Wednesday, June 10, 2009

INFO : Soya, sihat untuk diet...

Mengapa soya paling disarankan sebagai makanan kesihatan dan paling baik untuk diet anda?

# soya mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein.

# makanan seimbang yang baik berbanding daging, susu atau telur.

# sebagai makanan diet, soya mengandungi 50% protein bagi setiap 100g kacang, soya dua kali lebih daripada kacang tanah, sebelas kali lebih daripada susu dan tiga kali lebih daripada telur.

# kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, manganese, magnesium, besi dan fosforus.

# kaya dengan vitamin A, B, C, D serta lesitin.

# mampu menggantikan susu bagi bayi mempunyai alahan terhadap susu lembu.

# mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.

........untuk mendapatkan kulit bayi yang halus dan mulus serta putih, semasa mengandung, amalkan meminum air soya yang dibuat sendiri.

Tuesday, June 9, 2009

Rangsang dan ubah diri...............

Pernahkah anda merasa 'rendah diri' dan rasa tak setanding, apabila melihat orang lain lebih bijak, lebih cantik, lebih kaya, lebih pintar dan cerdik, lebih bahagia dan serba-serbi lebih sempurna dari kita?. Jika kita ingin berjaya dalam hidup, hilangkan sikap rendah diri kerana ia merupakan sikap negatif. Justeru itu, kita perlu positif, kita perlu jadikan kekurangan dan kelemahan kita sebagai kekuatan diri. Jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus memajukan diri!. Semaju dan sehebat yang mungkin.

Hidup ini umpama roda. Ada ketikanya kita berada di atas, ada ketikanya kita berada di bawah. Hari ini mungkin kita kaya, namun tanpa kita duga mungkin esok kita akan jatuh miskin. Hari ini kita tidak berjaya, tetapi mungkin esok kejayaan akan menjadi milik kita. Pentingnya, kita kena berusaha. Hidup ini penuh dengan kemungkinan yang kita tidak jangkakan.

Seandainya kita kurang cantik, kurang bijak, kurang pintar, kurang kaya, kurang bahagia, jangan sesekali merendah diri atau merasa hina. Tetapi jadikan kekurangan kita sebagai pembakar motivasi untuk jadi lebih rapi dan lebih bersemangat. Tanya diri apakah kekurangan dan kelemahan kita. Dalam masa yang sama terokai apa kekuatan kita.

Kita tidak perlu merasa rendah diri bila kita rasa tidak setanding dengan orang lain. Ubah minda dan fikiran. Letakkan sasaran dan matlamat untuk diri kita. Jangan fokus untuk bersaing, tetapi fokuskan untuk mencapai matlamat yang kita tetapkan tadi.

*** Dalam diri setiap insan ada 'gergasi' yang berupaya melakukan apa sahaja tetapi masih belum digunakan dengan sepenuhnya kerana ramai yang tidak sedar akan kewujudan kekuatan diri yang sangat istimewa.

Monday, June 8, 2009

Selamat Pengantin Baru

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
{ Senyuman bahagia 'Raja Sehari'....}
{ Gambar kenang-kenangan bersama keluarga Pengantin Perempuan (Kiri) dan keluarga Pengantin Lelaki(Kanan), tanda restu kedua belah pihak }
{ Tunggu sapa le 2?. Teruna trang tang-tang lagi, masih ada 'vacancy' }
( Manja nye, sayang abang ni.......................he...he.......}
{ Segak dan tampan serta cantik bergaya kedua Pengantin }
{ Bergambar di sisi ayah dan bonda serta keluarga }
{ YB Encik Abu Seman Jahwi memulakan acara 'Menepung Tawar''.Terima kasih YB atas kesudian hadir ke majlis Perkahwinan Anakanda Herawati Dan Abdul Fahdillah }
{ Senyuman Kegembiraan, tercapai sudah hasrat dihati....}
{ Sama cantik sama padan 'Bagaikan pinang di belah dua' }

Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasullah s.a.w yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia. Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh tanggungjawab. Mereka ini adalah golongan yang berjaya melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai khalifah Allah yang mempertahankan peradaban dan tamadun manusia.

....Doa udak moga Herawati dan Abdul Fahdillah, bahagia hingga ke akhir hayat. Terimalah pasangan dengan seadanya. Perlu ada sikap 'toleransi' dan sefahaman. Perkahwinan bagaikan 'pelayaran' menuju kebahagiaan. Kebahagiaan dan kasih sayang perlu dipupuk dan disemai. Jadilah pasangan anda teman dan kekasih.

" Selamat Pengantin Baru moga kekal dan bahagia sehingga ke hujung nyawa".

Tuesday, June 2, 2009

Selamat Hari lahir Nur Adila Hanis

...Selamat Ulang tahun ke 5 tahun sayang.... mak sayang Adila ..

Hari ini genap 5 tahun puteriku satu-satunya. 6 tahunku menunggu kehadiranmu. Keletahmu menenangkanku, tingkahmu menyembuhkan tensionku. Syukur Tuhan atas kurniaanMu. Moga puteriku bahagia dan berjaya dalam semua yang diceburi di masa hadapan. Jadilah anak yang solehah. Amin....

Semalam merupakan Ulang Tahun Perkahwinanku yang ke 13. Semoga ikatan perkahwinan ini akan bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. Terima kasih suamiku atas kasih sayang yang diberikan dan memahami situasiku selama ini. Moga Tuhan membalas segala kebaikan abang selama ini. Terima kasih sayang....

Friday, May 29, 2009

Selamat bercuti, Selamat Gawai Dayak dan Selamat Pengantin Baru..

Selamat bercuti kepada semua guru di SMKD. Selamat menyambut Gawai Dayak kepasa semua guru yang berbangsa iban dan Dayak, dengan ucapan 'Gayu guru gerai nyamai, lantang senang'. Semoga selamat pergi dan kembali semula untuk bertugas pada 12 Jun nanti. Dan kepada guru yang akan melangsungkan perkahwinan, Selamat pengantin baru dan moga berbahagia sehingga akhir hayat.

.....Semoga SELAMAT semuanya dan jumpa lagi. Amin.

Istimewanya Wanita..

( Adzma : Permata hatiku.. yang tidak ternilai ,..terima kasih Tuhan)

Saat bergelar ibu 11 tahun lalu merupakan detik bahagia dan bermakna dalam hidup saya. Walau telah bertahun lamanya, namum, terasa bagai semalam dilalui. Sehingga kini, rasa syukur terhadap kurniaan Allah s.w.t tidak pernah surut. Walaupun di awal perkahwinan dulu, tiada tanda untuk saya hamil, saya sering menerima kata-kata sindiran yang menyakitkan oleh jiran sekeliling dan juga anak murid saya, “ Cikgu mandul”. Saya hanya mampu untuk memekakkan telinga. Namun saya pasrah dan redha dengan ketentuan Allah. Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan 3 putera dan seorang puteri, penyeri hidup saya dan suami. Dengan nama indah yang diberi, Muhd Adib Darwish, Muhd Adam Zarif, Muhd Adli Rusyaidi dan puteri bongsu saya Nur Adila Hanis (Semuanya ada maksud ‘Adab & berilmu’). Doa saya agar mereka menjadi orang yang berilmu dan mampu memimpin diri serta keluarga mereka kelak demi menegakkan ajaran Allah.

Kehamilan, perkataan yang cukup besar ertinya bagi seorang beergelar wanita. Itulah istimewanya wanita yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Walau lemah lembut sifatnya, walau diuji dengan pelbagai cabaran, tetapi semangatnya tetap kental, kekuatannya melebihi jangkaan dalam melalui pahit manis tempoh Sembilan bulan kehamilan.

Setiap wanita pastinya akan menempoh pelbagai pengalaman berbeza semasa hamil. Ada yang diuji seawal mengetahui diri mengandung. Saya juga tidak terkecuali, di awal kehamilan saya mengalami alahan atau ‘morning sickness” yang teruk selama enam bulan. Saya pasti akan muntah ( alah ) bila duduk berdekatan dengan suami, berus gigi, sabun, minyak wangi, mencium bau masakan ( time masak mesti akan mengunci diri dalam bilik, tak tahan). Sepanjang enam bulan saya hanya minum air suam dan roti “osborn’ saja. Air liur sentiasa keluar, sebab itu sentiasa duduk berdekatan dengan tingkap. Walaupun demikian, Allah Maha Adil, alhamdulillah saya mudah bersalin. Anak sulung saya, saya hanya merasa sakit 1 jam lebih, anak yang ke 2 di hantar ke hospital 20 minit selepas itu melahirkan anak. Manakala anak ke 3, 15 minit dan anak yang bongsu lebih kurang 30 minit saja merasa sakit.

Hanya kesabaran dan kecekalan jiwa yang mampu menguatkan semangat untuk melalui semua itu.Janganlah sekali-kali mengeluh kerana ia memberi kesan kepada bayi yang dikandung. Yakinlah bahawa anak itu rezeki daripada Allah sebagai pelengkap rumahtangga. Doa anak yang soleh, bekal kita saat menemui Tuhan di kemudian hari. Bagi anda yang dipermudahkan Allah s.w.t sehingga selamat melahirkan, berterima kasihlah pada Yang Maha Esa di setiap masa. Walau apa pun yang anda rasai semasa hamil, laluilah ia dengan hati yang bahagia, kesihatan yang diperlihara dan kehidupan yang ceria. Semoga kandungan akan terasa selamat dan dilahirkan cukup sifat dan sempurna.

#...Untuk yang bakal bergelar ibu, syabas dan tahniah saya ucapakan. Sempurna sudah kehidupan anda sebagai seorang wanita.

INFO 2 : Hadith..

▓ Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda : “ Solat yang 5, begitu pula solat Jumaat ke Jumaat berikutnya, dapat menghapuskan dosa-dosa yang terjadi antara semuanya, selama tidak diperbuat dosa-dosa besar”. ( Sahih Muslim ).

▓ Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w. bersabda : “ Allah Ta’ala sangat gembira menerima taubat seseorang kamu, melebihi kegembiraan seseorang yang menemukan kembali barangnya yang hilang….” ( Sahih Muslim ).

▓ Diberitakan oleh Abdullah bin Umar r.a, bahawa Nabi s.a.w. bersabda : “ Apabila kamu hendak solat Jumaat, mandilah lebih dahulu “. ( Sahih Bukhari ).

▓ Abdullah bin Mas’ud r.a. mengkhabarkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda : “ Jangan berasa iri hati, kecuali kepada dua orang, iaitu orang yang diberi Allah harta, kemudian dipergunakannya untuk yang hak, dan orang yang diberi Allah hikmah (ilmu yang hak), kemudian dipergunakannya (untuk yang hak) serta diajarkannya”. ( Sahih Muslim ).

▓ Dari Abu Hurairah r.a. katanya nabi s.a.w. bersabda : “Menengoklah kepada orang yang lebih rendah darimu, dan jangan menengok orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu”. ( Sahih Muslim ).