Sedangkan Allah Yang Maha Pencipta, Maha Hebat, Maha Pengasih pun
dicerca orang yang tidak berakal inikan pula kita manusia.
Kala
meniti kehidupan,kita selalu memberi,memperbaiki,mempengaruhi dan berusaha
bangun setelah jatuh dan semua ini tidak terlepas daripada kritikan yang
sinis,pedas dan menyakitkan. Dan tidak mustahil diri kita dihina tanpa henti
sehinggalah kematian menjemput diri. Ingatlah, orang yang duduk di atas tanah
tidak akan jatuh. Mereka mungkin marah, sakit hati dan benci di atas
kebaikan,ilmu, harta dan kejayaan kita. Kita mungkin mendahului mereka dalam
apa jua perkara.
Jadi,
berwaspadalah terhadap apa yang mereka katakan. Kuatkan jiwa untuk mendengar
kritikan dan cemuhan. Jika hati kita terasa terusik, ini bererti kita
membenarkan keinginan mereka untuk mengotori hidup kita. Cara terbaik yang kita
boleh lakukan ialah dengan terus menunjukkan akhlak yang baik, usah merasa
tertekan terhadap usaha untuk menjatuhkan kita . Ini kerana setiap kritikan itu
hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk kita. Berdiam diri itu lebih
baik untuk memadamkan api yang sedang marak.
“
Katakanlah (Wahai Muhammad) : Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu”. ( Ali
Imran : 119)
“
Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan kesenangan kepada
mereka dan limpah kurnia-Nya “ (At-Taubah : 74).
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum mennemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun terbuka untuk kita.
Teman yang paling baik ialah seseorang yang kita b oleh duduk bersama di dalam buaian dan berbual bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah kita rasai. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'Ianya' hadir.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang.....Carilah seseorang yang mampu membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.
Mimpilah apa yang anda inginkan, pergilah ke mana-mana yang anda ingin tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia....
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba, hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan siuman dan berakhir dengan tangisan....
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan, anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
"Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah dipenglihatan tetapi derita di perasaan. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan tujuh warna memukau, saat bayu berlagu riang, ketika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorang yang bakal mewarnai hidupnya.
Berhati-hati dengan segala janji manis lelaki yang
sudah beristeri, takut nanti terjerat
dengan penipuan cinta keduanya. Seperti pasangan yang belum kahwin, mereka akan
berusaha menyakinkan kekasih hati dengan godaan janji manis. Justeru, lelaki
yang beristeri sanggup berbuat apa sahaja
untuk memujuk rayu cinta keduanya dengan janji manis bagi menjerat
wanita kedua yang bertahta di hatinya.
Benar apa yang diungkapkan, setiap bicara kata manis
lelaki mampu melenturkan hati kekasihnya. Namun, harus berhati-hati dengan
janji manis mereka, takut nanti dijerat masuk ke lubuk percintaan kali
keduanya. Berikut kata-kata manis lelaki yang sudah beristeri untuk memikat
wanita kedua yang hadir dalam hidupnya.
۞ " Saya akan menceraikan isteri " - Janji itu
seringkali dilafazkan oleh lelaki yang bergelar suami. Adakah janji itu akan
ditunaikannya?. Sayang sekali, kebanyakannya tidak mahu mengotakan janji.
Pelbagai alasan diberi termasuk kes penceraiannya masih di peringkat penyelesaian
di Mahkamah Syariah. " Sabar ya sayang"., proses penceraian itu akan selesai tidak lama lagi, " begitulah antara
kata-kata manis yang dilontarkan lelaki setiap kali kekasih menagih janji.
Bercerai bukannya satu perkara yang mudah bagi
sesorang lelaki. Umumnya, mereka akan
memilih untuk kekal dengan perkahwinan pertama berbanding penceraian
walaupun kebahagiaan yang dicari selama ini gagal. Apatah lagi, sekiranya
lelaki itu telah dianugerahkan cahaya mata. Ini kerana, lelaki seringkali
bimbang kehilangan anak-anak apabila bercerai. Ramai daripada kita seringkali
tertipu dengan janji-janji sebegini. " Tenang
ya " sayang, tidak lama lagi saya akan menikahi anda." Inilah ucapan berulang
kali yang akan dilontarkan lelaki sebagai satu cara untuk menunjukkan keseriusan
dan ketaatan kepada kekasih.
Janji mengahwini kekasih terpaksa dibuat supaya si
dia tidak berpaling arah pada cinta lain. Soalnya, bagaimana lelaki harus
memberikan komitmen kepada kekasih., sedangkan dia terikat pada komitmen
terhadap isteri dan anak-anaknya. Si Dia perlu menerima hakikat bahawa hanya
segelintir lelaki yang benar-benar akan menceraikan isterinya semata-mata untuk
menikahi kekasihnya.
" Saya akan bawa awak ke rumah " - Janji itu
biasanya dilafazkan sebelum kekasih
mengetahui tipu helahnya bahawa dia adalah hak kepunyaan orang lain. Dia
berjanji akan menceraikan isterinya dalam masa terdekat tetapi tidak mungkin
itu dapat ditunaikannya. Sekiranya kekasih
bertanya bilakah dia akan menetapkan tarikh perkahwinan, biasanya lelaki
itu akan mencipta pelbagai alasan termasuk terlalu sibuk dengan kerjaya. " Saya
memerlukan masa yang sesuai " atau "
۞"" Saya pasti datang ke rumah awak " - Bagi
lelaki yang beristeri, bertemu dengan kedua-dua ibu bapa kekasihnya akan
mengundang risiko yang besar. Pertama, ia menandakan keseriusan hubungan
kekasih dengan dia, sedangkan dia sudah mempunyai komitmen lain. Kedua, dia belum bersedia berhadapan dengan
pelbagai pertanyaan yang akan
dilontarkan oleh ibu bapa kekasih. Dia
berasa takut apabila statusnya
terbongkar. Maka, dia akan menghindari segala perkara yang tidak diingini.
Dengan itu, dia akan memberi janji manis untuk bertemu dengan ibu bapa kekasih,
tetapi tidak sedikitpun berniat untuk berjumpa dengan mereka.
" Cuma awak yang ada di hatiku " - Ucapan
ini akan membuatkan kekasih terawang-awang.
Dia tahu bahawa kata-kata seperti itu akan membuat kan perasaan kekasih
cair. Tetapi, sebaiknya jangan mudah
percaya dengan kata-kata itu. " Hanya awak yang ada di hatiku?" Ah, itu satu
pembohongan besar. Selain kekasih, di hatinya masih ada anak-anak dan
isterinya. Malah, si dia perlu tahu, merekalah yang mendapat tempat terbesar di
hatinya.
۞ " Aku akan membahagiakanmu " - Kalimat ini
hanyalah janji-janji manis untuk
dirinya. Dia tidak mampu membahagiakan kekasih, selain isteri dan
anak-anaknya. Bagaimana dia mampu
membahagiakan kekasih, sekiranya keinginan kekasih tidak mampu ditunaikan.
Walaupun dia sering memberi hadiah mahal kepada kekasih, namun sebenarnya bukan
itu yang kekasih harapkan. Kekasih menginginkan hubungan yang stabil dan mampu
hidup bersamanya. Sayangnya, hal itu tidak mampu ditunaikan atas alasan
komitmen lain yang perlu diutamakan.
Selamat Hari Jadi 'abang', doa mak moga abang berjaya jegem cemerlang dagen UPSR naah. Kajiyen gak dagen kehidupan abang naah. Kak liluk belajar ateng2, nyadin ikutan janek. Mak sentiasa menyokong abang. Mak sayang abang selalu. Kak betetun jegem sakai wak berulah. Ingat masa depan abang. Nyadinlah anek yang berguna untuk dirik debai, keluarga, masyarakat jegem negara.
Suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah s.a.w. mengadu mengenai layanan buruk yang diterima daripada suami mereka. Apabila Rasulullah mengetahuinya, Baginda pun bersabda maksudnya : "Sesungguhnya ramai wanita datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka. Sesungguhnya suami kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kamu." (Hadis riwayat Abu Daud).
Tidak dapat dinafikan, sebagai manusia masing-masing ada kelemhan dan kekurangan sama ada isteri mahupun suami. Cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan bersabar dan tidak membesar-besarkan kelemahan itu.
Firman Allah bermaksud : " Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerna boleh jadi kamu benci sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu." (Surah An-nisa' : ayat 19).
Diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud :"Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun."
Sebagai kesimpulan, sama-sama kita renungi kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. Dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar. Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.
Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri : "Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?". Sedang itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.
Lelaki itu berkata : "Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku. Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku : " Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?".
Umar berkata kepadanya : "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku. "Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. "Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan karenahnya.
Lelaki itu menjawab : "Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku." Umar pun berkata kepadanya : "Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya karenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja."