Untuk melahirkan prestasi kerja yang berkualiti, perlulah mewujudkan satu budaya yang positif yang selalu menggalakkan ke arah penambahbaikan dan berterusan kepada semua lapisan pekerja daripada peringkat ketua sehingga pekerja biasa.
Budaya kerja Islam membina kekuatan melalui mekanisme dalaman iaitu menghubungkan usaha dan pekerjaan sebagai tuntutan keagamaan. Bagi yang ingin menghayati Islam, mereka seharusnya turut berusaha meningkatkan prestasi kerja dari semasa ke semasa.
Hal ini selaras dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
“ Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu kerja, maka dia melakukannya dengan penuh ketelitian dan sebaik-baiknya”. Riwayat Al-Baihaqi).
No comments:
Post a Comment