Hakikatnya hari ini,memang sukar untuk melihat wanita tidak bekerja. Hatta duduk di rumah sekalipun,mereka tetap bijak mencari lubang untuk menjana pendapatan.
Fenomena wanita bekerja telah mencetuskan suatu keadaan yang berlainan pula dalam rumah tangga. Pengurusan kewangan kini lebih banyak dikuasai wanita sehingga dalam keadaan tertentu, duit isteri lebih banyak dihabiskan berbanding suami. Benarkah begitu? Mungkin ada kalangan lelaki yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini.
Saling Bantu-membantu dalam rumah tangga memang budaya mulia.Khadijah Khuwailid, isteri Rasullah sudah membuktikannya. Dalam masyarakat moden hari ini, ramai isteri turut melakukannya sama ada secara sedar atau tidak. Semuanya demi menjamin kesejahteraan rumah tangga.
Tetapi dalam Islam, bagaimanakah pengurusan kewangan yang sebenarnya? Apatah lagi dalam keadaan hari ini yang segala-galanya menuntut wang, maka wujudkah perubahan dari segi siapa yang patut berbelanja lebih?
Pengurusan kewangan keluarga yang baik adalah;
☼ Akaun bersama antara suami dan isteri:- untuk urusan yang sama-sama dipersetujui suami isteri seperti membayar rumah, kereta dan pendidikan anak. Suami isteri boleh mewujudkan satu tabung yang mereka kongsi bersama untuk tujuan ini.
☼ Akaun suami dan akaun isteri :- masing-masing memiliki akaun sendiri untuk tujuan peribadi. Antaranya untuk disumbangkan pada ibu bapa masing-masing, Bantu persekolahan adik-adik,menjayakan hobi sendiri, selain sumbangan terhadap masyarakat seperti zakat dan sedekah agar tambah berkat.
Bagaimana pengagihan kewangan suami isteri?. Dalam kitab Imam Shafie, suami perlu menyediakan keperluan wajib iaitu;
Menyediakan tempat tinggal yang selesa.
Menyediakan makan minum yang asasi untuk keperluan fizikal.
Menyediakan kenderaan selesa. Jika tidak mampu, suami sediakan tambang yang mencukupi untuk kenderaan awam.
Menyediakan pakaian.
Menyediakan keperluan diri isteri seperti mekap, berus gigi dan sebagainya. ( Sementara itu, aspek lain hanya keperluan tambahan dan tidak wajib seperti membawa keluarga melancong).
♂ Jenaka kaum lelaki hari ini, untung berkahwin kerana wanita sekarang kebanyakannya bekerja dan ada pendapatan sendiri. Jadi dengan sendiri, beban kewangan tidak terletak sepenuhnya pada suami.
No comments:
Post a Comment