Bekerja dalam organisasi pasti tidak terlepas daripada rasa tidak puas hati. Yang kerap jadi pertikaian adalah soal keadilan, terutamanya apabila melibatkan orang atasan dengan orang bawahan. Pilih kasih, pengagihan kerja dan aspek penilaian antara perkara yang jadi isu dalam budaya orang berorganisasi.
Kita arif bercakap mengenai adil. Tetapi tahukah kita apa maksud keadilan? Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ulama membahagikan adil kepada beberapa peringkat iaitu adil terhadap diri sendiri, orang bawahan, pemimpin atasan dan juga sesama saudara.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut kepada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, dan berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri." (Riwayat Abu Syeikh)
No comments:
Post a Comment