Syaidina Ali r.a berkata : "Jika engkau perlukan nikmat dunia, cukuplah Islam itu sebagai nikmat untukmu. Jika engkau ingin menjadi asyik,maka cukuplah ketaatan itu sebagai keasyikanmu. Dan jika engkau mahukan pengajaran, maka cukuplah maut itu sebagai pengajaran."
Tuesday, October 6, 2009
Cintailah diri sendiri!.....
Pernahkah anda merasa tidak puas hati dan sering merungut-rungut pada diri sendiri?. Mungkin pernah, tetapi anda tidak perasaan akan sikap buruk itu. Terdapat beberapa cara yang boleh membantu anda untuk mencintai diri sendiri. Cubalah cara-cara yang diberikan dan lihatlah perubahannya nanti.
a) Hentikan segala kritikan, terimalah diri anda seadanya.
b) Sokonglah diri sendiri, benarkan juga kawan-kawan membantu.
c) Pujilah diri sendiri kerana kritikan meruntuhkan kekuatan rohani.
d) Jangan menakutkan diri dengan memikirkan perkara yang bukan-bukan.
e) Bersikap baik terhadap minda kamu kerana membenci diri sendiri hanya akan merosakkan pemikiran.
f) Bersikap lemah lembut, baik hati dan sabar. Layani diri sebagaimana orang lain melayani anda.
g) Usah membenci musuh-musuh, sebaliknya pujilah mereka kerana pujian tersebut dapat membantu apabila diperlukan nanti.
h) Ambil berat tentang kesihatan, baik dari sudut pemakanan mahupun senaman.
i) Cermin diri, luahkan seluruh rasa cinta yang anda miliki pada diri sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment