Dari perspektif Islam, apa jua bencana alam atau akibat kelalaian manusia semuanya sudah ditakdirkan. Dia Yang Maha Agung tidak mungkin menganiaya kita kerana Allah itu sedang 'mengajar' kita dan pada masa yang sama menunjukkan kasih sayangNya melalui kedukaan, kesedihan dan penderitaan.
Bagi kita yang masih hidup, ambil iktibar dan ingatlah bahawa Allah itu Maha Adil dan Penyayang. Hanya dengan mata hati dan mata batin, manusia akan mengerti apa yang ingin disampaikanNya.
Fahami erti Musibah :
1. Bersabar ketika menghadapi kesulitan dan kesusahan
2. Menghapuskan dosa dan kesalahan
3. Dicatatkan sebagai kebaikan dan darjat ditinggikan
4. Jalan menuju syurga
5. Membawa keselamatan dari api neraka
6. Mengembalikan hamba kepada Rabbnya dan mengingat kelalaiannya
7. Mengingat nikmat Allah yang lalu dan yang ada
8. Mensucikan hati
9. Cubaan dan ujian merupakan nikmat kerana setiap satunya mempunyai hikmah tertentu.
Fikir-fikirkanlah................
No comments:
Post a Comment