Friday, May 14, 2010

Harga sebuah ilmu.



Diriwayatkan, ketika dalam suatu perjalanan, rombongan Imam al-Ghazali telah ditahan oleh sekumpulan perompak. Semua barangan dan harta dirampas termasuklah beg Iman Ghazali yang berisi pelbagai jenis kitab. Dengan penuh rendah hati Imam Ghazali bermohon agar begnya yang berisi kitab-kitab tadi dikembalikan. Dengan hairan ketua perompak itu bertanya kepada Imam Ghazali apakah isi dalam kitab-kitab tersebut.

"Ilmu," jawab Imam tersohor itu. Ketua perompak itu bertanya lagi, :Apakah hilang ilmu andainya kitab-kitab itu hilang?".  Beliau menjawab, "Ya. Sebab itu aku amat menyayangi kitab-kitabku ini."  Ketua perompak itu berkata, "Apakah sangat harga ilmu yang hanya berada dalam kitab?".  Kata-kata tersebut bukan sahaja mengejutkan Imam Ghazali, tetapi juga telah menyedarkannya tentang suatu perkara penting yang selama ini diabaikan. Sejak itu Imam Ghazali menghafal seluruh ilmu di dalam kitab-kitab miliknya.
Pengajaran yang boleh kita ambil ialah ilmu bukanm hanya untuk dicari apabila perlu sahaja. Sepatutnya ia diamalkan agar ia menjadi sebahagian daripada diri kita yang amat berharga.

No comments:

Post a Comment