Pengambilan sarapan pagi sering kali dipandang remeh oleh segelintir orang. Namun, tahukah anda mereka yang sering mengambil sarapan padi adalah antara yang tergolong dalam golongan mereka yang sihat. Biasanya mereka akan menpunyai tenaga yang banyak, mampu berfikir secara rasional dan mempunyai kurang peluang untuk berhadapan dengan masalah berat badan. Malah, pakar pemakanan juga menyifatkan mereka yang bersarapan mempunyai potensi untuk hidup lebih lama.
Kajian telah membuktikan bahawa pengambilan sajian yang sesuai sebelum waktu tengahari akan memperbaiki fungsi tubuh badan sekali gus memberi tenaga dalam menyudahkan tugasan harian. Selain itu, bersarapan pagi juga mampu menambah konsentrasi dan keupayaan menyelesaikan masalah sepanjang hari, seterusnya memberi impak kepada hasil kerja yang dilakukan. Ada juga yang berpendapat mengabaikan pengambilan sarapan pagi merupakan salah satu cara untuk menguruskan badan. Pendapat ini tidak benar sama sekali, malah ia boleh memudaratkan diri.
....So, jangan lupa untuk bersarapan pagi untuk kesihatan.
No comments:
Post a Comment