Jika anda
berasa sunyi , terutama kepada yang telah berpisah dengan ‘pasangan’,sedikit
tip di bawah boleh diamalkan;
۞
Perlu sibukkan diri. Penuhi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah
di rumah. Misalnya membaca, menonton TV dan mendengar radio. Tidur juga boleh
dilakukan namun lebih baik buat aktiviti fizikal kerana lebih menyeronokkan.
۞
Memasak boleh juga dijadikan terapi untuk membuatkan minda sentiasa
berfikir. Malah anda boleh jadi kreatif. Cubalah memasak dan mencipta resipi
baru, pasti kegiatan ini amat menyeronokkan. Sekali gus boleh menjana
pendapatan.
۞
Berkenalan dengan jiran sebelah.
Hal ini dapat menambah kemesraan dan keseronokan dalam hidup. Jika bermusuhan
dengan jiran, pasti hidup tidak ceria. Sudahlah tiada pasangan kemudian
bergaduh pula dengan jiran. Jangan hanya terperap di rumah sepanjang masa
kerana tidak elok untuk membentuk jati diri.
۞
Kawan perlu dicari dan jangan mencari musuh. Carilah kawan yang sesuai
untuk dijadikan rakan santai.Jika tersilap memilih kawan, akan mudah didekati
fitnah.
۞
Sentiasalah berfikiran positif kerana fikiran negatif hanya menjadikan
seseorang itu semakin muram dan mengusutkan fikiran. Tidak perlu merungut atau
berfikiran negatif kerana sebagai manusia kita perlu redha.
۞
Sentiasalah senyum dan bergembira kea rah kebaikan. Seyum itu adalah
sedekah. Senyum boleh menjadikan seseorang Nampak lebih manis dan
menggembirakan hati orang yang melihatnya. Bermasam muka hanya menjadikan diri
lebih tertekan kerana tiada orang yang berasa senang untuk mendekati anda.
Sentiasalah
senyum dan bergembira bagi menjadikan diri anda ceria. Usah bersedih kerana
kesedihan hanya menjadikan diri anda cepat tua dan tidak ceria.
No comments:
Post a Comment