Monday, August 30, 2010

Selamat Hari Kemerderkaan yang ke-53.


1 MALAYSIA, MENJANA TRANSFORMASI

53 tahun yang lalu, kemerdekaan diistilahkan sebagai kejayaan membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Pejuang-pejuang kemerderkaan berusaha dengan pelbagai usaha, kesengsaraan, keperitan, malah ramai yang terkorban dalam usaha untuk memerdekakan negara atau menentang penjajah. Malah telah diketengahkan melalui televisyen pada setiap tahun. Banyak drama berkenaan perjuangan kemerdekaan negara ditayangkan.

Kemerdekaan yang telah dicapaikan oleh Malaysia memberi peluang kepada seluruh masyarakat hidup dalam suasana yang aman dan harmonis, tanpa sebarang pertelingkahan yang boleh menghilangkan erti kemerdekaan sebenar yang perlu dikekalkan sampai bila-bila masa.

Kita sebenarnya cukup bertuah tinggal di bumi Malaysia yang aman dan makmur. Tanggungjawab kitalah untuk mengekalkan keamanan dan kemerdekaannya. Walau bagaimanapun, kita tidak seharusnya leka dengan keamanan yang kita kecapi, peristiwa luka masih merah itu pasti berulang sekiranya kita dijajah  semula.

Penjajahan era baru atau alaf baru bukannya dengan peperangan, tetapi penjajahan minda. Oleh itu, kita hendaklah berilmu pengetahuan. Dan semangat patriotisme perlu ditanam dalam diri serta serlahkan rasa kecintaan kepada negara. Hargailah erti kemerdekaan, bukan hanya melaungkan kemerdekaan tapi kemerdekaan harus lahir dari jiwa warganegara Malaysia.

" Kemerdekaan sebenarnya ialah kebebasan, keharmonian, keamanan dan pengharan "

Saturday, August 28, 2010

Tip Belajar Secara Berkumpulan.


Belajar secara berkumpulan lazimnya dapat membantu meningkatkan semangat untuk menyiapkan tugasan. Namun, tidak ramai yang mahu belajar cara begini dengan alasan susah dan tidak berdisiplin. Bagaimanapun, berikut ada beberapa tip yang boleh dijadikan panduan:

1.   Pilih satu bab dalam satu mata pelajaran. Bahagikan pada tajuk kecil. Bahagikan tugas dengan ahli kumpulan.

2.   Semua ahli kumpulan perlu membaca dan memahami sejelas-jelas setiap tajuk yang sudah dibahagi-bahagikan. Buat catatan dalam nota kecil.

3.   Selesai membaca, setiap individu perlu memberi penerangan kepada rakan-rakan lain mengenai bab yang telah dibaca.

4.   Ahli kumpulan yang mendengar boleh bertanya soalan jika tidak faham.
 
5.   Soalan boleh dalam bentuk kuiz dan sebagainya. Ini menjadikan belajar dalam kumpulan lebih menarik.

Monday, August 23, 2010

Jalan oh......jalan.

Pelbagai rungutan kedengaran mengenai Jalan Mukah - Selangau. Bilalah nak siap?, teruklah, rosak kereta dibuatnya. Nak naik kapal terbang, tambang mahal, nak naik bas, serupa je. Pilihanraya nanti baru tahu....
Perjalanan Mukah - Selangau pada 22/8/2010 ( Ahad ), jalan, ada yang dah ok & ada yg masih tak ok. Kan masih dalam pembinaan. Semuanya menuntut kesabaran para pengguna jalan Mukah - Selangau. Bersabar je..lah.. Akan siap juga akhirnya.





 Di antara jalan yang masih 'teruk'dan ada yang tidak akan digunakan lagi, sebab ada jalan baru dibina.


Jalan yang sudah ditarkan




Di antara jalan yang dah ditabur batu halus, sementara menunggu untuk ditarkan.

Sabar itu separuh daripada iman..

Friday, August 20, 2010

Dunia ladang akhirat.


Ada orang bekerja keras untuk menjadi kaya dan mencari harta yang banyak. Islam tidak melarang kita mencari kesenangan di dunia, walaupun dalam masa sama diperingatkan bahawa setiap kita pasti akan menemui mati. Sebab itulah dikatakan bahawa "dunia adalah ladang akhirat ". Maksudnya sepanjang berada di dunia bekerja dan berbuat baiklah meyediakan bekalan yang bakal dibawa ke akhirat. Ini kerana apabila tiba akhirat nanti, setiap Muslim itu dipertanggungjawab atas apa yang telah dilakukannya semasa di dunia.

Kerap diperingatkan bahawa dunia ibarat air laut. Semakin diminum airnya yang masin terasa hausnya, samalah keadaannya dengan kesenangan dunia yang jika semakin dikejar, tidak akan pernah merasa puas, apalagi jika pendidikan agama yang dimiliki seseorang itu terlalu dangkal (sedikit) menjadikan orang yang sedemikian ini tergolong sebagai orang yang rugi.

Oleh itu berpada-padalah dan sentiasa ingat bahawa kedatangan kita di muka bumi bukanlah untuk tujuan sia-sia. Jadi hargailah kesempatan yang sekejap ini untuk mencari kebaikan yang menyumbang semula pada kesejahteraaan hidup di akhirat. Seperti firman Allah yang bermaksud :
"  Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu : mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah daripada rezeki yang dikurniakan Allah, dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula, (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaaanNya) - Surah al-Mulk : 15.

Wednesday, August 18, 2010

Keyakinan diri.


Sifat rendah diri dan kurang yakin pada diri sendiri sering wujud dalam diri kita. Sikap negatif yang boleh mengundang keburukan ini perlu dielak dalam usaha kita untuk mencapai kecemerlangan terutama dalam pelajaran. Membina keyakinan dalam diri sebenarnya bukanlah mudah. Pelbagai pengaruh dalam diri seseorang itu sedikit sebanyak menghalang mereka membentuk keyakinan diri. Bagaimanapun, ia tidak bermaksud masalah berkenaan tidak boleh di atasi. Tanamkan sikap positif dan cuba kenal pasti apa sebenarnya maksud keyakinan diri itu.

Bertenang adalah perkara paling penting untuk menampilkan diri anda sebagai seorang yang berkeyakinan. Sikap ini perlu ditanam ketika menghadapi masalah atau mahu membuat keputusan tertentu. Memperlihatkan sikap menggelabah atau kelam-kabut akan membuatkan anda lebih tertekan menghadapi situasi ini. Jangan biarkan emosi menguasai diri kerana ia boleh membuatkan anda lebih tertekan dan marah.

Selain bertenang ketika menghadapi saat keliru untuk membuat keputusan, anda perlu mengamalkan sikap tolak ansur atau toleransi untuk menghadapinya, tidak mustahil anda dapat memiliki keyakinan dalam apa saja keadaan.

Apa saja yang kita lakukan dilaksanakan oleh otak yang bertugas selepas mendapat alasan kita. Sehubungan itu, sekiranya anda gagal dalam melaksanakan sesuatu tugas, ia adalah kesilapan anda kerana otak hanya melakukan apa yang anda arahkan. Sekiranya anda menyusun setiap tugas dengan sempurna, maka otak akan bekerja dengan lebih baik. Sehubungan itu, anda perlu bayangkan segala yang positif mengenai apa yang anda akan lakukan. Jika anda membayangkan anda akan gagal, maka tidak mustahil anda akan gagal. Jika anda membayangkan keyakinan diri dengan kuat dan lebih tenang, ia sudah cukup kuat untuk mendorong diri anda menjadi lebih yakin.

Friday, August 13, 2010

Pekerjaan terbaik.


Suatu ketika Rasulullah pernah ditanya, pekerjaan apakah yang paling baik, maka baginda menjawab
" Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua jual beli yang dianggap baik (diredhai) (Riwayat Ahmad Baihaqi dan lain-lain).

Demikianlah pentingnya pekerjaan yang kita lakukan asalkan tidak bercanggahan dengan syariat. Setiap pekerjaan yang dilakukan dengan hati yang ikhlas , tentu akan memberikan ganjaran pahala yang tidak terhitung dek kemampuan manusia.

Umar al-Khattab pernah berkata:
" Jangan sekali-kali di kalangan kamu semua hanya duduk-duduk saja dan tidak suka berusaha untuk mencari rezeki dan hanya berdoa, " Ya Allah, berilah hamba rezeki." Tidakkah kamu semua telah mengetahui bahawa langit itu tidak akan menurunkan hujan berupa emas dan perak."

Sekadar duduk berdoa mengharap rezeki jatuh dari langit itu bukanlah amalan orang Islam. Rasulullah adalah contoh terbaik, baginda berusaha mencari rezeki dengan tangan sendiri, seperti menternak haiwan dan berdagang walaupun dengan kedudukannya, baginda boleh beroleh apa sahaja tanpa melakukan kerja berat.

Sesungguhnya dengan bekerja, seseorang tidak akan jatuh martabatnya. Sebaliknya itu bakal meletakkan seseorang di kedudukan mulia di sisi Allah.

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa.



Pesan Malikat JIBRIL a.s kepada NABI s.a.w bila tiba Ramadhan, jangan lupa mohon maaf dengan 3 golongan:

*   Maaf terhadap ibu bapa

*   Maaf sama suami isteri.

*   Maaf kepada keluarga, guru, sahabat dan mereka di sekeliling kita.

Dengan kesempatan ini, mohon maaf atas segalanya. Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Monday, August 9, 2010

Raikan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak.


Assalamualaikum....
Ramadhan dijangka akan bermula pada 11 Ogos iaitu pada hari rabu ini. Bagi umat Islam, kedatangan bulan Ramadhan sememangnya dinantikan. Bulan yang penuh keberkatan dan cukup istimewa. Bagi yang mengetahui akan fadilatnya, tentu berlumba-lumba untuk memperbanyakkan amalan-amalan demi merebut pahala yang berlipat kali ganda. Kata orang, rugi kalau tak merebut peluang yang datang cuma setahun sekali ini.

Bagi golongan wanita dan ibu-ibu, tentunya aktiviti harian tetap berjalan seperti biasa, cuma ada sedikit perubahan, tak perlulah nak siapkan makan pagi dan tengahari (jika tak ada anak yang tak puasa). Namun, rutin lain masih berjalan seperti biasa. Masih perlu ke pasar pada waktu pagi  untuk membeli barang basah untuk menyediakan juadah untuk berbuka. Biasalah, bulan puasa mestilah nak menyediakan menu yang lebih istimewa sedikit buat santapan keluarga. Apatah lagi apabila anak-anak baru sahaja hendak belajar berpuasa. Antara bentuk sokongan moral yang diberikan adalah dengan menyediakan juadah yang mereka gemari. Kalau berpuasa, minta apa saja, pasti akan dipenuhi!.

Bagi yang bekerja, kesempatan balik lebih awal pada bulan Ramadhan, pasti digunakan sepenuhnya untuk bergegas pulang untuk membolehkan menyediakan juadah berbuka untuk keluarga. Puas rasanya bila dapat menyediakan hidangan dari hasil tangan sendiri. Bukan tak boleh beli saja di Bazaar Ramadhan yang tumbuh bak cendawan di musim hujan, namun bak kata orang : tak puas dan tak sama dengan masakan di rumah!. Jadi, walaupun penat digagahi juga memasak walau sekadar satu lauk atau dua jenis lauk saja.

Bagi yang mempunyai penyakit, berhati-hati dalam memilih hidangan berbuka dan bersahur supaya tidak memudaratkan. Jangan lupa juga untuk makan ubat, supaya dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Semoga pada tahun ini, kita dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sesempurna mungkin. Dan semoga kita dapat bersembahyang terawih penuh!. Insya Allah , amin....

Salam Ramadhan buat semua.

Friday, August 6, 2010

Fahami Fungsi Perkahwinan.



Daripada Abdullah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud : 
" Hai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang sanggup memikul tanggungjawab berumahtangga, maka kahwinlah. Kerana perkahwinan itu dapat meundukkan mata dan kemaluan (daripada dosa). Sesiapa yang belum sanggup, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi."

Demikianlah fungsi sesbuah perkahwinan yang tidak terbatas kepada memnuhi tuntutan nafsu semata-mata. Sebaliknya perkahwinan juga dilihat sebagai sautu ibadat dan jalan selamat ke arah melahirkan generasi sihat dan beriman.

Disebabkan itu juga, Allah tidak menggalakkan seseorang terus hidup membujang semata-mata mahu beribadat kepadaNya. Ini kerana makna beribadat tidak terhad pada solat dan berdoa semata-mata tetapi lebih luas daripada itu.

Daripada Saad bin Abi Waqas, katanya :
" Rasulullah s.a.w pernah melarang Usman bin Mazh'un daripada membujang selama-lamanya semata-mata untuk melakukan ibadah kepada Allah. Andai kata Rasulullah mengizinkan kami berbuat begitu, sudah tentu kami mengembiri diri sendiri." (Sahih Muslim)

Demikianlah cantiknya peraturan yang disediakan Allah Ta'ala yang tidak meminggirkan kepentingan manusia tetapi dalam masa yang sama memberikan penekanan kepada ibadah.

Wednesday, August 4, 2010

Jalan ooo...oh jalan.

Sebahagian keadaan Jalan Mukah - Selangau

Jalan Mukah - Selangau, Sibu, bilalah nak siap? Teruk gilak jalannya? Abis rusak dak kereta. .Malah ada suara-suara 'geram' di sebalik cerita jalan raya itu. "Tunggu jak, pilihraya kelak, baruk daknya tauk...Kata rakyat didahulukan, tapi dak rakyat susah. Lamak gilak nyiap jalan ya. Dah beribu pakei baiki kereta, ni tahan macam tok. Mun ada jalan raya lain, bertaubat makei jalan ya. Di antara ungkapan  yang sering kedengaran bila bercakap tentang jalan Mukah - Selangau.

Kamek dah 2 minggu berturut-turut pegi Sibu. Terpaksa, sebab nak beli barang molah rumah. Di Sibu barangnya murah sikit. Apa yang kamek perhatikan, kerja menyiapkannya berjalan. Dah ada jalan yang ditar, di samping ya ada juak jalan yang nunggu untuk ditarkan ajak lagik. Maknanya, 70% jalan dah kira oklah, siklah teruk gilak, cuma 30% lagik yang 'teruk'. Mun kereta rendah, sik boleh nak pandu laju, bahaya.... banyak 'lubang-lubang besar'. Yalah molah perjalanan rasa lamak gilak, rasa dalam 'gelombang' jak dalam kereta.

Harapan agar dak kontraktor dapat menyiapkan  segera jalan Mukah - Selangau demi keselesaan 'rakyat' / 'pengguna' . Dan kepada pengguna, harap bersabar sedikit masa lagik.