SEMOGA TAHUN BARU 2010 MEMBAWA KEBAHAGIAN DAN KESEJAHTERAAN KEPADA SEMUA DAN SARWA JAGAT.
Syaidina Ali r.a berkata : "Jika engkau perlukan nikmat dunia, cukuplah Islam itu sebagai nikmat untukmu. Jika engkau ingin menjadi asyik,maka cukuplah ketaatan itu sebagai keasyikanmu. Dan jika engkau mahukan pengajaran, maka cukuplah maut itu sebagai pengajaran."
Thursday, December 31, 2009
Bekas Kekasih.
Saya rasa terpanggil untuk menulis tentang tip melupakan kekasih ini, apabila melihat sejarah hitam cinta rakan-rakan dan orang di sekeliling. Bukan bermakna saya pakar cuma ingin membantu meringankan 'beban' yang dihadapi.
" Mengapakah hati ini begitu sukar untuk melupakan insan yang pernah bertahta di hati, sedangkan sudah bertahun-tahun lamanya memutuskan hubungan cinta. Biarkanlah kenangan lalu menjadi satu memori dalam hidupmu."
Manisnya saat pertama kali mengenali hati si dia, apatah lagi mengenangkan kembali bibit-bibit cinta yang pernah diharungi bersama. Ketika itu, hidup ibarat tinggal di atas kayangan bersama si pari-pari dan sang putera raja. Indahnya sinaran mentari sehingga tidak dapat menjelaskan apa yang terungkai di hati.
Namun, semuanya sementara. Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. " Mengapa kenangan lalu masih menghantui fikiran " dan " Adakah si dia juga merasai apa yang aku rasakan ketika ini. ". Adakah perkara ini seringkali menjadi persoalan difikiran anda?..
Namanya seringkali menjadi ingatan walaupun sudah kita ada pengganti. Lebih parah, apabila kamu tidak dapat menerima cinta baru itu daripada insan lain, sedangkan kamu sudah berpisah bertahun-tahun lamanya. Mungkinkah kamu belum bersedia menerima penggantinya, sehinggakan teman-teman lain dapat melihat dan merasakan perubahan sikap kamu itu.
Berikut beberapa tip untuk melupakan bekas kekasih yang satu ketika dahulu dialah insan yang paling disanjungi. Antaranya;
1. Menghapuskan kenangan :
Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto anda berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata. Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggan kamu. Termasuklah juga sms dan pesanan suara daripadanya.
2. Jangan menyeksa diri :
Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali di corong radio, jangan sampai membuat anda tergilakanya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.
3. Si dia punya pengganti :
Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk anda melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk anda melakukan perkara yang sama.
4. Berhenti membandingkan :
Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih. Hal ini terjadi apabila anda belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, anda akan menggunakan pelbagai macam alasan. Anda harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan anda hidup bersendirian dan menikmati hidup dengan sebaik-baiknya.
5. Cara terbaik melupakan si dia :
Untuk melupakannya anda harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya. Misalnya, dia seringkali mengutuk diri anda, membandingkan penampilan anda dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.
6. Rakan pendengar setia :
Luahkan masalah anda kepada rakan-rakan yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran anda.
7. Cipta fantasi :
Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, hubungan cinta telah putus dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Lebih baik anda mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang mirip seperti yang anda gambarkan?.
Cinta adalah rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh ditimbang atau disukat-sukat. Hati yang merasainya sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Cinta datang dari dua sumber iaitu dari Allah dan dari nafsu.
Renungan.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Lu fikirlah sendiri...............................
Wednesday, December 30, 2009
Sekapur Sirih.
Setiap kali tibanya tahun baru pasti orang akan bertanya tentang azam. Sedangkan azam yang lepas belum lagi dicapai. Kenapa tak tercapai?. Muhasabah balik , tengok kelemahan diri anda, di samping itu tengok kekuatan diri anda. Perbaiki kelemahan dan gunakan kekuatan dengan sebaik mungkin.
Saya mengharapkan kebahagiaan, ketenangan dan kedamaian dalam hidup saya di tahun baru ini. Saya ingin mencari dan menambahkan ilmu di dada. Kebahagiaan, ketenangan dan kedamaian hati sentiasa bermula dari ilmu pengetahuan. Dengan ilmu, manusia mampu menembusi yang samar, menemukan sesuatu yang hilang dan menyingkap yang tersembunyi. Naluri manusia juga sentiasa ingin mengetahui sesuatu yang baru. Tanpa ilmu hidup ini dan esok sama sahaja tidak ada yang segar dan menarik.
" Jika anda ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan dan capailah pelbagai manfaat, nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap "
Dan berdoalah dengan ucapan : " wahai Tuhanku, tambahlah ilmuku."
( Surah Taha : 114 )
Dengan ilmu pengetahuan kita mampu untuk menanggung beban hidup dan tidak gentar dengan dugaan dan rintangan yang dihadapi. Ilmu juga akan menjadikan manusia lebih kuat dan mampu melihat dunia ini lebih luas. Sesiapa merasa sempitnya dunia ini dia akan terus merasa sesak hingga masuk ke liang kuburnya. Satu hadis ada menyebut, ertinya:
" Sesungguhnya ilmu itu dapat hanya dengan belajar, dan kesabaran itu diperolehi hanya dengan latihan. "
Hal yang penting dalam mempelajari cara mencapai kebahagiaan ialah bagaimana cara kita menempatkan diri kita sesuai dengan bahagian dan tempatnya. Perlu diingat, dunia ini umpama pemainan yang mesti diawasi. Oleh itu, belajarlah cara-cara menempa jiwa supaya lebih kuat agar kita bertemu kebahagiaan yang sejati.
" SELAMAT TAHUN BARU "
Moga kehadirannya membawa tuah, berkat dan rahmat.
Insya Allah.
Insya Allah.
Info : Antara Jenis Makanan ANTIKOLESTROL.
1. SOYA :
Kacang soya memgandungi 48% protien, lestin, vitamin dan zat galian. Ia juga dapat menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya dengan kalsium dan mineral yang boleh membantu memecahkan lemak. Ia juga membantu menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak yang baik (HDL).
2. KUACI :
Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
Selamat mencuba ........
3. BUAH KERING :
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. IKAN TUNA :
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
5. KACANG TANAH :
Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolestrol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
6. MANGGA :
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.
7. OAT :
Kajian saintifik yang dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekirannya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol anda.
8. JAMBU BATU :
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari., iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai.
9. KISMIS :
Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.Selamat mencuba ........
Monday, December 28, 2009
Salam Ma'al Hijrah 1431H.
Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Ma'al Hijrah kepada semua umat Islam di seluruh Sarawak, Malaysia dan seluruh dunia khususnya.
Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1431H, semoga kita diberi rahmat dan hidayah daripada Allah S.W.T.
Mulakan Hari Dengan Auta Positif.
1. Mulakan dengan doa :
Memulakan hari dengan doa. Doa untuk bangun awal dan capai matlamat untuk hari esok dengan cara yang terbaik. Tetapkan masa tidur, tidur awal dan bangun awal. Ini membuatkan anda tidak tergesa-gesa dalam menempuh hari yang sibuk.
2. Berfikiran positif :
Walaupun berada dalam lingkungan negatif, cuba membiasakan diri dengan menuturkan ayat-ayat positif. Persekitaran negatif, biasanya membuatkan anda lumpuh semangat, mendengar gosip yang tidak berasas, dimarahi, berdepan dengan orang-orang berfikiran negatif. Dalam keadaan ini cuba bawa bertenang.
3. Work smart :
Perlu merancang pekerjaan, namun adakalanya juga banyak situasi yang akan menyebabkan rancangan anda gagal. Cuba membiasakan diri bersedia dengan perancangan A, B dan C. Jika anda bijak mengurus masalah, anda adalah pengurus yang baik. Situasi yang bermasalah kadangkala memberi satu pengalaman baru, jika masalah itu berjaya diselesaikan. Anggap masalah adalah perkara rutin yang perlu diselesaikan. Jika hasilnya adalah baik, anda boleh memberi ganjaran kepada diri sendiri. Tidak perlu menunggu orang lain meraikannya. Jika sebaliknya, berlapang dada dalam memperbaiki kelemahan.
4. Hormat pemimpin :
Tidak perlu membuta tuli untuk mengambil hati ketua jabatan, atau siapa sahaja yang berada di atas. Elak sikap talam dua muka, walaupun anda bukan seorang yang gemar menunjuk-nunjuk dengan kebolehan anda. Pemimpin yang profesional boleh menilai dengan adil dan saksama kakitangan yang benar-benar boleh membuat kerja atau tugasan yang diberikan. Jangan mudah berkata tidak boleh sekiranya apa yang disuruh bukan kemahiran anda. Jika diberi sesuatu tugasan penting, letakkan syak wasangka baik, anda mungkin boleh pelbagaikan kemahiran yang ada. Sebaliknya mohon bantuan daripada mereka yang lebih arif. Sekiranya hasil yang dibuat kurang memuaskan, usah gusar masih ada peluang dan ruang untuk memperbaikinya.
5. Berkongsi ilmu :
Sebaik-baik ilmu adalah diamalkan, disebar dan dikongsi manfaatnya. Bukan hanya untuk memandaikan diri sendiri, tetapi boleh berkongsi kepada mereka yang gemar menuntut ilmu. Jika anda dijadikan pakar rujuk dalam sesuatu bidang, tidak salah jika berkongsi kemahiran. Satu pasukan yang hebat adalah apabila setiap ahli mengambil bahagian dan menggunakan kemahiran yang ada semaksima yang mungkin.
6. Berlapang dada menerima kritikan:
Bukan mudah untuk menerima kritikan. Jika anda dikritik jangan cepat panas punggung. Sebaiknya, bawa bertenang dan berfikir secara rasional. Walaupun kadangkala rasa kecewa akan menyelinap, tetapkan gambaran positif. bahawa tugasan yang dibuat tidak memenuhi kehendak ketua.
*** Ingat : Kita manusia biasa punya kelemahan dan kekuatan. Sebelum kita mengkritik orang lain, tengok kelemahan diri sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)







