Wednesday, September 29, 2010

Bilakah Waktu Wanita Kelihatan Di mata Lelaki...?


Ternyata, tidak perlu berusaha lebih untuk membuat kita kelihatan seksi di mata lelaki. Dengan seulas senyuman atau pandangan mata pun Anda  sudah boleh membuat jantung lelaki berdebar kencang. Jadi, lupakan seketika pakaian yang seksi. Untuk menentukan bila seorang wanita kelihatan seksi di mata lelaki, pakar telah membuat kajian dan didapati 5 keadaan anda kelihatan seksi.
1.   Menurut kajian di Universiti Scotland, saat anda tersenyum sambil memandang seorang lelaki, wajah anda akan kelihatan dua kali lebih menarik daripada saat anda memandang lelaki namun tanpa senyuman. Pandangan mata penuh erti yang anda sampaikan juga menjadi penyampai pesan yang berkesan.
2.   Menurut kajian yang dilakukan pakar psikologi dari Universiti Webster  pada tahun 1985, bahawa anda boleh menjadi penggoda yang hebat dengan menggunakan bahasa tubuh. Misalnya saja memutar rambut atau membasahi bibir.

3.   Lupakan obsesi untuk memiliki tubuh cantik ala model kerana ternyata lelaki tidak terlalu menyukainya. Kajian yang dilakukan oleh pakar dari Universiti Texas menunjukkan lelaki lebih memilih wanita dengan badan yang sedang, tidak gemuk tidak kurus.

4.   Saat anda sedang berada di masa subur atau saat sel telur keluar (ovulasi), Anda akan terlihat lebih seksi di mata lelaki. Bilakah saat tersebut?. Biasanya di pertengahan kitaran haid, sekitar hari ke -14 sampai ke - 16 sikira dari hari pertama menstruasi. mengapa sel telur boleh mempengaruhi penilaian lelaki? Bukti ilmiah menunjukkan kadar esterogen yang naik sebelum ovulasi, kulit akan terlihat lebih kenyal dan bersinar. Selain itu, tubuh Anda juga mengirimkan isyarat : Ini waktunya membuat bayi.

5.   Semakin lelaki mencintai Anda, makin seksi pula anda di matanya. kajian juga telah menunjukkan, semakin kita kenal, suka, dan menghargai seseorang, semakin menariklah ia secara fizikal.

Seksi merupakan satu aset bagi wanita.

No comments:

Post a Comment