Objektif diadakan Pertandingan Memasak ini adalah untuk:
☼ Memupuk minat suka memasak dan mencungkil bakat atau kreativiti murid.
☼ Menimbulkan kesedaran mendalam terhadap masakan berkhasiat dan pemakanan seimbang dalam kehidupan.
☼ Memupuk kerjasama antara ahli kumpulan
☼ Menjadikan bidang masakan sebagai kerjaya lumayan.
Syarat pertandingan : Masakan yang dimasak mestilah halal. Pertandingan ini terbuka kepada murid tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang peserta. ( Campuran bangsa digalakkan )
Tema masakan : “ Menu Sihat untuk ‘PERKELAHAN’. Cara memasak : Mengukus, merebus, membakar dan jenis salad. Masakan hendaklah seimbang mengandungi satu masakan karbohidrat, protein, sayuran dan pencuci mulut tempatan. Peserta dikhendaki menyedia, memasak dan menghidang semua masakan di tempat pertandingan. Masakan untuk 2 orang sahaja. Peserta digalakkan mengguna produk MAGGI dan NESTLE.
Masa pertandingan hanya 90 minit. Keempat-empat masakan termasuk menyediakan bahan hiasan hendaklah disediakan dalam masa pertandingan. Persiapan awal yang dibenarkan adalah membersih, mengupas, memotong, mengisar, memerap, merendam, menggubah bunga meja, melipat napkin dan persipan meja hidangan yang berukuran 3 X 5 disediakan ( 1 unit sahaja).
Johan peringkat negeri akan bertanding di peringkat kebangsaan. Di samping itu, pada pertandingan ini diadakan juga pertandingan ‘Iron Chef’. Konsep ‘The Iron Chef Challenge’ini, para peserta dikehendaki mencipta, menulis resipi dan memasaknya dengan bahan-bahan yang disediakan oleh penganjur. Masa tambahan 30 minit akan diberikan dan markah tambahan sebanyak 20 mata ditetapkan. Resipi adalah menjadi hak milik penganjur.
Hadiah-hadiah:
♫ Pertama : RM1000 + Sijil + Medal + Hamper Maggi + Dapur Masak ‘Portable’.
♫ Kedua : RM500 + Sijil + Medal + Hamper Maggi + Dapur Masak ‘Portable’.
♫ Ketiga : RM300 + Sijil + Medal + Hamper Maggi + Dapur Masak ‘Portable’
♫ Sagu Hati : RM150 + Sijil + Medal + Hamper Maggi + Dapur Masak ‘Portable’.
....Makluman dan info dulu ye...lepas ni baru ada gambar sepanjang pertandingan dijalankan.
No comments:
Post a Comment