Syukur adalah sebagai rasa terima kasih atas nikmat-nikmat pemberian Allah. Kita lahir di dunia, bersekolah, belajar dan bekerja kerana kita menggunakan nikmat-nikmat yang diberikan oleh Allah melalui ibu bapa kita. Bila kita menerima sesuatu, wajarlah kita mengucapkan terima kasih. Bila kita jarang berterima kasih, kita dianggap sombong. Jadi, sesiapapun takkan mahu memberi kita apa saja yang mereka ada. Mana-mana pihak pun tak mahu berkongsi dengan kita, hanya kerana kita sombong, tak mahu berterima kasih.
Di dalam perhubungan sesama manusia, orang yang memberi dan bila diucap terima kasih atas pemberiannya, sudah tentu akan bersemangat nak memberi dengan lebih banyak lagi. Cuba anda memberi sesuatu pada kawan-kawan atau ahli keluarga, kemudian mereka mengucap terima kasih kepada anda, sudah tentu anda berasa terharu dan bahagia. Pastinya anda akan memberi lagi dan hati akan menjadi tenang.
Syukur dalam hati membentuk diri kita menjadi manusia pemberi. Seorang manusia pemberi suka memberi tanpa mengharap balasan, kerana menganggap pemberiannya itu adalah satu pelaburan buat dirinya di akhirat nanti. Mana-mana agama pun setuju dengan konsep ini. Mereka percaya dengan kehidupan selepas mati, atau life after death. Segala yang kita buat, sekecil manapun, akan tetap menerima balasan. Buat baik, akan dibalas dengan baik. Hukum ini tak pernah tersilap, bahkan berlaku setiap masa di mana-mana saja.
Jadi, bila kita bersyukur, ikhlas memberi, orang lain juga akan suka memberi pada kita. Jika manusia suka memberi pada kita sebab kita selalu bersyukur atau berterima kasih, Allah sudah tentu suka memberi kita nimat-nikmatNya.
Antara nikmat-nikmat yang diberi pada orang yang selalu bersyukur adalah ketenangan hati, kebahagiaan dan paling ketara kemurahn rezeki. Jika anda mahu rezeki anda menjadi murah, sentiasa mengalir, rajin-rajinkan diri bersyukur mulai hari ini juga.
No comments:
Post a Comment