Stres di pejabat adalah sesuatu yang lazim. Semua orang mengalami stress di tempat kerja. Setiap orang mengatasinya dengan cara berbeza. Sememangnya amalan yang tidak sihat untuk membiarkan stress menguasai. Jika anda rasa begitu dibebani kerja dan anda rasa kerja itu sudah mengambil alih hidup, anda harus mengawalnya. Ambil 5 ke 10 minit, lupakan hal kerja dan belai diri. Jangan terperangkap dalam apa-apa permainan yang anda mainkan. Anda memang perlu teruskan kerja.
Berikut tip yang boleh anda lakukan ;
♫ Gunakan teknik kawal stres seperti teknik pernafasan dalam. Ambil masa untuk relaks, tarik nafas panjang dan biarkan stres dibasuh perlahan-lahan.
♫ Senaman ringan secara berkala. Senaman akan mengalirkan endorfin dan menjadikan anda lebih gembira dan sihat. Sekali gus anda boleh atasi rasa negatif dan marah.
♫ Nilai dan beri tumpuan pada sesuatu situasi. Perhatikan sama ada anda boleh cari jalan untuk kurangkan stres. Agihkan kerja kepada orang lain. Minta bantuan.
♫ Cari masa untuk diri sendiri. Jika anda bekerja saja, anda kan kehilangan sebahagian diri anda. Ambil masa rehat dan lakukan sesuatu yang menyeronokkan. Anda akan dapat lebih tenaga apabila kembali bekerja.
♫ Jadilah realistik. Lakukan apa yang anda boleh sahaja. Jika anda bawa balik kerja ke rumah setiap hari, itu sebenarnya melampau. Kerja itu hanya sebahagian diri anda. Selebihnya untuk perkara lain. Kawal hidup anda. Anda perlu seimbang antara kerja dan kehidupan peribadi.
♫ Bercakap dengan orang lain. Berkomunikasi dengan rakan sekerja dan orang lain dalam hidup. Bercakap dapat kurangkan stres, malah kadangkala orang lain boleh menawarkan penyelesaian yang anda tidak terfikir.
♫ Tangani rakan sekerja yang kaki buli dan yang bersikap negatif. Anda tentu tidak mahu tindakan orang lain bakal menambah stres yang tidak perlu dalam hidup anda.
♫ Periksa jadual mingguan. Kenal pasti aktiviti yang akan beri anda kegembiraan dan aktiviti yang menyebabkan anda stres. Keluarkan aktiviti yang akan buat anda stres, musnahkan apa yang tidak perlu dari hidup.
♫ Pisahkan antara tugasan harian dengan aktiviti peribadi. Ini untuk pastikan bahawa anda tidak cuba menyelesaikan semuanya dalam senarai yang tidak habis.
♫ Ambil masa untuk diri sendiri setiap hari. Peruntukkan walaupun hanya 10 minit setiap hari untuk relaks dan sendirian, tarik nafas panjang dan meditasi bagi bantu diri bertenang. Solat adalah waktu bertenang dan rehat yang terbaik bagi orang Islam, jadi jangan tinggal solat (kecuali ketika anda uzur syarie).
♫ Luahkan pada teman dan orang tersayang untuk sokongan pada waktu stres. Minta mereka bantu, jadi anda dapat meringankan beban. Kadangkala dengan minta tolong dapat membantu ringankan stres.
♫ Kenal pasti tahap persahabatan dan perhubungan dengan orang lain dalam hidup anda. Fikrkan megenai apa yang secara peribadi anda perlukan daripada perhubungan itu untuk jadikan anda lebih tenang. Dekati orang yang berkenaan dengan keyakinan, supaya anda dapat atasi masalah yang berlegar antara anda dengan dia.
♫ Lakukan senaman berkala, makan sihat dan cukup tidur. Tidak kisahlah apa yang bakal anda lalui, ikutilah diet sihat dan tidur tenang akan bantu anda pulih semula dan kurangkan stres.
♫ Lalui hari dengan sikap positif. Positif adalah kunci untuk membangunkan kejayaan pelan penawar stres, tidak kira apa punca yang anda hadapi.
► NOTA : Ingat, hidup bukan hanya mengenai kerja. Ambil masa untuk buat apa yang anda suka. Dengar radio atau ikutikelas agama jika anda suka. Masa bergembira bermakna kuranglah stres anda. Jangan takut untuk katakan 'tidak'. Uruskan masalah anda dan jaga diri. Jangan ketepikan orang tersayang apabila stres kerana ini masa anda perlukan mereka sebenarnya.
No comments:
Post a Comment