Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) - Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.
Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.۞ Membaca dalam keadaan berwuduk 70 kali selama 7 hari lalu ditiupkan pada air suci lalu diminum, akan memperoleh ilmu dan hikmah dan hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
۞ Membaca 41 kali selama 40 hari di antara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh kemudian memohon kepada Allah, Insya Allah dikabulkan.
۞ Membaca bersama Bismillah..di antara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh dengan istiqamah, kalau inginkan pangkat terkabullah, kalau fakir akan kaya, kalau berhutang dapat membayarnya, kalau sakit akan sembuh dan kalau punya anak akan menjadi anak yang soleh.
۞ Mengamalkan membaca 20 kali setiap selepas sembahyang fardu 5 waktu, Allah akan meluaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan kesusahannya, anugerahkan apa yang diangan-angankannya, mendapat berkat dan kemuliaan.
۞ Membaca 41 kali dapat mengubati sakit mata, sakit gigi, sakit perut dal lain-lain sakit.
۞ Kalau fatihah itu diltulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dilebur dengan air suci dan diminum oleh si sakit, dengan iradah Allah akan sembuh.
۞ Jika ditulis dengan huruf Arab pada tempat putih lagi suci laludihapuskan dengan air dan diberi minum kepada si-pelupa, akan hilang sifat pelupanya.
۞ Jika dibaca sebanyak 7 kali pada air dan sedikir garam lalu diminumkan kepada orang yang terkena sengatan kala, insya Allah akan sembuh.
≈ Perlu difahami dengan sebenar-benar kefahaman bahawa segala khasiat yang diperturunkan ini tidak akan berlaku tanpa adanya izin Allah.Oleh itu carilah keredhaanNya dengan melaksanakan segala perintahNya serta menjauhkan segala laranganNya.
No comments:
Post a Comment