Thursday, December 10, 2009

Wanita dan Kerjaya.



Penglibatan dan peranan wanita dalam membangunkan masyarakat dan negara adalah penting berasaskan kepada tugas dan tanggungjawab malah merupakan satu usaha positif untuk mencapai tahap lebih tinggi berdasarkan kepada konsep pembangunan bersepadu iaitu dari aspek fizikal dan mental setanding dengan kaum lelaki. Islam tidak menghalang wanita untuk melaukan pekerjaan di luar rumah sekirannya ia merupakan keperluan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Malahan Islam menganggap pekerjaan yang dilakukan oleh wanita atau lelaki merupakan suatu ibadah selagi dilakukan dengan niat yang ikhlas dan tidak terkeluar dari landasan dan peraturan Islam.Sebagai contoh, wanita-wanita pada zaman Nabi Muhammad s.a.w turut sama membantu keluarga mereka seperti menggembala, bertani, berniaga dan sebagainya.

Adalah menjadi kebiasaan bagi wanita bekerja membantu keluarga dan penglibatan mereka tidak menimbulkan masalah kerana budaya masyaakat Malaysia tugas-tugas di luar rumah sudah menjadi perkara biasa dan sangat diharapkan bagi membantu menambahkab pendapatan keluarga yang nyata memerlukan sumber kewangan lebih.

Bagi wanita yang bekerjaya, tanggungjawab mereka juga semakin bertambah kerana wanita yang bekerjaya perlu melaksanakan tanggungjawab sebagi pekerja dan memastikan segala tugasan dilakukan dengan sempurna maka secara tidak langsung wanita bukan sahaja memikul tanggungjawab sebagi isteri, ibu, malahan sebagai pekerja.

Faktor pertama yang menyebabkan wanita bekerja ialah  pendidikan yang mereka miliki dan keinginan untuk mahu menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang ada secara total.Tidak dapat disangkal lagi wanita yang bekerja dapat mengimplementasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka dan dalam masa yang sama mereka mampu memperoleh pendapatan sendiri sekali gus membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

Perubahan sosial dan keperluan ekonomi yang tinggi juga merupakan antara faktor wanita keluar bekerja kerana tuntutan ini memerlukan mereka membantu suami untuk membentuk keluarga yang bahagia dan selesa serta meringankan beban suami.

Walau apa sekalipun faktor yang menjuruskan wanita, isteri dan ibu keluar bekerja, tanggungjawab dan pembahagian masa antara keluarga dan kerjaya perlulah seiringan agar tidak mengabaikan mana-mana pihak. Wanita bekerja perlu memastikan keperluan rumahtangga dantanggungjawab sebagai isteri dan ibu perlu dilaksanakan sebaik mungkin walaupun mereka terpaksa bekerja pada siang harinya dan ketika di pejabat mereka juga perlu memberikan komitmen yang penuh untuk melunaskan tugas yang diberikan kepada mereka.

Wanita perlu menghargai kepercayaan yang diberikan oleh suami kepada mereka dan perlu menjaga nama baik suami dan keluarga ketika berada dil luar dan pihak suami sewajarnya memberi perhatian dan panduan serta bimbingan sekiranya isteri mereka memerlukan pendapat dan tempat untuk meluahkan masalah kerana sifat tolak ansur dan tolong-menolong ini mampu melahirkan keluarga yang aman bahagia.

1 comment:

  1. salam,

    Wanita hari ni same2 bekerja membanting tulang. Apa lagi dengan taraf pendidikan dan keperluan hidup yang meningkat. Tapi kene juga pegi ke ceruk dapur jugak.

    ReplyDelete