Bekas kekasih secara konsisten teus melakukan
usaha untuk menjaga hubungan dengan anda. Dia tetap prihatin dan menunjukkan
minat untuk mengetahui kehidupan anda. Itu tandanya dia masih menempatkan anda
dihatinya. Keinginannya untuk tetap dekat bersama anda bererti dia masih
berharap untuk hidup dengan anda suatu hari nanti.
Bekas kekasih masih bersedia membantu ketika
anda sangat memerlukan bantuan. Dia sedia menghulurkan pertolongan bukan sahaja
ketika anda menghadapi masalah besar tapi juga ketika anda berhadapan masalah
yang sekecil-kecilnya. Maknanya anda masih ada tempat dihatinya.
Ketika berbicara mengenai masa depan, bekas
kekasih masih meletakkan anda dalam perancangannya. Anda dilihat masih
berperanan dalam kehidupannya dan ini merupakan petanda bahawa dia masih yakin
anda kemungkinan kembali bersama di masa depan. Anda tidak seharusnya terikut
dengan harapan palsunya. Ini juga petanda dia serius dan anda perlu
menghindarinya sebelum sesuatu yang buruk berlaku.
Walaupun perhubungan dah lama terputus namun
dia masih menghantar kad ucapan dan hadiah untuk anda. Dia masih mengingati
tarikh pertemuan pertama anda dengannya dan tetap mahu anda mengingatinya.
Bekas kekasih masih mengingati masa lalu dan
menyesal dengan perhubungan yang tidak kesampaian. Kenangan bersama anda tetap
dalam ingatannya. Dia menganggap perhubungan
yang berakhir itu kesalahan dirinya yang mana tidak membuktikan
kesungguhannya. Lantaran itu dia masih bertekad memenangi hati anda.
Semakin banyak tanda-tanda di atas ini dapat dilihat
maka semakin besar kemungkinan bekas kekasih anda masih belum melupakan anda.
Tapi belum cukup untuk mengetahui apakah bekas kekasih anda masih memiliki
perasaan cinta terhadap anda….? Mungkin perasaan anda sendiri yang menciptakan
harapan bekas kekasih untuk terus mencintai anda.
No comments:
Post a Comment