Thursday, December 31, 2009

SeLaMaT TaHun BaRu 2010.



SEMOGA TAHUN BARU 2010 MEMBAWA KEBAHAGIAN DAN KESEJAHTERAAN KEPADA SEMUA DAN SARWA JAGAT.

Bekas Kekasih.




Saya rasa terpanggil untuk menulis tentang tip melupakan kekasih ini, apabila melihat  sejarah hitam  cinta rakan-rakan dan orang di sekeliling. Bukan bermakna saya pakar cuma ingin membantu meringankan 'beban' yang dihadapi.



" Mengapakah hati ini begitu sukar untuk melupakan insan yang pernah bertahta di hati, sedangkan sudah bertahun-tahun lamanya memutuskan hubungan cinta. Biarkanlah kenangan lalu menjadi satu memori dalam hidupmu."


Manisnya saat pertama kali mengenali hati si dia, apatah lagi mengenangkan kembali bibit-bibit cinta yang pernah diharungi bersama. Ketika itu, hidup ibarat tinggal di atas kayangan bersama si pari-pari dan sang putera raja. Indahnya sinaran mentari sehingga tidak dapat menjelaskan apa yang terungkai di hati.

Namun, semuanya sementara. Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. " Mengapa kenangan lalu masih menghantui fikiran " dan " Adakah si dia juga merasai apa yang aku rasakan ketika ini. ". Adakah perkara ini seringkali menjadi persoalan difikiran anda?..

Namanya seringkali menjadi ingatan walaupun  sudah kita ada pengganti. Lebih parah, apabila kamu tidak dapat menerima cinta baru itu daripada insan lain, sedangkan kamu sudah berpisah bertahun-tahun lamanya. Mungkinkah kamu belum bersedia menerima penggantinya, sehinggakan teman-teman lain dapat melihat dan merasakan perubahan sikap kamu itu.

Berikut beberapa tip untuk melupakan bekas kekasih yang satu ketika dahulu dialah insan yang paling disanjungi. Antaranya;

1.   Menghapuskan kenangan :
Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto anda berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata. Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggan kamu. Termasuklah juga sms dan pesanan suara daripadanya.

2.   Jangan menyeksa diri :
Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali di corong radio, jangan sampai membuat anda  tergilakanya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.

3.   Si dia punya pengganti :
Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk anda melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk anda melakukan perkara yang sama.

4.   Berhenti membandingkan :
Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih. Hal ini terjadi apabila anda belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, anda akan menggunakan pelbagai macam alasan. Anda harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan anda hidup bersendirian dan menikmati hidup dengan sebaik-baiknya.

5.   Cara terbaik melupakan si dia :
Untuk melupakannya anda harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya. Misalnya, dia seringkali mengutuk diri anda, membandingkan penampilan anda dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.

6.   Rakan pendengar setia :
Luahkan masalah anda kepada rakan-rakan yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran anda.

7.   Cipta fantasi :
Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini,  hubungan cinta telah putus dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Lebih baik anda mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang mirip seperti yang anda gambarkan?.

Cinta adalah rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh ditimbang atau disukat-sukat. Hati yang merasainya sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Cinta datang dari dua sumber iaitu dari Allah dan dari nafsu.

Renungan.





 Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Lu fikirlah sendiri...............................

Wednesday, December 30, 2009

Sekapur Sirih.



Setiap kali tibanya tahun baru pasti orang akan bertanya tentang azam. Sedangkan azam yang lepas belum lagi dicapai. Kenapa tak tercapai?. Muhasabah balik , tengok kelemahan diri anda, di samping itu tengok kekuatan diri anda. Perbaiki kelemahan dan gunakan kekuatan dengan sebaik mungkin.

Saya mengharapkan  kebahagiaan, ketenangan dan kedamaian dalam hidup saya di tahun baru ini. Saya ingin mencari dan menambahkan ilmu di dada. Kebahagiaan, ketenangan dan kedamaian hati sentiasa bermula dari ilmu pengetahuan. Dengan ilmu, manusia mampu menembusi yang samar, menemukan sesuatu yang hilang dan menyingkap yang tersembunyi. Naluri manusia juga sentiasa ingin mengetahui sesuatu yang baru. Tanpa ilmu hidup ini dan esok sama sahaja tidak ada yang segar dan menarik.

" Jika anda ingin sentiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan dan capailah pelbagai manfaat, nescaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan lenyap "

Dan berdoalah dengan ucapan : " wahai Tuhanku, tambahlah ilmuku."
( Surah Taha : 114 )

Dengan ilmu pengetahuan kita mampu untuk menanggung beban hidup dan tidak gentar dengan dugaan dan rintangan yang dihadapi. Ilmu juga akan menjadikan manusia lebih kuat dan mampu melihat dunia ini lebih luas. Sesiapa merasa sempitnya dunia ini dia akan terus merasa sesak hingga masuk ke liang kuburnya. Satu hadis ada menyebut, ertinya:

" Sesungguhnya ilmu itu dapat hanya dengan belajar, dan kesabaran itu diperolehi hanya dengan latihan. "

Hal yang penting dalam mempelajari cara mencapai kebahagiaan ialah bagaimana cara kita menempatkan diri kita sesuai dengan bahagian dan tempatnya. Perlu diingat, dunia ini umpama pemainan yang mesti diawasi. Oleh itu, belajarlah cara-cara menempa jiwa supaya lebih kuat agar kita bertemu kebahagiaan yang sejati.

" SELAMAT TAHUN BARU "
Moga kehadirannya membawa tuah, berkat dan rahmat.
 Insya Allah.

Info : Antara Jenis Makanan ANTIKOLESTROL.



1.   SOYA :
Kacang soya memgandungi 48% protien, lestin, vitamin dan zat galian. Ia juga dapat menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya dengan kalsium dan mineral yang boleh membantu memecahkan lemak. Ia juga membantu menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak yang baik (HDL).

2.   KUACI :
Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3.   BUAH KERING :
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4.   IKAN TUNA :
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

5.   KACANG TANAH :
Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolestrol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

6.   MANGGA :
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.

7.   OAT :
Kajian saintifik yang dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekirannya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol anda.

8.   JAMBU BATU :
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari., iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai.

9.   KISMIS :
Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

Selamat mencuba ........

Monday, December 28, 2009

Salam Ma'al Hijrah 1431H.



Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Ma'al Hijrah kepada semua umat Islam di seluruh Sarawak, Malaysia dan seluruh dunia khususnya.
Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1431H, semoga kita diberi rahmat dan hidayah daripada Allah S.W.T.

Mulakan Hari Dengan Auta Positif.



1.   Mulakan dengan doa :
Memulakan hari dengan doa. Doa untuk bangun  awal dan capai matlamat untuk hari esok dengan cara yang terbaik. Tetapkan masa tidur, tidur awal dan bangun awal. Ini membuatkan anda tidak tergesa-gesa dalam menempuh hari yang sibuk.

2.   Berfikiran positif :
Walaupun berada dalam lingkungan negatif, cuba membiasakan diri dengan menuturkan ayat-ayat positif. Persekitaran negatif, biasanya membuatkan anda lumpuh  semangat, mendengar gosip yang tidak berasas, dimarahi, berdepan dengan orang-orang berfikiran negatif. Dalam keadaan ini cuba bawa bertenang.

3.   Work smart :
Perlu merancang pekerjaan, namun adakalanya juga banyak situasi yang akan menyebabkan rancangan anda gagal. Cuba membiasakan diri bersedia dengan perancangan A, B dan C. Jika anda bijak mengurus masalah, anda adalah pengurus yang baik. Situasi yang bermasalah kadangkala memberi satu pengalaman baru, jika masalah itu berjaya diselesaikan. Anggap masalah adalah perkara rutin yang perlu diselesaikan. Jika hasilnya adalah baik, anda boleh memberi ganjaran kepada diri sendiri. Tidak perlu menunggu orang lain meraikannya. Jika sebaliknya, berlapang dada dalam memperbaiki kelemahan.

4.   Hormat pemimpin :
Tidak perlu membuta tuli untuk mengambil hati ketua jabatan, atau siapa sahaja yang berada di atas. Elak sikap talam dua muka, walaupun anda bukan seorang yang gemar menunjuk-nunjuk dengan kebolehan anda. Pemimpin yang profesional boleh menilai dengan adil dan saksama kakitangan yang benar-benar boleh membuat kerja atau tugasan yang diberikan. Jangan mudah berkata tidak boleh sekiranya apa yang disuruh bukan kemahiran anda.  Jika diberi sesuatu tugasan penting, letakkan syak wasangka baik, anda mungkin boleh pelbagaikan kemahiran yang ada. Sebaliknya mohon bantuan daripada mereka yang lebih arif. Sekiranya hasil yang dibuat kurang memuaskan, usah gusar masih ada peluang dan ruang untuk memperbaikinya.

5.   Berkongsi ilmu :
Sebaik-baik ilmu adalah diamalkan, disebar dan dikongsi manfaatnya. Bukan hanya untuk memandaikan diri sendiri, tetapi boleh berkongsi kepada mereka yang gemar menuntut ilmu. Jika anda dijadikan pakar rujuk dalam sesuatu bidang, tidak salah jika berkongsi kemahiran. Satu pasukan yang hebat adalah apabila setiap ahli mengambil bahagian dan menggunakan kemahiran yang ada semaksima yang mungkin.

6.   Berlapang dada menerima kritikan:
Bukan mudah untuk menerima kritikan. Jika anda dikritik jangan cepat panas punggung. Sebaiknya, bawa bertenang dan berfikir secara rasional. Walaupun kadangkala rasa kecewa akan menyelinap, tetapkan gambaran positif. bahawa tugasan yang dibuat tidak memenuhi kehendak ketua.


*** Ingat :  Kita manusia biasa punya kelemahan dan kekuatan. Sebelum kita mengkritik orang lain, tengok kelemahan diri sendiri.

Selamat hari Jadi Muhd Adli Rusyaidi.



Tanggal 24 Disember yang lepas genap usia Muhd Adli Rusyaidi lapan tahun. Selamat Hari Jadi mak ucapkan. Moga dipanjangkan usia, sukses dalam pelajaran dan kehidupan. Jadilah anak yang soleh.

Love u so much sayang........

Thursday, December 10, 2009

Wanita dan Kerjaya.



Penglibatan dan peranan wanita dalam membangunkan masyarakat dan negara adalah penting berasaskan kepada tugas dan tanggungjawab malah merupakan satu usaha positif untuk mencapai tahap lebih tinggi berdasarkan kepada konsep pembangunan bersepadu iaitu dari aspek fizikal dan mental setanding dengan kaum lelaki. Islam tidak menghalang wanita untuk melaukan pekerjaan di luar rumah sekirannya ia merupakan keperluan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Malahan Islam menganggap pekerjaan yang dilakukan oleh wanita atau lelaki merupakan suatu ibadah selagi dilakukan dengan niat yang ikhlas dan tidak terkeluar dari landasan dan peraturan Islam.Sebagai contoh, wanita-wanita pada zaman Nabi Muhammad s.a.w turut sama membantu keluarga mereka seperti menggembala, bertani, berniaga dan sebagainya.

Adalah menjadi kebiasaan bagi wanita bekerja membantu keluarga dan penglibatan mereka tidak menimbulkan masalah kerana budaya masyaakat Malaysia tugas-tugas di luar rumah sudah menjadi perkara biasa dan sangat diharapkan bagi membantu menambahkab pendapatan keluarga yang nyata memerlukan sumber kewangan lebih.

Bagi wanita yang bekerjaya, tanggungjawab mereka juga semakin bertambah kerana wanita yang bekerjaya perlu melaksanakan tanggungjawab sebagi pekerja dan memastikan segala tugasan dilakukan dengan sempurna maka secara tidak langsung wanita bukan sahaja memikul tanggungjawab sebagi isteri, ibu, malahan sebagai pekerja.

Faktor pertama yang menyebabkan wanita bekerja ialah  pendidikan yang mereka miliki dan keinginan untuk mahu menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang ada secara total.Tidak dapat disangkal lagi wanita yang bekerja dapat mengimplementasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka dan dalam masa yang sama mereka mampu memperoleh pendapatan sendiri sekali gus membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

Perubahan sosial dan keperluan ekonomi yang tinggi juga merupakan antara faktor wanita keluar bekerja kerana tuntutan ini memerlukan mereka membantu suami untuk membentuk keluarga yang bahagia dan selesa serta meringankan beban suami.

Walau apa sekalipun faktor yang menjuruskan wanita, isteri dan ibu keluar bekerja, tanggungjawab dan pembahagian masa antara keluarga dan kerjaya perlulah seiringan agar tidak mengabaikan mana-mana pihak. Wanita bekerja perlu memastikan keperluan rumahtangga dantanggungjawab sebagai isteri dan ibu perlu dilaksanakan sebaik mungkin walaupun mereka terpaksa bekerja pada siang harinya dan ketika di pejabat mereka juga perlu memberikan komitmen yang penuh untuk melunaskan tugas yang diberikan kepada mereka.

Wanita perlu menghargai kepercayaan yang diberikan oleh suami kepada mereka dan perlu menjaga nama baik suami dan keluarga ketika berada dil luar dan pihak suami sewajarnya memberi perhatian dan panduan serta bimbingan sekiranya isteri mereka memerlukan pendapat dan tempat untuk meluahkan masalah kerana sifat tolak ansur dan tolong-menolong ini mampu melahirkan keluarga yang aman bahagia.

Friday, December 4, 2009

Petua Tidur Sempurna.

Bagaimana nak dapatkan tidur yang berkualiti supaya kesihatan mental dan fizikal terjamin? Sebenarnya ada banyak kaedah bagaimana caranya untuk mendapatkan tidur yang sempurna. Cubalah tip ini, kalai nak merasai nikmat tidur yang sebenar dan mendapat tidur yang sempurna.



Anda digalakkan untuk mandi dengan air panas 2 jam sebelum tidur kerana air panas mampu membantu melegakan badan, langsung menggalakkan anda untuk tidur dengan segera.

Jangan mengambil sebarang makanan sebelum tidur kerana makanan yang diambil akan merangsang otak dan memberi arahan pada badan untuk mencerna makanan, sekali gus menyebabkan kurang terjaga sepanjang malam.


Susu diakui baik untuk kesihatan. Selain menbguatkan giri dan tulang, susu terutamanya yang panas dipercayai mampu mengundangkan rasa mengantuk dan menyebabkan anda tidur dengan mudah.


Membaca novel adalah satu daripada cara untuk mengundang rasa mengantuk. Ia dipercayai lebih berkesan daripada menonton filem atau melayari laman web.


Anda digalakkan untuk menghabiskan semua tugasan harian sebelum masuk tidur. Tugasan yang tidak dapat dihabiskan menyebabkan anda berfikir dan merasakan bimbang sehingga sukar untuk melelapkan mata.


Suasana yang tenteram dan nyaman juga dipercayai boleh membantu anda untuk mendapatkan tidur yang sempurna. Oleh yang demikian pastikan bilik tidur anda sentiasa bersih, sejuk, kemas dan tidak lembab.


Satu kajian barat telah berjaya mengaitkan muzik dengan tidur. Hasil kajian yang diperoleh telah membuktikan bahawa muzik berjenis klasik mampu merangsang anda untuk tidur dengan mudah.


Posisi tidur dengan kepala lebih tinggi daripada dada mampu membuatkan perut anda rasa lebih selesa ketika berbaring. Oleh itu, penggunaan bantal yang tebal adalah digalakkan untuk memastikan anda mudah terlena.


Bayangkan apa-apa saja perkara yang menenangkan sebelum tidur. Contohnya hutan hijau, lautan biru. Cara tersebut dipercayai boleh membuatkan anda rasa seperti di awang-awangan. Tanpa disedari anda akan terlena dengan sendirinya.


Petang-petang macam tok, mun disorongkan bantal pasti tertidur. Apatah lagi badan terasa letih gilak. Tambah lagi driving tiap hari ulang alik ke tempat bertugas. ( 2 jam pegi dan balit ). Kejap lagi nak balit, mun dapat madi air panas...bestkan.

Aku..

Sajak yang saya cipta mendapat tempat pertama semasa "Orientasi" . Saya sebenarnya tidak tahu apakah 'penyebab' sajak yang saya cipta secara main-main dapat tempat pertama pulak...?. Sajaknya begini.....

AKU

Aku adalah aku
Dilahirkan sebagai aku
Mengikut acuan ketentuan Tuhan
Wajah......................
Tingkah laku..................
Sememangnya untuk aku.

Aku adalah aku
Aku bukan dia,
Aku juga bukan kita
Malah jauh sekali mereka
Kerana aku seorang saja.

Aku adalah aku
Hidup dan mati  akan tetap menjadi aku
Dan akan tetap begitu hingga akhir hayatku
Kerana jasad dan rohku dah Allah tetapkan begitu.
Tiada siapa yang mampu mengubahnya.

Aku adalah aku
Tiada siapa yang mampu mengambil tempat aku
Pada hati dia, kita dan mereka.
Walau berjuta aku diwujudkan
Mungkin serupa, namun pasti berbeza.
Kerana aku tetap menjadi aku.

Terima Kasih Allah.........
Mencipta aku menjadi aku
Bukan dia, kita dan mereka.



Tazkirah.



Mungkin ada yang kurang jelas:

" Harta yang paling untuk SABAR,
Teman yang paling akrab AMAL,
Pengawal yang paling berwaspada DIAM,
Bahasa yang paling indah SENYUM,
Orang yang paling manis MANIS.
Orang yang menghulurkan senyuman dengan IKHLAS,
Kerana selain sedekah,
Senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati
& senyuman itu tidak menyakitkan
Tetapi menjadi penawar hati yang sakit .

Bersabar, beramal, senyum dan ikhlas selalu.......

Thursday, December 3, 2009

Perodua Alza.

Sik teringinkah..?

 






Perodua MPV Alza – Pandang Dalam


Perodua MPV Alza – Konsol Gear Di Depan

 
Perodua MPV Alza – Papan Pemuka

Macam nie? Lawa sik kereta MPV baru dari Perodua, Perodua Alza, udah dilancarkan dalam bulan November ya tek. Apa  nak maksud Alva ya o?  Tapi dari wikipedia, alva ya merupakan sejenis jenama kenderaan tahun 1920an dolok yang berasal dari Perancis. Apa kenak mengenak antara keduaknya. Ibuk penin palak. Dah diberi nama Alza, pakei jaklah. Gambar di atas merupakan mukadimah atau preview kepada Perodua MPV baru. Tanggar jaklah mun sik dapat nak beli....... Sedap juak nama Alza tok....macam nama urang jak.

Sedikit Info Tentang Perodua Alza:

Ianya mempunyai 7 kerusi yang hanya boleh memuatkan 5 penumpang dewasa dan 2 penumpang kanak-kanak. Jadi, kepada sesiapa yang berkeluarga besar, Proton menawarkan varian terbaru Exora B-Line untuk membantu anda mengangkut ahli-ahli keluarga dengan selesa. Jika tidak mahu akan kereta nasional, terdapat pelbagai pilihan MPV bukan nasional yang boleh dipilih seperti Nissan Grand Livina, Hyundai Starex, Toyota Avanza mahupun Toyota Innova, selain dari model Naza Citra dan Rondo.

Harga :

Perodua Alza 1.5L Standard M/T
Perodua Alza 1.5L Premium M/T
Perodua Alza 1.5L Standard A/T
Perodua Alza 1.5L Premium A/T
Solid – RM55,490
Solid – RM60,490
Solid – RM58,490
Solid – RM63,490
S. Metallic – RM56,190
S. Metallic – RM61,190
S. Metallic – RM59,190
S. Metallic – RM64,190

Perbandingan harga di antara varian Perodua MPV Alza
Sekalung tahniah kepada Perodua kerana memahami keperluan pengguna untuk kereta berkualiti setaraf Toyota pada harga kereta nasional. Kekalkan nilai ini untuk terus berjaya.

Beza Cinta - L & P....




Membahaskan soal 'cinta ' bukanlah perkara yang mudah, kerana memang sampai kini belum ada penelitian yang boleh menghuraikan cinta secara definitif. Namun secara gramatikal, cinta dikatakan sebagai perasaan yang sangat mendalam, yang bersifat subjektif dan mengandungi gejolak emosi yang posisif. Sejak kecil manusia sudah diajarkan untuk mengenal cinta, walaupun penerapannya berbeza setelah manusia tersebut menginjak dewasa. itulah sebabnya mengapa pengertian cinta antara dua insan pada akhirnya menjadi berubah dan berbeza.

Apakah bezanya?

1.   Benarkah perempuan lebih memerlukan perhatian, sedangkan lelaki lebih memerlukan kepercayaan?
Benar.  Dengan perhatian sekecil apapun, perempuan akan merasa istimewa dan dicintai. Sedangkan lelaki menganggap jika perempuan yang dicintainya mempercayainya sepenuh hati, itu bererti perempuan yang dicintainya menyakini bahawa ia telah melakukan yang terbaik bagi mereka berdua.

2.   Benarkah perempuan lebih memerlukan pengertian, sedangkan lelaki lebih memerlukan penerimaan?
Benar.  Lelaki selalu boleh mendengarkan tanpa menghakimi dan dapat meluahkan rasa simpatinya pada perempuan tercintanya. Sikap lelaki yang mudah memahami ini bukan didapati kerana mengetahui fikiran atau perasaan seorang perempuan. Hal ini kerana lelaki selalu berusaha mengumpulkan makna-makna dari apa yang dia dengar dan dia lihat untuk membenarkan apa yang disampaikan oleh kekasihnya. Bila perempuan dengan penuh cinta menerima lelaki tanpa berusaha mengubahnya, barulah lelaki merasa bahagia.

3.   Benarkah perempuan lebih memerlukan rasa hormat, sedangkan lelaki lebih memerlukan penghargaan?
Tentu saja benar. Perempuan merasa dihormati bila lelaki menganggapnya dengan mengakui dan mengutamakan hak-hak, harapan dan keperluan-keperluannya. Bila tingkah laku lelaki itu mempertimbangkan fikiran-fikiran dan perasaannya, perempuan tersebut pasti merasa dihormati. Sedangkan bagi lelaki, penghargaan merupakan reaksi alami terhadap perasaan yang didukunginya. Jika usahanya dihargai, lelaki akan tahu bahawa usahanya tidak sia-sia. Hal ini boleh mendorong lelaki untuk boleh berbuat lebih banyak. Lelaki yang merasa dihargai secara automatik akan lebih bersemangat dan terdorong untuk lebih menghormati pasangannya.

4.   Benarkah perempuan lebih memerlukan kesetiaan, sedangkan lelaki lebih memerlukan rasa kagum?
Benar.  Logiknya, jika perempuan merasa dirinya yang terpenting dalam kehidupan lelaki yang dicintainya maka dia dengan mudah akan memberikan rasa kekagumannya. begitu pula sebaliknya bila lelaki merasa dikagumi, dia akan merasa cukup ikhlas untuk membaktikan diri bagi isterinya dan menyanjunginya.

5.   Benarkah perempuan lebih memerlukan ketegasan, sedangkan lelaki lebih memerlukan persetujuan?
Benar sekali. Setiap pasangan yang akan memulai hubungan, biasanya setelah lelaki menerima persetujuan yang diperlukan, dia jadi lebih mudah untuk menghargai perasaan-perasaan si perempuan. Sedangkan perempuan akan lebih merasa dicintai dengan lebih jika lelaki yang dicintainya boleh menerimanya dengan bukti menegaskan keabsahan hubungan mereka.

" Cinta adalah sebuah perasaan yang universal sehingga akan selalu ada selagi manusia itu ada "



Wednesday, December 2, 2009

Keletihan...



Ada ketikanya seseorang pekerja mengadu keletihan selepas pulang ke rumah.  Mereka bekerja di ladang dan sebagai buruh binaan akan berasa tubuh badan letih dan sakit-sakit kerana banyak keluarkan tenaga ketika menggunakan tulang empat kerat.

Mereka yang bekerja di pejabat pula mengadu letih terutama minda dan mata kerana terlalu kerap bermesyuarat, berfikir dan menghadap komputer.

Selain memakan vitamin dan pelbagai makanan tambahan berkhasiat, seseorang pekerja boleh mengelak keletihan dengan pelbagai cara yang disyorkan doktor dan orang tua.  Jika tidak, sikap malas, lesu dan bosan akan menguasai diri hingga menjejaskan produktiviti.  Untuk menghilangkan rasa letih, beberapa petua boleh dicuba.  Antaranya;

Ketika bekerja, kita hendaklah terus menyenangi apa yang kita lakukan walaupun berat dan membebankan.  Kita harus ada minat dalam setiap pekerjaan yang kita buat.


Gunakan waktu istirehat untuk berehat dan bersantai .  Lakukan dengan menarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat.  Ini akan meningkatkan tenaga dan tumpuan ketika bekerja.  Jika bekerja di pejabat dan kerap menggunakan komputer, berehatlah lima atau 10 minit dengan memandang ke luar pejabat atau berbual-bual di ruang tamu.  Elak menggunakan komputer secara berterusan melebihi sejam.


 Buat skala dan jadual keutamaan terhadap pekerjaan yang harus diselesaikan terlebih dulu.  Ini akan membuat kita tidak terburu-buru dalam bekerja.  Banyak minum air mineral:  Air putih dapat menimbulkan kesegaran dan melancarkan metabolisme tubuh.


Untuk mengendurkan otot-otot yang mulai kaku, lakukan gerak badan atau senam ringan, di dalam atau di luar ruang kerja.  Bila pejabat anda terletak di bangunan bertingkat, untuk naik-turun pilihlah menggunakan tangga daripada lif.  Jika surau pejabat anda di tingkat satu dan anda bekerja di tingkat lima, apa salahnya turun naik menggunakan tangga untuk menunaikan solat.


Cantik.........




Cantik dan tampan atau langsing dan sasa sering menjadi ukuran paling utama dalam memilih pasangan.  Cinta sejati seharusnya tidak pernah memandang pada sifat fizkal seseorang sama ada gemuk, kurus, hitam ataupun putih.  Bagi anda yang terlalu memilih ingatlah kasih sayang dan kejujuran adalah lebih utama daripada wajah dan tubuh badannya.  Jangan malu andainya pasangan anda gemuk atau hitam kerana seharusnya anda bangga kerana anda benar-benar mencintainya kerana hati dab bukan bersandarkan paras rupa.  Cantik dan tampan tidak seharus menjadi ciri utama yang harus ada dalam sesebuah percintaan kerana :-

۞   Jika seorang lelaki mengatakan dia mecintai anda semata-mata kerana  kecantikan, awaslah! Anda mungkin akan ditinggalkan apabila sudah tidak cantik lagi.  Jika seorang lelaki mengatakan dia sanggup berkorban apa saja demi cintanya kepada anda dan apabila anda bertanya mengapa, dia memberitahu kerana terpesona dengan wajahmu, awas! Anda akan ditinggal apabila wajah anda tidak lagi mempersonakan.

۞   Jika anda memiliki wajah yang cantik, usah terlalu genbira kerana mungkin anda akan bertemu dengan lelaki yang salah.  Jika anda berasakan anda tidak cantik, jangan pula bersusah hati sebab lelaki sejati adalah mereka yang menilai wanita secara tersendiri.  Cinta yang dibibitkan oleh kecantikan dan ketampanan semata biasanya tidak kekal hingga ke hujung.

۞   Kecantikan dan ketampanan adalah tiket kebahagiaan tetapi tiket itu tidak kekal sepanjang zaman.  Ada ketikanya tiket itu akan sampai ke tempoh tamat, hanya mereka yang tidak terlalu meletakkan kecantikan sebagai tiket percintaan akan kekal, selain dan selebihnya akan mengorak langkah pergi.

۞   Bagaimana cantik dan tampan seseorang itu, ia akan pudar.  Kecantikan atau ketampanan bukan teras keintiman.  Ia alat untuk menikmati sebahagian kehidupan yang terbaik, namun ia bukan yang terbaik.  Wajah yang indah dipandang akan menjadi cuka yang memasamkan kehidupan jika yang lain-lain tidak cantik.

۞   Kopi pahit, jika dibiarkan berdiri dengan sendiri, tetapi kopi menjadi enak apabila digandingkan dengan gula dan susu.  Anda cantik, maka anada boleh berdiri sendiri tapi tanpa keperibadian dan iman yang padu, anda ibarat kopi tanpa gandingan gula dan susu.  Selama mana boleh bertahan?  Sebaik-baik kopi pahit dinilai dari sudut kepahitannya, tapi apabila ada kopi bersusu dan bergula, ia akan sentiasa lebih disukai dan akan terus disuka.



" Was she so loved because her eyes were so beautiful or were she so beautiful because she was loved…???"


Kecantikan sebenar bukan terletak di wajah tapi di hati dan peribadi.

Tuesday, December 1, 2009

Lidah Buaya ( Aloe Vera ).





Satu lagi nama tumbuhan yang sememangnya sinonim dengan kecantikan iaitu lidah buaya atau lebih dikenali dengan nama sainsnya Aloe Vera.  Tumbuhan ini amat mudah hidup dan tahan kemarau.  Selain itu minyaknya amat mudah meresap ke dalam kulit kerana lempannya yang tinggi.  Oleh itu, ia memang sesuai untuk tujuan kosmetik.  Di Australia ia ditanam secara komersil dan menguntungkan.

Banyak produk kecantikan yang terkenal menggunakan Aloe Vera sebagai bahan dalam ramuan kosmetik mereka.  Keberkesanan Aloe Vera diperakui melalui kajian saintifik yang telah dijalankan.  Aloe Vera digunakan sebagai krim untuk melembab, melindung matahari, membersih serta digunakan juga sebagai syampu.  Komposisi zat yang diperlukan oleh kulit sememangnya tinggi dalam Aloe Vera.  Malahan tanpa mengekstrak tumbuhan ini untuk dicampur dengan bahan kimia lain ia mampu menghilangkan kesan parut iaitu membaikpulih sel-sel kulit yang rosak atau mati.  Ia juga mampu mengatasi infeksi kulit seperti gatal-gatal dan disebabkan terik matahari.  Jus Aloe Vera yang diambil terus dari pokoknya sangat elok untuk kesihatan kulit.

Selamat Mencuba.....................

Kembara Tanjung manis, Rejang dan Belawai.





Di antara pemandangan di Tanjung manis........






 

 
 Kenangan dalam Feri ( terpaksa melalui 5 feri utk ke Tanjung manis dari kampung Igan. Bayaran RM1.)


 
 Sempat juak bergambar sebelum menjamu makan tengahari.

 

 

 
 Saat paling rindok...menjamu selera di Tanjung Manis...

 

 

 

 

 

 
 Selepas makan tengahari bersiar-siar di Bandar Baru Tanjung Manis.

 
 Jejak Kasih.....bapak berjumpa ' anak saudara' sejak 40 lebih tahun sik bertemu ( Di Kampung Rejang )

29 November 2009..kembara bermula dgn adik beradik yg lain. Pkl 0530 pagi dah bangun tidur, menyiapkan segala persiapan. Mcm-mcm menu yg disediakan. Nang nak mkn ajak... Kejutkan dak anak-anak, liat nak bangun, ni endak agik nak tidur dikejutkan. Kembara bermula pkl 0715 pagi. Utk sampei ke Tanjung Manis perlu melalui 5 buah feri, mun sik ada feri rasanya utk sampei Tanjung Manis hanya lebih kurang 1 jam ckit jak dari Daro.  Kembara yg amat menyeronokkan, sik terasa letih semasa driving. Balit dari Belawai lebih kurang pkl 15:30 terus ke Daro utk makan malam. Balit dari Daro lebih kurang pkl 20:00 lebih dlm hujan dan angin yg agak kuat. Sik dpt nak drive laju, sik nampak jln. Sampei rumah dekat pkl 22:00 malam, lps mandi terus landing, letih gilak rasanya...namun ia satu kembara yang menyeronokkan.