Monday, November 30, 2009

Percutian : Eratkan hubungan.



Bercuti...? Apa kena mengena percutian dengan hubungan suami isteri?  Adakah ianya akan menjalin dan menjaminkan satu kelainan hubungan?  Jawapannya ialah YA!


Ini adalah kerana percutian dikaitkan dengan perancangan yang dijangka atau sesuatu yang bakal memberi kejutan kepada pasangan anda.  Mungkin dengan kejutan yang ini, pasangan anda yang selama ini merasakan dirinya tidak dihargai, akan merasa malu dan mendakap anda kerana masih lagi menghargainya dengan membuat kejutan untuk pergi bercuti ke destinasi pilihan.


Jangan fikirkan tentang kewangan kerana masalah kewangan akan selesai sekiranya anda benar-benar mahu melakukan sesuatu untuk pasangan anda.  Rancangkan sesuatu bagi mengatasi masalah kewangan.  Simpan wang dan jangka bila anda mahu membuat kejutan pada pasangan anda.


Ikut kemampuan anda dan jangan bercuti ke tempat atau destinasi yang anda tidak mampu.  Jangkakan sesuatu yang hebat di mana anda mahu bercuti.  Murah, mampu dan akan meninggalkan nostalgia serta kenangan mansia.


Apakah sebabnya dengan percutian dapat mengeratkan lagi hubungan yang retak atau dingin?. Ini adalah kerana suasana percutian adalah berlainan dengan rumah atau kamar tidur di rumah anda.  Percutian adalah di mana, anda dan pasangan anda akan saling bekerjasama kerana percutian akan melibatkan komunikasi antara pasangan.


Sikap memberi peluang dan memberi pandangan daripada pasangan membuatkan pasangan anda akan merasakan diri mereka dihargai oleh pasangan masing-masing.  Bertolak ansur banyak membantu pasangan yang telah mengalami keretakan dalam hubungan dan selalunya percutian akan menghasilkan jalinan kemesraan dan hubungan yang baik sebaik sahaja habis bercuti.  Menurut percutian akan membuatkan pasangan merasakan diri mereka baru sahaja menjalinkan hubungan dan setiap hubungan yang baru pasti akan berakhir dengan situasi yang baik di ranjang.


Tidak mengapa jika para pasangan mengisytiharkan 'honeymoon' buat kali yang ke berapa sekalipun kerana ia akan merapatkan hubungan kembali.  Suasana percutian akan mempengaruhi pasangan sama ada di pulau, tepi pantai atau di bandar besar.  Apabila berada di tempat orang, pasti pasangan terutama wanita ingin merasakan diri mereka rasa selamat dan terjaga sepanjang percutian itu.


Maka sentuhan badan dan pegangan boleh menjadikan hubungan dingin menjadi intim seterusnya akan mereka merasakan hubungan seperti mula-mula sewaktu bercinta dulu.  Pendapat ini telah dikaji oleh pakar motivasi sejak berpuluh tahun lalu.  Mengkaji hubungan pasangan sewaktu percutian dan barangkali beliau pernah berpesan bahawa sekirannya anda tidak mahu kecewa atau bosan, maka pergilah bercuti secara sendirian dan fokuskan sesiapa sahaja di sana yang sanggup menjadi pasangan anda yang baik.


Nunggu juak orang ngajak bercuti tapi belum ada 'khabar angin' lagik.... boleh juak utk release tension. Entah ada entah nisik?...Arap2 ada.......

No comments:

Post a Comment