Friday, August 13, 2010

Pekerjaan terbaik.


Suatu ketika Rasulullah pernah ditanya, pekerjaan apakah yang paling baik, maka baginda menjawab
" Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua jual beli yang dianggap baik (diredhai) (Riwayat Ahmad Baihaqi dan lain-lain).

Demikianlah pentingnya pekerjaan yang kita lakukan asalkan tidak bercanggahan dengan syariat. Setiap pekerjaan yang dilakukan dengan hati yang ikhlas , tentu akan memberikan ganjaran pahala yang tidak terhitung dek kemampuan manusia.

Umar al-Khattab pernah berkata:
" Jangan sekali-kali di kalangan kamu semua hanya duduk-duduk saja dan tidak suka berusaha untuk mencari rezeki dan hanya berdoa, " Ya Allah, berilah hamba rezeki." Tidakkah kamu semua telah mengetahui bahawa langit itu tidak akan menurunkan hujan berupa emas dan perak."

Sekadar duduk berdoa mengharap rezeki jatuh dari langit itu bukanlah amalan orang Islam. Rasulullah adalah contoh terbaik, baginda berusaha mencari rezeki dengan tangan sendiri, seperti menternak haiwan dan berdagang walaupun dengan kedudukannya, baginda boleh beroleh apa sahaja tanpa melakukan kerja berat.

Sesungguhnya dengan bekerja, seseorang tidak akan jatuh martabatnya. Sebaliknya itu bakal meletakkan seseorang di kedudukan mulia di sisi Allah.

No comments:

Post a Comment