Syaidina Ali r.a berkata : "Jika engkau perlukan nikmat dunia, cukuplah Islam itu sebagai nikmat untukmu. Jika engkau ingin menjadi asyik,maka cukuplah ketaatan itu sebagai keasyikanmu. Dan jika engkau mahukan pengajaran, maka cukuplah maut itu sebagai pengajaran."
Friday, August 20, 2010
Dunia ladang akhirat.
Ada orang bekerja keras untuk menjadi kaya dan mencari harta yang banyak. Islam tidak melarang kita mencari kesenangan di dunia, walaupun dalam masa sama diperingatkan bahawa setiap kita pasti akan menemui mati. Sebab itulah dikatakan bahawa "dunia adalah ladang akhirat ". Maksudnya sepanjang berada di dunia bekerja dan berbuat baiklah meyediakan bekalan yang bakal dibawa ke akhirat. Ini kerana apabila tiba akhirat nanti, setiap Muslim itu dipertanggungjawab atas apa yang telah dilakukannya semasa di dunia.
Kerap diperingatkan bahawa dunia ibarat air laut. Semakin diminum airnya yang masin terasa hausnya, samalah keadaannya dengan kesenangan dunia yang jika semakin dikejar, tidak akan pernah merasa puas, apalagi jika pendidikan agama yang dimiliki seseorang itu terlalu dangkal (sedikit) menjadikan orang yang sedemikian ini tergolong sebagai orang yang rugi.
Oleh itu berpada-padalah dan sentiasa ingat bahawa kedatangan kita di muka bumi bukanlah untuk tujuan sia-sia. Jadi hargailah kesempatan yang sekejap ini untuk mencari kebaikan yang menyumbang semula pada kesejahteraaan hidup di akhirat. Seperti firman Allah yang bermaksud :
" Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu : mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah daripada rezeki yang dikurniakan Allah, dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula, (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaaanNya) - Surah al-Mulk : 15.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment