Wednesday, December 29, 2010

Ubah persepsi.

"Walau apa pun kepercayaan anda, betul atau salah, ia tetap betul pada diri anda". Ia penting untuk mengingati bahawa kepercayaan seseorang adalah benar sama ada baik ataupun buruk dan sering kali menjadi realiti. Oleh yang demikian, jika anda menjangkakan akan melakukan kesilapan dalam pembentangan kertas kerja, sudah pasti anda akan melakukan kesilapan. Cara terbaik untuk merubah persepsi anda adalah dengan menukar persoalan 'kenapa' kepada 'bagaimana', ia mungkin kedengaran mudah tetapi otak anda juga bagaikan komputer. Ia akan mengeluarkan jawapan terhadap persoalan yang anda berikan.

Setiap individu mempunyai aspirasi untuk melonjakkan diri ke hadapan tetapi sering kali tidak mampu bergerak ke mana-mana apabila berada di zon selesa. Bagaimanapun, menjalani kehidupan mengikut rentak yang anda tentukan sememangnya amat memberi keselesaan. Ubahlah pandangan negatif kepada positif. Kita sering melakukan sesuatu perkara mengikut gerak hati atau kata hati. Ada kalanya ia memberi kebaikan malah ada juga yang mendatangkan keburukan.

Berfikiran secara kritikal dapat membantu anda menyelesaikan masalah sebaik mungkin. Apa kata anda mencuba teknik ini. Cuba lawan imej atau unsur negatif melalui kata hati dengan kata-kata semangat yang akan membuatkan anda merasa cabaran di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. sebagai contoh jika anda berkata pada diri sendiri : "Saya tidak gemar bersukan. Saya rasa tidak boleh melakukan maraton sejauh 10 km itu.". Ubah ia kepada : "Saya akan melakukan cabaran ini untuk mendapatkan tahap kesihatan yang lebih baik.".

Wednesday, December 22, 2010

Adab-adab bersahabat.


1.   Seseorang yang menjalinkan persahabatan hendaklah saling mengutamakan kepentingan sahabatnya dengan harta, tenaga, kepandaian dan sebagainya di samping memenuhi keperluan masing-masing tanpa dipinta.

2.   Teguh menyimpan rahsia dan keaiban sahabatnya samada di hadapan atau dibelakangnya.

3.   Sentiasa menjaga percakapan masing-masing dengan kata-kata yang menggembirakan dan sentiasa hormat-menghormati di antara satu sama lain.

4.   Memanggil nama sahabatnya dengan nama yang disukai oleh sahabatnya.

5.   Bersedia untuk memaafkan kelemahan dan kesalahan dengan cara yang disenangi, seperti tidak memarahinya tetapi sebaliknya memberikan nasihat dan teguran yang baik.

6.   Mendoakan sahabatnya agar sentiasa di dalam petunjuk dan mampu menunaikan amanah semasa hidup atau matinya.

7.   Berusaha meringankan beban keluarganya semasa adanya atau setelah ketiadaannya.

8.   Tidak memberatkan sahabatnya dengan bebanan yang menyulitkan serta bersedia untuk sama-sama menghadapi kegembiraan atau kesediaan dan sentiasa berbuat baik kepadanya.

9.   Tidak memotong percakapannya ketika dia sedang bercakap dan mendengar sehingga selesai percakapannya.

10. Sentiasa mendahuluinya memberi salam dan memberi penghormatan padanya apabila dia meninggalkan majlis. Luqman Al-Hakim berpesan kepada anaknya : " Wahai anakku, duduklah engkau berhampiran ulama' kerana hati akan hidup dengan hikmah iaitu ilmu yang memberi manfaat di akhirat seperti bumu subur apabila dibasahi hujan ".

Tuesday, December 14, 2010

Batang Ai, Sarawak.

Semalam cuti-cuti Sarawak dengan family, berkesempatan untuk pergi ke Batang Ai yang terletak di Sri Aman. Terasa damai bila berada di sana. Pemandangan cukup cantik dan masih mengekalkan keasliannya.



Pemandangan indah dan mendamaikan.

Saturday, December 11, 2010

Selamat Pengantin baru- 11 Disember 2010.

















Selamat Pengantin Baru, moga kekal hingga ke akhir hayat..Amin....

Monday, November 29, 2010

Suami Orang.


Adakah anda sedang dilamun cinta? Anda mungkin dalam dilema apabila jejaka yang anda cinta adalah suami orang. Sebelum anda membuat keputusan, baik anda fikir masak-masak dahulu sebelum nasi menjadi bubur.

Si dia tidak akan berani membuat sebarang komitmen dengan anda: Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan anda. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!,

Sanggup Menipu Isteri  :  Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu  kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

Hubungan secara sulit  :  Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri  si dia. mati kamu kena  serang.

Lelaki lebih beruntung   :  Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripad empat.

Kamu menipu diri sendiri   :  Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words "(pandai cakap tapi buatnya tidak )

Si dia akan hilang hormat terhadap kamu   :  Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja.

Mampukah kamu mencintainya   :  Persoalannya, apakah kamu masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya?. Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan iaterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!.

Berwaspadalah dengan "Boomerang kesalahan"   :  Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita atau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara mara. Jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menganggung segala derita. Haii...kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita..!.

Friday, November 26, 2010

Jenis Manusia Di doa Malaikat.


Percaya kepada Malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan  malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah :-

1.   Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2.   Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3.   Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
4.   Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf ).
5.   Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-fatihah.
6.   Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
7.   Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
8.   Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9.   Orang yang membelanjakan harta (infak).
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Waallahu'alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. Insya Allah.

Wanita.

Tertarik....


Wanita Solehah

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama........

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan....

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah........

Tabah jiwaku setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar......

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....

Tepuk dada, tanya keimanan anda............

Friday, November 19, 2010

Persaraan Cikgu Mustafa Abdullah.

Lensa :

Beri ucapan terakhir..

Menyampaikan sajak ciptaan sendiri '' Rupanya Aku Masih Hidup".

Bersalaman dengan pelajar-pelajar...

Mengetip untuk terakhir kali..

Menandatangan Buku Melapor untuk kali terakhir.

Wajah Cikgu Mustafa, seorang yang simple dan sempoi.. sentiasa happy go lucky..serta mudah mesra.

Motosikal baru ye..Cikgu..

Terima kasih Cikgu Mustafa Abdullah, atas kerjasama dan sumbangan idea serta tenaga yang diberikan sepanjang berkhidmat di SMKD. Tqvm, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Wednesday, November 10, 2010

Lensa : MPSH Sedidik Zon Mukah tahun 2010.

Berlangsung pada 6 November 2010 di Hotel Kingwood , Mukah.

Ucapan Aluan dan Ucapan Perasmian.

Antara tetamu jemputan yang hadir.

Persembahan oleh Kanak-kanak Sedidik Mutiara Dalat & Sedidik Mutiara Balingian.

 Persembahan oleh Kanak-kanak Sedidik Perdana Mukah & Sedididk Mutiara Oya.

Gambar kenangan Para Graduan bersama Tetamu Kehormat, Tuan Residen Bahagian Mukah.
  
Penyampian Sijil Dan Hadiah.


Tarian Rampaian oleh kanak-kanak Sedidik Mutiara Igan, wakil ke Zon Mukah ke Pertandingan 'Got Talents' yang diadakan di Kuching pada 10 November hingga 11 November ini.

Para Graduan bersama Tetamu Kehormat & Jemputan.

Betul kata pepatah lama : " Melentur buluh biarlah dari rebungnya "

Tip Etika Menghadiri Majlis.



Pengkongsian Maklumat:

Menghadiri Majlis, bukan sekadar pergi, makan dan balik. Ketika menghadiri sesuatu majlis, tidak kira formal mahupun tidak formal. Jangan lupa etiket-etiket (Peraturan tingka laku @ sopan santun ) berikut:

1.   Memberi salam. Bergantung kepada majlis. Kini, semakin banyak majlis yang dianjurkan oleh kaum bukan Islam. Jika majlis tersebut dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat daripada campuran pelbagai agama, memadailah mengucapkan kata-kata ucapan yang bersesuaian.

2.   Ketika sampai ke majlis tertentu, perkenalkan diri anda kepada penganjur ataupun tuan rumah. Sebut nama anda dan dari organisasi mana dengan jelas dan betul. Berkelakuanlah dengan kelakuan yang sopan dan tertib.

3.   Sewaktu memperkenalkan diri, hulurkan tangan dengan teliti. Jangan terlalu kasar. Biarkan genggaman tangan anda erat dan mesra ( sesama jenis saja ).

4.   Jika anda sampai ke sesuatu majlis, carilah tempat duduk di tempat yang masih kosong. Jangan mengambil tempat orang lain.

5.   Ingatlah, anda dijemput oleh penganjur untuk meraikan majlis. Hormatilah penganjur dan tuan rumah kerana kesudian mereka menjemput anda. Hormati tetamu lain dan berjabat tangan jika perlu.

6.   Baik lelaki mahupun wanita, etika berpakaian ke majlis perlulah sopan dan menapati tema. Sesetengah penganjur telah menetapkan tema pakaian dalam kad jemputan. Tema yang popular  ialah batik, pakaian kebangsaan, kemas, kasual atau yang bersesuaian. Elakkan memakai jean ketika ke majlis bagini.

7.   Pilihlah bau-bauan yang lembut supaya ia tidak memeningkan tetamu lain. Jika boleh gunakan bau-bauan yang ringan dan tidak pekat. Jangan memakai aksesori yang berlebihan sehingga mengganggu tumpuan tetamu lain.

8.   Jika anda lewat tiba sedangkan majlis sudah bermula, ambillah tempat di bahagian belakang. Elakkan terus duduk di tengah-tengah atau di hadapan melainkan disarankan oleh penganjur.

9.    Jangan berbisik-bisik berdua di dalam majlis kerana ia kurang sopan pada pandangan orang lain. Apatah lagi, perbuatan anda itu diikuti dengan anda memandang-mandang orang lain.

10.  Jangan asyik ketawa terbahak-bahak ataupun syik ketawa tanpa sebab. Hormati majlis yang anda hadiri.

11.   Hormati majlis yang anda hadiri. Janganlah membiarkan mata anda melihat ke sana ke mari tanpa arah. Ini memperlihatkan diri anda sebagai seorang yang tidak sopan.

12.   Hendaklah setiap anggota majlis menjaga tutur kata dan bicara di dalam majlis yang dihadiri. Jangan terang-terangnya mengatakan hidangan yang disajikan tidak sedap. Hiasan tidak cantik dan tuan rumah tidak cantik. Semua perbuatan ini adalah sangat tidak manis dan tidak digalakkan sama sekali dalam Islam, malah boleh mengundang dosa besar.

13.  Menjaga tingkah laku dalam majlis sangat penting. Jangan sampai menjatuhkan maruah orang lain mengenai tindakan anda. Ini akan memalukan tuan rumah. Elakkan kelakuan kurang sopan seperti menguap atau membuang hingus atau sendawa di dalam majlis.

14.  Sentiasa ingat untuk menutup telefon bimbit anda ketika menghadiri majlis. bunyi telefon bimbit lazimnya mengganggu tumpuan tetamu ketika dalam majlis terutamanya majlis-majlis seminar.

15.  Elakkan membawa anak-anak kecil anda ke majlis terutama yang formal. Anak kecil biasanya sukar dikawal ketika menghadiri majlis. Malah, merka juga sukar memberikan tumpuan.

16.  Dalam mana-mana majlis sekalipun, anda dilarang meninggikan suara. Jika mahu bercakap, cakaplah dengan nada suara yang sederhana. Jangan sekali-kali bercakap kasar dan nampak angkuh.

17.  Jika majlis diadakan di sebuah rumah, jangan cuba untuk curi-curi masuk ke bilik lain. Ia satu perbuatan yang tidak sopan. Mungkin tuan rumah ada menyimpan barang berharga dan apabila berlaku kecurian, ia mungkin mendatangkan masalah kepada anda.

18.  Jika anda tidak sihat, cuba duduk di bahagian belakang. Ini memudahakan anda keluar masuk ke dewan. Terutamanya jika anda mahu ke tandas. Jika anda menghidap penyakit yang mudah berjangkit seperti selesema atau batuk, seeloknya anda tidak menghadiri majlis berkenaan. Berterus terang kepada tuan rumah yang mengundang akan keadaan kesihatan anda yang tidak mengizinkan.

19.  Jika penganjur memberikan anda cenderahati, ucapkanlah terima kasih dan sentiasa bermanis muka dengan mereka. Jangalah terlalu gopoh dan membuka terus hadiah berkenaan pada masa itu juga. Mungkin hadiah yang anda terima tidak sama dengan tetamu lain. Apabila dilihat tetamu lain hadiah anda yang lebih mahal contohnya, tentu akan rasa tersinggung dan sakit hati.

20.  Elakkan daripada tidur di majlis tersebut. Jika anda terlalu mengantuk, pergilah ke tandas dan basuh muka. Hormati tuan rumah ataupun penganjur. Perbuatan anda yang tertidur di majlis orang hanya akan memeberi gambaran bahawa majlis bekenaan sangat membosankan.

21.  Sesetengah majlis ditutup dengan sedikit ucapan. Hormati majlis dan jangan bangun atau berdiri sebelum majlis penutup berakhir. Dalam majlis ilmu atau agama lazimnya ditutup dengan bacaan doa 'kaffarah'.

22.  Sebelum pulang, bertemulah penganjur ataupun tuan rumah untuk mengucapkan selamat tinggal. Ucapkan terima kasih kepada mereka atas layanan yang diberikan. Berjabat tangan sebelum pulang adalah dialu-alukan. Anggaplah layanan penganjur sebagai suatu sikap yang mulia.

Monday, November 1, 2010

Cerita Bergambar : MPSH SMKD 2010.

Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah SMK Dalat telah diadakan pada 30 Oktober 2010 ( Sabtu ). Lihat sendiri;

Pendaftaran ......
Ucapan.................................
Ibu bapa yang hadir................................


Persembahan daripada pelajar SMKD...........................


Penyampaian Anugerah : Tokoh Modal Insan SMKD 2010.

Majlis Di akhir dengan Cabutan Bertuah.

Maljis telah dirasmikan oleh Encik Anthony Poon Teck Huat, Pegawai Pelajaran Daerah Dalat. Terima kasih.