Pihak sekolah sudah merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk memotivasikan pelajar. Program untuk meningkatkan potensi diri pelajar. Setiap pelajar ada potensi untuk mencapai yang terbaik dan cemerlang. Di SMKD, tahun ini kita menambahkan 'ujian Progresif ', satu ujian yang dilaksanakan pada setiap hari jumaat khusus untuk pelajar tingkatan 3. Ujian yang berfokuskan tajuk-tajuk Tingkatan 1 dan 2. Ujian ini diadakan berdasarkan analisis soalan peperiksaan tahun-tahun lepas, pelajar sepatutnya mendapat keputusan yang lebih baik jika mereka menguasai tajuk-tajuk yang ada di tingkatan 1 dan 2. Oleh itu, pada tahun ini SMKD telah mengajak pelajar 'ulangkaji' lebih awal tajuk-tajuk Tingkatan 1 dan 2.
Kepada pelajar SMKD khususnya, di sini saya catatkan semula "Tip menghadapi peperiksaan" sebagai panduan semua;
Hari terakhir sebelum peperiksaan:
# Yakin dan terus berusaha
# Tidur dan riadah yang mencukupi
# Elak rakan negatif
# Elakkan pembaziran waktu
# Kurangkan TV
# Sembahyang hajat
# Mohon restu guru
# Berdoa
Pagi Sebelum Peperiksaan
# Bangun awal
# Pakaian kemas
# Pakaian kemas
# Sarapan
# Semak peralatan
# Mohon restu Ibu bapa
# Masuk dengan tenang
# Tenangkan fikiran
# Elakkan perbincangan
# Baca selawat
" Kejayaan tidak akan datang kepada manusia yang leka "
Selamat Menjawab soalan peperiksaan PMR dan moga berjaya dengan cemerlang.
No comments:
Post a Comment