Friday, July 16, 2010

Bantu sesama Manusia.



Tiada manusia boleh hidup terasing dan jauh daripada orang lain. Dengan fitrah manusia yang lemah sememangnya amat memerlukan orang lain sama ada untuk memudahkan kerja atau sekadar memberikan dorongan serta semangat.

Manusia sebagai makhluk sosial yang hidup bermasyarakat, sememangnya digalakkan untuk saling membantu dan meringankan bebanan orang lain. Tidak kiralah besar atau kecil pertolongan, tetapi jika bantuan itu dapat memberikan keringanan pada orang yang memerlukan, tetap akan dibalas dengan ganjaran pahala.

Hal ini seperti yang ditegaskan Rasulullah s.a.w seperti yang dinyatakan oleh Abu Hurairah bahawa baginda bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang menolong memberi nafas baharu kepada seseorang mukmin yang mengalami kesusahan yang mneyesakkannya dari kesusahan....kesusahan dunia, nescaya Allah menolong melegakan kesusahan yang menyesakkannya dan kesusahan-kesusahan hari kiamat; dan sesiapa yang menolong memudahkan susah payah seseorang, nescaya Allah menolong memudahkan susah payahnya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keaipan seseorang Islam, nescaya Allah menutup keaipannya di dunia dan di akhirat dan Allah tetap memberikan pertolongan yang diperlukan oleh seseorang, selagi orang itu memberi pertolongan kepada saudaranya dan sesiapa yang berusaha menjalankan sebarang cara yang menyampaikannya mencapai ilmu pengetahuan, Allah akan memberikan  kemudahan kepadanya dengan usahanya itu untuk mendapat jalan yang membawanya ke syurga dan tidak berhimpun sesuatu kaum dalam salah satu tempat dan temapat-tempat (yang dikhaskan untuk mencapai keredhaan) Allah dengan keadaan mereka membaca kitab Allah al-Quran dan mentadarusnya sesama sendiri melainkan turunlah ketenteraman kepada mereka dan mereka pula diliputi oleh rahmat, juga mereka dikelilingi oleh malaikat, serta mereka dipuji oleh Allah Ta'ala dalam kalangan makhluk-makhluk yang mulia di sisiNya dan sesiapa yang dilambatkan oleh amal usahanya (dari mencapai kebaikan), tidak akan dapat disegerakannya oleh nasab dan keturunannya" (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

Ringankan tulang membantu orang lain. Insya Allah, Dia akan membantu kita semula.

No comments:

Post a Comment