Friday, October 29, 2010

Cerita bergambar.

Majlis Perhimpunan Bulan Bahasa Kebangsaan, peringkat SMKD pada 29 / 10 / 2010.
Lihat sendiri....

Ucapan Perasmian.






Lagu Puisi.

Persembahan Seloka Pak kaduk oleh Grup Teater KRIS SMKD.

Deklamasi Sajak oleh Adik Mohd Khairudin, sajak ciptaan sendiri.

Pertandingan Kuiz Pupuk Baca.



Persembahan Pantun Rasa Sayang.

Monday, October 25, 2010

Info Bergambar : Tebingan Sungai Dalat & Lumba Besaug.

Berlangsung pada 22/10 sehingga 24/10 di Pekan Dalat, Mukah. Pelbagai aktiviti diadakan.



Di antara perahu berhias.



Lumba 'Besaug'.

Para pemenang bersama YB Datin Hajjah Fatimah Abdullah.

Tuesday, October 19, 2010

Info : 10 Tabiat Merosakkan Otak.



1.  Tidak mengambil sarapan pagi :  Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2.   Terlebih makan  : ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3.   Perokok  :  Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4.   Penggunaan gula yang berlebihan  :  Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protien dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5.   Pencemaran udara  :  Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6.   Terlebih tidur  :  Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel ota kita mati.

7.   Menutup muka ketika tidur  :  ia akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8.  Membiarkan  otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat  :  ia boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9.   Kurang berimaginasi  :  Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan atau keaktifan otak menurun.

10.  Jarang berfikir  :  Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdaan otak kita.

Monday, October 18, 2010

Ciri-ciri orang yang menyintai Kamu.


Tertarik.....

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan di antara ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

Saturday, October 16, 2010

Kegagalan yang abadi.


Apakah anda takut gagal? Sedemikian takutnya sampai anda tidak berusaha untuk mencuba? Cuba anda fikirkan kembali, hal tersebut benar-benar tidak masuk akal. Dengan tidak mencuba barang sekalipun, sebenarnya anda sudah gagal. Jadi rasa takut gagal adalah penyebab kegagalan yang pasti.

Apakah anda merasa takut? Cuba perhatikan rasa takut anda. Perhatikan pesan yang berusaha disampaikannya. Rasa takut membuat anda lebih waspada. Rasa takut memberi energi ekstra. Rasa takut membuat anda mampu mengatasi cabaran yang sukar. Tidak ada yang mampu mendorong sumber daya dalam diri anda - lebih dari rasa takut.

Rasa takut sebenarnya keistimewaan untuk mendorong anda maju, bukan untuk menahan anda. Biarkan rasa takut mengajarkan anda. Biarkan rasa takut mempersiapkan anda. Tetapi jangan membuat rasa takut menghentikan anda. Saat rasa takut menahan anda, cuba perhatikan baik-baik apa yang menyebabkan rasa takut dan anda akan menemukan alasan untuk bergerak maju.

Kegagalan paling abadi adalah kegagalan untuk mula bertindak. Bila anda sudah mencuba dan ternyata gagal, anda memperoleh sesuatu yang boleh dipelajari dan mungkin dicuba kembali. Anda tidak akan pernah gagal bila anda terus berusaha.

Thursday, October 14, 2010

Lelaki perlu tahu tentang wanita.


1.   Sensitif  :   Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2.   Cerewet  :  Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3.   Halus  :  Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4.   Ikhlas  :  Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5.   Korban  : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6.   Prihatin  :  Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7.   Manja  :  Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum.

8.   Ego  :  WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9.   Cinta  :  CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10.  Seks  : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptkan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.


Pernan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH s.w.t dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA.

Tuesday, October 12, 2010

Sayembara Puisi & Lagu dan Deklamasi Sajak.

Hari ini telah berlangsung Pertandingan Sayembara Puisi & Lagu Dan Deklamasi Sajak sekolah-sekolah di bahagian Dalat. Pertandingan anjuran DBP bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dalat, pertandingan sempena Program Pededun Bahasa peringkata Bahagian Dalat. Ia merupakan salah satu Program sempena Sambutan Bulan Bahasa yang jatuhnya pada bulan Oktober.
Saksikan:







 Tahniah kepada yang telah berjaya.

Friday, October 8, 2010

Syukur Dengan Hati.


Kategori syukur ada 3 kategori. Syukur dengan hati, lidah dan anggota. Syukur dengan hati adalah dengan mengucap syukur kepada Allah diam-diam di hati, tanpa melibatkan kata-kata atau nada lafaz dengan nada berbisik. Syukur dengan hati boleh dilakukan bila-bila masa di kala anda sedang memerhati sesuatu, berfikir atau sedang bercakap dengan seseorang.

Syukur adalah sebagai rasa terima kasih atas nikmat-nikmat pemberian Allah. Kita lahir di dunia, bersekolah, belajar dan bekerja kerana kita menggunakan nikmat-nikmat yang diberikan oleh Allah melalui ibu bapa kita. Bila kita menerima sesuatu, wajarlah kita mengucapkan terima kasih. Bila kita jarang berterima kasih, kita dianggap sombong. Jadi, sesiapapun takkan mahu memberi kita apa saja yang mereka ada. Mana-mana pihak pun tak mahu berkongsi dengan kita, hanya kerana kita sombong, tak mahu berterima kasih.

Di dalam perhubungan sesama manusia, orang yang memberi dan bila diucap terima kasih atas pemberiannya, sudah tentu akan bersemangat nak memberi dengan lebih banyak lagi. Cuba anda memberi sesuatu pada kawan-kawan atau ahli keluarga, kemudian mereka mengucap terima kasih kepada anda, sudah tentu anda berasa terharu dan bahagia. Pastinya anda akan memberi lagi dan hati akan menjadi tenang.

Syukur dalam hati membentuk diri kita menjadi manusia pemberi. Seorang manusia pemberi suka memberi tanpa mengharap balasan, kerana menganggap pemberiannya itu adalah satu pelaburan buat dirinya di akhirat nanti. Mana-mana agama pun setuju dengan konsep ini. Mereka percaya dengan kehidupan selepas mati, atau life after death. Segala yang kita buat, sekecil manapun, akan tetap menerima balasan. Buat baik, akan dibalas dengan baik. Hukum ini tak pernah tersilap, bahkan berlaku setiap masa di mana-mana saja.

Jadi, bila kita bersyukur, ikhlas memberi, orang lain juga akan suka memberi pada kita. Jika manusia suka memberi pada kita sebab kita selalu bersyukur atau berterima kasih, Allah sudah tentu suka memberi kita nimat-nikmatNya.

Antara nikmat-nikmat yang diberi pada orang yang selalu bersyukur adalah ketenangan hati, kebahagiaan dan paling ketara kemurahn rezeki. Jika anda mahu rezeki anda menjadi murah, sentiasa mengalir, rajin-rajinkan diri bersyukur mulai hari ini juga.

Tuesday, October 5, 2010

PMR 2010.

Peperiksaan  merupakan Proses bagi menilai sejauhmana kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang telah dipelajari.  Berhadapan dengan sesuatu peperiksaan utama adalah sesuatu yang menggelisahkan bagi semua orang. Tidak kira sama ada anda seseorang yang baru pertama kali menghadapinya atau telah berkali-kali menempuhnya. Perasaan berdebar-debar sentiasa menghantui pelajar, tidak kira betapa bersedianya  seseorang itu untuk menghadapi peperiksaan.

Walau bagaimanapun, saya mohon kepada semua guru di SMK Dalat untuk sama-sama berdoa moga anak didik kita dipermudahkan menjawab semua soalan yang diberi dan doakan moga mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan PMR. Di samping itu, restuilah ilmu yang telah kita beri dan curahkan untuk mereka. Tanpa restu guru, Allah tidak akan merestui ilmu yang guru telah berikan.

Untuk Pelajar, fahamilah gambar di bawah  ini :


Selamat menjawab kepada semua pelajar Tingkatan 3 SMKD tahun 2010. Moga berjaya dengan cemerlang.