Thursday, May 27, 2010

Erti Musibah.



Dari perspektif Islam, apa jua bencana alam atau akibat kelalaian manusia semuanya sudah ditakdirkan. Dia Yang Maha Agung tidak mungkin menganiaya kita kerana Allah itu sedang 'mengajar' kita dan  pada masa yang sama menunjukkan kasih sayangNya melalui kedukaan, kesedihan dan penderitaan.

Bagi kita yang masih hidup, ambil iktibar dan ingatlah bahawa Allah itu Maha Adil dan Penyayang. Hanya dengan mata hati dan mata batin, manusia akan mengerti apa yang ingin disampaikanNya.

Fahami erti Musibah :

1.   Bersabar ketika menghadapi kesulitan dan kesusahan

2.   Menghapuskan dosa dan kesalahan

3.   Dicatatkan sebagai kebaikan dan darjat ditinggikan

4.   Jalan menuju syurga

5.   Membawa keselamatan dari api neraka

6.   Mengembalikan hamba kepada Rabbnya dan mengingat kelalaiannya

7.   Mengingat nikmat Allah yang lalu dan yang ada

8.   Mensucikan hati

9.   Cubaan dan ujian merupakan nikmat kerana setiap satunya mempunyai hikmah tertentu.

Fikir-fikirkanlah................

Wednesday, May 26, 2010

Renungan.



Hayati dan fahami ungkapan di atas. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman dan bertaqwa. Amin...

Friday, May 21, 2010

Ingat....!.. 5 perkara.

Setiap manusia pasti akan mengalami 5 perkara di atas. oleh itu ingatlah sebelum kita menghadapi saat-saat itu. Dekatkan diri kita kepada Allah S.W.T , berdoalah dan mohon daripadaNya agar mampu menghadapi 5 perkara di atas dengan hati yang ikhlas, redha dan bertaqwa.

Aktifkan fikiran.



Umur yang kian meningkat kadang-kala mendorong seseorang itu menjadi pelupa. Namun terdapat cara tertentu bagi memastikan fikiran anda sentiasa aktif, sihat dan kuat. Anda boleh menguji minda anda dengan latihan-latihan seperti berikut :

>   Cuba sebut 20 perkataan yang bermula dengan huruf  'B' dalam masa 30 saat.

>   Cuba cari perkataan lawan bagi perkataan-perkataan berikut dalam tempoh 30 saat : besar, lemah, gagal, gemuk gembira, bersemangat, tenat, buka, cuai.

>   Dalam masa seminit, cuba cari perkataan yang sama erti dengan perkataan-perkataan berikut : ramah, bersih, cerah, sejuk, hangat, takut, berat dan lain-lain.

Nah!  Jika anda mampu melakukannya, nyata usia yang semakin bertambah bukan faktor fikiran anda semakin perlahan fungsinya.

Selamat mencuba.........

Wednesday, May 19, 2010

Elak ..... untuk berjaya.



Bukan mudah menempa kejayaan sekiranya kegagalan masih bermaharajalela di dalam diri. Sesungguhnya terdapat banyak halangan yang menjadi penyebab kegagalan bagi seseorang itu meraih kejayaan.  Oleh yang demikian, cuba elakkan sifat-sifat di bawah agar mampu menggenggam kejayaan yang diimpikan. Insya Allah.......

#   Tiada tujuan / matlamat / cita-cita dalam hidup yang jelas.

*   Tiada insiatif meningkatkan taraf hidup.

#   Tiada pendidikan.

*   Kurang disiplin diri.

#   Tubuh tidak sihat.

*   Menunda sesuatu dengan alasan menunggu waktu yang sesuai.

#   Kurang berdaya tahan dan tabah.

*   Takut gagal.

#   Rakan seperniagaan yang pasif.

*   Gemar membazir wang.

#   Enggan bekerjasama dengan pihak lain.

*   Bangga diri.

Cermin diri.........................

Monday, May 17, 2010

Lensa : Hari Guru Peringkat SMK Dalat 2010.

Tema :  Guru Pembina Negara Bangsa.
Tarikh  :  17 Mei 2010 - Hari Isnin.
Tempat  :  Dewan Terbuka SMK Dalat

Taklimat sebelum majlis bermula.

Dah sedia............da.........



Hadiah untuk Program Anugerah Dalat Gemilang............

Antara barisan Pengawas Sekolah.

Guru yang penuh tanggungjawab.................




Ucapan dan Bacaan Perutusan Menteri Pelajaran, KPM dan Pengarah Pelajaran Negari...


Guru wanita..penuh dedikasi dan mesra gitu....


Guru lelaki pula.......smart and hansem.......

YDP PIBG...selaku tetamu kehormat......

Perasmian Tampong 1000..rekaan pelajar tanda syg kpd guru.

Persembahan drpd ibu2 pelajar......

Persembahan pelajar dan ibu2..

Persembahan drpd PRS Sekolah.....

Persembahan PRS dan Kaunselor Pelajar..hebat...



Persembahan drpd guru SMKD..


Sesi bergambar .....



Sesi menjamu selera...

Antara kek yang dihadiahkan oleh ibu salah pelajar SMKD.. tq

The best teacher.......teaches..
The best teacher.......guides...
The best teacher......clarifies..
The best teacher......cares....
The best teacher......shows..
The best teacher......inspires....
HAPPY TEACHER'S DAY.

Saturday, May 15, 2010

Gotong-royong Perdana Hari Guru SMKD 2010.

Semua sekolah diseluruh negara diarahkan untuk melaksanakan Gotong-royong Perdana sempena Hari Guru tahun 2010, serentak pada 15 Mei 2010. Kerjasama antara warga SMK Dalat dan ibu bapa pelajar. Terima kasih kepada semua ibu dan bapa yang hadir. Tengoklah lensa kamera saya....,



Seronok nampak..............................

Tengok apa dlm kolam 2....mesti ada Jaws......












Apek keman gan mai ih Enie....................?

Steady cip.......

Mcm apek & amoi jual surat khabar lama di kaki lima je...he...