"Walau apa pun kepercayaan anda, betul atau salah, ia tetap betul pada diri anda". Ia penting untuk mengingati bahawa kepercayaan seseorang adalah benar sama ada baik ataupun buruk dan sering kali menjadi realiti. Oleh yang demikian, jika anda menjangkakan akan melakukan kesilapan dalam pembentangan kertas kerja, sudah pasti anda akan melakukan kesilapan. Cara terbaik untuk merubah persepsi anda adalah dengan menukar persoalan 'kenapa' kepada 'bagaimana', ia mungkin kedengaran mudah tetapi otak anda juga bagaikan komputer. Ia akan mengeluarkan jawapan terhadap persoalan yang anda berikan.
Setiap individu mempunyai aspirasi untuk melonjakkan diri ke hadapan tetapi sering kali tidak mampu bergerak ke mana-mana apabila berada di zon selesa. Bagaimanapun, menjalani kehidupan mengikut rentak yang anda tentukan sememangnya amat memberi keselesaan. Ubahlah pandangan negatif kepada positif. Kita sering melakukan sesuatu perkara mengikut gerak hati atau kata hati. Ada kalanya ia memberi kebaikan malah ada juga yang mendatangkan keburukan.
Berfikiran secara kritikal dapat membantu anda menyelesaikan masalah sebaik mungkin. Apa kata anda mencuba teknik ini. Cuba lawan imej atau unsur negatif melalui kata hati dengan kata-kata semangat yang akan membuatkan anda merasa cabaran di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. sebagai contoh jika anda berkata pada diri sendiri : "Saya tidak gemar bersukan. Saya rasa tidak boleh melakukan maraton sejauh 10 km itu.". Ubah ia kepada : "Saya akan melakukan cabaran ini untuk mendapatkan tahap kesihatan yang lebih baik.".
Syaidina Ali r.a berkata : "Jika engkau perlukan nikmat dunia, cukuplah Islam itu sebagai nikmat untukmu. Jika engkau ingin menjadi asyik,maka cukuplah ketaatan itu sebagai keasyikanmu. Dan jika engkau mahukan pengajaran, maka cukuplah maut itu sebagai pengajaran."
Wednesday, December 29, 2010
Wednesday, December 22, 2010
Adab-adab bersahabat.
1. Seseorang yang menjalinkan persahabatan hendaklah saling mengutamakan kepentingan sahabatnya dengan harta, tenaga, kepandaian dan sebagainya di samping memenuhi keperluan masing-masing tanpa dipinta.
2. Teguh menyimpan rahsia dan keaiban sahabatnya samada di hadapan atau dibelakangnya.
3. Sentiasa menjaga percakapan masing-masing dengan kata-kata yang menggembirakan dan sentiasa hormat-menghormati di antara satu sama lain.
4. Memanggil nama sahabatnya dengan nama yang disukai oleh sahabatnya.
5. Bersedia untuk memaafkan kelemahan dan kesalahan dengan cara yang disenangi, seperti tidak memarahinya tetapi sebaliknya memberikan nasihat dan teguran yang baik.
6. Mendoakan sahabatnya agar sentiasa di dalam petunjuk dan mampu menunaikan amanah semasa hidup atau matinya.
7. Berusaha meringankan beban keluarganya semasa adanya atau setelah ketiadaannya.
8. Tidak memberatkan sahabatnya dengan bebanan yang menyulitkan serta bersedia untuk sama-sama menghadapi kegembiraan atau kesediaan dan sentiasa berbuat baik kepadanya.
9. Tidak memotong percakapannya ketika dia sedang bercakap dan mendengar sehingga selesai percakapannya.
10. Sentiasa mendahuluinya memberi salam dan memberi penghormatan padanya apabila dia meninggalkan majlis. Luqman Al-Hakim berpesan kepada anaknya : " Wahai anakku, duduklah engkau berhampiran ulama' kerana hati akan hidup dengan hikmah iaitu ilmu yang memberi manfaat di akhirat seperti bumu subur apabila dibasahi hujan ".
Tuesday, December 14, 2010
Batang Ai, Sarawak.
Pemandangan indah dan mendamaikan.
Saturday, December 11, 2010
Monday, November 29, 2010
Suami Orang.
Adakah anda sedang dilamun cinta? Anda mungkin dalam dilema apabila jejaka yang anda cinta adalah suami orang. Sebelum anda membuat keputusan, baik anda fikir masak-masak dahulu sebelum nasi menjadi bubur.
Si dia tidak akan berani membuat sebarang komitmen dengan anda: Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan anda. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!,
Sanggup Menipu Isteri : Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
Hubungan secara sulit : Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. mati kamu kena serang.
Lelaki lebih beruntung : Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripad empat.
Kamu menipu diri sendiri : Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words "(pandai cakap tapi buatnya tidak )
Si dia akan hilang hormat terhadap kamu : Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja.
Mampukah kamu mencintainya : Persoalannya, apakah kamu masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya?. Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan iaterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!.
Berwaspadalah dengan "Boomerang kesalahan" : Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita atau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara mara. Jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menganggung segala derita. Haii...kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita..!.
Friday, November 26, 2010
Jenis Manusia Di doa Malaikat.
Percaya kepada Malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah :-
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf ).
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-fatihah.
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Waallahu'alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. Insya Allah.
Wanita.
Tertarik....
Wanita Solehah
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama........
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan....
Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...
Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah........
Tabah jiwaku setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar......
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....
Tepuk dada, tanya keimanan anda............
Subscribe to:
Posts (Atom)
















