Jangan sekali-kali bersangka buruk kepada Allah S.W.T. Syaitan dan nafsu kita sentiasa membawa fikiran kita kepada buruk sangka kepada Tuhan.
Berfikir dan mengingati perkara yang baik dan bermanfaat.
Sentiasa ingat segala nikmat dalam hidup kita.
Allah S.W.T Maha Pengasih dan Maha Penyayang dan tetap akan menyayangi kita dari segala aspek dan keburukan datang adalah sebab perbuatan kita sendiri.
Hidup ini hanya sementara sahaja – tidak ada seorang pun yang pernah hidup lebih dari tiga generasinya.
Sayanglah Nabi s.a.w kerana baginda amat menyayangi umat sehingga ke akhir hayat baginda dan sentiasa mendoakan untuk umatnya baik di dunia, di kubur dan akhirat kelak.
Bersyukur dalam segala keadaan dan tidak ada yang buruk akan menimpa dirimu – kerana Allah S.W.T akan memeliharanya dalam semua keadaan oleh kerana keredhaanNya.
No comments:
Post a Comment