Friday, October 30, 2009

Cara Usir Emosi Negatif.













Berikut sedikit tip untuk mengusir emosi negatif:- 
  
۝   Kekalkan Senyuman :
Walau dalam keadaan marah sekalipun, cuba untuk mengukir sedikit senyuman. Dengan cara ini kemarahan akan reda dan anda akan memperoleh ketenangan semula. Cubalah jika anda tidak percaya.


۝   Kemaskan Bilik Tidur :
Keadaan bilik tidur yang berselerak akan membuat fikiran kita lebih berserabut. Kemaskan bilik dan anda pasti akan rasa lega semula.


۝   Pakailah Kemeja T-Biru :
Warna biru menjadikan fikiran lebih tenang. Jangan pakai warna oren kerana ia mampu merangsang jiwa yang panas. Warna merah dan ungu merangsang tenaga.


۝   Dengarkan muzik kegemaran :
Semua orang ada muzik kegemaran masing-masing. Mendengar muzik kegemaran boleh merangsang semula semangat anda.


۝   Perbaharui Selera :
Bawakan kelainan dalam makanan harian anda. Misalnya hias ketika menghidangkan dan gunakan pinggan mangkuk yang lain.


۝   Hidu Bau Lemon :
Hiris lemon ke dalam air minuman anda. Baunya yang segar pasti merangsang tubuh untuk bertindak lebih aktif.


۝   Belailah Haiwan Peliharaan :
Membelai haiwan kesayangan dapat menenangkan kembali jiwa anda.

Selamat Mencuba….

Persediaan Menghadapi Orang Nazak.



#   Apabila tanda kematian semakin jelas, usahakanlah agar pesakit menghadap kiblat dengan membaringkannya di atas rusuk kanan (mengereng) dan wajah serta dada menghadap kiblat.

#   Jika sulit kekalkan dalam keadaan berbaring dengan kaki berlunjur dan menghadap kiblat dan kepala diangkat sedikit (jika boleh)

#   Ajarkan orang yang sedang nazak dari kalanganmu agar menyebut Laa Ilaaha Illallaah - Tiada Tuhan Melainkan Allah ( Riwayat Muslim ).

#   Talkinkan dengan lafaz Laa Ilaaha Illallaah. Tidak perlu "Asyhadu......' dan tidak perlu "Muhammad Rasulllah".

#   Jika pesakit telah menyebut Laa Ilaaha Illallaah, berhenti dari Talkin. JIka beliau menyebut perkara lain lagi selepas itu, maka ulangi lagi Talkin supaya akhir kalamnya adalah Laa Ilaaha Illallaah.

#   Membaca Yasin - Tidaklah ada seorang yang sedang nazak, yang dibacakan di sisinya Yasin melainkan akan diringkan Allah dari kesakitan ( sakaratul maut ) - Diriwayatkan  di dalam al-Firdaus dari Abu Darda & Abu Dzar.

#   Merapatkan mata dan menutup tubuh si mati - Rasulullah s.a.w apabila masuk ke rumah sejurus kematian Abu Salamah r.a, baginda merapatkan mata Abu Salamah dan berkata " Sesungguhnya roh itu, apabila dicabut, ia akan diturut oleh pandangan si mati " ( Riwayat Muslim ).

Baca dan buat renungan..



Thursday, October 29, 2009

Renungan : Hadiah.

HADIAH TERBAIK :

Kepada Kawan ........... kesetiaan


Kepada Musuh ............ kemaafan


Kepada Ketua .............. khidmat


Kepada yang Muda ............ contoh terbaik


Kepada yang Tua ........... hargai budi mereka dan kesetiaan


Kepada Pasangan ............ Cinta dan Ketaatan


Kepada Manusia ............ kebebasan



Sarapan..





Pengambilan sarapan pagi sering kali dipandang remeh oleh segelintir orang. Namun, tahukah anda mereka yang sering mengambil sarapan padi adalah antara yang tergolong dalam golongan mereka yang sihat. Biasanya mereka akan menpunyai tenaga yang banyak, mampu berfikir secara rasional dan mempunyai kurang peluang untuk berhadapan dengan masalah berat badan. Malah, pakar pemakanan juga menyifatkan mereka yang bersarapan mempunyai potensi untuk hidup lebih lama.

Kajian telah membuktikan bahawa pengambilan sajian yang sesuai sebelum waktu tengahari akan memperbaiki  fungsi tubuh badan sekali gus memberi tenaga dalam menyudahkan tugasan harian. Selain itu, bersarapan pagi juga mampu menambah konsentrasi dan keupayaan menyelesaikan masalah sepanjang hari, seterusnya memberi impak kepada hasil kerja yang dilakukan. Ada juga yang berpendapat mengabaikan pengambilan sarapan pagi merupakan salah satu cara untuk menguruskan badan. Pendapat ini tidak benar sama sekali, malah ia boleh memudaratkan diri.

....So, jangan lupa untuk bersarapan pagi untuk kesihatan.



Wednesday, October 28, 2009

Renungan bersama..







Kita perlu berusaha untuk mencapai impian, walaupun di depan kita ,1000 cabaran dan rintangan mungkin akan kita tempuhi dan harungi.  Yakinlah ....kita mampu melakukannya.

Tuesday, October 27, 2009

Tip hadapi dugaan....





Hidup ini umpama pelayaran di lautan. Adakala kita akan dipukul ombak dan taufan. Demikianlah kehidupan kita, tidak selalunya indah dan tidak semua impian akan dikecapi. Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang akan kita harungi dan tempuhi. Namun semua itu ketentuan Ilahi, kita perlu redha. Berikut beberapa tip jika kita menghadapi dugaan dalam hidup. 

@   Belajar menerima setiap ketentuan yang datang. Setiap dugaan yang hadir perlulah kita hadapi dengan tabah. Ketabahan itu sebenarnya menjadikan kita lebih matang dalam berfikir.

@   Berfikiran terbuka setiap masa. Jadikanlah setiap apa yang berlaku itu sebagai panduan serta memberikan pengajaran kepada diri kita sendiri untuk melalui kehidupan seterusnya di hari muka.

@   Ceburkan diri dengan pelbagai aktiviti  di luar rumah supaya hidup kita akan sentiasa selesa. Aktiviti riadah ini sebenarnya dapat membuat kita bersahabat dan berkenalan dengan ramai orang. Dengan cara itu kita akan lebih merasa genbira.

@   Jangan mengingati peristiwa sedih yang pernah berlaku dalam hidup. Semua yang berlaku merupakan dugaan Allah dan sebagai hambaNya kita perlu redha dan pasrah.

@   Berdoa dan memohon petunjuk daripada Allah S.W.T. Sebagai seorang ummah Islam kita perlulah sentiasa mendekatkan diri kita dengan Allah supaya hidup kita akan lebih diberkati.

@   Belajar untuk menerima saingan dan memajukan diri sendiri. Bersaingan yang sihat itu perlu untuk memajukan diri kita sendiri.

@   Sentiasa bersabar dan tersenyum gembira. Surah Ali Imran: ayat 200 ada menyebut: " Wahai orang-orang yang beriman bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjkan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan dan bersedialah dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)"


Cerita seorang teman......Dugaan ditinggalkan oleh 'orang yang tersayang' amat pedih dan menyakitkan, terutama sekali bila di tinggalkan tanpa penjelasan dan ucapan tinggal.  Saban malam akan menangis bila mengenangkan nasib diri yang malang. Malah amat sukar untuk dilupakan.

Monday, October 26, 2009

Info : Telur.....




Mungkin ramai yang menjadikan telur di antara menu harian. Tahukah anda bahawa telur mempunyai kolestrol yang tinggi terutama di bahagian kuningnya yang mengandungi 213mg kolestrol. Oleh itu, telur tidak sepatutnya diambil setiap hari apatah lagi di usia yang sudah semakin bertambah ini, sudah pastinya anda perlu mengawal pengambilan makanan yang berkolestrol tinggi.


Jagalah kesihatan anda jika ingin hidup sihat.


Masak Lodeh.



Hari raya lepas sik sempat nak masak Masak Lodeh. Tiba-tiba jak rasa nak makan Masak Lodeh. Esok bolehlah masak, petang tok nak cari tempe dolok. Mungkin ada yang teringin nak masaknya tapi sik tau resipi. So, salinlah resipi tok..;

Bahan-bahannya:

1 sudu kecil udang kering
100 gram kubis bulat ( potong ikut suka )
100 gram kacang panjang ( potong ikut suka )
2 biji terung bulat ( potong ikut suka )
1 buku tempe ( potong ikut suka )
1 biji kelapa ( ambil santan )
1 sudu besar minyak

2 ulas bawang putih
6 biji bawang kecil
Cili ( ikut suka nak pedas @ tidak )
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:

1.   Kisar bawang kecil, bawang putih dan udang kering
2.   Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar tadi sehingga garing. Masukkan santan dan kecilkan api
3.   kemudian, masukkan sayur-sayuran tadi bersama tempe. Tambahkan serbuk kunyit.
4.   Biarkan sehingga mendidih dan masukkan cili dan garam secukup rasa.
5.   Sedia dihidang.


SELAMAT MENCUBA....



Salam......



Semoga hari ini anda semua lebih sihat dan ceria. Jangan lupa jaga kesihatan  dan Senyum Selalu.


Friday, October 23, 2009

Untuk 'teman' yang mengenali........








Teringin nak jumpa



Cara Praktik Motivasi Diri..

*  Motivasi diri adalah untuk meningkatkan kejayaan diri. Anda tidak memerlukan orang lain untuk meningkatkan pembangunan diri melainkan usaha diri sendiri.

*   Anda perlu melihat keseluruhan kehidupan anda. Anda perlu merancang tentang motivasi diri berkaitan dengan kehidupan, apa yang anda perlu lakukan dan apa yang anda boleh lakukan.

*   Perhatikan  keluarga, adakah anda menyayangi mereka? Apa yang  anda mahukan daripada mereka? Ini merupakan langkah penting dalam merancang motivasi diri. Anda perlu meminta yang terbaik daripada mereka. Oleh itu, anda perlu usaha lebih untuk mencapainya.

*   Perhatikan diri sendiri. Adakah anda sudah cukup puas hati dengan pencapaian selama ini? Meningkatkan moptivasi boleh menjadikan anda seorang yang lebih baik daripada sebelumnya.

Selamat mencuba.......





Tazkirah.



Nilai sesebuah tindakan adalah kita melakukan kesilapan. Kesilapan menunjukkan kepada kita apa yang kita perlu pelajari. Ingatlah...., manusia yang paling hebat ialah manusia yang memilki kekebalan hati yang penuh keazaman.

Wednesday, October 21, 2009

Tip Elak Sunyi.





Jika anda berasa sunyi , terutama kepada yang telah berpisah dengan ‘pasangan’,sedikit tip di bawah boleh diamalkan;


۞   Perlu sibukkan diri. Penuhi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah di rumah. Misalnya membaca, menonton TV dan mendengar radio. Tidur juga boleh dilakukan namun lebih baik buat aktiviti fizikal kerana lebih menyeronokkan.


۞   Memasak boleh juga dijadikan terapi untuk membuatkan minda sentiasa berfikir. Malah anda boleh jadi kreatif. Cubalah memasak dan mencipta resipi baru, pasti kegiatan ini amat menyeronokkan. Sekali gus boleh menjana pendapatan.


۞   Berkenalan dengan  jiran sebelah. Hal ini dapat menambah kemesraan dan keseronokan dalam hidup. Jika bermusuhan dengan jiran, pasti hidup tidak ceria. Sudahlah tiada pasangan kemudian bergaduh pula dengan jiran. Jangan hanya terperap di rumah sepanjang masa kerana tidak elok untuk membentuk jati diri.


۞   Kawan perlu dicari dan jangan mencari musuh. Carilah kawan yang sesuai untuk dijadikan rakan santai.Jika tersilap memilih kawan, akan mudah didekati fitnah.


۞   Sentiasalah berfikiran positif kerana fikiran negatif hanya menjadikan seseorang itu semakin muram dan mengusutkan fikiran. Tidak perlu merungut atau berfikiran negatif kerana sebagai manusia kita perlu redha.


۞   Sentiasalah senyum dan bergembira kea rah kebaikan. Seyum itu adalah sedekah. Senyum boleh menjadikan seseorang Nampak lebih manis dan menggembirakan hati orang yang melihatnya. Bermasam muka hanya menjadikan diri lebih tertekan kerana tiada orang yang berasa senang untuk mendekati anda.


Sentiasalah senyum dan bergembira bagi menjadikan diri anda ceria. Usah bersedih kerana kesedihan hanya menjadikan diri anda cepat tua dan tidak ceria.

Renung dan fikir...



Sapaan Pagi.....



 


 


Semoga hari ini anda semua akan lebih sihat dan ceria. Tenangkan fikiran, Insya Allah anda akan dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.

Tuesday, October 20, 2009

Peribahasa Cina - tentang Wang.


Dengan wang anda boleh membeli sebuah rumah tetapi bukan kediaman.

Dengan wang anda boleh membeli sebuah jam, tetapi bukan masa.

Dengan wang anda boleh membeli sebuah katil, tetapi bukan tidur.

Dengan wang anda boleh membeli buku, tetapi bukannya pengetahuan.

Dengan wang anda boleh berjumpa doktor, tetapi bukannya kesihatan yang baik.

Dengan wang anda boleh membeli kedudukan, tetapi bukannya kehormatan.

Dengan wang anda boleh membeli darah, tetapi bukan hidup.

Dengan wang anda boleh membeli seks tetapi bukan cinta.


Renung dan fikirlah maksud tersirat di sebalik peribahasa di atas.

Jika............


Hidup ini....





Sementara masih hidup, carilah sebanyak mungkin bekalan untuk ke akhirat. Ya, hidup tak selalunya indah. Sebagai hambaNya, kita harus redha dengan setiap ketentuan (sunnatullah ) daripadaNya.

Monday, October 19, 2009

Petanda Bekas Kekasih masih mencinta.





Manusia hanya merancang, namun Tuhan jua yang menentukan. Begitu juga dengan perihal jodoh. Siapa yang menjadi pasangan hidup sudah tertulis di Lohmahfuz. Biar bagaimana anda mencintai seseorang, tapi kalau ditakdirkan dia bukan jodoh anda maka biar segunung cinta diberikan pasti tidak diakhiri dengan ikatan perkahwinan.

Tidak semua percintaan berakhir dengan perkahwinan. Ramai ikatan percintaan berakhir dengan perpisahan. Perpisahan  memang amat menyakitkan dan perit untuk dihadapi. Malah ada yang merana dan mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan bekas kekasih. Mereka tidak dapat menerima hakikat terpisah bersama insan yang disayangi.

Lain yang dicintai lain pula insan yang dikahwini. Itulah dinamakan jodoh ketentuan Allah. Redha dan terimalah dengan hati terbuka insan yang menjadi pasangan hidup anda. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. 

Cinta yang bersisa kadangkala sukar untuk dilupakan. Walaupun sudah bertahun-tahun berlaku namun ada juga yang masih mengingatinya malah tetap berhubung atas dasar sebagai kawan. Jika anda masih berhubung dengan bekas kekasih dan tertanya-tanya apakah dia mungkin masih mencintai, perhatikan petanda-petanda di bawah ini.

۝   Bekas kekasih secara konsisten teus melakukan usaha untuk menjaga hubungan dengan anda. Dia tetap prihatin dan menunjukkan minat untuk mengetahui kehidupan anda. Itu tandanya dia masih menempatkan anda dihatinya. Keinginannya untuk tetap dekat bersama anda bererti dia masih berharap untuk hidup dengan anda suatu hari nanti.


۝   Bekas kekasih masih bersedia membantu ketika anda sangat memerlukan bantuan. Dia sedia menghulurkan pertolongan bukan sahaja ketika anda menghadapi masalah besar tapi juga ketika anda berhadapan masalah yang sekecil-kecilnya. Maknanya anda masih ada tempat dihatinya.


۝   Ketika berbicara mengenai masa depan, bekas kekasih masih meletakkan anda dalam perancangannya. Anda dilihat masih berperanan dalam kehidupannya dan ini merupakan petanda bahawa dia masih yakin anda kemungkinan kembali bersama di masa depan. Anda tidak seharusnya terikut dengan harapan palsunya. Ini juga petanda dia serius dan anda perlu menghindarinya sebelum sesuatu yang buruk berlaku.


۝   Walaupun perhubungan dah lama terputus namun dia masih menghantar kad ucapan dan hadiah untuk anda. Dia masih mengingati tarikh pertemuan pertama anda dengannya dan tetap mahu anda mengingatinya.


۝   Bekas kekasih masih mengingati masa lalu dan menyesal dengan perhubungan yang tidak kesampaian. Kenangan bersama anda tetap dalam ingatannya. Dia menganggap perhubungan  yang berakhir itu kesalahan dirinya yang mana tidak membuktikan kesungguhannya. Lantaran itu dia masih bertekad memenangi hati anda.



Semakin banyak tanda-tanda di atas ini dapat dilihat maka semakin besar kemungkinan bekas kekasih anda masih belum melupakan anda. Tapi belum cukup untuk mengetahui apakah bekas kekasih anda masih memiliki perasaan cinta terhadap anda….? Mungkin perasaan anda sendiri yang menciptakan harapan bekas kekasih untuk terus mencintai anda.

Friday, October 16, 2009

Mari Berpantun...

Lamak sik berpantun, teringin juak nak mereka pantun. Betul sik betul entam ajaklah. Kepada yang nak lepas gian, dialu-alukan kita berjual beli.  Rindok nengar urg bermukun dalam radio pada malan minggu.......... Mak mertua nang sik miss..... Lastly...radio nengarnya...he...he


Gadis manis berkerudung santun
Digigit pacat terasa geli
Hari ini rasa sangat nak berpantun
Jadi, mailah berjual beli.

Darah mengalir banyak di dahi
Dilontar budak dengan batu
Kepada pengunjung yang dikasihi
Bila bertamu juallah satu


Mak Enon teringin makan pengat
Pagi-pagi pergi ke Pekan
Lebih ceria, lebih semangat
Pantun loghat Sarawak dialu-alukan.

Jom berpantun....


Pagi minggu mengemas barang
Kenak debu terkasik-kasik
Apa diharap kasihnya orang
Entahkan rindu, entahkan nisik




Renungan



Wednesday, October 14, 2009

Lagu Kenangan..


Lagu nyanyian Penyanyi Fauziah Latiff yang pernah menjadi siulan remaja pada zamannya termasuk saya.. Lagu ini ada kenangannya dalam hidup saya, hanya saya yang tahu dan Tuhan...off course... Rasanya bukan hanya saya seorang yang ada kenangan dengan lagu ini..? Pastinya ramai lagi yang di luar sana...... Bila terdengar lagu ini, pasti akan teringat kisah lamak endak....? Let it be......yang dah berlalu biarkan berlalu. Hidup perlu diteruskan....

Dia


Dia…, insan pertama yang bertahta 
Dia…, insan pertama yang kucinta 
Dia…pernah membuat kubahagia 
Dia…yang mengajarku 
Tentang erti rindu

Dia…yang pernah kusanjungi
Pergi sehingga kini tak berganti 
Hilang…dari pandangan hidupku 
Membawa luka pedih tak terperi 
Tiada ku duga permulaan jernih 
Menjadi keruh dengan tiba-tiba 

Bisa rintangan antaraku dan dia 
Cinta terhalang oleh orang tua 
Kini…terkilan sungguh rasa hati 
Dia..tak pernah lagi kutemui 
Dia…kuabadikan dalam jiwa. 
Terima kasih atas segalanya

Tuesday, October 13, 2009

Nostalgia Raya Dulu Dan Sekarang.




Kenangan Hari Raya Aidil Fitri 2009

Begitu cepat masa berlalu dan tidak lama lagi syawal akan melabuhkan tirainya. Tiba-tiba teringat suasana hari raya ketika remaja dulu. Sambutan Hari Raya Aidil Fitri pasti berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Lebih-lebih lagi bagi kita yang pernah menyambutnya sebagai kanak-kanak, remaja dan dewasa. Kehadiran pasangan dan anak-anak kemudiannya semakin memeriahkan, meskipun ramai yang mengatakan raya sebagai individu dewasa tidak semeriah dulu.

Semoden mana sekalipun pemikiran seseorang, apabila tiba hari raya pasti dipenuhi nostalgia lama. Terutama menyentuh bab makanan. Pada hari rayalah, semua orang mahu kembali ke zaman silam. Mahu menikmati keenakan juadah tradisi peninggalan nenek moyang. Menikmati juadah lama pada pagi raya, itulah keistimewaan hari raya yang tidak boleh dibandingkan dengan hari-hari biasa.

Kini kenangan bermain bunga api digantikan dengan memori menyediakan juadah buat keluarga tercinta. Begitu juga yang menjadikan agenda balik kampung sebagai kemestian, meskipun sudah ada anak dan menantu, serta cucu untuk diraikan.

Mungkinkah ada peristiwa isteri mahupun suami yang merajuk kerana saban tahun terpaksa menghabiskan masa pada hari raya kedua untuk berada di kampung pasangan. Adalah yang menangis..uh..uh...

###  Teringat zaman dulu, apabila menjelangnya hari raya, selepas bersahur pastinya tidak dibenarkan lagi untuk tidur. Saya dan kakak 'dipaksa' menumbuk beras untuk dijadikan 'dedak' untuk membuat 'kuih Cina', merupakan kuih tradisional yang wajib disediakan pada hari raya. Di samping itu, 'dipaksa' untuk membuat 'kuih Koyak' dan 'dodol labu' ( Yummy....antara kuih tradisional yang menjadi juadah 'favourite' saya). Tapi hari ini tiada lagi juadah ini disediakan.

Friday, October 9, 2009

Saat ini...

zwani.com
 
 
 
Khas untuk insan yang bertahta di hati ini.

7 Peringatan Berhikmah.



Renung dan fikirlah :


۝    Jangan sekali-kali bersangka buruk kepada Allah S.W.T. Syaitan dan nafsu kita sentiasa membawa fikiran kita kepada buruk sangka kepada Tuhan.


۝   Berfikir dan mengingati perkara yang baik dan bermanfaat.


۝   Sentiasa ingat segala nikmat dalam hidup kita.


۝   Allah S.W.T Maha Pengasih dan Maha Penyayang dan tetap akan menyayangi kita dari segala aspek dan keburukan datang adalah sebab perbuatan kita sendiri.


۝   Hidup ini hanya sementara sahaja – tidak ada seorang pun yang pernah hidup lebih dari tiga generasinya.


۝   Sayanglah Nabi s.a.w kerana baginda amat menyayangi umat sehingga ke akhir hayat baginda dan sentiasa mendoakan untuk umatnya baik di dunia, di kubur dan akhirat kelak.


۝   Bersyukur dalam segala keadaan dan tidak ada yang buruk akan menimpa dirimu – kerana Allah S.W.T akan memeliharanya dalam semua keadaan oleh kerana keredhaanNya.

Wednesday, October 7, 2009

Santai Otak.....



Bahaya kahwin dengan programmer:


Suami :    (Setelah balik lewat dari pejabat ) Selamat malam sayang, sekarang saya ‘logged in’. 

Isteri :    Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?
Suami :   ‘Bad command’ or ‘filename’.
Isteri :    Tapi kan ke saya dah ‘call’ abang pagi tadi di pejabat suruh abang beli 

Suami :   ‘Errorneous syntax’. ‘Abort’?.


Isteri :    Ish…Abang ni, takkan itupun tak ingat? Ha…Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?.


Suami :  ‘Variable not found…’


Isteri :    Abang ni memang tak boleh harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan ‘shopping’ barang dapur sekali.


Suami :   ‘Sharing Violation’. ‘Access denied…’


Isteri :     Abang ni tak sayang saya ke? Abang lebih sayang computer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.


Suami :   ‘Too many parameters…’


Isteri :     Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.


Suami :   ‘Data type mismatch’.


Isteri :     Abang ni memang betul-betul tak berguna la.


Suami :   ‘It’s by Default’.


Isteri :   Macamana pula dengan gaji abang?


Suami :   ‘File in use’….’Try Later’.


Isteri :     Kalau begitu, apa peranan saya di sisi abang sebagai seorang isteri?


Suami :   ‘Unknown Virus’.

Doaku untuk anak-anak didik di SMKD.





Ya Allah, Ya Tuhan kami. Hari ini bermulanya Peperiksaan PMR. Permudahkan anak-anak didik kami menjawab semua soalan. Berikan mereka ilham dan kekuatan minda mengingati ilmu-ilmu yang telah mereka pelajari.

Ya Allah, jadikanlah mereka kalangan hambaMu yang mendapat bahagian (pencapaian ) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan, dan rezeki yang Engkau sebarkan, dan mudarat yang Engkau selamatkan (dari menimpa hamba-hambaMu), dan bala yang Engkau angkatkan (dari menimpa hamba-hambaMu), dan fitnah yang Engkau jauhkan (dari menimpa hamba-hambaMu) dan keburukan yang Engkau hindarkan (dari menimpa hamba-hambaMu).

Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah, apabila Engkau mengkehendakinya.




Amin. Ya Rabbal 'Alamim.

Tuesday, October 6, 2009

Berjuanglah sampai berjaya...





Kepada semua pelajar PMR SMK Dalat, selamat menjawab soalan PMR. Bacalah soalan dengan teliti. Fikir secara logik... Doa cikgu moga kalian semua berjaya dengan cemerlang. Saya yakin anda semua boleh lakukan yang terbaik untuk diri anda demi masa depan anda.

I Love you all.........

Cintailah diri sendiri!.....



Pernahkah anda merasa tidak puas hati dan sering merungut-rungut pada diri sendiri?. Mungkin pernah, tetapi anda tidak perasaan akan sikap buruk itu. Terdapat beberapa cara yang boleh membantu anda untuk mencintai diri sendiri. Cubalah cara-cara yang diberikan dan lihatlah perubahannya nanti.

a)   Hentikan segala kritikan, terimalah diri anda seadanya.
b)   Sokonglah diri sendiri, benarkan juga kawan-kawan membantu.
c)   Pujilah diri sendiri kerana kritikan meruntuhkan kekuatan rohani.
d)   Jangan menakutkan diri dengan memikirkan perkara yang bukan-bukan.
e)   Bersikap baik terhadap minda kamu kerana membenci diri sendiri hanya akan merosakkan pemikiran.
f)   Bersikap lemah lembut, baik hati dan sabar. Layani diri sebagaimana orang lain melayani anda.
g)   Usah membenci musuh-musuh, sebaliknya pujilah mereka kerana pujian tersebut dapat membantu apabila diperlukan nanti.
h)   Ambil berat tentang kesihatan, baik dari sudut pemakanan mahupun senaman.
i)   Cermin diri, luahkan seluruh rasa cinta yang anda miliki pada diri sendiri.

Doaku

Scrap Book For More Islamic Graphic Glitter !! Raza4u.com !!
Nak copy....copylah...





Monday, October 5, 2009

PMR....

Tinggal 1 hari lagi menjelang peperiksaan PMR. 7 Oktober 2009 bermulanya 'peperangan' bagi pelajar tingkatan 3 tahun 2009. Adakah mereka telah bersedia sepenuhnya?. Jantung saya semakin kuat berdegup berbanding pelajar agaknya. Saya nampak pelajar 'selamba' je. Apa agaknya dalam kotak fikiran mereka? Seolah-olah bagi mereka peperiksaan tidak penting.

Pihak sekolah sudah merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk memotivasikan pelajar. Program untuk meningkatkan potensi diri pelajar. Setiap pelajar ada potensi untuk mencapai yang terbaik dan cemerlang. Di SMKD, tahun ini kita menambahkan 'ujian Progresif ', satu ujian  yang dilaksanakan pada setiap hari jumaat khusus untuk pelajar tingkatan 3. Ujian yang berfokuskan tajuk-tajuk Tingkatan 1 dan 2. Ujian ini diadakan berdasarkan analisis soalan  peperiksaan tahun-tahun lepas, pelajar sepatutnya mendapat keputusan yang lebih baik jika mereka menguasai tajuk-tajuk yang ada di tingkatan 1 dan 2. Oleh itu, pada tahun ini SMKD telah mengajak pelajar 'ulangkaji' lebih awal tajuk-tajuk Tingkatan 1 dan 2.

Kepada pelajar SMKD khususnya, di sini saya catatkan semula "Tip menghadapi peperiksaan" sebagai panduan semua;

Hari terakhir sebelum peperiksaan:



#   Yakin dan terus berusaha
#   Tidur dan riadah yang mencukupi
#   Elak rakan negatif
#   Elakkan pembaziran waktu
#   Kurangkan TV
#   Sembahyang hajat
#   Mohon restu guru
#   Berdoa

Pagi Sebelum Peperiksaan
#   Bangun awal  
#   Pakaian kemas
#   Sarapan
#   Semak peralatan
#   Mohon restu Ibu bapa
#   Masuk dengan tenang
#   Tenangkan fikiran
#   Elakkan perbincangan
#   Baca selawat

"  Kejayaan tidak akan datang kepada manusia yang leka " 

Selamat Menjawab soalan peperiksaan PMR dan moga berjaya dengan cemerlang.

Saturday, October 3, 2009

LDP Raya SMKD.

Hari ini telah berlangsung LDP Raya di SMKD dan diteruskan dengan Ramah-tamah Aidil Fitri (2 dalam 1). Semua tampak gembira kerana dapat bermaaf-maafan dengan rakan-rakan sekerja. Semua bekerjasama untuk memastikan majlis berjalan lancar sesuai dengan tajuk LDP hari ini "Kerja Sepasukan". Sebuah organisasi umpama sepasukan bola sepak. Masing-masing mempunyai peranan sendiri ke arah memcapai visi dan misi yang telah ditetapkan. Tiada siapa yang lebih penting, tapi semua dalam organisasi adalah penting. Bagaikan sebuah kereta, andai tayar bocor, pasti kereta tidak boleh bergerak walaupun peralatan yang lain dalam keadaan yang baik. Begitulah analoginya sebuah organisasi, perlu saling bekerjasama @ Team Work perlu padu. Bak kata pepatah " Muafakat membawa berkat ". Mudah-mudahan..

Gambar sekitar Ramah-Tamah Aidil Fitri SMKD:


 
 
Orang yang paling sibuk....tq...senyum ckit...
 
 
 
Tengah khusyuk dengar ceramah LDP.....
 
 
 
 
 
 
 Mulidi...Tqvm atas sumbangan anda selama ini.....


 
Enie.....sori.....jangan mare ya...
 
Jangan berebut dik....banyak lagi  juadah 2..
 
 
Part paling dinanti...menjamu selera le...
 
 Ai...bila pulak ada anak 2....?


Karaoke Raya pun ada......ada gaya.....

Kepada semua warga SMKD, saya mohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan.