Tuesday, August 25, 2009

Apabila kita berkasih sayang.

Kasih sayang adalah ‘makanan asasi’ setiap makhluk di muka bumi. Kasih sayang tidak terbatas dalam lingkungan manusia sahaja tetapi lebih luas daripada itu.Rasulullah adalah contoh manusia yang paling banyak melimpahkan kasih saying seperti sabda baginda:

“ Perumpamaan kaum mukmin dalam cinta dan kasih sayang mereka ibarat satu tubuh yang apabila satu anggotanya menderita, maka seluruh tubuh akan turut menderita sama ada kerana tidak boleh tidur ataupun kerana panas.” ( Riwayat Muslim )

Dalam suatu kisah yang diriwayatkan Bukhari daripada Abu Qatadah, Rasulullah sendiri pernah memendekkan solat baginda ketika baginda terdengar seorang anak menangis dahaga.Baginda asalnya ingin memanjangkan solat tetapi tidak jadi berbuat demikian kerana menyedari betapa gundahnya hati seorang ibu (yang merupakan makmum dalam solat yang diimamkan oleh Rasulullah) apabila mendengar tangisan anaknya. Janji Allah cukup lumayan pada orang yang berkasih sayang seperti sabda Rasulullah yang bermaksud:

“ Sesungguhnya Allah menyayangi hamba-hamba-Nya yang berkasih sayang.” (Riwayat Bukhari)

Begitu juga, sekalian makhluk digalakkan supaya berkasih sayang kerana itu merupakan rahmat sekalian alam. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“ Sayangilah makhluk yang ada di bumi maka akan menyayangimu yang ada di langit.”

(Riwayat Thabrani dan Hakim)

SELAMAT MENJAWAB SOALAN-SOALAN PERNILAIAN TAHAP KECEKAPAN ( PTK ) SEMOGA DIPERMUDAHKAN MENJAWAB DAN LULUS DENGAN CEMERLANG. AMIN..........
...NAK UJI dan PASTI , KITA NIE CEKAP ATAU TIDAK @ MAIN-MAIN JE....he..he

Monday, August 24, 2009

PTK...

Dah belajarkah utk PTK?....
Hai, bilalah nak dpt IV PTK tok, dah 2 taun ngambik utk DG44. Taun 2007 dpt III/III, taun 2008 dpt III/IV. Kertas umum dah dpt IV, cuma kertas khusus belom lagik. Esok test lagik, arap-arap kali tok lepaslah utk kertas khusus ( P & P ). Sik pandei ngajar kali sbb ya hanya dpt III ajak. Jeles juak nanggar org lain dpt anjakan gaji. Bdw, bukan ya sebenarnya target dlm menjalankan t/jwb. Kerjakan ibadah, yang penting jalankan tugas dengan penuh dedikasi dan komitmen demi anak didik. Dan yang paling penting kerja kerana Allah. Kpd yang akan berPTK esok, kamek doakan moga lulus dengan cemerlang semuanya. Berfikir secara logik, berikan tumpuan, baca soalan dengan teliti dan fahamkan, baruk jwb. Dah usaha, bertawakkallah dan jgn lupak berdoa. SELAMAT MENGHADAPI UJIAN PTK, DAN MOGA LULUS

Fadilat dan kelebihan Solat Tarawih.

Puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang banyak sekali fadilat dan barakahnya. Oleh itu, ambil ruang dan luang pada bulan ramadhan ini untuk meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah serta menambahkan pahala.

Dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Saidina Ali Abi Talib daripada Rasulullah s.a.w. apabila baginda ditanya oleh para sahabat mengenai fadilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan, baginda bersabda;

۞ Malam 1 : Pada awal malam pertama Ramadhan, diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

۞ Malam ke-2 : Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibu bapanya.

۞ Malam ke-3 : Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

۞ Malam ke-4 : Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimanan pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

۞ Malam ke-5 : Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

۞ Malam ke-6 : Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

۞ Malam ke-7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentangkan musuhnya Fir’aun dan Hamman.

۞ Malam ke-8 : Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

۞ Malam ke-9 : Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambaNya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

۞ Malam ke-10 : Allah S.W.T mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.

۞ Malam ke-11 : Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

۞ malam ke-12 : Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

۞ Malam ke-13 : Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

۞ Malam ke-14 : Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T tidak akan menyesatkan mereka.

۞ Malam ke-15 : Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan kursi akan berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkannya.

۞ Malam ke-16 : Allah S.W.T menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

۞ Malam ke-17 : Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.

۞ Malam ke-18 : Malaikat akan menyeru : “ Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu ( yang masih hidup atau yang sudah mati ).

۞ Malam ke-19 : Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.

۞ Malam ke-20 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh.

۞ Malam ke-21 : Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

۞ Malam ke-22 : Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

۞ Malam ke-23 : Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah Bandar di dalam syurga daripada cahaya.

۞ Malam ke-24 : Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

۞ Malam ke-25 : Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur daripadanya.

۞ Malam ke-26 : Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

۞ Malam ke-27 : Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian siraj sepantas kilat

۞ Malam ke-28 : Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

۞ Malam ke-29 : Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

۞ Malam ke-30 : Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firmanNya yang bermaksud : “ Wahai hambaKu!..., makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kautsar.

Selain daripada fadilat-fadilat yang tersebut di atas, terdapat banyak dan pelbagai lagi fadilat dan kelebihan solat Tarawih atau ‘Qiam Ramadhan’ ini sebagaimana yang disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa dan Bercuti.

Senangnya dlm hati, hari ini kami mula bercuti. So, slmt bercuti kpd semua warga SMKD. Cuti2 juak, tapi jgn lupak jaga kesihatan. Moga slmt balit dan kembali semula ke SMKD. Kpd semua peljar SMKD, gunakan ruang dan luang masa cuti utk mengulangkaji pelajaran sbb balit cuti kita akan bertempur dgn peperiksaan.

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon molah banyak latihan dan ulang kaji mengingati pelajaran lalu, selain ngelak dirik drpd lupak fakta semasa jawab soalan.

Oleh sbb ya, jgn jemu utk terus molah ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun dolok atau soalan seiras. Langkah ya akan membiasakan dirik dgn soalan standard, di samping membolehkan ingatan kekal dan berpanjangan.

Kpd warga SMKD yg beragama Islam, slmt berpuasa kamek ucapkan. Ambik kesempatan bulan Ramadhan tok utk meningkatkan lagi keimanan dan pahala kita dgn mendekati dirik kpd Allah. Terutama student SMKD yg akan menghadapi peperiksaan kelak.

Niat..

Niat memainkan peranan penting dalam segala kegiatan sama ada yang bersifat keduniaan atau akhirat. Sesuatu amalan dipandang baik jika niatnya baik. Begitu juga sesuatu amalan bergantung pada niat si pelakunya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud, “ Sesungguhnya sah atau tidaknya amalan setiap orang bergantung pada niatnya.” ( Mutaffaq Alaih)

Rasulullah s.a.w selalu berpesan bahawa Allah tidak melihat pada rupa dan harta seseorang. Sebaliknya Allah melihat pada hati, bermakna Allah menilai seseorang berdasarkan niatnya. Baginda bersabda yang bermaksud, “ Sesungguhnya yang bercita-cita hendak melakukan suatu kebaikan tetapi tidak bias dilaksanakan, maka dituliskan baginya satu kebajikan.” ( Riwayat Muslim )

Lihatlah betapa Allah memberikan ganjaran yang hebat, walaupun dengan hanya menyatakan niat tetapi tidak melaksanakan dalam bentuk tindakan. Ini kerana niat yang baik dianggap sebagai ibadah dan bakal menerima pahala.

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“ Manusia ada empat jenis iaitu orang yang diberikan Allah ilmu dan harta, lalu mengamalkan ilmu yang dimiliki dengan hartanya. Jika ada seseorang yang berkata, jika aku diberikan Allah nama seperti yang diberikan kepada orang itu, aku akan berbuat seperti dia, maka, kedua-dua orang yang berkenaan diberikan pahala yang sama. Dan ada orang yang diberikan harta tetapi diberikan-Nya ilmu, dan harta itu digunakan untuk berbuat kemaksiatan. Jika ada seseorang yang berkata, seandainya aku diberikan kekayaan seperti dia, aku akan berbuat seperti dia, maka kedua-duanya sama berdosa.” ( Riwayat Ibnu Majah dengan sanad yang baik )

...Setiap amalan itu bergantung kepada niat.