Friday, July 31, 2009

Salah faham dalam rumah tangga.

Salah faham sering berlaku dalam sebuah rumahtangga. Suami isteri sering merasakan ketidakadilan dalam rumahtangga. Ada sahaja yang tidak kena terutama dalam melaksanakan rutin harian rumahtangga. Suami rasa si isteri membebankan dirinya, sebaliknya pula isteri menganggap dirinya jadi hamba dalam rumahtangga. Keadaan ini mungkin dianggap remeh tetapi jika dibiarkan ia akan menjadi nanah @ barah, malah akan menyebabkan pergaduhan, perasaan tidak puas hati dan paling teruk penceraian, seterusnya akan mempengaruhi kehidupan seharian jika tidak di atasi. Perkara yang dianggap remeh ini mempunyai kesan yang besar dalam hubungan, jika tidak percaya semaklah perkara di bawah :

۝ Isteri Tukang Cuci : Para suami ingatlah bahawa isteri bukan tukang cuci. Bagi pasangan bekerja, fahamlah apabila pulang ke rumah anda berdua pasti keletihan. Jadi bekerjasamalah menguruskan rumah. Jangan hanya melepaskan tugas kepada isteri sahaja. Sekiranya terlalu penat, biarkan sahaja jangan mendesak atau membuat pelbagai permintaan kepada isteri.

۝ Isteri Tukang Masak : Sedarlah isteri bukan tukang masak dan belum tentu pandai memasak. Sewajarnya isteri diberi peluang untuk memasak atau tidak. Suami harus berterima kasih kepada isteri yang memasak untuknya. Ringan tangan membantunya atau sekurang-kurangnya ambil tahu keperluan dapur dan jangan bergantung sepenuhnya kepada isteri. Jangan pandai mengkritik sahaja. Jika tahu sama-sama sibuk dan tidak sempat memasak, beli sahajalah.

۝ Isteri Tukang basuh punggung anak : Tugas ini perlu diketahui oleh pasangan. Jangan beri alasan geli atau tidak biasa kerana alasan itu tidak boleh diterima memandangkan anak adalah tanggungjawab anda berdua. Jadi suami harus belajar menguruskan anak lebih-lebih lagi ketika kecemasan.

۝ Isteri ke pasar : Sudah menjadi lumrah, isteri yang perlu ke pasar. Suami selalu memberi alasan malas kerana tidak selesa, kotor dan terlalu banyak barang yang nak dibeli. Tugas ke pasar adalah kerja bersama. Sekiranya isteri tidak sempat ke pasar, sepatutnya suami mengambil tugas berkenaan.

۝ Isteri lebih tahu : Setiap kali anak sakit, isteri yang selalu bertanya kepada doktor mengenai kesihatan anak, sebaliknya suami hanya berdiam diri. Kononnya isteri lebih arif mengenai anak. Sepatutnya suami dan isteri sama-sama bertemu doktor bertanya keadaan anak mereka.

۝ Isteri lipat kain : Melipat kain adalah kerja yang remeh bagi sesetengah orang. Bagi isteri yang bekerja, ada kalanya tugas ini tidak sempat dilakukan dan menyebabkan baju bertimbun tanpa dilipat. Jadi suami harus faham dan membantu isteri melakukannya tatkala isteri sedang melipat kain. Jangan pandang sahaja.

۝ Isteri – pengorbanan : Lumrah isteri sering berkorban. Adakah ini benar? Sebenarnya ikatan sebuah perkahwinan menuntut pengorbanan kedua-dua pihak dan ia sepatutnya adil. Sebagai contohnya ketika sambutan perayaan. Buatlah jadual giliran agar memuaskan hati semua.

۝ Isteri kejutkan suami : Salah satu tugas isteri adalah mengejutkan suami dari tidur. Tiada salahnya jika suami kejutkan isteri sekiranya isteri keletihan. Apa kata ringankan tulang untuk bantu isteri uruskan anak-anak di waktu pagi.

۝ Isteri perlu beralah : Isteri selalu beralah atau bertolak ansur. Sepatutnya suami dan isteri sama-sama mengalah agar tiada siapa rasa menang atau kalah. Kedua-dua harus bertimbang rasa dan bertolak ansur. Jangan kerana mempertahankan ego sebagai suami, anda meletakkan semua beban kesalahan pada isteri. Ada kalanya suami juga harus mengalah.

۝ Isteri membebel : Berleter sinonim dengan isteri. Bagaimanapun tidak semua isteri suka berleter dan kalau ya pun, ada kalanya disebabkan suami. Suami juga apa kurangnya ada yang kuat membebel. Namun hati-hati jangan sampai mengeluarkan kata-kata tidak baik kerana ia boleh menjadi racun dalam rumahtangga.

۝ Isteri kumpul pinggan mangkuk : Memang sifat semua jadi isteri suka mengumpul pinggan mangkuk. Suami sepatutnya menyokong isteri dalam hal ini kerana ia ada kebaikannya terutama ketika ada majlis di rumah. Suami mungkin tidak terfikir mengenai keperluan itu. Namun janganlah kumpul kerana ingin menunjuk-nunjuk.

۝ Isteri buat persiapan hari raya : Selalunya isteri yang sibuk membuat persiapan dan segala keperluan hari raya. Suami jarang mengambil tahu perkara itu. Seharusnya suami turut membantu atau memberi wang untuk keperluan berkenaan bukan bergantung kepada isteri sahaja.

۝ Isteri mulakan perbualan : Dalam banyak situasi, isteri sering memulakan perbualan. Suami seolah-olah hilang idea untuk berbual bersama isteri. Apalah salahnya sekiranya anda berbual seolah-olah sudah lama tidak bertemu.

۝ Isteri mohon maaf pada suami : Orang pertama yang seing menghulurkan tangan memohon maaf adalah isteri sedangkan dalam rumahtangga suami isteri sering melakukan kesilapan. Suami tidak perlulah tunggu isteri memohon maaf, anda juga perlu melakukannya agar rumahtangga lebih ceria.

۝ Isteri pembersih : Setiap orang mengimpikan sebuah rumah yang bersih dan kemas apabila berkahwin. Namun ada kalanya impian itu tidak menjadi kenyataan kerana isteri tidak suka mengemas. Jika anda tidak suka rumah bersepah, anda harus lakukan sendiri.

۝ Isteri mesti cantik : Cantik juga subjektif. Ada suami yang suka isterinya bersolek dan ada yang suka isteri tanpa solekan. Bagaimanapun suami ingin melihat isterinya kemas, kurus dan cantik. Tetapi wanita sebenarnya kurang mempunyai masa untuk melakukan itu semua kerana perlu menguruskan banyak urusan rumahtangga, Jadi kalau mahu isteri sentiasa cantik, carilah pembantu rumah. Satu lagi, suami juga jangan harap isteri sahaja perlu jaga badan, mereka juga perlu berbuat demikian.

۝ Isteri tidak boleh keluar malam : Tangkapan ini sudah tidak sesuai lagi pada zaman ini. Dulu memang tidak elok wanita keluar malam tetapi keadaan sudah berubah. Ada yang syif malam dan kini membeli belah juga lebih selesa di waktu malam. Namun isteri harus meminta izin suami.

۝ Isteri sebagai ‘orang rumah’ : Isteri selalu dilabelkan sebagai orang yang perlu duduk di rumah dan tidak boleh keluar. Pendapat ini salah kerana suami juga adalah orang rumah kerana tanggungjawab rumah tangga adalah urusan pasangan.

۝ Isteri perlu sabar : Selalunya isteri sering beralah dan bersabar dengan suami. Suami juga sering melepaskan rasa marah kepada isteri. Suami juga harus bersabar.

۝ Isteri lemah lembut : Tidak semua isteri lemah lembut tetapi itu tidak bermakna mereka tidak boleh menguruskan rumah tangga dengan baik. Jangan terkejut jika isteri juga adakalanya naik angin. Suami harus faham keadaan ini.

۝ Suami sumber duit : Memang benar tetapi hari ini isteri juga bekerja dan seharusnya tanggungjawab dan urusan rumah tangga harus dipikul bersama.

۝ Suami bukan bos : Anda memang bos di tempat kerja tetapi itu tidak bermakna di rumah anda boleh member arahan kepada isteri. Sebagai ketua keluarga anda seharusnya lebih banyak bertolak ansur.

۝ Suami tukang bayar hutang dan bil : Tidak semestinya semua bil harus dibayar suami, isteri juga harus membantu menjelaskan apa-apa yang patut bagi meringankan bebanan suami.

۝ Suami mula dulu : Hasrat untuk ‘bersama’ di bilik tidur sinonim dengan lelaki. Itu dulu, sesuai dengan peredaran masa isteri juga harus memulakan sesuatu. Tiada apa yang perlu dimalukan kerana anda sudah menjadi suami isteri.

۝ Suami ada masa sendiri : Sudah menjadi kebiasaan, suami boleh keluar bertemu teman-temannya seperti minum teh tarik. Manakala isteri hanya duduk di rumah. Suami sepatutnya beri ruang kepada isteri untuk bertemua teman-temannya dan tiada salahnya sekali anda menjaga anak.

۝ Suami perlu dihormati : Tidak dinafikan suami harus dihormati tetapi isteri juga harus diperlakukan demikian. Sopanlah ketika menegur atau bercakap dengan isteri. Anda harus menjadi contoh yang baik kepada ahli keluarga di rumah.

۝ Suami harus cekap : Ada suami yang agak lurus, semua benda dimaklumkan isteri dan akhirnya timbul perkataan ‘queen control’. Kalau boleh biarlah suami lebih hebat dan cekap.

۝ Suami mesti bijak : Ramai suami merasakan diri mereka lebih tahu dan bijak dan tidak boleh dikritik dan menerima kekalahan ketika berbincang. Bagi isteri, ada sesetengah perkara dia tahu dan tidak. Pasangan perlu saling membantu dan rasa bangga dengan kebolehan sendiri tetapi jangan sampai terlalu bangga sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati pada pasangan.

۝ Orang lain lebih cantik : Lumrah kita sering merasakan orang lain lebih segala-galanya sehingga tidak yakin dengan kemampuan pasangan. Ini menimbulkan perasaan kurang senang dan marah pasangan. Berilah peluang kepada pasangan untuk menjadi lebih baik daripada orang lain.

۝ Pasangan tidak faham : Bukan mudah untuk pasangan memahami di antara satu sama lain terutama kerjaya. Suami isteri saling memahami agar lebih mudah diajak berbincang terutama hal-hal yang serius.

Tazkirah..

Diceritakan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa dia mendengar Nabi s.a.w bersabda :
"Kita ini adalah umat terakhir, tetapi terkemuka. Mereka (Yahudi dan Nashara) lebih dahulu diturunkan kepada mereka kitab. Dan hari ini (Jumaat) adalah hari diwajibkan kepada mereka solat. Tetapi mereka berselisih pendapat tentang hari itu, kerana itu Allah S.W.T memberi petunjuk kepada kita tentang hari itu. Sedang orang-orang lain mengikuti di belakang kita, iaitu Yahudi dan besoknya (Sabtu) dan Nasrani lusa (Ahad)." ( Sahih Bukhari).

Mintalah kepada ALLAH....

Abu Al-Ghifari berkata, Rasulullah s.a.w pernah memberitahu mengenai apa yang disampaikan daripada TuhanNya, sesungguhnya Dia berkata: “Wahai hamba-hambaku, sesungguhnya aku mengharamkan diriku daripada berlaku zalim dan aku haramkan kamu melakukan kezaliman.Oleh itu, janganlah kamu saling zalim menzalimi antara satu sama lain.
Wahai hamba-hambaku,kamu cenderung melakukan kesesatan, kecuali orang yang aku berikan petunjuk. Minta daripadaKu supaya aku tunjukkan jalan yang benar.
Wahai hamba-hambaku, kamu adalah orang yang tidak berpakaian, kecuali orang yang aku berikan pakaian. Mintalah pakaian daripadaku supaya aku berikan pakaian.
Wahai hamba-hambaku, kamu melakukan kesilapan siang dan malam, sedangkan aku mengampunkan dosa-dosamu. Mintalah ampun daripadaku supaya aku ampunkan dosa-dosa kamu.
Wahai hamba-hambaku, kamu tidak dapat mendatangkan kemudaratan kepadaku mahupun kebaikan kepadaku.

Wahai hamba-hambaku, sekalipun daripada orang yang paling awal sehingga orang paling akhir, baik manusia mahupun jin, semuanya bertakwa sebagaimana ketakwaan orang yang paling bertakwa di kalangan kamu, hal itu tidak menambah walau sedikit pun kekuasaanku.

Wahai hamba-hambaku, sekalipun daripada orang yang paling awal sehingga paling akhir, baik manusia ataupun jin, semuanya melakukan kejahatan sebagaimana kejahatan orang yang paling jahat di kalangan kamu, hal itu tidak mengurangkan walau sedikitpun kekuasaanKu.

Wahai hamba-hambaku, sekalipun daripada orang yang paling awal sehingga paling akhir, baik manusia ataupun jin, semuanya berdiri di satu tanah lapang lalu semuanya memohon kepadaku dan aku pun menunaikan semua permintaan itu, hal itu tidakmengurangi sedikit pun apa yang ada di sisiku sebagaimana tidak berkurangannya air laut yang melekat pada jarum yang dimasukkan ke dalamnya.

Wahai hamba-hambaku, sesungguhnya amal-amal kamu, akulah yang menghitung untuk kamu dan aku akan sempurnakannya untuk kamu. Oleh sebab itu, bagi sesiapa yang mendapat kebaikan,hendaklah dia memuji Allah. Sebaliknya, sesiapa yang mendapat selain daripada itu, jangan dia menyalahkan sesiapa melainkan dirinya sendiri. ( Hadis Riwayat Nawawi ).

Wednesday, July 29, 2009

Matai...( Mati ).

Sori, hari tok rasa nak nulis dalam bahasa Melanau. Sik faham, buat-buat faham ajak k.
Setiap telau pasti akan matai... Tapi paya...? Hanya Allah taau. Telau hanya perlu reda jegem ketentuanNyen. Duah telau lau ih, telau selalu menaah berita tentang a matai dagen tv @ news, jiran sekampong dll. Tiap lau pasti bai nyawa akan dinerut Malaikat Maut atas arahan Tuhan. Tan gan rasa agak nyen bila Malaikat Maut merut nyawa telau? Hanya Allah taau tentang yen. Bai a pubak terlalu pedih..Wallahu 'Alam.
Perasaan medut dan sedih silih berganti. Mungkin bah ih giliran kau mengadep Tuhan?. Lebih medut bila pilak a kenubur. Terbayang dirik debai masa yen.... Ngak cukupkah amalan kau selamak ih...? Atau adakah kau ngak bersedia untuk mengadep Tuhan... Macam-macam ketika yen.
Setelah di+, di- dan di/, rasa-rasa amalan hanya jumit mak. Kau ngak terlalu jauk keman Tuhan...? Ya Allah Ya Tuhan kau...lalaukan umur kau jegem family, murahkan rezeki kamai dan mataikan kamai dagen iman dan Islam. Jaukkan kamai keman maksiat, pandukan kamai pebak aruh wak lurus. Ampunkan dosa-dosa umit atau yat kamai. Amin.........
### Sentiasalah ingat matai...baruklah telau akan rasa insaf..

Monday, July 27, 2009

Puisi.......Suami & Isteri.

Puisi Suami Untuk Isteri Untuk Kahwin Lain

Isteriku,

jika engkau bumi,

akulah matahari.

Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..

Ingatlah bahtera yang kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.

Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.

Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,

malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu……

Relakanlah aku menyinari planet lain,

menyampaikan faedah adanya aku,

kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet

lain…

Balasan Puisi Suami daripada Isteri

Suamiku,

andai kau memang mentari,

sang surya yang memberi cahaya,

aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang

telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu

dan….

aku pun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu…

AKAN TETAPIIIIIIII. .

Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,

jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!

Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.

Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,

di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti…

Cuba lihat siapa dirimu…

MATAHARI atau lilin ?

atau jangan-jangan

cuma mancis saja!!!!!

...Senyum selalu.

Friday, July 24, 2009

Menuntut Ilmu.

Daripada Mu'awiyah al-Qusyairi katanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Ketahuilah, orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir ." ( Riwayat Bukhari, Muslim & Ibnu Majah )
Menyampaikan ilmu merupakan sedekah, pasti semakin bertambah banyak jika dikembangkan. Begitulah sebaliknya jika hanya disimpan menjadikan ilmu semakin berkurang. Oleh itu, janganlah sekali-kali kita tinggalkan kewajipan menyampaikan ilmu kerana itu akan memberi peluang kepada orang-orang fasiq dan jahil untuk menyesatkan kita semua.
Islam sangat-sangat menghargai ilmu dan ulama (ilmuwan), sehingga kedudukan ilmu dan ulama sangat tinggi dan mulia dalam parameter Islam. Allah telah berfiman yang bermaksud : "....Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat...." (Surah al-Mujaadalah : 58 )
Disebabkan kedudukan ilmu yang sedemikian tinggi, maka Islam mewajibkan umatnya untuk mempelajari ilmu. Dengan ilmu, mereka akan mampu bekerja berdasarkan ilmu, bukan sekadar mengikut tanpa tujuan.
Berjihad dalam ilmu, bermaksud bersungguh-sungguh membentuk masyarakat dari segi ilmu pengetahuan dan peradaban yang berguna serta memberikan gambaran yang betul tanpa merasakan iri hati atau tamak. Ini kerana orang yang memberikan ilmu berupa petunjuk akan dikurniakan balasan pahala dan kebaikan sama seperti orang yang mengamalkan ilmu tersebut.
Sehubungan itu, Rasulullah s.a.w juga menggesa umatnya agar berpesan-pesan dan menyampaikan ilmu yang baik. Jangan kedekut ilmu, seperti sabdanya yang bermaksud : " Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada hari kiamat." (Riwayat Abu Daud & Tirmidzi)

Thursday, July 23, 2009

Tip Mengawal Stres.

Di antara tip yang boleh diguna pakai untuk mengurangkan stres:

۝ Senaman : Gerakan senaman sama ada secara berkumpulan atau individu baik untuk meluahkan perasaan.

۝ Jaga pemakanan : elakkan minuman berkafein, tinggi kandungan gula dan makanan proses.

۝ Sentiasa Positif : Sesekali di waktu lapang, tutup televisyen dan baca sesuatu yang dapat memotivasikan diri sekali gus membantu meningkatkan tahap kesihatan emosi dan rohani.

۝ Jalan kaki : Berkunjung ke taman atau tasik sekitar kediaman anda ketika hujung minggu sambil menikmati keindahan alam semula jadi dapat membantu melegakan stress.