Tuesday, April 27, 2010

LENSA: PESTA KAUL MUKAH TAHUN 2010.

Berlangsung dari 17 April hingga 25 April 2010. Dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Dr Haji Taib Bin Mahmud pada 24 April 2010.


Gerai Komuniti.................................................


Gambaran semasa Pesta Kaul .............................



Antara barangan yang dipamer dan dijual.............




Permainan TIBAU.........................................



Program / aktiviti Pesta kaul 2010

Monday, April 26, 2010

Karnival Kaunseling Kerjaya 2010.

SMK Dalat telah dipilih sebagai penganjur 'Karnival Kaunseling Kerjaya yang telah berlangsung pada 24 April 2010. Pelbagai kategori dipertandingkan : Sketsa Kerjaya, Eksplorasi Alam Kerjaya, Membina Multimedia Maklumat, Folio Kerja, Model Kerjaya dan Melukis Kain Rentang.Rasionalnya bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat pelajar di sekitar Daerah Mukah berkaitan perkara di atas. Saksikan sendiri ;



Sketsa Kerja.........................................


Melukis Kain Rentang.........................................


Membina Multimedia...........................


Tahniah kepada pasukan yang berjaya.... Kepada yang tak berjaya, cuba lagi tahun hadapan..

Friday, April 23, 2010

Menjejaki teman Lama.


 
( Teka yang nie kamek...? ..semua nampak ceria dan gembira . Mcm nie endak rupa kinek tok ooo...?)

Semalam saya terjumpa gambar di atas semasa melayari facebook seorang kawan. Terkenang masa sekolah dolok.Gambar semasa rombongan Persatuan Sains Sekolah ke Puncak Gunung Serapi pada 1983. Jadi gambar diambik di atas puncak Gunung Serapi. Seronok nar masa ya, walaupun letih semasa balit dari atas gunung. Bayangkan berjalan kaki ajak, lekak ya memanjat gunung yang setinggi lebih dari 2000 kaki dari aras laut. Tapi bebaloi. Buktinya, tanggar muka Marjuki , Rabuyah Amin, Roslan Saini, Rabiah Jais, Roziah, Dyg  Yak, Sh. Jeliaha, Rosita, Sh. Normawati, Malek Embong, Riduan Ali, Hasiah Juki. Ya ajak nama-nama yang kamek ingat. So, kepada 'teman-teman' di atas yang terbaca blog tok, sila catatkan  di pendapat anda. Terima kasih..

Kaul Ohh...kaul.

Kaul datang lagi. Berlangsung dari 17 April sehingga 25 April 2010. Pelbagai program/aktiviti yang dirancang untuk Pesta Kaul tahun ini. Di antaranya ialah :


Program dan aktiviti yang dirancang sejak 17 April sehingga 25 April 2010. Sape nak main TIBAU", datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan Pesta Kaul 2010 di Kala Dana, Mukah.

Tuesday, April 20, 2010

Lawan perasaan negatif.




Pelajarilah cara melawan perasaan negatif kerana perasaan tersebut boleh melemahkan minda dan semangat. Perasaan atau fikiran negatif ini boleh menjadi terlalu besar dan aktif dalam minda. Malah ada kalanya ia disertai dengan suara halus berbau ugutan. Elok anda 'tidak bekerjasama' dengan perasaan tersebut.

Lawan dan jangan biarkan ia mengganggu atau mempengaruhi kehidupan anda. Gunakan kemahiran berfikir dan rasional akal sebelum bertindak. Juga selesaikan apa yang membelenggu fikiran, bukan berfikir secara keterlaluan. Minda yang tidak aktif akan melahirkan individu yang lemah dan tidak bermaya.

Monday, April 19, 2010

Seminar Kecemerlangan Keibu bapaan.

Semalam (18 April 2010)  saya telah dijemput untuk menjadi pengacara (sementara orang masih suka ) bagi Seminar Kecemerlangan Keibu bapaan dan Pelancaran Sedidik Got Talent 2010. Kedua-dua program ini telah dirasmikan oleh Datuk Hj. Talib Zulpilip bertempat di Dewan Persidangan, Menara Pehin Setia Raja, Mukah. Tajuk Ceramah : Peranan Ibu bapa telah disampaikan oleh Encik Zakaria Hassan dan pengkongsian pengalaman mendidik anak oleh Tuan Haji Dr Sulaiman Hj. Hussaini.

 En. Zakaria Hassan tgh beri ceramah..& Tuan Hj. Dr Sulaiman Hj Hussain berkongsi pengalaman


Ucapan perasmian oleh YB Datuk Hj. Talib & ucapan Aluan oleh Encik Sulzari Mohamed, Pngurus Besar Sedidik Sdn Bhd
Upacara perasmian Pelancaran Sedidik Got Talent 2010.........diteruskan dgn persembahan....

Persembahan dari kanak-kanak Sedidik Zon mukah....slps itu..apa lagi 'jamuan' le...

Kata Pepatah Melayu : "Melentur bulu biar dari rebungnya"

Friday, April 16, 2010

Rasulullah & Pengemis Buta.


 

Di sudut pasar Madinah, ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap hari akan memberitahu sesiapa sahaja yang mendekatinya, " Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, doa orang gila, dia pembohong, dia tukang sihir. Jika kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya."

Namun begitu setiap pagi Muhammad Rasulullah pasti akan datang kepadanya membawa makanan. Tanpa berkata sepatah pun. Rasulullah akan menyuapkan makanan yang di bawanya. Pengemis itu tidak pernah mengetahui bahawa orang yang menyuapinya itu adalah Rasulullah yang setiap hari dikutukinya. Begitulah yang Rasulullah dilakukan oleh Rasulullah setiap hari sehingga baginda meninggal dunia.


Suatu hari sahabat karib Rasulullah, Abu Bakar as-Siddiq berkunjung ke rumah anaknya, Aisyah, yang juga salah seorang isteri Rasulullah. Beliau bertanya anaknya, " Apa kebiasaan Rasulullah yang belum aku buat?. Jawab Aisyah, " Ayah seorang ahli sunnah dan hampir tiada satu pun kebiasaan Rasulullah yang belum ayah lakukan. Kecuali satu sahaja". " Apa dia?" tanya Abu Bakar. lalu Aisyah menceritakan  mengenai pengemis buta yang selalu dikunjungi Rasulullah setiap hari.

Keesokan hari Abu Bakar pergi ke pasar membawa makanan. Ketika Abu Bakar menyuap pengemis buta, si pengemis mengherdik, " Siapa kamu?". Abu Bakar menjawab, "Aku orang yang biasa datang pada kau setiap hari". "Bukan! Kau bukan orang yang biasa itu, " balas si pengemis. "Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang itu  selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan, kemudian barulah dia berikan padaku," kata pengemis itu lagi.

Abu Bakar tidak dapat menahan air matanya. "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku salah seorang sahabatnya. Orang yang mulia telah tiada. Orang itu adalah Muhammad Rasulullah!". Menangislah pengemis buta mendengar penjelasan Abu Bakar. "Benarkah begitu? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, tapi dia tak pernah marah. Setiap pagi dia datang padaku membawa makanan. Dia begitu mulia."

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar saat itu juga dan sejak itu menjadi Muslim.