Friday, July 30, 2010

Adil....


Bekerja dalam organisasi pasti tidak terlepas daripada rasa tidak puas hati. Yang kerap jadi pertikaian adalah soal keadilan, terutamanya apabila melibatkan orang atasan dengan orang bawahan. Pilih kasih, pengagihan kerja dan aspek penilaian antara perkara yang jadi isu dalam budaya orang berorganisasi.

Kita arif bercakap mengenai adil. Tetapi tahukah kita apa maksud keadilan? Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ulama membahagikan adil kepada beberapa peringkat iaitu adil terhadap diri sendiri, orang bawahan, pemimpin atasan dan juga sesama saudara.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut kepada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, dan berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri."    (Riwayat Abu Syeikh)

Friday, July 23, 2010

Cara Pilih Sahabat.

( bersama Cikma Cyn.....miss u... )

Tidak semua orang boleh dijadikan sahabat. Dalam hal ini Rasulullah bersabda yang bermaksud :
" Seseorang itu menurut agama (aturan) kekasihnya, maka oleh sebab itu baiklah seseorang dari kamu semua meneliti orang yang akan dikasihinya." (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)\

Pesanan al-Qamah kepada anaknya:
"Anakku, jika kamu berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah yang mempunyai sifat ini, iaitu jika engkau melayaninya, ia suka melindungimu. Jika engkau menjadi sahabatnya, dia akan menjadi hiasan bagi dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, dia akan mencukupkan keperluanmu."

Pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulur tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, lalu dia memberi dengan terharu. Jika dia melihat kebaikan yang timbul dari dirimu, dia suka menghitung-hitungnya dan dianggapnya sangat berguna. Sementara jika dia mengetahui keburukan dalam dirimu lalu dia menutupnya.

Pilihlah sahabat yang jika engkau minta sesuatu daripadanya, dia pasti memberi. Jika engkau diam, dia mula menyapa dahulu dan jika ada kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia pasti membantu, meringankan serta menghiburkan.

Pilihlah sahabat yang jika engkau berkata-kata, dia suka membenarkan ucapanmu dan bukan selalu mempercayai sahaja. Jika engkau mengusahakan sesuatu persoalan yang berat, ia suka menemanimu mengusahakannya. Sementara jika engkau berselisih dengannya, dia suka sekali mengalah untuk kepentinganmu.

Ungkapan Cinta.


 Teruna :  "Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama."

Dara  :  "Apakah kau rela kalau aku pergi?"

Teruna  :  "Tentu Tidak!   Jangan sesekali kau berpikiran seperti itu."

Dara  :  "Apakah kau mencintaiku?"

Teruna  :  "Tentu!  Selamanya akan tetap begitu."

Dara  :  "Apakah kau pernah berlaku curang?"

Teruna  :  "Tidak! Aku tak akan sesekali melakukan hal seburuk itu."

Dara  :  "Maukah kau menciumku?"

Teruna  :  "Ya....."

Dara  :  "Sayangku.....Sesudah 5 tahun nikah...."

( Sila baca dari bawah ke atas )

Saturday, July 17, 2010

Hari Permuafakatan SMK Dalat.


Sesi Pendaftaran....



Di antara ibu bapa yang hadir ..


Penerangan guru sebelum sesi permuafakatan bermula...





Hari ini dalam sejarah, tanggal 17 Jun 2010 { Hari Sabtu } telah berlangsung Hari Permuafakatan peringkat SMK Dalat, Mukah , Sibu dengan bertujuan sepakat mencari cara terbaik untuk meningkatkan prestasi serta sahsiah pelajar-pelajar di SMK Dalat. Agar ibu bapa mengetahui perkembangan prestasi dan disiplin anak-anak mereka di sekolah. Di samping itu, guru mendapat maklumat tentang pelajar di rumah daripada ibu bapa mereka. Dengan itu dapat mencari jalan dan cara terbaik untuk menangani masalah yang ditimbulkan oleh pelajar. Mudahan program ini akan menghasilkan impak yang terbaik demi anak-anak.

Friday, July 16, 2010

Bantu sesama Manusia.



Tiada manusia boleh hidup terasing dan jauh daripada orang lain. Dengan fitrah manusia yang lemah sememangnya amat memerlukan orang lain sama ada untuk memudahkan kerja atau sekadar memberikan dorongan serta semangat.

Manusia sebagai makhluk sosial yang hidup bermasyarakat, sememangnya digalakkan untuk saling membantu dan meringankan bebanan orang lain. Tidak kiralah besar atau kecil pertolongan, tetapi jika bantuan itu dapat memberikan keringanan pada orang yang memerlukan, tetap akan dibalas dengan ganjaran pahala.

Hal ini seperti yang ditegaskan Rasulullah s.a.w seperti yang dinyatakan oleh Abu Hurairah bahawa baginda bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang menolong memberi nafas baharu kepada seseorang mukmin yang mengalami kesusahan yang mneyesakkannya dari kesusahan....kesusahan dunia, nescaya Allah menolong melegakan kesusahan yang menyesakkannya dan kesusahan-kesusahan hari kiamat; dan sesiapa yang menolong memudahkan susah payah seseorang, nescaya Allah menolong memudahkan susah payahnya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keaipan seseorang Islam, nescaya Allah menutup keaipannya di dunia dan di akhirat dan Allah tetap memberikan pertolongan yang diperlukan oleh seseorang, selagi orang itu memberi pertolongan kepada saudaranya dan sesiapa yang berusaha menjalankan sebarang cara yang menyampaikannya mencapai ilmu pengetahuan, Allah akan memberikan  kemudahan kepadanya dengan usahanya itu untuk mendapat jalan yang membawanya ke syurga dan tidak berhimpun sesuatu kaum dalam salah satu tempat dan temapat-tempat (yang dikhaskan untuk mencapai keredhaan) Allah dengan keadaan mereka membaca kitab Allah al-Quran dan mentadarusnya sesama sendiri melainkan turunlah ketenteraman kepada mereka dan mereka pula diliputi oleh rahmat, juga mereka dikelilingi oleh malaikat, serta mereka dipuji oleh Allah Ta'ala dalam kalangan makhluk-makhluk yang mulia di sisiNya dan sesiapa yang dilambatkan oleh amal usahanya (dari mencapai kebaikan), tidak akan dapat disegerakannya oleh nasab dan keturunannya" (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

Ringankan tulang membantu orang lain. Insya Allah, Dia akan membantu kita semula.

Thursday, July 15, 2010

Sombong, Angkuh & Bangga diri.


Sombong, angkuh dan bangga diri....3 sikap negatif yang tidak seharusnya ada dalam diri setiap manusia. Tidak ada apa yang hendak disombong atau dibanggakan kerana semua yang berlaku adalah dengan izin serta kekuasaan Allah. Memiliki wajah yang cantik, kekayaan, kedudukan serta kelebihan yang tidak dimiliki oleh insan lain, adalah punca utama yang menjadikan seseorang itu lupa pada kelebihan-kelebihan yang diberikan ini. Perlu diingatkan tidak ada manusia yang sempurna sifatnya. Mungkin kita diberi kelebihan dari satu segi namun kita ada kekurangan dari sudut yang lain pula.

Tip bagi mengelakkan sifat sombong :
*  Jika berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita. Ini kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa daripada kita. (Imam Al-Ghazali)

*   Jika berjumpa orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang mereka pelajari dan ketahui. Menjadi lumrah kita menghormati orang alim. Bukan sekadar menghormati, malah menjadikan idola dan teladan untuk ikutan kerana kemuliaan ilmu serta amalan mereka.

*   Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan sedar dan mengetahui.

*   Bersedekah. Jika tidak mempunyai wang atau harta yang mencukupi, cukuplah sekadar memberikan salam atau dengan senyuman.

Sesungguhnya sifat sombong itu tidak pernah mendatangkan keuntungan, sebaliknya kerugian sebagai ganjarannya. Selain daripada kita akan kehilangan ramai kawan dan dibenci orang, malah ia turut dimurkai oleh Allah S.W.T.

Qatadah berkata Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Siapa-siapa yang meninggal dunia, sedang ia bebas dari tiga perkara, pasti masuk syurga. Tiga perkara itu ialah :
          1.   Sombong
          2.   Dengki / khianat
          3.   Hutang.

Monday, July 12, 2010

Ramalan Si Sotong Kurita..


FIFA 2010 telah berakhir dengan Sepanyol dinobatkan sebagai Juara. Ramalan   Paul Si Sotong Kurita telah menjadi kenyataan. Nampaknya Si Sotong Kurita ini bukan sembarangan sotong.. sotong ini nampaknya boleh di ibaratkan seperti tok bomoh atau nujum pak belalang. Setiap ramalan sentiasa tepat. Sekadar  kebetulan. Saya tak percaya benda karut ni… syirik. Dalam permainan bola sepak, segalanya boleh terjadikan....kan bola itu bulat.........

Walaupun sesetengah orang mendakwa 80 peratus ramalan si paul sotong kurita ni dah menjadi kenyataan. Selepas ni pasti si sotong ni semakin popular, mengalahkan populariti Kaka, David Villa ataupun pemain bola sepak yang lain. Tapi...jangan percaya pada perkara yang jelas2 tahyul… tak kanlah nak letakkan nasib sesebuah negara pada sotong kurita?? Tak baik percaya pada ramalan sebegini kan? Ia boleh memesongkan akidah seseorang. Tapi...Just for fun.  Semuanya cuma kebetulan. Rezeki Sepanyollah 2.
p/s: kalau sotong kurita ni di goreng masak kicap… pasti sedap!!

Tuesday, July 6, 2010

Lelaki handsome VS Lelaki tak handsome.


Sebagai makhluk Allah kita tak sempurna, sekacak @ secantik manapun kita pastikan ada kekurangan dan kelemahannya. Walau bagaimanapun kita seharusnya bersyukur atas nikmat kurniaan Allah terhadap kita.
 Musabah diri.........

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?
 
Namun tak semua wanita beranggapan macam 2.........

Monday, July 5, 2010

Bola Sepak Piala Dunia.


Saya sebenarnya bukan peminat bola sepak, tapi setiap hari mendengar cerita tentang Bola Sepak Piala Dunia, menarik minat saya untuk mengetahui serba sedikit maklumat tentang Piala Dunia FIFA ini. Jadi saya kongsikan sedikit maklumat di bawah:

Piala Dunia FIFA (selalu dipanggil sebagai Piala Dunia bola sepak atau lebih senang dikenali sebagai Piala Dunia adalah pertandingan yang paling penting dalam bola sepak antarabangsa. Ia dianjurkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Federation Internationale de Football Association (FIFA)), organisasi yang mentadbir sukan berkenaan dan ia dipertandingkan oleh pasukan-pasukan bola sepak kebangsaan lelaki dari kalangan negara-negara ahli FIFA. Kejohanan ini diadakan setiap empat tahun sejak 1930 (kecuali dalam tahun 1942 dan 1946 disebabkan oleh Perang Dunia ke-II). Walau bagaimanapun, ia lebih merupakan acara yang sentiasa berjalan kerana pertandingan kelayakan mengambil masa tiga tahun di antara pusingan-pusingan akhir.

Fasa pertandingan akhir (biasanya dipanggil sebagai pusingan akhir) melibatkan 32 pasukan kebangsaan yang bertanding selama empat minggu di negara tuan rumah yang dicalonkan, yang mana pertandingan ini merupakan pertandingan yang paling ramai penontonnya di dunia.[1] Dalam 17 pertandingan yang telah diadakan, hanya tujuh negara sahaja yang pernah memenangi pusingan akhir Piala Dunia iaitu Brazil adalah pemegang terkini, juga merupakan pasukan yang paling berjaya dalam Piala Dunia telah memenangi Piala Dunia sebanyak lima kali, diikuti Itali dengan empat dan Jerman dengan tiga. Pusingan akhir Piala Dunia yang berikutnya telah berlangsung di Afrika Selatan dari 11 Jun hingga 11 Julai, 2010 ini.

Bentuk Peribadi Bekerja.




Semua majikan mengimpikan pekerja mereka bekerja dengan tekun, melunaskan setiap tugas dengan segera dan menjadi pekerja contoh kepada semua orang. Mahu jadi pekerja cemerlang, ikut tip ini;

۞  Setiap pagi bangun tidur dengan pemikiran positif dan ambil masa untuk groom diri anda. Bagi menjadi cemerlang, anda perlu memiliki mental positif dan keupayaan untuk berkongsi sikap baik dengan semua orang.

۞   Sampai awal di pejabat dan pastikan apa yang mahu anda lakukan hari itu tersedia. Apabila semua telah ada anda boleh melaksanakan tugas dengan jayanya.

۞   Mempunyai hubungan baik dengan rakan sekerja dan pelanggan. Apabila anda berada di atmosfera yang harmoni secara langsung akan merangsang tenaga positif untuk bekerja dengan selesa.

۞   Sentiasa menolong rakan sekerja anda jika anda mempunyai peluang. Tugas anda adalah untuk menggalakkan rakan sepasukan bekerja demi kepentingan sayarikat @ organisasi.

۞   Dekati ketua anda jika anda merasa motivasi diri menurun. Berbual-bual dengan ketua akan membuatkan anda mendapat tenaga yang baru agar lebih cemerlang.

۞   Kekal komited dengan tugas-tugas anda. Secara tidak langsung sikap anda akan kekal menjadi rutin harian.

Saturday, July 3, 2010

Selamat Hari Jadi.

Ari tok 3 Julai 2010, genap umur kawan kamek tok 44 tahun. Selamat Ulang tahun kelahiran kamek ucapkan. Doa kamek moga kitak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, lebih bahagia dan lebih sukses pada masa depan. Tabahkan hati menempuhi cabaran dan dugaan dalam hidup. Tingkatkan usaha dan ilmu.  Dah tambah angka umur tue....tua dah...hahaha. Tapi kamek lebih tua......

"Manusia yang paling hebat ialah manusia yang memiliki kekebalan hati yang penuh keazaman"

Positif hadapi kritikan.




Bergelar seorang manusia, kita tidak dapat mengelakkan diri daripada dikritik, dicaci dan dihina.Sedangkan Allah Yang Maha Pencipta, Maha Hebat, Maha Pengasih pun dicerca orang yang tidak berakal inikan pula kita manusia. 


Kala meniti kehidupan,kita selalu memberi,memperbaiki,mempengaruhi dan berusaha bangun setelah jatuh dan semua ini tidak terlepas daripada kritikan yang sinis,pedas dan menyakitkan. Dan tidak mustahil diri kita dihina tanpa henti sehinggalah kematian menjemput diri. Ingatlah, orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh. Mereka mungkin marah, sakit hati dan benci di atas kebaikan,ilmu, harta dan kejayaan kita. Kita mungkin mendahului mereka dalam apa jua perkara.
 
Jadi, berwaspadalah terhadap apa yang mereka katakan. Kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan dan cemuhan. Jika hati kita terasa terusik, ini bererti kita membenarkan keinginan mereka untuk mengotori hidup kita. Cara terbaik yang kita boleh lakukan ialah dengan terus menunjukkan akhlak yang baik, usah merasa tertekan terhadap usaha untuk menjatuhkan kita . Ini kerana setiap kritikan itu hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk kita. Berdiam diri itu lebih baik untuk memadamkan api yang sedang marak.

“ Katakanlah (Wahai Muhammad) : Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu”. ( Ali Imran : 119) 

“ Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan kesenangan kepada mereka dan limpah kurnia-Nya “ (At-Taubah : 74).