Satu lagi nama tumbuhan yang sememangnya sinonim dengan kecantikan iaitu lidah buaya atau lebih dikenali dengan nama sainsnya Aloe Vera. Tumbuhan ini amat mudah hidup dan tahan kemarau. Selain itu minyaknya amat mudah meresap ke dalam kulit kerana lempannya yang tinggi. Oleh itu, ia memang sesuai untuk tujuan kosmetik. Di Australia ia ditanam secara komersil dan menguntungkan.
Banyak produk kecantikan yang terkenal menggunakan Aloe Vera sebagai bahan dalam ramuan kosmetik mereka. Keberkesanan Aloe Vera diperakui melalui kajian saintifik yang telah dijalankan. Aloe Vera digunakan sebagai krim untuk melembab, melindung matahari, membersih serta digunakan juga sebagai syampu. Komposisi zat yang diperlukan oleh kulit sememangnya tinggi dalam Aloe Vera. Malahan tanpa mengekstrak tumbuhan ini untuk dicampur dengan bahan kimia lain ia mampu menghilangkan kesan parut iaitu membaikpulih sel-sel kulit yang rosak atau mati. Ia juga mampu mengatasi infeksi kulit seperti gatal-gatal dan disebabkan terik matahari. Jus Aloe Vera yang diambil terus dari pokoknya sangat elok untuk kesihatan kulit.
Selamat Mencuba.....................
No comments:
Post a Comment