Cantik dan tampan atau langsing dan sasa sering
menjadi ukuran paling utama dalam memilih pasangan. Cinta sejati seharusnya tidak pernah
memandang pada sifat fizkal seseorang sama ada gemuk, kurus, hitam ataupun putih. Bagi anda yang terlalu memilih ingatlah kasih
sayang dan kejujuran adalah lebih utama daripada wajah dan tubuh badannya. Jangan malu andainya pasangan anda gemuk atau
hitam kerana seharusnya anda bangga kerana anda benar-benar mencintainya kerana
hati dab bukan bersandarkan paras rupa.
Cantik dan tampan tidak seharus menjadi ciri utama yang harus ada dalam
sesebuah percintaan kerana :-
۞ Jika seorang lelaki mengatakan dia mecintai
anda semata-mata kerana kecantikan,
awaslah! Anda mungkin akan ditinggalkan apabila sudah tidak cantik lagi. Jika seorang lelaki mengatakan dia sanggup
berkorban apa saja demi cintanya kepada anda dan apabila anda bertanya mengapa,
dia memberitahu kerana terpesona dengan wajahmu, awas! Anda akan ditinggal
apabila wajah anda tidak lagi mempersonakan.
۞ Jika anda memiliki wajah yang cantik, usah
terlalu genbira kerana mungkin anda akan bertemu dengan lelaki yang salah. Jika anda berasakan anda tidak cantik, jangan
pula bersusah hati sebab lelaki sejati adalah mereka yang menilai wanita secara
tersendiri. Cinta yang dibibitkan oleh
kecantikan dan ketampanan semata biasanya tidak kekal hingga ke hujung.
۞ Kecantikan dan ketampanan adalah tiket
kebahagiaan tetapi tiket itu tidak kekal sepanjang zaman. Ada ketikanya tiket itu akan sampai ke tempoh
tamat, hanya mereka yang tidak terlalu meletakkan kecantikan sebagai tiket
percintaan akan kekal, selain dan selebihnya akan mengorak langkah pergi.
۞ Bagaimana cantik dan tampan seseorang itu,
ia akan pudar. Kecantikan atau
ketampanan bukan teras keintiman. Ia
alat untuk menikmati sebahagian kehidupan yang terbaik, namun ia bukan yang
terbaik. Wajah yang indah dipandang akan
menjadi cuka yang memasamkan kehidupan jika yang lain-lain tidak cantik.
۞ Kopi pahit, jika dibiarkan berdiri dengan
sendiri, tetapi kopi menjadi enak apabila digandingkan dengan gula dan
susu. Anda cantik, maka anada boleh
berdiri sendiri tapi tanpa keperibadian dan iman yang padu, anda ibarat kopi
tanpa gandingan gula dan susu. Selama
mana boleh bertahan? Sebaik-baik kopi
pahit dinilai dari sudut kepahitannya, tapi apabila ada kopi bersusu dan
bergula, ia akan sentiasa lebih disukai dan akan terus disuka.
" Was she so loved because her eyes were so beautiful
or were she so beautiful because she was loved…???"
Kecantikan sebenar bukan terletak di wajah tapi di
hati dan peribadi.
No comments:
Post a Comment