Wednesday, December 29, 2010

Ubah persepsi.

"Walau apa pun kepercayaan anda, betul atau salah, ia tetap betul pada diri anda". Ia penting untuk mengingati bahawa kepercayaan seseorang adalah benar sama ada baik ataupun buruk dan sering kali menjadi realiti. Oleh yang demikian, jika anda menjangkakan akan melakukan kesilapan dalam pembentangan kertas kerja, sudah pasti anda akan melakukan kesilapan. Cara terbaik untuk merubah persepsi anda adalah dengan menukar persoalan 'kenapa' kepada 'bagaimana', ia mungkin kedengaran mudah tetapi otak anda juga bagaikan komputer. Ia akan mengeluarkan jawapan terhadap persoalan yang anda berikan.

Setiap individu mempunyai aspirasi untuk melonjakkan diri ke hadapan tetapi sering kali tidak mampu bergerak ke mana-mana apabila berada di zon selesa. Bagaimanapun, menjalani kehidupan mengikut rentak yang anda tentukan sememangnya amat memberi keselesaan. Ubahlah pandangan negatif kepada positif. Kita sering melakukan sesuatu perkara mengikut gerak hati atau kata hati. Ada kalanya ia memberi kebaikan malah ada juga yang mendatangkan keburukan.

Berfikiran secara kritikal dapat membantu anda menyelesaikan masalah sebaik mungkin. Apa kata anda mencuba teknik ini. Cuba lawan imej atau unsur negatif melalui kata hati dengan kata-kata semangat yang akan membuatkan anda merasa cabaran di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. sebagai contoh jika anda berkata pada diri sendiri : "Saya tidak gemar bersukan. Saya rasa tidak boleh melakukan maraton sejauh 10 km itu.". Ubah ia kepada : "Saya akan melakukan cabaran ini untuk mendapatkan tahap kesihatan yang lebih baik.".

No comments:

Post a Comment