Tiada manusia yang dilahirkan sempurna di dunia ini. Pasti ada salah dan silap di mana-mana. Dan ini tentunya memberi kesan dalam sesebuah perhubungan. Pun begitu tidak salah jika kita belajar memperbaiki diri dab belajar menjadi yang terbaik buat pasangan. Semoga usaha menjadi yang terbaik ini sekali gus dapat memperbaiki perhubungan mahupun rumahtangga anda.
Belajarlah jadi pasangan yang terbaik untuk pasangan anda:
1. Realistik terhadap pasangan : Janganlah mencuba untuk mengubah pasangan menjadi seseorang yang anda inginkan. Hadapi kenyataan dan terimalah dirinya seadanya. Jangan berharap pasangan menjadi wanita terbaik, tercantik mahupun suami yang paling romantis. Cintai pasangan kerana dirinya. Ada sesuatu yang dimiliki oleh pasangan anda yang tidak dimiliki oleh siapa pun di dunia ini..
2. Terbuka tentang perasaan : Ketika berhadapan dengan masalah, suami biasanya lebih gemar untuk berdiam diri dan menyelesaikannya sendirian. Namun berbeza dengan wanita yang lebih terbuka tentang hati dan perasaan mereka. Oleh itu bagi isteri cubalah mempelajari sikap suami dan tidak membuat jangkaan sendiri mengenai perasaan pasangan mereka. Bagi suami pula belajarlah untuk mengekspresikan perasaan dengan tepat supaya pasangan lebih mudah memahami ketika anda marah, terluka, tersinggung atapun bahagia. Pertanda awal sebuah perpisahan adalah bila pasangan itu berhenti berkomunikasi dari hati ke hati.
3. Gemar melakukan sesuatu yang menarik bersama : Carilah sesuatu yang boleh anda lakukan bersama-sama. Sebagai contoh melakukan olahraga kegemaran bersama pasangan ataupun melakukan hobi yang anda berdua sama-sama senang. Nikmati waktu ketika bersama pasangan. Anda boleh juga sekadar menonton VCD di rumah atau mungkin jalan berpegangan tangan di kompleks membeli belah seperti masih waktu bercinta. Berhati-hatilah jika anda lebih suka menghabiskan lebih banyak wqktu dengan teman daripada pasangan sendiri. Itu tanda yang kurang baik dalam perhubungan.
4. Tidak terlalu perfeksionis : Belajarlah untuk menerima apa yang dilakukan oleh pasangan anda walaupun ia tidak seperti yang anda inginkan. Contohnya bila suami membantu melakukan kerja rumah, walaupun caranya menyidai kain, menyapu lantai datau memasak tidak sempurna tapi tetaplah berterima kasih. dalam perhubungan ada beberapa perkara yang mana kita harus mampu memberi dan menerima.
5. Tunjukkan cinta : Bagi suami, cubalah membawa pulang kuih kesukaan isteri anda. Boleh juga coklat atau apa pun yang dia sukai. Bagi isteri pula manjakan pasangan suami anda denagn memasakkan makanan kegemarannya atau membelikan sesuatu yang dinginkan tetapi belum sempat dibeli. Jadikan perkara sebegini bahasa cinta anda. Ada lima bahasa cinta yang mana salah satunya boleh jadi selalu dilakukan oleh anda atau pasangan iaitu sentuhan fizikal, kata-kata semangat, waktu berkualiti, layanan dan hadiah. Tunjukkan rasa prihatin terhadap orang yang anda cintai dan sayang akan memberi kesan yang sangat membahagiakan.
6. Saling menghormati : Jangan mempersendakan tentang rambut atau kulit pasangan di depan orang lain atau anak-anak. Meskipun maksudnya hanya untuk bergurau tetapi fikiran di bawah sedarnya mungkin menangkap maksud yang berbeza. Boleh jadi perkara ini akan menggugat keyakinan dirinya. Mencintai adalah menghargai perasaan satu sama lain dan peka terhadap perasaan pasangan kita.
7. Kuburkan masa lalu : Meskipun masa silam pasangan atau dir anda sendiri cukup sukar namun cubalah sedaya upaya tidak mengungkitnya apatah lagi jika ia sesuatu yang negatif. Tiada seorang pun yang mahu diingatkan tentang sesuatu yang membuatkan diri merasa malu. Apa yang telah terjadi biarkan saja ia berlalu.
8. Hilangkan rasa cemburu : Setiap perhubungan pasti tak dapat lari dari perasaan cemburu, namun jangan sesekali membiarkan perasaan cemburu itu melarat dan memudaratkan perhubungan. Rasa cemburu seperti ini ibarat racun yang secara perlahan menyebar ke seluruh sendi-sendi perhubungan anda. Percayalah kepada pasangan anda. Mencintai adalah tentang memiliki rasa percaya dan yakin pada pasangan.
9. Jaga komitmen : Jangan membuat janji yang dirasakan tidak mampu untuk dipenuhi. Sekiranya tidak dapat dicapai maka ini akan mengurangkan rasa hormat oleh pasangan. Selain itu, jagalah kepercayaan dan saling menghormati antara satu sama lain adalah petua perhubungan yang sihat. Jika pasangan mula merasakan bahawa ia tidak penting maka bersiap sedialah untuk kehilangan hatinya.
10. Jujur : Jujur bukan saja dari aspek tingkah laku tapi yang lebih penting kejujuran untuk mengungkapkan perasaaan terdalam kita. Jika anda berasa marah katakan bahawa anda sedang marah. Jika anda berasa terluka, berterus-teranglah. Luahkan dengan rasa tenang tanpa perlu menengking atau menjerit-jerit hingga melukakan hati pasangan. Jika anda tidak mampu jujur pada pasangan pada siapa lagi anda harus jujur?...
Syaidina Ali r.a berkata : "Jika engkau perlukan nikmat dunia, cukuplah Islam itu sebagai nikmat untukmu. Jika engkau ingin menjadi asyik,maka cukuplah ketaatan itu sebagai keasyikanmu. Dan jika engkau mahukan pengajaran, maka cukuplah maut itu sebagai pengajaran."
Sunday, August 21, 2011
Monday, May 23, 2011
Wanita : Raihlah Ilmu.
Wanita.....
Perhiasan indah dunia dengan harta solehah
Iman perisai kebal yang tidak mudah digegar
Kemanisan dan kelembutan bukan kelemahan yang melata
Wanita.....
Jadikan akal mu bukan hanya untuk berhias
Menakluk Sang Adam
Jadikan kelebihan ini agar dunia boleh kau takluki
Dengan ian dan semangat yang kau tanamkan
dalam jiwa anak-anak mu
Agar menjadi pahlawan peneraju dunia
Bukan dengan pedang atau ledakan peluru
Namun dengan ilmu yang tajam
Harta yang mantap dan iman yang teguh tanpa
berbelah bahagi kepada Pencipta
Wanita.......
Jangan serahkan cinta sayang mu membabi buta
Ketahuilah yang tiada bezanya kita dan kaum
Adam gagah perkasa
Nyata mereka pemimpin yang diutus Maha Esa
Namun kita masih sama di sisi Khaliq Maha Pencipta
Raihlah ilmu agar kita wanita tidak cuma
menyerah berserah pada takdir tanpa melawan.
Saturday, May 14, 2011
Orang yang menyintaimu.
1. Orang yang menyintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli!. baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik, walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti "Selamat Pagi", "Selamat Hari Minggu", "Selamat Tidur".
'Take Care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMSnya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6. Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu, matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya, kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
10. Kalau kali terakhir kalian bertemu, kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung dan saat harinya tiba dia mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sabgat istimewa.
13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari0harinya hanya dengan kamu.
15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu, dan jauh di hatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh di mata, jauh di hati?.
16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirin SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18. Orang yang mencintai kamu kamu kadang-kadang merindukan dan melakukan hal-hal yang menbuat kamu pening kepala. namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan itu.
20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab ada alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
Sunday, April 17, 2011
Kenali Pesta Kaul Mukah.
Pesta Kaul Mukah merupakan pesta keramaian yang diraikan oleh Masyarakat Melanau pada setiap tahun. Pesta tradisi ini menghimpunkan pelbagai upacar dan adat resam yang menarik dan mempunyai keunikan tersendiri.
Dahulu, Kaul dilihat sebagai perayaan keagamaan oleh Masyarakat Melanau 'Pagan' untuk memohon restu daripada penunggu laut, darat, ladang dan hutan agar penunggu tersebut tidak mengganggu ketika mereka mencari rezeki.
Disebabkan kaum Melanau sinonim dengan aktiviti nelayan. Kaul diadakan bagi menandakan musim tengkujuh telah berlalu. Perubahan agama dan anutan di kalangan Masyarakat Melanau turut mengubah aplikasi dan kepercayaan Kaul. Kehadiran Islam dan Kristian membawa dimensi baru kepada kaul yang lebih sesuai dilihat sebagai Pesta Sosio-Budaya. Namun, di dalamnya masih terpelihara dan terselit keunikan warisan Budaya Melanau di Negeri Sarawak iaitu masyarakat yang masih mengekalkan upacara tradisi yang disesuaikan mengikut masa.
Pesta Kaul menjadi medan perkelahan komuniti terbesar masyarakat Melanau. Pesta ini bakal menyajikan satu manifestasi khazanah budaya kaum Melanau dari aspek pakaian, kraftangan, makanan, permainan, tarian dan adat resam.
kini sambutannya disertai oleh semua lapisan masyarakat dari pelbagai kaum dan agama terutamanya untuk melihat dan menyertai pelbagai permainan tradisi seperti 'Tibow' (buaian gergasi), pameran dan jualan makanan eksotik tempatan seperti 'Tebaloi', 'Si'et' dan 'Umai', persembahan kebudayaan, pameran kraftangan dan yang lebih menarik adalah proses penyatuan keakraban yang menemukan pelbagai bangsa, agama dan pertuturan dalam upacara perkelahan komuniti.
Aktiviti Pesta Kaul Mukah 2011:
Majlis Perasmian akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut;
Tarikh : 30 April 2011
Masa : 8:30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Pantai Kala Dana Mukah
Tetamu : YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.
Aktiviti Menarik sempena Pesta kaul 2011 ;
1. Pertandingan Masakan
2. ertandingan Memancing di Tebingan Sungai
3. Sukan Rakyat
4. Pertandingan lagu klasik
5. Pertandingan Petanque
6. Mukah Beach Triathlon
7. Pertandingan Bola sepak Pantai
8. Pertandingan fesyen kanak-kanak
9. Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak)
10. Gerai Momuniti
11. Gerai Pameran Dan Jualan
12. Karnival Fotografi kaul
13. Bermukun
14. Mr & Mrs Jerd (Badang)
15. Pertandingan dan Pameran Kraftangan
16. Pertandingan Menggubah Serahang
17. Pentas Seni Warisan Budaya
18. Pentas Hiburan
19. Pertandingan Teluwaih dan Jemelai Jinih
20. Perarakan Serahang
21. Perarakan Seni Warisan 1 Malaysia
22. Pertandingan dan Pameran Layang-layang
23. Pertandingan menulis esei
24. Karnival Permotoran
25. Kaul Music Fest (Battle of The Band)
26. Galeri Kaul
27. Senam Seni 1 Malaysia
28. Keman Beradet
dan baynyak lagi........................
Saturday, April 16, 2011
Cantik di hati .
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab datang bekerja, hasilnya macam kita tak datang kerja.
2. Ada kala kita rasa kita amat sibuk, rupanya kita hanya kelam kabut.
3. Ada kala kita rasa kita prihatin, tapi rupanya kita jaga tepi kain orang.
4. Ada kala kita rasa berfikiran terbuka dan berterus terang tapi rypanya kita kurang pengajaran.
5. Ada kala kita rasa kita berpemikiran kritis, rupanya kita hanya lebih kepada kritik yang mencipta krisis.
6. Ada kala kita rasa kita ingin menjadi lebih mesra tapi rupanya kita dilihat lebih mengada-ngada.
7. Ada kala kita suka bertanya 'kenapa aku ini macam tak ada kerja' adalah lebih baik kita tanya 'apa lagi kerja yang aku boleh buat'.
2. Ada kala kita rasa kita amat sibuk, rupanya kita hanya kelam kabut.
3. Ada kala kita rasa kita prihatin, tapi rupanya kita jaga tepi kain orang.
4. Ada kala kita rasa berfikiran terbuka dan berterus terang tapi rypanya kita kurang pengajaran.
5. Ada kala kita rasa kita berpemikiran kritis, rupanya kita hanya lebih kepada kritik yang mencipta krisis.
6. Ada kala kita rasa kita ingin menjadi lebih mesra tapi rupanya kita dilihat lebih mengada-ngada.
7. Ada kala kita suka bertanya 'kenapa aku ini macam tak ada kerja' adalah lebih baik kita tanya 'apa lagi kerja yang aku boleh buat'.
Monday, April 11, 2011
Warna-warna yang menceriakan hati.
Warna bukan sekadar cantik tetapi dapat meninggalkan kesan positif pada orang-orang yang berada di sekitarnya. Oleh itu apabila anda terfikir warna apakah ingin anda pakai hari ini, lihatlah kesannya pada orang lain.
Warna Merah : meninggalkan kesan dinamik, sensual dan mewah. Ia memberi tenaga, kehangatan, aktif, optimis dan bersemangat. Ia juga dikatakan dapat meninggalkan aliran darah dalam tubuh.
Warna Merah Muda : membuat anda terasa bertenaga minda, ceria dan romantik.
Warna Merah Jambu : simbol kasih sayang dan cinta kerana warna ini menimbulkan kesan lembut dan menenangkan.
Warna Kuning : memberikan suasana hangat, bercahaya dan cerah. Ia membangkitkan tenaga, emosi dan kekuatan.
Warna Jingga : memberikan kesan bertenaga, cergas, ramah dan kreatif. Ia mirip warna merah tetapi lebih feminin dan bersahabat. Ia menimbulkan perasaan positif, senang, gembira dan optimis, penuh bertenaga, mengurangkan depresi dan perasaan tertekan. Tetapi warna ini jika berlebihan akan merangsang sifat hiper aktif.
Warna Biru : memberi kesan harmoni, kebenaran, tenang dan dingin, rasa lapang, tenteram, hening, damai, nyaman dan aman.
Warna Hijau : memberikan kesan alamiah dan segar. Ia menyeimbangkan emosi dan kejiwaan.
Warna Ungu : kerohanian dan mistik. Ia juga feminin, antik, hangat dan anggun.
Warna Merah : meninggalkan kesan dinamik, sensual dan mewah. Ia memberi tenaga, kehangatan, aktif, optimis dan bersemangat. Ia juga dikatakan dapat meninggalkan aliran darah dalam tubuh.
Warna Merah Muda : membuat anda terasa bertenaga minda, ceria dan romantik.
Warna Merah Jambu : simbol kasih sayang dan cinta kerana warna ini menimbulkan kesan lembut dan menenangkan.
Warna Jingga : memberikan kesan bertenaga, cergas, ramah dan kreatif. Ia mirip warna merah tetapi lebih feminin dan bersahabat. Ia menimbulkan perasaan positif, senang, gembira dan optimis, penuh bertenaga, mengurangkan depresi dan perasaan tertekan. Tetapi warna ini jika berlebihan akan merangsang sifat hiper aktif.
Warna Hijau : memberikan kesan alamiah dan segar. Ia menyeimbangkan emosi dan kejiwaan.
Warna Ungu : kerohanian dan mistik. Ia juga feminin, antik, hangat dan anggun.
Saturday, April 2, 2011
Memaafkan :
Memaafkan itu indah
Memaafkan itu sedekah
Memaafkan itu mengundang Maghfirah-Nya
Memaafkan itu mengundang Rahmah-Nya
Memaafkan itu nikmat
Memaafkan itu lazat
Memaafkan itu melapangkan perasaan
Memaafkan itu melapangkan kesusahan
Memaafkan itu membuka pintu-pintu cinta
Memaafkan itu membuka pintu-pintu dunia
Memaafkan itu membuka pintu-pintu bahagia
Memaafkan itu membuka pintu-pintu surga
Memaafkan itu melepaskan masalah
Memaafkan itu melepaskan rasa susah
Memaafkan itu melepaskan rasa serba salah
Memaafkan itu melepaskan berbagai rasa resah
Memaafkan itu melancarkan pernafasan
Memaafkan itu melancarkan hubungan
Memaafkan itu menambah ketampanan
Memaafkan itu menambah kejelitaan
Memaafkan itu mengikhlaskan
Memaafkan itu menyihatkan
Memaafkan itu mendewasakan
Memaafkan itu mencerdaskan
Memaafkan itu membersihkan diri
Memaafkan itu mengundang rezeki
Memaafkan itu menenangkan hati
Memaafkan itu mengundang redha Ilahi
Dengan demikian,
jangan lagi kita mengatakan :
"Huh,seronok sangat kalau dia saya maafkan, seronok pada saya, seronok pada dia..."
La?
Astaghfirullaahal'azhiim...
Memaafkan itu sedekah
Memaafkan itu mengundang Maghfirah-Nya
Memaafkan itu mengundang Rahmah-Nya
Memaafkan itu nikmat
Memaafkan itu lazat
Memaafkan itu melapangkan perasaan
Memaafkan itu melapangkan kesusahan
Memaafkan itu membuka pintu-pintu cinta
Memaafkan itu membuka pintu-pintu dunia
Memaafkan itu membuka pintu-pintu bahagia
Memaafkan itu membuka pintu-pintu surga
Memaafkan itu melepaskan masalah
Memaafkan itu melepaskan rasa susah
Memaafkan itu melepaskan rasa serba salah
Memaafkan itu melepaskan berbagai rasa resah
Memaafkan itu melancarkan pernafasan
Memaafkan itu melancarkan hubungan
Memaafkan itu menambah ketampanan
Memaafkan itu menambah kejelitaan
Memaafkan itu mengikhlaskan
Memaafkan itu menyihatkan
Memaafkan itu mendewasakan
Memaafkan itu mencerdaskan
Memaafkan itu membersihkan diri
Memaafkan itu mengundang rezeki
Memaafkan itu menenangkan hati
Memaafkan itu mengundang redha Ilahi
Dengan demikian,
jangan lagi kita mengatakan :
"Huh,seronok sangat kalau dia saya maafkan, seronok pada saya, seronok pada dia..."
La?
Astaghfirullaahal'azhiim...
Subscribe to:
Posts (Atom)

