Cemburu tanda sayang, tapi kadangkala menyakitkan, sama ada yang cemburu atau yang berasa cemburu pastinya tidak akan senang, hidup terkongkong, tiada kebebasan malah rumah tangga boleh berantakan gara-gara hadirnya perasaaan ini. Lebih parah lagi akibat dirasuk rasa cemburu ada yang bertindak melampaui batas seperti mencederakan atau membunuh kerana tertekan.
Sekiranya perasaan ini terdetik di hati anda terhadap pasangan anda, maka sebaliknya anda awasi. Kalau boleh halau pergi perasaan ini dari terus bertapak di hati.
Tip-tip yang boleh dipraktikkan agar terhindar daripada perasaan cemburu :
☼ Jalin komunikasi :
Menjalin komunikasi yang baik sememangnya sangat penting dalam perhubungan, termasuklah dengan ahli keluarga, teman apatah lagi pasangan sendiri. Melalui komunikasi, perkara-perkara yang tidak diingini, sperti salah faham, kekeliruan dan masalah-masalah kecil lain boleh dihindari.
Dalam pada itu pasangan akan merasai dihargai. Disokong dengan alat komunikasi yang semakin canggih, seperti telefon bimbit, online chatting, facebook dan sebagainya semakin mudah. Meskipun anda dan pasangan terpisah di lautan yang terbentang luas sekalipun tidak ada alas an lagi untuk tidak mengkhabarkan keadaan anda pada pasangan.
☼ Saling terbuka dan berkongsi :
Apabila pasangan kurang member i perhatian pada diri, ramai yang bertindak merajuk ataupun menarik muka bila berdepan dengan pasangan malah ada yang menyerang dengan tuduhan yang tidak berasas. Ini adalah tindakan yang perlu dielakkan. Jangan pendamkan perasaan tidak puas hati anda kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Lalu apa gunanya memiliki pasangan, jika hati tidak mampu berkongsi apa yang dirasai bersamanya.
Cemburu sedikit memang wajar tapi jangan melampaui batas. Jika anda diserang demam cemburu, seeloknya segera bicarakan dengan pasangan dan cari penyelesaiannya. Bersikap terbuka lebih baik berbanding menyimpan dalam hati yang kemudian akan menjadi duri dalam daging, dan tidak bertemu penyelesaian yang baik untuk kedua belah pihak.
☼ Jangan tuduh sembarangan :
Dituduh melakukan kesalahan perkara yang tidak dibuat memang menyakitkan. Apatah lagi jika dituduh berlaku curang dan tidak setia dalam perhubungan. Pasti hati berasa geram dengan tuduhan ini.
Belajarlah untuk menyelidik atau menyiasat dulu sebelum membuat apa-apa tuduhan. Siapa tahu, masalah yang sebenarnya datang dari salah satu dari anda berdua. Daripada menduga atau mengagak sebaiknya cari punca masalah yang sebenarnya. Jadi tidak ada pihak yang dirugikan, akibat tuduhan salah sasaran.
☼ Jangan menguji cinta pasangan :
Cemburu tanda sayang tapi janganlah menguji cinta dan sayang pasangan dengan cara ini. Bimbang akibatnya akan menyakitkan anda sendiri. Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengetahui kadar cinta dengan sikap cemburu anda.
Perasaan seseorang memang tidak pernah mampu dijangka bahkan si pemilik perasaan itu sendiri, kadang-kadang tidak tahu dengan perasaannya sndiri. Untuk mengetahui seberapa sayang pasangan, lihatlah dari aspek perhatiannya.Sikapnya, tuturkatanya dan perkara lain yang memang benar-benar membuat anda merasa dihargai dan juga selesa saat dekat dengann ya.
No comments:
Post a Comment