1 MALAYSIA, MENJANA TRANSFORMASI
Kemerdekaan yang telah dicapaikan oleh Malaysia memberi peluang kepada seluruh masyarakat hidup dalam suasana yang aman dan harmonis, tanpa sebarang pertelingkahan yang boleh menghilangkan erti kemerdekaan sebenar yang perlu dikekalkan sampai bila-bila masa.
Kita sebenarnya cukup bertuah tinggal di bumi Malaysia yang aman dan makmur. Tanggungjawab kitalah untuk mengekalkan keamanan dan kemerdekaannya. Walau bagaimanapun, kita tidak seharusnya leka dengan keamanan yang kita kecapi, peristiwa luka masih merah itu pasti berulang sekiranya kita dijajah semula.
Penjajahan era baru atau alaf baru bukannya dengan peperangan, tetapi penjajahan minda. Oleh itu, kita hendaklah berilmu pengetahuan. Dan semangat patriotisme perlu ditanam dalam diri serta serlahkan rasa kecintaan kepada negara. Hargailah erti kemerdekaan, bukan hanya melaungkan kemerdekaan tapi kemerdekaan harus lahir dari jiwa warganegara Malaysia.
" Kemerdekaan sebenarnya ialah kebebasan, keharmonian, keamanan dan pengharan "
No comments:
Post a Comment