Thursday, July 9, 2009

PPSMI dimansuhkan.......

Isu berkaitan PPSMI, kabinet semalam telah meluluskan cadangan Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris di semua peringkat sekolah. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia semalam telah mengumumkan P & P Sains dan Matematik akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuatkuasa pada 2012. Manakala, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahsa ibunda masing-masing.
P & P Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu dan bahasa ibunda akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di sekolah menengah yang bermula 2012. Namun tidak melibatkan Tingkatan Enam dan matrikulasi.
Untuk memastikan strategi baru ini tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, P & P kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwi-bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014. Guru-guru mengajar subjek Sains dan Matematik dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pelajaran semalam mendapat pelbagai reaksi yang berbeza daripada orang awam dan ibu bapa. Ramai golongan ibu bapa berpendapat adalah tidak wajar untuk memansuhkan PPSMI, sebaliknya harus memberi peluang kepada pelajar khususnya pelajar-pelajar di luar bandar untuk membaiki pencapaian mereka dalam kedua-dua subjek tersebut. Malah ada yang berpendapat, penggunaan Bahasa Melayu bukan pengukur kepada P & P Sains dan Matematik, sebaliknya guru perlu berkemahiran untuk menterjemahkannya melalui P & P yang berkesan. Di samping itu, mereka berpendapat banyak lagi pendekatan lain yang boleh meningkatkan prestasi pelajar dalam kedua-dua subjek itu. Pandangan mereka Bahasa Inggeris amat penting dipraktikkan di peringkat global kerana apabila bercakap untuk memasuki dunia global..perkara pertama yang perlu ialah mesti fasih Bahasa Inggeris.
### Setuju usaha Kementerian untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan lagi P & Bahasa Inggeris. Kedua-dua bahasa itu sama-sama penting sebagai bahasa ilmu
.

No comments:

Post a Comment