Wednesday, September 29, 2010

Bilakah Waktu Wanita Kelihatan Di mata Lelaki...?


Ternyata, tidak perlu berusaha lebih untuk membuat kita kelihatan seksi di mata lelaki. Dengan seulas senyuman atau pandangan mata pun Anda  sudah boleh membuat jantung lelaki berdebar kencang. Jadi, lupakan seketika pakaian yang seksi. Untuk menentukan bila seorang wanita kelihatan seksi di mata lelaki, pakar telah membuat kajian dan didapati 5 keadaan anda kelihatan seksi.
1.   Menurut kajian di Universiti Scotland, saat anda tersenyum sambil memandang seorang lelaki, wajah anda akan kelihatan dua kali lebih menarik daripada saat anda memandang lelaki namun tanpa senyuman. Pandangan mata penuh erti yang anda sampaikan juga menjadi penyampai pesan yang berkesan.
2.   Menurut kajian yang dilakukan pakar psikologi dari Universiti Webster  pada tahun 1985, bahawa anda boleh menjadi penggoda yang hebat dengan menggunakan bahasa tubuh. Misalnya saja memutar rambut atau membasahi bibir.

3.   Lupakan obsesi untuk memiliki tubuh cantik ala model kerana ternyata lelaki tidak terlalu menyukainya. Kajian yang dilakukan oleh pakar dari Universiti Texas menunjukkan lelaki lebih memilih wanita dengan badan yang sedang, tidak gemuk tidak kurus.

4.   Saat anda sedang berada di masa subur atau saat sel telur keluar (ovulasi), Anda akan terlihat lebih seksi di mata lelaki. Bilakah saat tersebut?. Biasanya di pertengahan kitaran haid, sekitar hari ke -14 sampai ke - 16 sikira dari hari pertama menstruasi. mengapa sel telur boleh mempengaruhi penilaian lelaki? Bukti ilmiah menunjukkan kadar esterogen yang naik sebelum ovulasi, kulit akan terlihat lebih kenyal dan bersinar. Selain itu, tubuh Anda juga mengirimkan isyarat : Ini waktunya membuat bayi.

5.   Semakin lelaki mencintai Anda, makin seksi pula anda di matanya. kajian juga telah menunjukkan, semakin kita kenal, suka, dan menghargai seseorang, semakin menariklah ia secara fizikal.

Seksi merupakan satu aset bagi wanita.

Wednesday, September 22, 2010

Kaya Harta, Kaya Jiwa.


Setiap kita mengimpikan kesenangan, hidup dalam limpahan harta dan kemewahan. Selalu juga kita menganggap bahawa kekayaan harta benda lebih bermakna daripada kekayaan hati dan jiwa. Disebabkan itu, selalu kita terlajak dalam perbuatan kerana lebih mengejar kekayaan dunia melebihi kekayaan akhirat.

Rasulullah bersabda yang bermaksud :
" Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa." (Riwayat Bukhari)


Masih ingatkah kisah Qarun pada zaman Nabi Musa yang menjadi contoh manusia yang kufur dan angkuh dengan kekayaan yang dimilikinya? Dia bakhil, juga boros pada perkara-perkara yang tidak kena tempat (perkara haram), sedangkan Islam memerintahkan umatNya bersederhana dalam membelanjakan harta di samping mengeluarkan zakat yang difardukan.

Mendapatkan kekayaan tidak salah sama sekali. Sesungguhnya kekayaan harta dan usaha untuk mendapatkan harta tidak menjadi halangan di dalam Islam selagi seseorang itu berusaha dan bekerja dengan cara yang halal dan menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Namun mana yang lebih utama? Hidup mewah tetapi kosong jiwa atau hidup sederhana seadanya tetapi kaya jiwa?.


Renung dan fikir sendiri.

Tuesday, September 21, 2010

UPSR 2010.



Hari ini UPSR bermula. Rasa risau, resah dan rasa tak menentu, kerana hari ini anak sulung menghadapi UPSR. Sebelum ni asyik risau dengan anak orang saja sehinggakan anak sendiri terabai @ kurang perhatian.

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR kepada anakku Muhd Adib Darwish serta anak-anak saudaraku Nor Adibah dan Syaza Annisa. Semoga dapat menjawab dengan tenang dan mendapat keputusan yang CEMERLANG ( Keputusan A ) dalam semua mata pelajaran. 

Ingatlah pesanan dan tunjuk ajar daripada guru:



Ya Allah, Ya Tuhanku, permudahkan mereka menjawab soalan, kurniakan mereka ilham dan idea yang bernas. Luluskan mereka dengan keputusan yang cemerlang dalam setiap mata pelajaran. Amin...Ya Rabbal 'Alamin.

Friday, September 3, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.




Semoga kehadiran hari lebaran tahun ini akan memberikan cahaya kebahagiaan kepada kita semua.