Monday, November 30, 2009

Kunyit ( Curcuma domestica).



Kunyit merupakan sejenis tumbuhan yang ada banyak kegunaannya selain daripada untuk masakkan.  Ia mudah hidup dan tidak perlu penjagaan rapi, oleh itu ia banyak sekali terdapat di sekitar kawasan rumah di kampung-kampung.  Kunyit dikenali dengan nama sainsnya Curcuma domestica dan berasal dari famili Zingiberaceae.

Kunyit digunakan secara tradisional untuk membersihkan wajah dari kotoran.  Kunyit ini ditumbuk sehingga halus dan disapukan ke muka untuk beberapa ketika kemudian dibersihkan atau dijadikan sebagai bedak sejuk yang dicampur dengan beras yang juga ditumbuk.  Selain itu ia juga berfungsi untuk mengeringkan kulit muka agar tidak berminyak.  Jika diamalkan selalu ia akan mendatangkan hasil yang memuaskan.  Selain itu ia membantu menyerikan seri wajah, walaupun ia cuma petua dan diikuti namun keberkesanan yang sebenar tidak diketahui.

Walau bagaimanapun kunyit atau Curcuma domestica ini turut digunakan oleh produk kecantikan moden dalam ramuan ubatan mereka.  ini tentunya menunjukkan kunyit sememangnya mempunyai nilai ubatan untuk kecantikan.

Cuba dulu baru tahu kesannya..........

Percutian : Eratkan hubungan.



Bercuti...? Apa kena mengena percutian dengan hubungan suami isteri?  Adakah ianya akan menjalin dan menjaminkan satu kelainan hubungan?  Jawapannya ialah YA!


Ini adalah kerana percutian dikaitkan dengan perancangan yang dijangka atau sesuatu yang bakal memberi kejutan kepada pasangan anda.  Mungkin dengan kejutan yang ini, pasangan anda yang selama ini merasakan dirinya tidak dihargai, akan merasa malu dan mendakap anda kerana masih lagi menghargainya dengan membuat kejutan untuk pergi bercuti ke destinasi pilihan.


Jangan fikirkan tentang kewangan kerana masalah kewangan akan selesai sekiranya anda benar-benar mahu melakukan sesuatu untuk pasangan anda.  Rancangkan sesuatu bagi mengatasi masalah kewangan.  Simpan wang dan jangka bila anda mahu membuat kejutan pada pasangan anda.


Ikut kemampuan anda dan jangan bercuti ke tempat atau destinasi yang anda tidak mampu.  Jangkakan sesuatu yang hebat di mana anda mahu bercuti.  Murah, mampu dan akan meninggalkan nostalgia serta kenangan mansia.


Apakah sebabnya dengan percutian dapat mengeratkan lagi hubungan yang retak atau dingin?. Ini adalah kerana suasana percutian adalah berlainan dengan rumah atau kamar tidur di rumah anda.  Percutian adalah di mana, anda dan pasangan anda akan saling bekerjasama kerana percutian akan melibatkan komunikasi antara pasangan.


Sikap memberi peluang dan memberi pandangan daripada pasangan membuatkan pasangan anda akan merasakan diri mereka dihargai oleh pasangan masing-masing.  Bertolak ansur banyak membantu pasangan yang telah mengalami keretakan dalam hubungan dan selalunya percutian akan menghasilkan jalinan kemesraan dan hubungan yang baik sebaik sahaja habis bercuti.  Menurut percutian akan membuatkan pasangan merasakan diri mereka baru sahaja menjalinkan hubungan dan setiap hubungan yang baru pasti akan berakhir dengan situasi yang baik di ranjang.


Tidak mengapa jika para pasangan mengisytiharkan 'honeymoon' buat kali yang ke berapa sekalipun kerana ia akan merapatkan hubungan kembali.  Suasana percutian akan mempengaruhi pasangan sama ada di pulau, tepi pantai atau di bandar besar.  Apabila berada di tempat orang, pasti pasangan terutama wanita ingin merasakan diri mereka rasa selamat dan terjaga sepanjang percutian itu.


Maka sentuhan badan dan pegangan boleh menjadikan hubungan dingin menjadi intim seterusnya akan mereka merasakan hubungan seperti mula-mula sewaktu bercinta dulu.  Pendapat ini telah dikaji oleh pakar motivasi sejak berpuluh tahun lalu.  Mengkaji hubungan pasangan sewaktu percutian dan barangkali beliau pernah berpesan bahawa sekirannya anda tidak mahu kecewa atau bosan, maka pergilah bercuti secara sendirian dan fokuskan sesiapa sahaja di sana yang sanggup menjadi pasangan anda yang baik.


Nunggu juak orang ngajak bercuti tapi belum ada 'khabar angin' lagik.... boleh juak utk release tension. Entah ada entah nisik?...Arap2 ada.......

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha.



Selamat Hari Raya Aidil Adha saya ucapkan kepada:

#  Suami dan anak-anak tercinta

#   Keluarga tersayang

#   Kekawan dan teman yang mengenali

#   Rakan sekerja di SMKD

#   Tetamu dan sahabat maya blog saya

#    Semua yang mengenali diri inilah.............




Ucapan : Selamat Hari Raya Haji ( Qorban ) kepada semua. Semoga kedatangan Hari Raya Qorban tahun ini memberi kebahagian dan ketenangan serta keceriaan dalam hidup kalian semua.  Tidak lupa " Maaf Zahir Dan Batin ".

Jangan lupa jaga kesihatan ...................

Wednesday, November 25, 2009

Cinta Perlu Sentiasa Dipupuk.





Biarpun cinta baru berputik atau sudah lama mekar, kasih mesti dipupuk umpama semalam baru berkenalan. Ada kalanya apa yang dilakukan dianggap remeh tetapi ia tetap mencetus rasa bahagia buat si dia. Jika rasa hubungan mulai hambar atau memikirkan cara untuk membuat si dia lebih terpikat, perkara berikut mungkin boleh direnung.

> Jika rajin menghantar SMS, kata-kata yang anda gunakan juga boleh membuat hatinya tersentuh. Pesanan dengan kata-kata ringkas dan lembut lazimnya mencairkan si dia, berbanding pesanan meleret dengan pelbagai idea yang mungkin membuatkan kita sendiri rasa malas membacanya.

> Jika anda gemar menghantar e-mel pula, cubalah menghantar gambar e-mel romantik sesekali. Bukan selalu, nanti si dia rasa anda mencuba memikatnya secara keterlaluan pula hingga mungkin membosankan.

> Sikap spontan memang mampu membangkitkan semangat. Sesekali ajaklah si dia menonton wayang di tengah malam atau secara tiba-tiba mengajaknya memandu ke destinasi yang tidak dirancang. Naluri sebegini memang mudah menceriakan suasana terutama jika seorang daripada anda terlalu sibuk dengan kerja seharian. Sesekali merehatkan minda dengan aksi spontan tentunya mampu mencatat kenangan manis buat anda  berdua.

> Selidik apa yang sangat diingininya tetapi masih tak mampu dimiliki. Barang yang diingininya itu mungkin kecil saja tetapi jika anda berjaya mendapatkannya, tentu dia cukup menghargai.

> Si gadis yang sudah biasa hidup sendiri dan berdikari pula, usah terlalu mengharap si dia melakukan segalanya untuk anda bila sudah berteman. Sesetengah lelaki mungkin rasa bosan jika gadis terlalu bergantung padanya sedangkan sebelum ini segala benda boleh dilakukan sendirian. Lelaki juga mungkin kurang tertarik pada gadis yang serba-serbi nampak lemah, seolah-olah tidak mampu melakukan sebarang kerja. Berdikari dan berani bukan bermakna si gadis mahu tunjuk kuat tetapi ada kalanya ia menjadi satu tarikan menawan buat si lelaki.

> Katakan padanya anda mengasihinya. Usah malu atau terlalu menyimpan perasaan.

> Unsur kelakar dalam perbualan usah dilupa kerana ia mampu membuatkan anda lebih disenangi. Si dia juga mudah rasa selesa dengan  orang yang sering tersenyum berbanding mereka yang sering mempamerkan muka masam mencuka. Luahan hati bukan saja romantik tetapi membuatkan si dia tahu isi hati anda. Apa yang penting, apa yang anda ungkapkan itu perlu ikhlas, bukannya dibuat-buat sekadar untuk mengambil hati.

> Sekiranya selama ini anda mengharapkan isteri menyediakan hidangan di waktu pagi, apa kata jika si suami pula menghargai isteri tersayang dengan mengambil tugas menyediakan sarapan pagi. Tentu berbunga-bunga senyuman manisnya.

> Bersyukur pada apa yang kita miliki kerana antara lain, ia membuatkan diri kita sihat secara fizikal dan emosi.




Tuesday, November 24, 2009

Majlis Makan Malam Tahunan Pelajar Asrama SMKD 2009.




Cikgu Suzilawati (T-shirt biru) sempat juak berposing dengan pelajar....

 
 Cikgu Siti Sarah (bertudung putih)..dah senang hati dapat berpindah.....Semoga cikgu lebih sukses di stesen baru..... Tqvm 4 everything u hve done 2 SMKD...

 
Cikgu Donny Wong (pakai baju  T-shirt -Kaunselor Pelajar)...mesra..............


 Cikgu Anis (baju jalur)....orang kuat KHB.....yummy......sedapnya...

 

 



 Cikgu dan kakitangan sekolah antara yang hadir....

 




 

 

 

 

  

 
 
 

 
  Pelajar-pelajar asrama 2009.
Kepada pelajar Tingkatan 5 asrama, moga kalian mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM...teruskan usaha anda hingga ke titik akhir.

Monday, November 23, 2009

Pembahagian Lelaki Lembut.






Golongan lelaki lembut terbahagi kepada pelbagai kategori iaitu transeksual, intraseksual, tranvertisme dan fetishisme.

۝   Transeksual :   Golongan ini beranggapan jantina yang dipunyainya bukan jantina yang mereka hayati. Jiwa mereka berbeza dengan bentuk fizikal mereka, jadi mereka ubah perwatakan dan cara berpakaian agar sesuai dengan jiwa kewanitaan.

۞   Intraseksual :   Golongan ini pula merupakan golongan yang dilahirkan mempunyai dua organ kelamin. Corak pembesaran mereka ditentukan oleh ibu bapa ketika mereka kecil. Apabila tiba pada satu peringkat umur, golongan ini mula menyedari kecenderungan sendiri dan akhirnya membentuk identiti menurut naluri mereka.

۝   Tranvertisme :   Terjadi kepada lelaki yang normal tetapi berlagak sebagai wanita melalui cara berpakaian, percakapan dan sebagainya. Bagaimanapun, mereka berbuat demikian sekali-sekala sahaja bertujuan inginkan keseronokan.

۞   Fetishisme :   Lelaki yang gemar memakai pakaian dalam wanita bagi meningkatkan penghayatan seks mereka. Mereka menganggap tindakan berkenaan boleh merangsang keghairahan ketika bersetubuh.

Fenomena kecelaruan identiti seksual boleh dielakkan sekiranya ibu bapa memainkan peranan mereka dengan betul dalam membentuk peribadi anak-anak.  Proses pengenalan diri  anak-anak bermula ketika mereka berumur empat tahun.  Sebelum peringkat umur itu, ibu bapa yang menentukan peranan kanak-kanak tersebut sama ada menjadi lelaki atau perempuan. Justeru itu, para ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk membentuk dan mendidik anak mengikut acuan yang betul.

Bagaimanapun, terdapat juga anak-anak yang hanya berubah apabila mereka meningkat dewasa. Ia biasanya berlaku apabila anak-anak tidak lagi tinggal di bawah jagaan keluarga seperti bekerja atau melanjutkan pelajaran. Mereka berjumpa rakan sebaya yang mempunyai naluri yang sama, jadi mereka tidak segan silu untuk menukar identiti.
Sekiranya perkara itu berlaku, ibu bapa harus memahami dan berusaha mengubahnya menerusi pendekatan nasihat dan kaunseling. Kecelaruan indentiti seksual merupakan cabaran keluarga, jadi ibu bapa patut menanganinya dengan bijaksana dan menunjukkan contoh yang baik. Masyarakat harus berfikiran terbuka dan tidak membuat penilaian negatif dalam menghadapi golongan lelaki lembut. Mereka juga mempunyai hak untuk menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

Tip berpenampilan.




1.   Feminin :  Sesekali tampil dengan skirt potongan A pasti menarik. Jika penampilan anda nampak besar, pakailah tali pinggang untuk tampil elegan dan bergaya. Warna yang bertentangan juga membantu, asalkan tidak terlau kontra.

2.   Elegan :  Celana potongan palazo selesa digayakan buat anda yang mempunyai bentuk tubuh yang berisi. Sebolehnya setiap wanita harus mempunyai sehelai seluar berpotongan seperti ini dari warna-warna asas seperti hitam dan putih. Untuk si lampai, ia membantu anda dengan ilusi tubuh yang sedikit gempal.

3.   Santai :   Seluar corduroy (sejenis kain tebal dan berjalur-jalur timbul)  untuk gaya yang santai. Ia amat sesuai untuk mereka yang langsing dan sederhana.

4.   Formal : Bagi menyuntik ilusi langsing. celana bermotif jalur halus dan tegak sesuai untuk anda sama ada ke pejabat mahu pun menghadiri majlis formal. Gandingkan bersama blaus warna kontra.

5.   Ranggi :   Denim memang terkenal dengan gaya lasak dan ranggi. Paduan blaus dan denim di lengkapi dengan tali pinggang contohnya sebagai aksesori, mampu membuatkan penampilan anda kelihatan lebih muda.

Selamat bergaya.....

Friday, November 20, 2009

Ada apa dengan LELAKI...?





Lelaki Tulin :
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai  lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari ketegori lelaki.

Lelaki berharga :
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

Lelaki yang teguh jiwa :
Tidak mudah mengalirkan airmata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana airmata adalah perhiasan wanita.

Lelaki yang sederhana :
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

Lelaki yang cantik :
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

Lelaki yang punya pendirian :
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

Lelaki yang kemas bersih : 
Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan.

Lelaki yang cerdik :
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

Lelaki yang cekap :
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

Lelaki bijak :
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

Lelaki yang tabah :
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

Lelaki yang berwawasan :
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancamng. Objektif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

Lelaki yang baik :
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

Lelaki yang mengasihi :
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Suatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

Renungan bersama.



Mudah-mudahan kita dijauhi daripada segala kejahatan dan godaan syaitan.

Cuti....cuti....cuti.....





Hai.....seronoknya kalau dapat bercuti panjang pada hujung tahun macam nikan.. Tak perlu nak ingat pasal kerja. Cuti sepenuhnya... Anak-anak selalu bertanya '"kenapa mak tak bercuti seperti cikgu yang lain"... " Mak masa cutipun pergi ke sekolah juga...?".. dan macam-macam lagi pertanyaan. Terpaksalah 'berceramah' panjang untuk menerangkannya. Kalau ikutkan hati memang nak  bercuti panjang pada akhir tahun, tapi tugas dan dokumen banyak yang perlu disediakan sebelum persekolahan bermula pada tahun depan. Yalah jangan mgegeh nak jadi cikgu...... Walau bagaimanapun dah tanggungjawab, terpaksalah tanggung dan jawab..he...he.

Kepada semua insan yang bergelar 'guru' selamat bercuti. Jaga kesihatan dan keselamatan anda. Kepada anak didik, cuti, cuti juga tapi jangan lupa untuk menambahkan ilmu anda pada masa cuti. Itulah rasionalnya buku teks diberi awal, dengan harapan anda akan mengulangkaji pada masa cuti ini.

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA KHUSUSNYA KEPADA SEMUA WARGA SMK DALAT.

Wednesday, November 18, 2009

Tanda Lalu Lintas Cinta.





Percintaan sebenarnya boleh diibaratkan seperti kita berada di jalan raya. Sepanjang perjalanan kita pasti akan melihat tanda lalu lintas yang memberi peringatan untuk kamu lebih berhati-hati supaya dapat mengelakkan kemalangan. Begitu jugalah percintaan kamu. Oleh itu, patuhi peraturan berikut:-

DILARANG U-TURN:

Sekiranya sudah putus sebaliknya jangan berpatah balik. Buat sakit hati sahaja. Yakinlah kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik daripadanya.

JALAN DUA HALA:

Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah, Jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak bersuara maka satu pihak lagi cubalah untuk jadi pendengar yang setia. Begitulah berlaku sebaliknya.

SEDANG DALAM PEMBINAAN:

Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaik pulih, dengan proses persefahaman semula. Laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. Jangan terlalu memaksa dan terdesak. Jangan ungkit lagi masalah lama dan mulakan pengalaman baru.

PERJALAN KAKI:

Biarkan si dia berlalu dan jangan terlalu mengharap padanya. mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. Banyak lagi jalan lain yang boleh ikuti.

JALAN SEMPIT:

Ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tidak bertolak ansur pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalah bersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri.

JARAKKAN KENDERAAN:

Biarpun kamu sudah 'declare' sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama. Namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. Itu lebih bahaya!...

AWAS!!!..JALAN BERBUKIT:

Hati-hati!!..Hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. Jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan kamu. Fikirkan sebaik-baiknya, cuba harungi dahulu barulah kamu fikir jalan lain.

JALAN BENGKANG BENGKOK:

Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. Jangan mudah tidak tepati janji.

Tuesday, November 17, 2009

Kategori Isteri.



Isteri Muqarrobin:

Isteri yang tidak meminta daripada suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik.  Tapi kalau yang diperlukan pun tida ada, dia tetap sabar.  Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu.  Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

Isteri Siddiqin:

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa daripada suaminya sekalipun yang perlu ( dharuri ). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

Isteri Solehin:

Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

Isteri Fasiq:

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk himngga menjadi masalah dalam rumahtangga. Inilah dia golongan yang fasiq. Isteri ini selalau sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Buat renungan bersama........

Selamat ' berjuang' anak-anakku.



SPM tiba lagi, tanggal 18 November 2009.
Aku semakin berdebar.......
Adakah anak didikku juga begitu....?
Rasa keibuan begitu menebal dalam diri,
Seakan anak kandung penuh harapan...

Anak-anakku..............
Perjalanan kalian masih jauh.....
Jangan lalai dan alpa......
Ambil kesempatan penuh tanggungjawab..
Harapan ibu bapa jangan dihancurkan.....

Berjuanglah sehingga akhir sempadan....
Penuh keyakinan dan kesungguhan...
Berdoa dan bertawakal....
Demi masa depan yang gemilang..

Khas untuk Anak Didik di SMK Dalat yang tersayang...... Doa cikgu moga kalian memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam SPM yang bakal berlangsung besok. Jangan lupa untuk terus berusaha selagi ada kesempatan. Berdoalah dan dekatkan diri kepadaNya. Insya Allah, Dia akan sentiasa bersama kalian. Bacalah doa di bawah sebanyak mungkin @ sebelum menjawab soalan. Insya Allah, Tuhan akan mempermudahkan urusan kalian.

" Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah, apabila Engkau mengkehendakinya "

Cinta semudah 1, 2, 3.





Kalaulah hidup ini semudah mengira satu, dua, tiga, mungkin tidak ramai orang yang akan terluka.  Sepintas lalu, kalimat ini pasti ada Cuma dalam kisah novel atau drama telenovela tapi percayalah dalam hubungan kita sesama manusia, kalimat ini memang terbukti kebenarannya.

Mungkin ada yang protes mengatakan belajar mengira memang mudah kerana faktanya ada. Tetapi hakikat kehidupan, tidak begitu. Kalau dalamnya laut boleh diukur, sebaliknya dalamnya hati siapa yang tahu. Kita tidak tahu apa yang ada dalam fikiran orang lain. Sebab itu, dikatakan belajar mengira lebih mudah.

Tidak kira berapa usia kita sekalipun, perasaan cinta dan mencintai tetap wujud dalam diri. Malah kita patut berfikir beberapa kali, agar cinta yang kita rasa itu memberi makna. Kalau kita jatuh cinta kepada suami atau isteri, Cuma bermodalkan perasaan dan hawa nafsu, ditakdirkan terjadi sesuatu yang buruk dalam hubungan, rasanya seperti badan dihempaskan ke lantai. Sakit……dan pasti akan merana.

Sebenarnya, cinta itu memang misteri, dan mungkin selamanya akan terus menjadi misteri. Orang tentu tidak pernah menemukan alasan logik, kenapa jatuh cinta boleh mengubah sikap orang 180%. Ada orang yang sangat realistik tetapi tiba-tiba menjadi begitu melankolis ketika jatuh cinta, memandang senja dengan tatapan rindu, tersenyum-senyum sendiri dalam perjalanan, dan rajin singgah ke kedai bunga. Tetapi, apabila orang yang kita cintai dan sayangi mengecewakan kita, aduh sakitnya pasti akan membekas sampai bila-bila. Kita terhibur kerana cinta, namun sebaliknya rasa sangat disakiti oleh cinta. Malah ramai yang mengalami trauma dalam cinta dan berjanji tidak akan jatuh cinta lagi. Apa yang boleh dikatakan, tanpa cinta pun hidup kita sudah bingung. Tetapi tidak ada masalah dalam hidup, asalkan kita boleh mengendalikannya.

Cinta tidak pernah bersalah. Baik buruknya kualiti cinta bergantung kepada bagaimana kita menjalaninya. Cinta juga tidak boleh saling menyakiti, menekan, apalagi memaksa. Ini berlaku untuk kedua-dua pihak. Cinta itu tetap ada batasnya. Cinta itu ada kekurangan dan kelebihan. Berbahagialah kalau cinta itu subur mekar. Malah cinta membuat hidup kita lebih berharga, walaupun sedikit yang diberikan oleh orang yang kita cintai terasa berharga. Hidup benar-benar indah kerana cinta. Tapi yang indah itu tidak selamanya. Ketika cinta terluka, hati sepi dan sedih. Fikiran kacau pun gara-gara cinta. Justeru itu, banyakkan berdoa kepada Tuhan agar hati kita sentiasa disuburkan oleh cinta.

Begitulah cinta, yang datang dalam hati insan tanpa di undang, tanpa izin dan tanpa diduga. Begitulah, saat cinta berlalu, serasa begitu cepat dengan meninggalkan luka dan berjuta kenangan. Namanya juga cinta. Seindah apapun menyakitkan. Dan sesakit apa pun hati kita kerana cinta, tetap dipuja-puja juga. 

Cinta memang mungkin selamanya tidak akan lebih mudah daripada belajar mengira. Tetapi apabila kita boleh mengendalikannya dengan bijaksana, cinta pasti akan jauh lebih menyenangkan berbanding belajar mengira. Tentu anda setuju bukan?...

Thursday, November 12, 2009

Anak-anak.


Anak-anak belajar daripada apa yang dialami.......

Jika ia hidup dalam keluarga yang suka mengancam....
Ia belajar mengutuk dan mengugut.

Jika ia hidup dalam keluarga yang suka bermusuhan....
Ia belajar bersengketa.

Jika ia hidup dalam keluarga yang suka mengejek....
Ia belajar malu, pendiam dan pasif.

Jika ia hidup dalam keluarga yang suka berdengki dan mencemburui....
Ia belajar merasa serba salah dan bersalah.

Jika ia hidup dalam keluarga yang pecah belah....
Ia belajar menyalahkan orang lain dan tidak percaya erti kasih sayang.

Jika ia hidup dalam keluarga yang bertolak ansur....
Ia belajar bersabar.

Jika ia hidup dalam keluarga yang memberi sanjungan....
Ia belajar menilai.

Jika ia hidup dalam keluarga yang memberikan persetujuan....
Ia belajar sukakan diri sendiri.

Jika ia hidup dalam keluarga yang memberi dan menerima....
Ia belajar mencari kasih sayang dunia.........


Salam.



Salam dapat mengeratkan hubungan....

Wednesday, November 11, 2009

Rahsia Lahir Pada 1 hari bulan...




Teropong dulu ya....perhatikan maklumat di bawah. Mungkin 'Kekasih' @ 'pasangan' anda di lahirkan pada 1 hari bulan.........

1 Januari
Mudah tersinggung perasaannya, pemikirannya cerdas dan manis budi bahasanya serta memiliki sifat-sifat aneh. Ada kemungkinan mengembara kerana sifatnya yang murah hati dan kalau kurang waspada mudah menjadi korban penipuan.

1 Februari
Cakap, berani, lembut, suka dengan muzik dan kesenian serta teknik. Ia boleh berjaya dalam menempuh perjalanan hidupnya.

1 Mac
Memiliki watak yang baik, simpati dan keras hati. Berusaha keras untuk mencapai kemajuan hidup, ia boleh mencapai kejayaan.

1 April
Firasatnya tajam, cerdas, gagah, berani dan pandangannya luas serta bercita-cita tinggi. Ia boleh berjaya dalam bidang politik dan sosial.

1 Mei
Murah hati, suka menolong sesamanya, tajam otaknya dan boleh mendapatkan penemuan-penemuan baru serta firasatnya tajam dan boleh berjaya dalam melakukan segala macam urusan.

1 Jun
Pandai, dapat bergerak dengan cepat, suka bergaul, terlalu suka hidup mewah dan gelojoh dalam hubungan percintaan sehingga ia mudah jatuh cinta.

1 Julai
Simpati, berfikiran luas, firasatnya tajam, pendapatnya asli dan pemalu. Ia boleh berjaya dalam bidang teknik terutama mesin.

1 Ogos
Cerdas, simpati, firasatnya tajam dan pandangannya luas. Umumnya memperoleh banyak rezeki.

1 September
Wataknya kuat, keras, gagah berani, pendapatnya asli, aktif dalam segala hal. Pantas kalau menjadi tentera. Ia juga tetap berbakat dalam usaha perdagangan dan industri.

1 Oktober
Tulus hati, ramah-tamah, cerdik dan gemar sekali akan kesenian terutama muzik dan kesusasteraan.

1 November
Otaknya cukup terang, agak cerewet dan suka memerintah. Ia boleh berjaya dalam kesusasteraan dan kesenian umumnya, tetapi bisa mengalami kegagalan dalam urusan asmara.

1 Disember
Ramah-tamah, bersemangat dan bercita-cita tinggi. Ia banyak disukai oleh kalangan orang tua juga yang muda. Ia boleh berjaya dalam penghidupannya.

Jualan Murah


 
Satu hari........sebuah gedung mengadakan jualan murah.....berpusu-pusu orang ramai ingin memasuki gedung tersebut.....sehingga ada yang beratur seawal-awalnya....walaupun gedung tersebut dibuka pada waktu 8.30 pagi.

Seorang lelaki dengan selambanya berjalan menuju ke depan...malangnya sebelum sempat sampai...tiba-tiba seorang lelaki di depannya menolaknya ke belakang sambil memarahi...."Woi...tak nampak ke orang !!... jerkahnya... "Sedap-sedap jer nak potong line orang........".....

Lelaki tersebut bangun semula....dan cuba menuju ke depan semula.....malangnya dia ditumbuk sehingga terjatuh....setelah beberapa kali mencuba untuk ke barisan depan....tapi tak berjaya...akhirnya dengan nada marah.....dia berkata..."Ahhhhhh.....kalau kali nie aku tak dapat gak ke depan sana.....jangan harap aku nak bukakan kedai tu....!!"...

 Laaaaaaaaaaaaaaaaaa...... Tokey kedai rupanyer......

Tuesday, November 10, 2009

Safari Membaca II SMKD.



 



 

 

 

 

 

 

 

 

 
Penjaga masa...sentiasa bersedia........

9 November 2009 ( Isnin ) SMKD: Pada hari ini telah berlangsung Program 'Safari Membaca II'.Seramai 120 orang pelajar yang menyertai program ini terdiri daripada Pelajar Tingkatan 3. Pelajar akan membaca buku cerita secara bergilir dalam kumpulan yang telah ditetapkan. Seorang pelajar diperuntukkan 3 minit untuk membaca, selepas 3 minit rakan dalam kumpulan akan menyambung bacaan. Masa yang diperuntukkan hanya 1 jam 30 minit sahaja. Manakala guru akan menyemak bacaan pelajar. Kesalahan bacaan akan dicatatkan  oleh guru dalam borang yang telah disediakan.  Program Safari Membaca ini merupakan salah satu aktiviti sempena Bulan Bahasa.

Membaca bukan hanya semasa aktiviti diadakan tapi dengan harapan pelajar akan menjadikan ia sebagai budaya dan amalan dalam hidup......


Monday, November 9, 2009

Chum's Night SMKD 2009.


Wajah-wajah ceria cikgu-cikgu SMKD.....


Macam-macam ada ................gelagat cikgu...

 
Sempat juga berposing ye.........

  
Tengok gelagat Juruacara majlis.......hebat sekali...



 Apa yang ditengok tu.........khusyuk nampak......

 
 Meja VIP....masih muda-muda lagi......jangan mare...

Chum's Night SMK Dalat telah diadakan pada malam 7 November bertemakan 'Indulgent Vermillion'. Ini merupakan tahun kedua saya bersama Majlis Makan Malam SMKD. Tahun lepas bertemakan warna 'Biru', tahun ini warna 'Merah' pulak. Cikgu-cikgunya dan staf sokongan tampak gagah, 'handsome dan cantik-cantik', pandai bergaya dan sesuai dengan tema. Tahun ini acara lebih menarik berbanding tahun lepas. Pelbagai hadiah dan acara dirancangkan dan semua berjalan dengan lancar. Hadiah untuk guru yang paling banyak 'Sit In' pun ada (boleh juga memberi motivasi..kan). Chum's Night ini boleh mengeratkan lagi silaturrahim antara staf, boleh juga 'release tension' dan menghilangkan stress. Terima kasih dan tahniah kepada Cikgu Faza dan AJKnya kerana dapat merancang aturcara yang menarik sekali dan berjaya.
Teruskan usaha..... cikgu.............